Content
BA-A52NCC-193-07/2024 Kand. 31 08/07/2026 08:48:06 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA KES NO: BA-A52NCC-193-07/2024 ANTARA ZIN YUAN MARKETING SDN BHD (No. Daftar: 423301-U) ... PLAINTIF
BA-A52NCC-193-07/2024
Sessions Court of Malaysia15 May 2026
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“25. Pandangan Mahkamah ini adalah bersandarkan pada kes CREDIT CORP (M) BHD v. FONG TAK SIN [1991] 1 CLJ REP 69 Mahkamah Agung telah memutuskan: "In Cooke v. Gill [1873] LR 8 CP 107 Brett J defined "a cause of action" to mean "every fact which is material to be proved to entitle the plaintiff to succeed." This definiti”
“entitle the plaintiff to succeed." This definition was subsequently approved by the Court of Appeal in Read v. Brown [1888] 22 QBD 128. After reviewing the authorities Yong J in Lim Kean V. Choo Koon [1969] CLJU 94; [1969] 1 LNS 94 came to the conclusion that the period of limitation does not begin to run "until there”
“vit evidence only, but should be determined at the final hearing. On the other hand, in the words of Lord Diplock when delivering the advice of the Privy Council in Enq Mee Yong & Ors. v. Letchumanan [1979] CLJU 18; [1979] 1 LNS 18 (at p. 217 col 2 D, E), which concerned an application for removal of a caveat registere”
“akaria Yatim J. in P.L. Construction Sdn. Bhd. v. Abdullah bin Said [1988] 2 CLJ 91 (Rep); [1988] 2 CLJ 808; [1989] 1 MLJ 60. Again, V.C.George J. in East Asiatic Company (M) Bhd v. Kamanis Sdn. Bhd. [1985] CLJU 32; [1985] 1 LNS 32; [1985] 2 MLJ 227 used such expression as "bona fide reasonable defence" to describe the”
“27. Pandangan Mahkamah ini adalah bersandarkan pada kes MBF NORTHERN SECURITIES SDN BHD v. DR HJ SALLEHUDDIN BIN KASSIM & 3 ORS [2007] CLJU 96 yang memutuskan kepada keperluan pemfailan pembelaan bermerit seperti di bawah:”
“g telah ditetapkan tanpa memberikan alasan-alasan yang tidak munasabah sebagaimana yang diputuskan dalam kes THYE AH CHAI (T/A KENT NAGA ENTERPRISE) v. TERAJU MERCU CONSTRUCTION & ENGINEERING SDN BHD [2013] CLJU 312.”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
BA-A52NCC-193-07/2024 Kand. 31 08/07/2026 08:48:06 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA KES NO: BA-A52NCC-193-07/2024 ANTARA ZIN YUAN MARKETING SDN BHD (No. Daftar: 423301-U) ... PLAINTIF
1
ONG TIEN SONG (No. K/P: 681012-05-5073)
2
NGO LI CHOO (No. K/P: 740806-05-5080) ...DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN (LAMPIRAN 15 - PERMOHONAN PENGENEPIAN PENGHAKIMAN INGKAR)
1
Ini adalah suatu permohonan oleh Defendan-Defendan yang memohon supaya penghakiman ingkar (JID) terhadap mereka diketepikan. Mahkamah telah menolak permohonan mereka tersebut berdasarkan minit seperti di bawah: Date/Proceeding TypeMinutesResult15 May 2026A-TrackHari Ini ditetapkan untuk Hujahan secara lisan bagi Lampiran 15 Peguam Plainof dan Peguam Defendan telah selesai berhujah berkenaan dengan Lampiran 15 taitu Notis Permohonan untuk mengetepikan perintah.Mahkamah:Setelah meneliti dokumen-dokumen yang difailkan dan dikemukakan serta mendengar hujahan-hujahan secara lisan daripada kedua-dua belah pihak.Mahkamah membuat keputusan bahawa Lampiran 15 adalah ditolak dengan kos sebanyak RM 3,000.00.Mahkamah:Setelah meneliti dokumen-dokumen yang difailkan dan dikemukakan serta mendengar hujahan-hujahan secara lisan daripada kedua-dua belah pihak.Mahkamah membuat keputusan bahawa Lampiran 15 adalah ditolak dengan kos sebanyak RM 3,000.00.
2
Secara ringkas, Plaintif telah membekalkan barang-barang pembinaan (barangan tersebut) kepada Jasa Kapital Sdn Bhd (Penghutang Prinsipal tersebut) di atas kemudahan kredit yang mana Defendan-Defendan telah menandatangani satu Surat Gerenti dan Indemniti bertarikh 20.06.2013 (surat Gerenti tersebut) dengan memberikan aku janji untuk menanggung kemudahan yang diberikan bagi kesemua hutang yang perlu dibayar oleh Penghutang Prinsipal tersebut sekiranya terdapat keingkaran pembayaran hutang terakru berlaku.
3
Atas perkara ini, suatu kemungkiran pembayaran telah berlakudan Plaintif telah memfailkan tindakan terhadap Defendan-Defendan bagi jumlah yang terhutang oleh Penghutang Prinsipal tersebut berasaskan Surat Gerenti tersebut dan serahan kesemua kertas kausa telah dibuat secara penyampaian ganti memandangkan serahan secara kendiri tidak berjaya berdasarkan alamat yang telah diberikan oleh kesemua Defendan sebelum ini.
4
Pada 11.11.2024, Mahkamah ini telah merekokan suatu JID terhadap Defendan-Defendan bagi jumlah prinsipal hutang yang tertunggak sebanyak RM274,175.26 termasuk faedah and kos.
5
Pihak Plaintif berhujah bahawa kesemua kertas kausa adalah teratur dan dalam pada masa yang sama, Defendan-Defendan telah memasukkan permohonan mengetepikan JID tersebut di luar masa memandangkan serahan JID telah dilaksanakan pada 4.12.2014.
6
Sebaliknya, Defendan-Defendan pula berhujah bahawa kertas kausa tidak diserahkan secara teratur kerana percubaan serahan kendiri telah gagal dilaksanakan terhadap mereka memandangkan pihak Plaintif telah gagal membuktikan bahawa Defendan-Defendan telah menerima JID tersebut.
7
Di samping itu juga, Defendan-Defendan berhujah bahawa mereka mempunyai pembelaan bermerit memandangkan tuntutan Plaintif telah difailkan di luar had masa yang sebenar bersandarkan pada invois bertarikh pada 6.12.2016 dan bukannya pada 30.09.2020. Oleh demikian, terdapat kelewatan pemfailan tuntutan selama 2 tahun dari tarikh invois 6.12.2026 tersebut.
8
Mahkamah mendapati bahawa isu pertama yang perlu dipertimbangkan adakah sama ada JID tersebut adalah teratur ataupun tidak. Dalam hal ini, Mahkamah ini telah melihat kepada Perenggan 5 sehingga 12 Afidavit Jawapan Plaintif yang merujuk kepada Ekshibit "KLC-1" bahawa tindakan yang diambil oleh Plaintif termasuk membuat serahan secara penyampaian ganti adalah munasabah yang mana fakta ini turut diakui oleh Defendan-Defendan sendiri dalam perenggan 11 Afidavit Balasan mereka.
9
Atas pengakuan Defendan-Defendan ini, Mahkamah ini mengambil perhatian dan membuat amatan bahawa sebenarnya kertas kausa telah pun diberikan sebagaimana Surat Gerenti tersebut selaras dengan klausa 8 seperti di bawah:
10
Mahkamah ini melihat berdasarkan Klausa 8 Surat Gerenti tersebut, Defendan-Defendan telah bersetuju untuk penerimaan penyerahan melalui pos berdaftar ke alamat terakhir Defendan-Defendan yang diketahui sebagaimana diberikan oleh Defendan-Defendan sendiri dalam Surat Gerenti tersebut, di mana penyerahan ke alamat tersebut adalah dianggap (deemed received) penyerahan yang sempurna.
11
Sekiranya pun terdapat sebarang pindaan pada alamat terakhir mereka, Mahkamah ini berpandangan maklumat ini perlulah dipanjangkan oleh Defendan-Defendan kepada Plaintif dan bukannya meletakkan beban kepada Plaintif untuk membuat carian di Jabatan Pendaftaran Negara sebagaimana yang dihujahkan oleh pihak Defendan-Defendan.
12
Mahkamah ini berpandangan pihak Defendan-Defendan seharusnya membuat pemakluman rasmi memandangkan kesemua pihak juga ada berkomunikasi dalam sistem pesanan WA. Beban membuktikan berkenaan perkara ini seharusnya kekal di atas bahu Defendan-Defendan untuk membuktikan dakwaan mereka bahawa serahan kertas kausa adalah tidak teratur memandangkan mereka sendiri telah meletakkan alamat mereka seperti di bawah:
13
Bersandarkan pada amatan di atas, Mahkamah ini berpandangan bahawa kesemua kertas kausa telah sempurna disampaikan termasuk sesalinan termeterai JID tersebut yang juga telah diserahkan kepada Defendan-Defendan pada
04
12.2024, selaras dengan kaedah penyampaian di bawah Aturan 62 Kaedah 6(b) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 sebagaimana dalam keputusan kes AMANAH MERCHANT BANK BHD v. LIM TOW CHOON (THROUGH OFFICIAL ASSIGNEE) [1994] 2 CLJ 1 dan juga kes AFFIN BANK BHD v. MAJOR GALAXY SDN BHD & ORS [2006] 5 CLJ 73.
14
Justeru, berpandukan pada kesemua amatan di atas, Mahkamah berpandangan bahawa serahan kesemua kertas kausa termasuk serahan JID tersebut kepada Defendan-Defendan adalah sempurna di mana Defendan-Defendan kemudiannya mempunyai tempoh 30 hari dari tarikh penyerahan JID tersebut pada 04.12.2024 untuk memfailkan suatu permohonan mengetepikan Penghakiman tersebut selaras Aturan 42 Kaedah 13 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012.
15
Dalam pada masa yang sama, Mahkamah ini melihat bahawa serahan notis kebankrapan juga telah disampaikan kepada pihak Defendan-Defendan dengan menggunakan alamat yang sama dan hanya pada 29.08.2025, peguamcara Defendan-Defendan telah menulis kepada peguamcara Plaintif untuk memohon agar sesalinan Petisyen Pemiutang diserahkan kepada mereka sebaik sahaja difailkan sebagaimana yang dinyatakan dalam ekshibit "KLC-3" seperti di dalam Afidavit Jawapan Plaintif.
16
Bersandarkan pada amatan di atas, Mahkamah ini berpandangan bahawa Defendan-Defendan telah sebenarnya mempunyai pengetahuan mengenai kewujudan Penghakiman tersebut sekurang-kurangnya sebelum Ogos 2025 dan mereka hanya membuat permohonan seperti di Lampiran 15 ini hanya pada 16.03.2026 dengan kelewatan selama 1 tahun 3 bulan dari tarikh penerimaan JID tersebut iaitu pada 4.12.2024.
17
Mahkamah ini juga mengambil perhatian pada perenggan 19 hingga 22 Afidavit Jawapan Defendan-Defendan dan melihat bahawa kelewatan dalam pemfailan ini melampaui masa yang telah ditetapkan tanpa memberikan alasan-alasan yang tidak munasabah sebagaimana yang diputuskan dalam kes THYE AH CHAI (T/A KENT NAGA ENTERPRISE) v. TERAJU MERCU CONSTRUCTION & ENGINEERING SDN BHD [2013] CLJU 312.
18
Oleh demikian, Mahkamah ini melihat kesemua serahan adalah mengikut tatacara yang betul serta berpandangan bahawa serahan kepada Defendan-Defendan adalah sempurna. Oleh demikian, JID yang telah direkodkan terhadap Defendan-Defendan adalah teratur selaras dengan peruntukan undang-undang sedia ada.
19
Selanjutnya, Mahkamah ini melihat kepada isu kedua sama adap pihak Defendan-Defendan mempunyai pembelaan yang bermerit atau pun tidak.
20
Mahkamah ini melihat bahawa kesemua Defendan tidak pernah membangkitkan sebarang isu berkaitan dengan penerimaan barang-barang yang telah dihantar oleh Plaintif, namun apa yang menjadi bantahan adalah pada jumlah yang perlu dibayar oleh mereka sahaja.
21
Fakta yang tidak pernah dipertikaikan bahawa jumlah yang terhutang masih belum dibayar dan hanya apabila jumlah keseluruhan tidak boleh dibayar oleh Penghutang Prinsipal tersebut barulah kemudiannya pihak Plaintif mengemukakan surat tuntutan bertarikh pada 30.09.2020 yang mana pihak Defendan-Defendan sebagai pengarah seharusnya membuat tindakan yang sewajarnya bersandarkan pada surat tuntutan tersebut.
22
Mahkamah ini telah melihat bahawa kesemua Defendan telah gagal memberikan sebarang response yang munasabah terhadap surat tuntutan tersebut ataupun pada mana-mana surat yang pernah dikemukakan kepada mereka sebelum ini.
23
Mahkamah ini juga melihat bahawa terdapat keingkaran dalam membayar jumlah yang tertunggak sehingga ke tarikh surat tuntutan pada 30.09.2020 itu dikemukakan kepada pihak Defendan-Defendan, maka kausa tindakan adalah bermula pada tarikh 30.09.2020.
24
Oleh demikian, Mahkamah ini berpandangan tindakan yang difailkan oleh Plaintif di hadapan Mahkamah ini masih lagi dalam ruangan masa yang dibenarkan oleh seksyen 6 Akta Had Masa 1953 [Akta 254] kerana kesemua Defendan sebenarnya telah mengetahui berkenaan dengan keingkaran membayar hutang tersebut yang masih berterusan walaupun pemakluman telah diberikan kepada mereka sebelum ini.
25
Pandangan Mahkamah ini adalah bersandarkan pada kes CREDIT CORP (M) BHD v. FONG TAK SIN [1991] 1 CLJ REP 69 Mahkamah Agung telah memutuskan: "In Cooke v. Gill [1873] LR 8 CP 107 Brett J defined "a cause of action" to mean "every fact which is material to be proved to entitle the plaintiff to succeed." This definition was subsequently approved by the Court of Appeal in Read v. Brown [1888] 22 QBD 128. After reviewing the authorities Yong J in Lim Kean V. Choo Koon [1969] CLJU 94; [1969] 1 LNS 94 came to the conclusion that the period of limitation does not begin to run "until there is a complete cause of action"... From established authorities we can now accept that the cause of action normally accrues when there is in existence a person who can sue and another who can be sued, and when all the facts have happened which are material to be proved to entitle the plaintiff to succeed. The doctrine of limitation is said to be based on two broad considerations. Firstly there is a presumption that a right not exercised for a long time is non-existent. The other consideration is that it is necessary that matters of right in general should not be left too long in a state of uncertainty or doubt or suspense. The limitation law is promulgated for the primary object of discouraging plaintiffs from sleeping on their actions and more importantly, to have a definite end to litigation. This is in accord with the maxim interest reipublicae ut sit finis litium that in the interest of the State there must be an end to litigation. The rationale of the limitation law should be appreciated and enforced by the Courts."
26
Dalam pada masa yang sama, Mahkamah ini melihat tiada cadangan pembelaan yang bermerit juga diberikan oleh Defendan-Defendan berkaitan dengan dakwaaan tuntutan Plaintif ini adalah di luar masa sebagaimana yang dinyatakan dalam kes INTERNATIONAL ISLAMIC UNIVERSITY MALAYSIA v. MOHD ADNAN ADRIAN PAUL HOLDEN ABDULLAH [2015] 1 LNS 249 CA di mana Mahkamah Rayuan telah menegaskan bahawa tanpa pembelaan yang bermerit, apatah lagi apabila tiada cadangan pembelaan dilampirkan dan difailkan bersama Afidavit Sokongan, Mahkamah ini tidak seharusnya mengenepikan JID terutama sekali apabila pihak Defendan-Defendan telah gagal membuktikan merit bagi mengakas tuntutan Plaintif di hadapan Mahkamah ini.
27
Pandangan Mahkamah ini adalah bersandarkan pada kes MBF NORTHERN SECURITIES SDN BHD v. DR HJ SALLEHUDDIN BIN KASSIM & 3 ORS [2007] CLJU 96 yang memutuskan kepada keperluan pemfailan pembelaan bermerit seperti di bawah:
37
Beban adalah terletak atas Defendan 1 untuk menunjukkan bahawa pembelaannya adalah bermerit. Telah dihuraikan oleh Mahkamah Agung dalam kes Hasil Bumi Perumahan v. United Malayan Banking [1994] 1 CLJ 328 seperti yang diperkatakan oleh Mohd. Jemuri Serjan, Hakim Besar (Borneo) (sepertimana beliau pada masa itu): "...In Fira Development Sdn. Bhd. v. Goldwyn Sdn. Bhd. [1989] 1 CLJ 32 (Rep); [1989] 1 CLJ 1; [1989] 1 MLJ 40 Lee Hun Hoe, CJ (Borneo) (as he then was) held that a defence on the merits meant merely raising only an arguable or triable issue, not unlike any O. 14 cases and that a judgment in default was not a judgment on merits. In other words, it was decided in that case that a judgment in default may be set aside if the facts show a defence has merits. Fira's case was followed by Zakaria Yatim J. in P.L. Construction Sdn. Bhd. v. Abdullah bin Said [1988] 2 CLJ 91 (Rep); [1988] 2 CLJ 808; [1989] 1 MLJ 60. Again, V.C.George J. in East Asiatic Company (M) Bhd v. Kamanis Sdn. Bhd. [1985] CLJU 32; [1985] 1 LNS 32; [1985] 2 MLJ 227 used such expression as "bona fide reasonable defence" to describe the standard of the defence that must be met for the applicant to succeed to set aside a default judgment, although he cited no authority for his proposition, and it seemed to us the proposition was redolent of Lord Atkin's dictum. Consistent with the decision of our own courts in the past in dealing with issues such as those under O.13 r.8 and O.19 r.9 the guidelines in Evans v. Bartlam ant must show that he has a defence which have some merits and which the Court should try. To use common and plain language, the applicant must show that his defence is not a sham defence but one that is prima facie (supra) should be accepted. In our view, in order to succeed in his application under these Orders the applic, raising serious issues as bona fide reasonable defence that ought to be tried because obviously if the defence is a sham defence there is no defence and the application must fail. It can hardly be emphasised that in order for the Court to arrive at a decision that the defence has merits it must perforce make a reasoned assessment of the justice of the case by forming a professional view of the probable outcome of the case, but this is stating the obvious. It involves a mental process that goes through the mind of a Judge when making a decision in any case, weighing the evidence of a litigant against that of another on the facts alleged by a party against those of the other before finally coming to a decision.". (Penggarisan oleh saya). Selanjutnya Abdul Malik Ishak H telah perkatakan dalam kes The Pacific Bank Bhd v. Vimla Textiles & Ors [2004] 6 CLJ 406 seperti berikut: "Depending on whether the judgment entered was regular or irregular, it is always prudent on the part of the defendant to disclose the merits of his case. In addition to that the defendant too must aver as to the:
1
nature of the irregularity as well as to the,
2
circumstances surrounding the manner in which the default arose. As to what constitutes 'defence on the merits', reference should be made to the case of Burns v. Kondel [1971] 1 Lloyd's Rep. 554 where Lord Denning MR explained that phrase to mean 'a defence which discloses an arguable and triable issue'. A regular judgment is a judgment which has complied with the rules and it can only be set aside on the merits as shown in the affidavit evidence. What is the standard of proof required of the defendant in order to set aside or vary the judgment? It is said that the defendant must show:
a
that it has a 'prima facie defence'...
b
that the defence is 'not a sham'...and
c
that the 'primary consideration is whether he has merits, to which the court should pay heed...' And that no judge could, 'in exercising the discretion conferred on him by the rule fail to consider both (a) whether any useful purpose could be served by setting aside the judgment, and obviously no useful purpose would be served if there were no possible defence to the action; and (b) how it came about that the applicant found himself bound by a judgment, regularly obtained, to which he could have set up some serious defence' (per Lord Russel of Killowen in Evans v. Bartlam at p. 651)."
38
Maka dalam kes sekarang ini, apa yang hendak diperkatakan oleh Defendan 1 melalui keterangan afidavit yang kononnya pembelaannya adalah bermerit, tidak sepatutnya diterima oleh Mahkamah ini bulat-bulat tanpa soalan. Dalam hal ini pertimbangan telah dibuat dan analisa ditunjuk untuk menolak penjelasan afidavit Defendan 1 dengan semua alasan serta autoriti-autoritinya seperti yang telah disebut dengan jelas dalam perenggan-perenggan (33) hingga (37) di atas. Mahkamah ini menerima-pakai prinsip undang-undang yang telah diutarakan oleh Edgar Joseph Jr HMA (sebagaimana beliau pada masa itu) dalam kes PUBLIC FINANCE BERHAD v. LEE BEE RUBBER FACTORY SDN. BHD. (supra): "...in considering the question whether the second and the third defendants had disclosed a defence on the merits, I was mindful of the rule that generally, if there is conflict of evidence which is not on the face of it implausible upon a question of fact which calls for the determination of a Court, such conflict ought not to be disposed of on affidavit evidence only, but should be determined at the final hearing. On the other hand, in the words of Lord Diplock when delivering the advice of the Privy Council in Enq Mee Yong & Ors. v. Letchumanan [1979] CLJU 18; [1979] 1 LNS 18 (at p. 217 col 2 D, E), which concerned an application for removal of a caveat registered against land, 'although in the normal way it is not appropriate for a Judge to attempt to resolve conflicts of evidence on affidavit, this does not mean that he is bound to accept uncritically, as raising a dispute of fact which calls for further investigation every statement in an affidavit, however equivocal, lacking in precision, inconsistent with undisputed contemporary documents or other statements by the same deponent, or inherently improbable in itself it may be. ' In Bank Negara Malaysia v. Mohd Ismail & Ors. [1992] 1 CLJ 14 (Rep); [1992] 1 CLJ 627; [1992] 1 MLJ 400, the Supreme Court held, (at p. 408 D) that the principle of law aforesaid enunciated by Lord Diplock is applicable to all cases where a Judge has to decide a matter on conflicting affidavit evidence.".
28
Oleh demikian, bersandarkan pada amatan dan keputusan seperti di atas, Mahkamah ini tidak boleh membenarkan Lampiran 15 ini dengan bersandarkan pada keputusan kes LAI YOKE NGAN & ANOR v. CHIN TECK KWEE & ANOR [1997] 3 CLJ 305 yang memutuskan seperti di bawah: "The principle of setting aside a default judgment has been well established. A default judgment is not a judgment on the merits. When such a judgment is obtained irregularly, such irregularity would be a sufficient ground by itself for setting it aside. But when the default judgment has been obtained regularly, in order to succeed the defendant must file an affidavit of merits, which must disclose that he has a defence on the merits and that he has an arguable or triable issue on the merits."
29
Atas segala amatan, hujahan, keputusan kes-kes seperti di atas dan juga keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes NATIONAL COMPANY FOR FOREIGN TRADE v. KAYU RAYA SDN BHD [1984] 1 CLJ (Rep) 283, Mahkamah ini menolak permohonan Defendan-Defendan dengan kos sebanyak RM3,000.00. Bertarikh 15 Mei 2026 RAFIQHA HANIM MOHD ROSLI HAKIM MAHKAMAH SESYEN 6 SHAH ALAM SELANGOR Peguam Peguam: VAGISHWARY A/P GUNASEKARAN TETUAN SUKANTHAN Peguam Defendan: THUM WENG SHEN TETUAN SHANG & CO.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.