(ii) Perbuatan kekerasan jenayah itu dilakukan dengan niat untuk mencabul kehormatan SP1. [77] Kedua-dua elemen ini adalah berkaitan, oleh itu Mahkamah ini membincangkan kedua-dua elemen ini secara serentak, sama ada OKT telah menggunakan kekerasan jenayah terhadap SP1 dan sama ada perbuatan tersebut dilakukan dengan niat untuk mencabul kehormatan SP1. [78] Mahkamah ini meneliti keterangan SP1 dan SP2 untuk memastikan sama ada kedua-dua elemen tersebut telah dibuktikan. SP1 dalam keterangannya di muka surat 11, Rekod Rayuan Jilid 2 menyatakan: “Masa itu saya dalam posisi meniarap dan pisau ada di tangan saspek dan dalam masa yang sama dia telah mencabul, meraba di bahagian punggung.”. Page 26 of 40 [79] SP2 pula semasa di pemeriksaan balas telah bersetuju dengan cadangan pihak pembelaan bahawa OKT tidak meraba punggung SP1. Keterangan SP2 di muka surat 53, Rekod Rayuan Jilid 2 adalah seperti berikut: - “PB: Saya katakan kepada Norizan, OKT sebenarnya tidak meraba punggung Najwa? Setuju.” [80] Semasa disoal semula, SP2 diminta untuk menjelaskan kenapa beliau bersetuju dengan cadangan peguam bela. Keterangan SP2 di muka surat 54, Rekod Rayuan Jilid 2 adalah seperti berikut: - “TPR: Soalan peguam, OKT tidak raba punggung Najwa dan Izan jawab ya. Jelaskan. Saya jawab ya, saspek tidak meraba punggung Najwa sebab saya cuma nampak saspek letak tangan sebelah kanan di atas punggung Najwa. Saya tidak tahu dia meraba atau tidak. TPR: Tapi yang pasti Izan nampak tangan kanan saspek di atas punggung Najwa? Ya” [81] Berdasarkan keterangan SP1 dan SP2 dalam perkara ini, adalah jelas bahawa OKT ada meletak tangan kanannya di punggung SP1. Pada masa itu OKT bersenjatakan pisau. HMS menyatakan di perenggan 64 Alasan penghakimannya seperti berikut: - [64] Mahkamah juga bersetuju dengan hujahan pihak pendakwaan bahawa perbuatan kekerasan jenayah ini telah mewujudkan perubahan emosi dan perasaan SP1. Keadaan SP1 yang berada dalam keadaan takut, trauma dan kesedihan setelah berlaku kejadian tersebut telah mewujudkan inferens Page 27 of 40 bahawa kekerasan jenayah telah berlaku ke atas SP1. Perlakuan ini juga dilakukan tanpa kerelaan mangsa dan Mahkamah ini juga menimbangkan tindakan mangsa yang menjerit sebaik sahaja OKT duduk di atas badannya dan mencabul kehormatan mangsa.”. [82] Mahkamah bersetuju dengan dapatan HMS bahawa wujudnya kekerasan jenayah terhadap mangsa, apatah lagi bilamana ianya melibatkan penggunaan senjata yang menyebabkan ketakutan kepada mangsa. [83] Tetapi isunya di sini adakah OKT mempunyai niat untuk mencabul kehormatan SP1 atau mengetahui mungkin bahawa ia akan dengan jalan demikian itu mencabul kehormatan mangsa. Mengenai niat OKT untuk mencabul SP1, HMS di dalam Alasan penghakimannya menyatakan seperti berikut: “[70] Seterusnya elemen ketiga yang harus dibuktikan oleh pihak pendakwaan adalah terdapat niat untuk mencabul kehormatan mangsa atau dengan mengetahui mungkin bahawa ia akan dengan jalan demikian itu mencabul kehormatan mangsa. Berdasarkan keterangan SP1, adalah jelas OKT telah duduk di bahagian belakang SP1 yang berbaring di dalam posisi meniarap dan OKT telah memegang dan meraba punggung SP1. Perlakuan OKT ini adalah tanpa kerelaan SP1 dan merupakan satu perlakuan yang terjumlah kepada mencabul kehormatan mangsa sebagai seorang wanita. [71] Mahkamah ini berpendapat, perlakuan OKT juga terus menerpa ke arah SP1 yang berada di dalam posisi meniarap ketika SP1 menegur OKT menunjukkan dengan jelas sememangnya OKT berniat mencabul SP1. OKT boleh sahaja mengarahkan untuk bangun atau duduk sambil mengacukan pisau, namun OKT terus menerpa dan duduk di bahagian belakang SP1 sambil tangan kiri mengacukan pisau Page 28 of 40 dan tangan kanan meraba dan memegang punggung OKT. Tindakan dan perlakuan OKT ini menunjukkan sememangnya OKT telah berniat menggunakan kekerasan jenayah untuk mencabul kehormatan SP1. [84] Untuk membuktikan bahawa seseorang mempunyai niat dalam tindakannya adalah sesuatu yang agak sukar, walaupun begitu, suatu inferens mengenai niat seseorang boleh dibuat berdasarkan keadaan sekeliling seseorang dan situasi yang dihadapinya. Mahkamah ini berpendapat faktor-faktor seperti kehadiran motif, peluang, dan perancangan boleh dipertimbangkan semasa menentukan niat. [85] Berdasarkan versi pihak pendakwaan, setelah OKT masuk ke bilik mangsa, OKT terus pergi ke arah almari solek dan menggeledah almari solek tersebut. Kemudian, OKT berlari ke arah SP1 setelah SP1 terjaga dari tidur dan menegurnya. OKT kemudian telah duduk di atas belakang SP1 yang berada di dalam posisi meniarap. [86] Mahkamah ini meneliti keterangan SP1 dan SP2 secara kumulatif dan mendapati tindakan OKT yang berlari ke arah SP1 dan duduk di belakang SP1 adalah kerana OKT terkejut apabila ditegur oleh SP1. SP2 yang pada ketika itu berada sangat dekat dengan OKT dan merupakan saksi mata tidak dapat mengesahkan keterangan bahawa OKT telah meraba punggung SP1. SP2 mengesahkan bahawa OKT ada meletakkan tangannya di punggung SP1. [87] Mahkamah berpendapat tindakan OKT meletakkan tangannya di bahagian punggung SP1 adalah bertujuan supaya SP1 tidak dapat bergerak ke mana-mana kerana pada masa yang sama OKT Page 29 of 40 dikatakan meminta SP1 menyerahkan gelang tangannya. Sekiranya pada masa tersebut OKT berniat hendak mencabul SP1, sudah tentu OKT melakukannya sebaik sahaja OKT masuk ke bilik tersebut. Namun apa yang berlaku dalam kes ini adalah OKT menggeledah almari terlebih dahulu dan hanya berlari ke arah SP1 setelah ditegur oleh SP1. [88] Mahkamah ini berpendapat bahawa HMS telah khilaf apabila gagal mempertimbangkan keterangan SP2 bahawa beliau hanya nampak OKT meletakkan tangannya di punggung SP1 dan beliau tidak nampak OKT meraba punggung SP1. Berdasarkan jawapan oleh SP2 tersebut, adalah diragui bahawa perbuatan meraba telah dilakukan oleh OKT. SP2 yang berada sangat dekat dengan OKT, sepatutnya nampak tangan OKT meraba punggung SP1 jika pada masa itu OKT benar-benar melakukan perbuatan meraba dan mencabul kehormatan SP1. [89] Justeru, kredibiliti SP1 harus diperhalusi oleh Mahkamah khususnya berkaitan dengan tuduhan meraba punggung dan mencabul kehormatan kerana keterangan SP2 tidak menyokong keterangan SP1 dalam isu ini. Isu lain yang turut dipertimbangkan oleh Mahkamah ini Pengecaman ke atas OKT [90] Berdasarkan keterangan lisan oleh SP1, SP2 dan SP3, adalah tidak dinafikan bahawa seorang lelaki telah memecah masuk rumah sewa mereka pada tarikh dan masa seperti yang dinyatakan di dalam pertuduhan. Page 30 of 40 [91] Persoalannya siapakah lelaki tersebut? Adakah OKT yang telah melakukan pecah masuk ke dalam rumah tempat kejadian dan adakah OKT yang telah melakukan perbuatan-perbuatan seperti yang dipertuduhkan? [92] Setelah meneliti keterangan SP1, SP2 dan SP3, Mahkamah mendapati wujudnya keraguan di dalam pengecaman mereka terhadap OKT. Diperturunkan petikan keterangan SP1, SP2 dan SP3 berkaitan pengecaman mereka ke atas OKT yang mana Mahkamah ini berpendapat bahawa pengecaman mereka adalah tidak berkualiti setelah mengambil kira suasana pada masa kejadian dan prosedur kawad cam yang tidak dipatuhi sepenuhnya oleh Pegawai Kawad Cam. Keterangan SP1 semasa disoal balas (rujuk muka surat 27-28, Rekod Rayuan Jilid 2): Najwa cakap Najwa toleh sebelah kiri sikit sahaja tadi? Saya katakan, Najwa sebenarnya tidak dapat melihat muka OKT ini dengan jelas? Setuju. Saya katakan, cara Najwa boleh cam OKT berdasarkan suaranya? Tidak setuju. Tadi ada beritahu bahawa Najwa ada dengar mengenai OKT ini melalui satu rakan bernama Aqilah. Aqilah pernah berjumpa dengan OKT? Page 31 of 40 Lihat melalui surat khabar. Kiranya muka OKT keluar di surat khabar? Ya, Aqilah cakap. Aqilah beritahu Najwa tentang OKT ini dan dia duduk di taman yang sama? Najwa tahu lah OKT ini duduk di kawasan yang sama? Najwa cakap tidak pernah tengok dia? Ya, betul. OKT hanya duduk di atas Najwa? Ya.”. Keterangan SP1 di muka surat 32, Rekod Rayuan Jilid 2 dirujuk: Najwa ada dipanggil untuk kawad cam? Berapa kali? 3 kali. Ingat bila tarikh? Yang 1st tak ingat, yang 2nd lupa bulan 10 tapi tak ingat tarikh, dalam belas-belas 13hb macam tu dan 17hb. Najwa dapat cam pada kali terakhir, 17hb? Ya, betul Yang 13hb dia tiada? Betul. Page 32 of 40 Selepas kejadian itu, adakah Najwa tahu individu yang masuk ke rumah itu adalah Zul Mazwan sebelum kawad cam dijalankan? Tidak tahu. … Semasa kejadian Najwa ada cakap OKT ada pakai tuala putih? Betul. Tuala putih itu terjatuh? Ya.”. [93] Berdasarkan keterangan SP1 ini jelas menunjukkan bahawa SP1 telah menghadiri 3 kali sesi kawad cam. Beliau tidak dapat camkan OKT pada sesi kawad cam yang pertama dan kedua. SP1 dapat cam OKT pada sesi kawad cam kali ketiga yang diadakan pada 17 haribulan. Tetapi melalui laporan kawad cam (P6), menyatakan bahawa SP1 telah dapat camkan OKT pada sesi kawad cam yang diadakan pada 13 haribulan. Persoalannya berapa kali kawad cam diadakan dan bilakah kawad cam diadakan? Isu ini tidak dijawab oleh saksi pendakwaan. Keterangan SP2 di muka surat 43, Rekod Rayuan Jilid 2 dirujuk Selepas kejadian, ada Izan dan rakan-rakan pergi ke IPD? Ada. Bila? Pada 12/10 untuk buat kawad cam. Bagaimana dengan kawad cam? 12/10 tidak ada saspek dalam kawad cam itu. Kemudian 13/10, keesokan harinya, buat kawad cam dan ada saspek. Page 33 of 40 Cam saspek masa itu? Ya, saya cam saspek masa itu. Keterangan SP2 di muka surat 52-53, Rekod Rayuan Jilid 2 dirujuk Saya katakan Najwa dalam keadaan meniarap dia tidak dapat melihat muka OKT? Dalam keadaan meniarap, setuju … Saya katakan kepada Norizan, OKT sebenarnya tidak meraba punggung Najwa? Setuju. Keterangan SP3 di muka surat 59-63 Rekod Rayuan Jilid 2 dirujuk Pemeriksaan Utama Ingat rupa dia macam mana? Masa saya tengok dia pakai penutup muka macam tuala, saya tengok rambut dia, mata dia dan kening dia. Mata sebelah kiri sepet sedikit. … Bentuk rupa muka boleh ingat? Tak pasti sangat sebab dia pakai pelitup muka … Ada diminta buat pengecaman kawad cam? Ada. Ingat bila? Tak ingat. Page 34 of 40 Tahun bila?