Content
JA-A52NCC-439-12/2022 Alasan Penghakiman 1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO. JA – A52NCC – 439 – 12 / 2022 ANTARA ZINSHENG SDN BHD. …
JA-A52NCC-439-12/2022
Sessions Court of Malaysia19 Dec 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“irregular judgment. If it is an irregular judgment, then the default judgment ought to be set aside ex debitio justitae. If it is regularly obtained, then the principle expounded in Evans v. Bartlam [1937] AC 473 applies - see the judgment of the Federal Court in Hasil Bumi Perumahan Sdn Bhd & 5 Ors v. United Malayan B”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
JA-A52NCC-439-12/2022 Alasan Penghakiman 1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO. JA – A52NCC – 439 – 12 / 2022 ANTARA ZINSHENG SDN BHD. …
1
1.
2
GOH KOK LEONG TING CHENG YOUNG … DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN (Permohonan Mengetepikan Penghakiman Ingar Kehadiran)
1
Ini merupakan alasan penghakiman bagi satu keputusan bertarikh 19.12.2024 di mana Mahkamah menolak permohonan defendan kedua (D2) untuk mengetepikan Penghakiman Ingkar Kehadiran (“penghakiman ingkar tersebut”) yang dimasukkan terhadap D2.
2
Setelah meneliti kertas-kertas kausa dan hujahan pihak-pihak Mahkamah telah menolak permohonan D2 dengan kos RM3,000.00.
3
D2 kini merayu ke Mahkamah Tinggi terhadap keseluruhan keputusan tersebut. JA-A52NCC-439-12/2022 Alasan Penghakiman 2 NOTIS PERMOHONAN D2 4. Kertas-kertas kausa yang difailkan bagi permohonan ini ialah seperti berikut: i. Notis Permohonan di bawah Aturan 13 Kaedah 8 dan/atau Aturan 42 kaedah 13 Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 bertarikh 16.10.2024 (“Lampiran 30”); ii. Affidavit Sokongan D2 yang diikrarkan oleh Ting Cheng Yong (D2) pada 16.10.2024; iii. Afidavit Jawapan yang diikrarkan oleh Pang Zin Pang pada 24.10.2024; iv. Afidavit Balasan yang diikrarkan oleh Tin Chen Yong pada 20.11.2024.
5
Plaintif telah memulakan tindakan ini terhadap kedua-dua defendan melalui Writ Saman dan Penyata Tuntutan 27.12.2022 bagi menuntut hutang berjumlah RM101,932.26 yang gagal dibayar oleh syarikat Artique Design & Renovation Sdn Bhd (“syarikat tersebut”) yang mana kedua-dua defendan merupakan pengarah kepada syarikat tersebut dan juga penjamin kepada hutang-hutang syarikat kepada plaintif melalui satu satu Jaminan dan Indemniti bertarikh 31.12.2016 (“Jaminan dan Indemniti tersebut”). JA-A52NCC-439-12/2022 Alasan Penghakiman 3
6
Plaintif Berjaya mendapatkan satu Penghakiman Ingkar tersebut pada 6.3.2023 terhadap kedua-dua defendan pada setelah defendan-defendan gagal memasukkan kehadiran pada tarikh yang telah ditetapkan.
7
Pada 16.10.2024 D2 telah memfailkan Lampiran 30 ini bagi mengetepikan Penghakiman Ingkar Kehadiran tersebut. HUJAHAN D2 8. D1 berhujah Penghakiman Ingkar Kehadiran hendaklah diketepikan atas alasan: i. Penyampaian Writ Saman dan Penyata Tuntutan tidak teratur; ii. D1 mempunyai pembelaan bermerit iaitu tuntutan plaintif adalah res judicata kerana plaintif telah menuntut hutang yang sama dengan syarikat defendan-defendan melalui tindakan Mahkamah Majistret No. JA-A72NCC-749-08/2020; iii. Plaintif telah menuntut faedah pada kadar 1.5% / sebulan yang bertentangan dengan undang-undang.
9
Hujahan plaintif menentang permohonan D2 adalah seperti berikut: i. Penghakiman Ingkar Kehadiran adalah teratur kerana penyampaian dibuat melalui penyampaian ganti; JA-A52NCC-439-12/2022 Alasan Penghakiman 4 ii. Tiada pembelaan bermerit kerana tuntutan di Mahkamah Majistret adalah terhadap syarikat dan tindakan sekarang adalah terhadap D2 di atas Jaminan dan Indemniti yang ditandatangani; iii. D2 tahu mengenai faedah 1.5% sebulan dikenakan dan dituntut plaintif.
10
Undang-undang matan mengenai pertimbangan yang perlu diambil oleh Mahkamah apabila berdepan dengan permohonan mengetepikan Penghakiman Ingkar Kehadiran telah diputuskan di dalam banyak nas undang-undang. Mahkamah merujuk kepada kes Yap Ke Huat & Ors v. Pembangunan Warisan Murni Sejahtera Sdn Bhd & Anor [2008] 4 CLJ 175 di mana Mahkamah Rayuan memutuskan: “It is trite that when considering an application to set aside a judgment in default, the first task is to ascertain whether it is a regular or irregular judgment. If it is an irregular judgment, then the default judgment ought to be set aside ex debitio justitae. If it is regularly obtained, then the principle expounded in Evans v. Bartlam [1937] AC 473 applies - see the judgment of the Federal Court in Hasil Bumi Perumahan Sdn Bhd & 5 Ors v. United Malayan Banking Berhad [1994] 1 CLJ 328. This requires the defendant to show that he has a defence on merits. Delay in making such application is a factor to be considered by the court in deciding whether to grant or refuse the application - see Tuan Haji Ahmed Abdul Rahman v. Arab-Malaysian Finance Bhd [1996] 1 CLJ 241. JA-A52NCC-439-12/2022 Alasan Penghakiman 5
11
Isu-isu yang perlu diputuskan oleh Mahkamah ialah sama ada: i. Penghakiman Ingkar tersebut teratur; ii. Jika teratur, sama ada defendan mempunyai pembelaan bermerit. Sama ada Penghakiman Ingar Kehadiran tersebut teratur 12. Berdasarkan kertas kausa yang difailkan, plaintif cuba membuat serahan secara kediri penyampaian Writ Saman dan Penyata Tuntutan kepada D1 ialah ke alamat No. 191 Jalan Nakhoda 3 Taman Ungku Tun Aminah 81300 Johor Bahru sebanyak 2 kali iaitu pada 30.12.2022 dan 17.1.2023 namun penyampai saman plaintif tidak menjumpai alamat D2 tersebut.
13
Seterusnya plaintif membuat permohonan untuk serahan gantian terhadap defendan kedua melalui pengiklanan di dalam akhbar Nanyang Siang Pau dan penampalan di papan notis Mahkamah Sesyen Johor Bahru. Pada 26.1.2023 permohonan plaintif dibenarkan.
14
Plaintif melalui affidavit penyampaian Muhammad Nazrul bin Hujan @ Tik bertarikh 20.2.2023 telah mengesahkan membuat penyampaian secara pengiklanan terhadap D2. Manakala melalui affidavit penampalan oleh Muhammad Nazrul bin Hujan @ Tik bertarikh 20.2.2023 mengesahkan membuat penampalan pada papan notis Mahkamah Sesyen Johor Bahru.
15
Klausa 11 Jaminan dan Indemniti tersebut memperuntukkan: JA-A52NCC-439-12/2022 Alasan Penghakiman 6 “Any demand or notice made by you hereunder shall be validly made if served on the Guarantors personally or sent to him by prepaid post to or left at his last known address and if sent by post shall be conclusively deemed to have been received by the Guarantors within three (3) days after the time of posting.”
16
Memandangkan usaha-usaha untuk penyampaian kediri sepertimana yang diperuntukkan di bawah Klausa 11 Jaminan dan Indemniti tersebut tidak Berjaya, maka plaintif telah meneruskan usaha penyampaian melalui penyampaian ganti.
17
Berdasarkan affidavit pengiklanan dan affidavit penampalan yang difailkan di dalam kes ini, penyampaian ganti ke atas D2 telah dilakukan dengan sempurna. Memandangkan D2 tidak memasukkan kehadiran, maka plaintif meneruskan dengan memasukkan penghakiman ingkar kehadiran terhada D2.
18
Mahkamah merujuk kepada kes Ng Han Seng v Scotch Leasing Sdn Bhd (Appointed Receivers And Managers) [2003] 4 MLJ 647 yang memutuskan pihak defendan dihalang untuk mempertikaikan kesahihan penyampaian ganti di dalam prosiding membatalkan Penghakiman Terus. Mahkamah Rayuan memutuskan: “(2) The service of the writ on the appellants was pursuant to an order for substituted service, resort to which was due to the appellants’ changes of addresses without informing the respondent. The respondent had complied with the order for substituted service and the appellants could not challenge the order in their applications for that would amount to a collateral attack on the validity of process which is not permitted. The validity of the order for JA-A52NCC-439-12/2022 Alasan Penghakiman 7 substituted service could only be challenged by proceedings instituted for that very purpose (penekanan diberikan).”
19
Sekiranya D2 di dalam kes ini ingin mencabar kesahihan penyampaian ganti terhadapnya, maka D2 hendaklah memulakan prosiding yang berasingan dan bukannya menimbulkan cabaran tersebut di dalam forum ini.
20
Setakat ini, D2 gagal menunjukkan serahan Writ Saman dan Penyata Tuntutan tidak teratur.
21
Oleh kerana D2 gagal memasukkan kehadiran dalam tempoh masa yang diperuntukkan walaupun serahan Writ Saman dan Penyata Tuntutan adalah teratur, maka Penghakiman Ingkar Kehadiran yang direkodkan terhadap D2 adalah teratur. Sama ada D2 mempunyai pembelaan bermerit 22. Apa yang dimaksudkan sebagai pembelaan bermerit dijelaskan di dalam kes Chen Heng Ping & Ors. v. Intradagang Merchant Bankers
m
(M) Berhad [1995] 3 CLJ 690 oleh Mahadev Shankar (HMR) seperti berikut: “When an application is made for summary judgment under O. 14 supported by an affidavit which goes to show that there is no defence, the defendants must show cause why leave to defend must be given. This means that the defendants must provide answers on oath which constitute evidence that they have a defence which is fit to be tried. Denials in a defence do not constitute evidence. They are challenges to the other side to show proof. In JA-A52NCC-439-12/2022 Alasan Penghakiman 8 the present case the guarantors do not appear to have appreciated this. Their affidavits merely relied on the defence they pleaded, which consists of bare denials and points of law which they could not sustain.”
23
Nas undang-undang di atas menekankan bahawa defendan perlu mengemukakan bukti menunjukkan pembelaan mereka bermerit dan bukan sekadar dakwaan kosong semata.
24
Pembelaan pertama yang ditimbulkan D2 ialah tindakan ini res judicata kerana plaintif sudah mendapatkan satu penghakiman terhadap syarikat defendan-defendan melalui tindakan di Mahkamah Majistret tersebut bagi jumlah RM76,559.29.
25
D2 mendakwa syarikat defendan-defendan yang bertanggungan terhadap hutang yang dituntut dan bukan defendan-defendan secara peribadi dan tindakan ini merupakan ‘double recovery’.
26
Mahkamah berpendapat isu res judicata tidak timbul. Ini kerana kausa tindakan terhadap D2 adalah berbeza berbanding tindakan di dalam di Mahkamah Majistret tersebut.
27
Tindakan di hadapan Mahkamah yang mulia ini adalah di atas Jaminan dan Indemniti tersebut yang ditandatangani oleh defendan-defendan sendiri. Berdasarkan Jaminan dan Indemniti tersebut D2 bertindak sebagai penjamin kepada syarikat tersebut terhadap hutang-hutang syarikat. Kausa tindakan terhadap D2 timbul selepas kegagalan, keengganan dan/atau kecuaian syarikat tersebut untuk membayar hutang tertunggak. JA-A52NCC-439-12/2022 Alasan Penghakiman 9
28
Kegagalan syarikat membayar hutangnya adalah jelas apabila plaintif Berjaya mendapatkan penghakiman terhadap syarikat. Malahan syarikat tersebut juga gagal menjelaskan penghakiman yang diperintahkan oleh Mahkamah Majistret tersebut.
29
Oleh yang demikian, berdasarkan Jaminan dan Indemniti tersebut, plaintif berhak membawa tindakan ini terhadap D2 yang telah memberi jaminan peribadi bagi melangsaikan hutang-hutang syarikat tersebut.
30
D2 juga mendakwa kadar faedah 1.5% sebulan yang dituntut oleh plaintif juga bertentangan dengan peruntukan di mana Aturan 42 k 12 KKM 2012 memperuntukkan faedah ke atas hutang penghakiman ialah sebanyak 5% setahun.
31
Dakwaan D2 adalah tidak tepat. Forum ini bukanlah tempat yang sewajarnya untuk mempertikaikan kadar faedah 1.5% sebulan yang dikenakan terhadap jumlah yang terhutang oleh syarikat tersebut. Isu ini patut ditimbulkan semasa perbicaraan di Mahkamah Majistret kerana kadar faedah tersebut merupakan sebahagian daripada hutang yang dituntut terhadap syarikat tersebut di hadapan Mahkamah Majistret. Di hadapan Mahkamah ini, isu kadar faedah tersebut sudah selesai kerana Mahkamah Majistret telah membenarkan kadar faedah 1.5% sebulan dikenakan ke atas hutang syarikat tersebut.
32
Selain itu, Mahkamah mendapati plaintif tidak mengenakan kadar faedah 1.5% ke atas jumlah penghakiman keseluruhan, namun jelas JA-A52NCC-439-12/2022 Alasan Penghakiman 10 berdasarkan perintah penghakiman ingkar tersebut, kadar faedah tersebut adalah terpakai ke atas jumlah terhutang oleh syarikat tersebut sahaja iaitu ke atas jumlah RM53, 924.77.
33
D2 juga membangkitkan isu bahawa Jaminan dan Indemniti tersebut diberikan oleh defendan-defendan bagi Trading Credit Facilities namun syarikat tidak pernah membuka Trading Facilities Account dengan plaintif.
34
Mahkamah bersetuju dengan plaintif bahawa dakwaan D2 ini tidak tepat. Jaminan dan Indemniti tersebut memperuntukkan: “In considering of you, Zinsheng Sdn Bhd … agreeing at the request of the undersigned to supply goods including but not limited to plywood or otherwise having granted or agreed to grant trading facilities (hereinafter referred to ‘supply of goods and trading credit facilities’) … We the undersigned … hereby agree to guarantee as principal debtor and not merely as surety to you and to pay you all moneys payable to you by the Customer during the operation of this Guarantee be owing to you from the Customer or remaining unpaid in respect of or arising from the Supply of Goods and
35
Jaminan dan Indemniti yang dimasuki dan ditandantangani oleh D2 adalah untuk hutang yang timbul daripada jualan barangan tidak terhad kepada plywood atau persetujuan plaintif untuk memberi kemudahan kredit kepada syarikat tersebut. JA-A52NCC-439-12/2022 Alasan Penghakiman 11
36
Jaminan dan Indemniti adalah jelas dan tidak mengelirukan. Isu sama ada syarikat ada membuka trading facilities account adalah tidak relevan kerana Jaminan dan Indemniti juga meliputi hutang-hutang syarikat yang timbul dari barangan yang dibeli dan dihantar ke syarikat.
37
Mahkamah berpendapat D2 gagal menimbulkan apa-apa pembelaan bermerit bagi menentang penghakiman ingkar tersebut.
38
Setelah meneliti kertas-kertas kausa di dalam tindakan ini dan membaca hujahan kedua-dua pihak Mahkamah berpendapat tiada apa-apa merit di dalam permohonan D2 melalui Lampiran 30 tersebut.
39
39.
Lampiran
Lampiran 30 ditolak dengan kos RM3,000.00. Bertarikh pada 27 Januari 2025 …………………………………. LAILAWATI BINTI ALI Hakim Mahkamah Sesyen Sivil 3 Johor Bharu JOHOR JA-A52NCC-439-12/2022 Alasan Penghakiman 12 Bagi pihak Plaintif: Bagi pihak Defendan Pertama: Ng Yet Kheng Lim Kim Siong T/n Ng Kee Chong & Co T/n SK Song
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.