Content
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI ALOR SETAR DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN PERBICARAAN JENAYAH NO: KA-45A-30-10/2020 PENDAKWA RAYA
KA-45A-30-10/2020
High Court of Malaysia11 Dec 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“n melampaui keraguan yang munasabah. [83] Mahkamah Persekutuan dalam kes Md Zainudin bin Raujan v Public Prosecutor [2013] 3 MLJ 773 telah memutuskan: “At the conclusion of the trial, s 182A of the Criminal Procedure Code imposes a duty on the trial court to consider all the evidence adduced before it and to decide whe”
“LJ 607: “We are also of the view that the contemporaneous conduct of the appellant in attempting to run away when PW7 identified himself as 'police' is relevant and admissible pursuant to s 8 of the Evidence Act 1950 under the circumstances of the instant appeal. Such conduct is of course not to be taken in isolation b”
“Bachan Singh v State of Punjab (1980) 1 MLJ (Crl) 827, at [195], in delivering the 4-1 majority decision of the Indian Supreme Court, RS Sarkaria J held that in view of, among others, s 354(3) of the Indian Criminal Procedure Code (‘CPC (India)’), the ‘extreme penalty [of death penalty] can be inflicted only in gravest”
“tigation and the submissions by the learned deputy public prosecutor, and after taking into account the recent cases emanating from the Court of Appeal after the coming into force of the Abolition of Mandatory Death Penalty Act 2023 Act 846 which in the vast majority of cases steer away from imposing the death penalty”
“3 MLJ 401, Mahkamah Tinggi telah memutuskan seperti berikut: “It must be observed that both the accused persons have been charged with committing the offence with common intention under s 34 of the Penal Code which reads as follows: When a criminal act is done by several persons, in furtherance of the common intention”
“g **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal taken in evaluating the evidence of the defence. In Mohamed Yatin Bin Abu Bakar v Public Prosecutor [1950] MLJ 57 Spenser-Wilkinson J, at p 59, opined: In an ordinary case, where no special burden of proof or explanation”
“. Human nature being what it is, different judges applying the same principles at the same time in the same country to similar facts may sometimes reach different conclusions (see Jamieson v Jamieson [1952] AC 525, 549). It Is for that reason that some very conscientious judges have thought it their duty to visit parti”
“n or persons. [17] The idea of exclusivity features in the meaning of 'possession' in criminal law as one of the elements necessary to constitute possession. As Taylor J said in Leow Nghee Lim v Reg [1956] MLJ 28: “… It is often said that 'possession must be exclusive'. This is ambiguous. Possession need not be exclusi”
“a police officer performing his duties. He had related what he actually saw and did on that day. SP2's evidence is credible and ought to be believed (see the cases of Public Prosecutor v Mohamed Ali [1962] MLJ 257 and Public Prosecutor v Teh Cheng Poh [1980] 1 MLJ 251).”. [penekanan ditambah] [56] Berdasarkan keseluruh”
“f course not to be taken in isolation but together with all the other circumstances of the case. That would be the correct approach to circumstantial evidence (see Chan Chwen Kong v Public Prosecutor [1962] MLJ 307).”. [penekanan ditambah] [54] Berdasarkan kepada keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes di atas, dan be”
“dadah yang banyak dalam kes ini adalah hampir 850 kali ganda daripada berat minima anggapan pengedaran di bawah perenggan 37(da)(vi) ADB 1952. Dalam kes Public Prosecutor v Mahir Affandi bin Mohamad [2024] MLJU 1445, telah diputuskan seperti yang berikut: “[63] After considering the plea of mitigation and the submissio”
“Rayuan dalam kes Robin Radjaini Saih @ Amjan Patta v Public Prosecutor [2024] 6 MLJ 773. Dalam keputusannya, Mahkamah Rayuan telah membincangkan kes Khairul Azizi Bin Abdul Jalil v Public Prosecutor [2024] MLJU 1463 seperti yang berikut: “[27] In the Court of Appeal case of Khairul Azizi bin Abdul Jalil v Public Prosec”
“hukuman terhadap OKT, iaitu sama ada menjatuhkan hukuman mati, ataupun hukuman penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang daripada 12 sebatan. [99] Di dalam kes Md Masud Rana v Public Prosecutor [2024] MLJU 154, Mahkamah Rayuan telah memutuskan seperti berikut: “[35] For offences under section 302 of the Penal Code,”
“d with the evidence by which it is to be proved. It is essential to keep this distinction clearly in mind, especially when applying presumptions [18] Thomson J in Chan Pean Leon v Public Prosecutor [1956] MLJ 237, said that 'possession' for the purposes of criminal law involves possession itself — which some authoritie”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI ALOR SETAR DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN PERBICARAAN JENAYAH NO: KA-45A-30-10/2020 PENDAKWA RAYA
1
OKT telah dituduh bersama-sama dengan penama Shamsuddin bin Din (yang telah meninggal dunia) dengan satu pertuduhan bagi kesalahan di bawah perenggan 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta 234] (“ADB 1952”) yang boleh dihukum di bawah subseksyen 39B(2) Akta yang sama, dibaca bersama dengan seksyen 34 Kanun Keseksaan.
2
Pertuduhan terhadap OKT adalah seperti berikut: “Bahawa kamu bersama-sama dengan Penama : Shamsuddin bin Din [No. K/P: 700618-07-5117], yang telah meninggal dunia pada 18hb April 2018] pada 14/07/2016, jam lebih kurang 09.00 malam, di Persimpangan Lampu Isyarat Jalan Putra berhampiran Klinik Kesihatan Alor Setar, di dalam daerah Kota Setar, di dalam Negeri S/N qoOEw4FOiE6ig8xbzWroOg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Kedah Darul Aman, dalam mencapai niat bersama telah didapati mengedar dadah berbahaya Cannabis seberat 169,905.9 gram. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama dan dibaca bersama-sama seksyen 34 Kanun Keseksaan.”.
3
Pada akhir kes pendakwaan, Mahkamah ini telah mendapati bahawa pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan suatu kes prima facie terhadap pertuduhan dan telah memerintahkan OKT membela diri.
4
OKT telah memilih memberi keterangan secara bersumpah (sebagai SD1) dan pihak Pembelaan tidak mengemukakan sebarang saksi yang lain. Selanjutnya, pada akhir kes Pembelaan, Mahkamah ini telah mendapati bahawa OKT telah gagal menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah terhadap kes Pendakwaan dan seterusnya telah gagal mematahkan anggapan pengedaran di bawah perenggan 37(da)(vi) ADB 1952 atas imbangan kebarangkalian. Sehubungan itu, Mahkamah ini memutuskan bahawa pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan keseluruhan kes terhadap OKT melampaui keraguan yang munasabah dan telah mensabitkan OKT serta menjatuhkan hukuman gantung sampai mati. OKT tidak berpuas hati dengan keseluruhan keputusan Mahkamah ini dan mengemukakan rayuan ke Mahkamah Rayuan. S/N qoOEw4FOiE6ig8xbzWroOg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
5
Pada 14.7.2016, jam lebih kurang 12 tengah malam, Pengadu (SP12) yang bertugas di Pasukan Tindakan Khas Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Bukit Aman telah menerima maklumat tentang aktiviti pengedaran dadah bertempat di daerah Alor Setar, Kedah dari Bahagian Risikan Zon 1 JSJN Bukit Aman. Pengadu kemudiannya telah memberikan taklimat kepada anggota pasukan dan berdasarkan makluman, sindiket pengedaran dadah tersebut akan menjalankan kegiatan mereka di kawasan Alor Setar, Kedah dengan melibatkan 2 buah kenderaan yang mana jenis dan nombor pendaftaran adalah seperti berikut: i) Toyota Unser bernombor pendaftaran PEW 938 (“Toyota Unser tersebut”); dan ii) Proton Saga bernombor pendaftaran JCK 8221 (“Proton Saga tersebut”).
6
Pengadu telah membahagikan pasukan kepada dua pasukan iaitu Pasukan Pertama dan Kedua, seterusnya Pengadu turut dibantu oleh dua pasukan lagi iaitu Pasukan Ketiga dan Keempat yang diketuai oleh Insp Muhamad Amirullah bin Othman (SP13). Setelah peranan setiap pasukan difahami dengan jelas, pada lebih kurang pukul 2.00 petang, Pengadu dan pasukan beliau telah bergerak ke Alor Setar, Kedah dengan menggunakan dua buah kenderaan. Pengadu dan pasukannya telah tiba di Alor Setar pada lebih kurang pukul 7.00 malam. S/N qoOEw4FOiE6ig8xbzWroOg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
7
Pada lebih kurang pukul 9 malam, semasa Pengadu dan pasukannya membuat rondaan di sekitar Jalan Putra, Alor Setar, Pengadu telah menerima maklumat bahawa dua kereta yang terlibat telah muncul di Jalan Putra, Alor Setar. Setelah Pengadu tiba di Persimpangan Lampu Isyarat Jalan Putra, Alor Setar yang menghala ke Pusat Bandar Alor Setar, Pengadu nampak kereta Toyota Unser tersebut berhenti semasa lampu isyarat berwarna merah. Pengadu juga telah mengarahkan SP13 dan pasukannya untuk mengekori kereta Proton Saga tersebut dan membuat penahanan di kawasan yang sesuai.
8
Seterusnya, Pengadu bersama pasukan telah menahan kereta Toyota Unser tersebut dengan menjerit ‘Polis’. Semasa diserbu, Pengadu dapati kesemua cermin tingkap kereta Toyota Unser tersebut dalam keadaan bertutup dan berkunci dari dalam serta enjin kereta dalam keadaan hidup. Pengadu telah mengarahkan pemandu kereta tersebut membuka pintu kereta. Setelah itu, Pengadu telah menahan pemandu kereta Toyota Unser tersebut, yang merupakan OKT. Ketika kereta Toyota Unser tersebut ditahan, hanya OKT sahaja yang berada di dalam kereta. Setelah membacakan kata-kata amaran di bawah perenggan 37B(1)(b) ADB 1952, Pengadu dan pasukannya telah membuat pemeriksaan terhadap tubuh badan OKT tetapi tidak menemui apa-apa barang salah.
9
Pengadu dan pasukannya kemudian telah menjalankan pemeriksaan ke atas kereta Toyota Unser tersebut dan hasil pemeriksaan di bahagian belakang kereta tersebut menemui enam bungkusan plastik hitam. Pemeriksaan secara kasar mendapati S/N qoOEw4FOiE6ig8xbzWroOg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal dalam setiap plastik hitam tersebut mengandungi ketulan-ketulan mampat daun kering disyaki dadah ganja. Semasa barang-barang kes disyaki dadah ganja ditemui, OKT berada dalam keadaan ketakutan dan tergamam.
10
Selepas itu, Pengadu telah mengarahkan salah seorang anggota pasukan beliau untuk memandu kereta Toyota Unser tersebut, dengan Pengadu dan OKT berserta seorang lagi anggota pasukan beliau telah turut sama dalam kereta tersebut. Kereta Toyota Unser tersebut berserta barang kes dadah ganja yang dirampas telah dibawa ke IPD Kota Setar untuk pemeriksaan lanjut.
11
Sementara itu, SP13 dan pasukannya yang telah diarahkan oleh Pengadu untuk mengekori kereta Proton Saga tersebut telah mengekori kereta tersebut selama lebih kurang 10 minit. Pada lebih kurang pukul 9.10 malam, bertempat di hadapan Sentosa Regency Hotel, Jalan Putra, 05150 Alor Setar Kedah, SP13 bersama pasukan beliau telah berjaya menahan kereta Proton Saga tersebut. SP13 telah menahan pemandu kereta Proton Saga tersebut dan menunjukkan kad kuasa serta membacakan kata-kata amaran di bawah perenggan 37(1)(b) ADB 1952. SP13 mendapati pemandu tersebut adalah Shamsuddin bin Din, nombor KP: 700618-07-5117.
12
SP13 telah menjalankan pemeriksaan atas tubuh badan Shamsuddin bin Din dan juga terhadap kereta Proton Saga tersebut, tetapi tidak menemui apa-apa barang salah. Reaksi penama Shamsuddin bin Din ketika itu adalah dalam keadaan terkejut. SP13 kemudiannya telah turut merampas barang-barang S/N qoOEw4FOiE6ig8xbzWroOg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal kes yang berada di dalam poket seluar Shamsuddin bin Din iaitu satu KP atas nama Shamsuddin bin Din (nombor KP: 700618-07- 5117), satu telefon bimbit jenis Nokia Model 2690 berserta satu simkad, satu telefon bimbit jenis OPPO model R 1001 berserta satu simkad, satu batang kunci kereta Toyota dan satu Pasport Malaysia atas nama Shamsuddin bin Din nombor PPT: A28615782. SP13 turut merampas serangkai anak kunci yang mengandungi lima batang kunci dan satu alat kawalan jauh, serta kereta Proton Saga tersebut. SP13 telah turut menyediakan Senarai Pemeriksaan (eksibit P640) terhadap rampasan barang-barang kes tersebut.
13
SP13 selanjutnya telah pergi ke rumah Shamsuddin bin Din di alamat Blkg 1019, Mk 11, Sg Batu (U1), 11920 Bayan Lepas, Pulau Pinang dan hasil pemeriksaan ke atas rumah tersebut juga tidak menemui apa-apa barang salah. Setelah kembali ke IPD Kota Setar, SP13 telah membuat beberapa laporan polis iaitu: a) Laporan Polis Alor Setar/016669/16 (eksibit P641), dibuat pada 15/7/2016 pukul 3.45 pagi, bagi kejadian tangkapan dan serbuan terhadap Shamsuddin bin Din di hadapan Sentosa Regency Hotel; b) Laporan Polis Balik Pulau/002306/16 (eksibit P642), dibuat pada 15/7/2016, pukul 4.06 pagi, bagi pemeriksaan di rumah Shamsuddin bin Din; dan c) Laporan Polis Alor Setar/016671/16 (eksibit P643), dibuat pada 15/7/2016 pukul 4.22 pagi, bagi sitaan kereta Proton Saga tersebut. S/N qoOEw4FOiE6ig8xbzWroOg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
14
Semasa berada di IPD Kota Setar, Pengadu telah membuat pemeriksaan lanjut ke atas enam bungkusan plastik hitam yang ditemui dalam Toyota Unser tersebut dan mendapati bahawa setiap bungkusan plastik hitam tersebut mempunyai satu guni plastik. Dalam setiap guni plastik tersebut ditemui ketulan-ketulan mampat daun kering disyaki dadah ganja yang dibaluti plastik lutsinar dan kertas timah berwarna putih di mana keseluruhannya berjumlah 176 ketulan dengan anggaran berat keseluruhan ketulan mampat adalah seberat 179,729 gram.
15
Lima daripada bungkusan hitam tersebut mengandungi 30 ketulan mampat daun kering, manakala satu bungkusan hitam mengandungi 26 ketulan mampat daun kering. Pengadu kemudiannya telah membuat timbangan dan tandaan-tandaan seperti yang berikut: a) satu bungkusan plastik hitam ditanda ‘A’ bertarikh 14/7/2016 dan bertandatangan (eksibit P74); b) satu guni plastik ditanda ‘Aa’ bertarikh 14/7/2016 dan bertandatangan (eksibit P75), di dalamnya mengandungi 30 ketulan mampat daun kering disyaki dadah ganja ditanda ‘A1’ hingga ‘A30 dengan setiap satunya turut ditulis dengan tarikh 14/7/2016 dan bertandatangan (eksibit-eksibit P76 – P165); c) satu bungkusan plastik hitam ditanda ‘B’ bertarikh 14/7/2016 dan bertandatangan (eksibit P166); d) satu guni plastik ditanda ‘Bb’ bertarikh 14/7/2016 dan bertandatangan (eksibit P167), di dalamnya mengandungi 30 ketulan mampat daun kering disyaki dadah ganja ditanda ‘B1’ S/N qoOEw4FOiE6ig8xbzWroOg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal hingga ‘B30’ dengan setiap satunya turut ditulis dengan tarikh 14/7/2016 dan bertandatangan (eksibit-eksibit P168 – P257); e) satu bungkusan plastik hitam ditanda ‘C’ bertarikh 14/7/2016 dan bertandatangan (eksibit P258); f) satu guni plastik ditanda ‘Cc’ bertarikh 14/7/2016 dan bertandatangan (eksibit P259), di dalamnya mengandungi 30 ketulan mampat daun kering disyaki dadah ganja ditanda ‘C1’ hingga ‘C30’ dengan setiap satunya turut ditulis dengan tarikh 14/7/2016 dan bertandatangan (eksibit-eksibit P260 – P349); g) satu bungkusan plastik hitam ditanda ‘D’ bertarikh 14/7/2016 dan bertandatangan (eksibit P350); h) satu guni plastik ditanda ‘Dd’ bertarikh 14/7/2016 dan bertandatangan (eksibit P351), di dalamnya mengandungi 30 ketulan mampat daun kering disyaki dadah ganja ditanda ‘D1’ hingga ‘D30’ dengan setiap satunya turut ditulis dengan tarikh 14/7/2016 dan bertandatangan (eksibit-eksibit P352 – P441); i) satu bungkusan plastik hitam ditanda ‘E’ bertarikh 14/7/2016 dan bertandatangan (eksibit P442); j) satu guni plastik ditanda ‘Ee’ bertarikh 14/7/2016 dan bertandatangan (eksibit P443), di dalamnya mengandungi 30 ketulan mampat daun kering disyaki dadah ganja ditanda ‘E1’ hingga ‘E30’ dengan setiap satunya turut ditulis dengan tarikh 14/7/2016 dan bertandatangan (eksibit-eksibit P444 – P533); k) satu bungkusan plastik hitam ditanda ‘F’ bertarikh 14/7/2016 dan bertandatangan (eksibit P534); l) satu guni plastik ditanda ‘Ff’ bertarikh 14/7/2016 dan bertandatangan (eksibit P535), di dalamnya mengandungi 26 ketulan mampat daun kering disyaki dadah ganja ditanda ‘F1’ S/N qoOEw4FOiE6ig8xbzWroOg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal hingga ‘F26’ dengan setiap satunya turut ditulis dengan tarikh 14/7/2016 dan bertandatangan (eksibit-eksibit P536 – P613);
16
Hasil pemeriksaan Pengadu terhadap Toyota Unser tersebut turut menemui dokumen-dokumen seperti yang berikut: a) satu geran kenderaan bernombor pendaftaran PEW 938 atas nama Shamsuddin bin Din, nombor KP: 700618-07-5117 (eksibit P630); b) satu salinan asal Siam City Insurance Public Company Limited atas nama Shamsuddin bin Din, nombor KP: 700618-07-5117 (eksibit P631); dan c) satu kad Touch N Go bernombor siri 2524219951 (eksibit P70).
17
Pada 15/7/2016 lebih kurang pukul 2.42 pagi, Pengadu telah membuat laporan polis berhubung tangkapan dan rampasan yang dibuat dan dijadikan Laporan Polis Alor Setar/16665/16 (eksibit P626). Pengadu turut menyediakan borang Senarai Pemeriksaan (eksibit P627) berkenaan barang-barang kes yang dirampas dan juga menyediakan rajah kasar tempat kejadian di mana OKT ditangkap (eksibit P628).
18
Pengadu kemudiannya telah menyerahkan OKT berserta barang-barang kes dan dokumen-dokumen berkaitan kepada Pegawai Penyiasat (SP15) pada 15/7/2016 lebih kurang pukul 3.30 pagi. Pengadu dan SP15 telah menurunkan tandatangan mereka pada Borang Serah Menyerah Barang Kes (eksibit P629) yang disediakan oleh Pengadu. S/N qoOEw4FOiE6ig8xbzWroOg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
19
SP13 pula pada 15.7.2016 lebih kurang pukul 4.30 pagi, bertempat di IPD Kota Setar, telah menyerahkan Shamsuddin bin Din, barang-barang kes yang dirampas serta dokumen-dokumen yang berkaitan kepada SP15. SP13 telah menyediakan dua akuan penerimaan barang-barang kes yang ditandatangani oleh SP13 dan SP15 (eksibit-eksibit P644 dan P645).
20
SP15 mengesahkan penerimaan barang-barang kes dan dokumen-dokumen berkaitan daripada Pengadu pada 15.7.2016 lebih kurang pukul 3.30 pagi. SP15 turut mengesahkan bahawa Pengadu telah menghantar sekeping gambar yang Pengadu rakam menggunakan telefon bimbit Pengadu semasa di lokasi kejadian yang menunjukkan kedudukan barang-barang kes dadah ganja yang berada di dalam kereta Toyota Unser tersebut (eksibit ID18Y). Gambar tersebut kemudiannya telah SP15 hantar kepada jurufoto (L/Kpl John bin Midie) untuk dicetak.
21
Pada tarikh yang sama, lebih kurang pukul 4.30 pagi, SP15 mengesahkan telah menerima tangkapan bernama Shamsuddin bin Din, dokumen-dokumen berkaitan dan barang-barang kes daripada SP13.
22
SP15 turut mengesahkan bahawa barang kes dadah yang diterima daripada Pengadu adalah enam bungkusan plastik hitam yang di dalam setiap satunya mempunyai satu guni plastik. Di dalam setiap guni plastik tersebut terdapat ketulan-ketulan mampat daun kering dadah ganja yang dibaluti plastik lutsinar dan kertas timah berwarna putih, jumlah keseluruhan adalah 176 ketulan mampat. Setelah timbangan dibuat terhadap keseluruhan 176 ketulan mampat S/N qoOEw4FOiE6ig8xbzWroOg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal tersebut, didapati anggaran berat kasar keseluruhan adalah 179,729 gram. SP15 telah membuat tandaan dengan menulis tandatangan ringkas beliau serta tarikh ‘15/7/16’ dengan menggunakan pen marker berdakwat hitam kekal ataupun ‘liquid paper’. Selepas selesai, SP15 telah menyimpan kesemua barang kes dadah tersebut di dalam pejabat beliau yang berkunci dan hanya SP15 mempunyai kunci pejabat beliau itu.
23
Pada hari yang sama, lebih kurang pukul 8.30 pagi, anggota forensik IPK Kedah (SP10) telah membuat siasatan forensik terhadap kereta Toyota Unser tersebut dan kereta Proton Saga tersebut. Barang-barang kes yang SP10 perolehi dari siasatan forensik telah diserahkan kepada SP15 bagi tujuan pemprofilan DNA.
24
SP15 mengesahkan menerima kesemua barang-barang kes hasil siasatan forensik oleh SP10 dan menyimpan barang-barang kes tersebut di pejabat beliau yang berkunci. Selepas itu, SP15 telah mengarahkan jurufoto untuk mengambil gambar-gambar barang kes. Jurufoto telah mengambil sebanyak 12 keping gambar kereta Proton Saga tersebut (eksibit ID32A-L),18 keping gambar kereta Toyota Unser tersebut (eksibit ID17A-R), 5 keping gambar barang kes (eksibit ID19A-E), dan 24 keping gambar barang kes dadah ganja yang dirampas (eksibit ID18A-X).
25
Pada lebih kurang pukul 5 petang, SP15 telah menyerahkan kereta Proton Saga tersebut kepada Insp. Nor Farizan bt Mohd Noor (SP11) iaitu Pegawai Penyiasat Pelucuthakan Harta bagi tujuan siasatan pelucuthakan harta oleh beliau. Borang penyerahan S/N qoOEw4FOiE6ig8xbzWroOg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal tersebut telah ditandatangani oleh SP11 dan SP15 (eksibit P619). Kereta Proton Saga tersebut seterusnya telah diserahkan oleh SP11 kepada Zurinah binti Ibrahim iaitu kakak OKT pada 10.10.2016 lebih kurang pukul 3.30 petang. Penyerahan telah direkodkan dalam Akuan Serah Terima Barang Kes (eksibit P621) yang ditandatangani oleh SP11 dan kakak OKT.
26
Pada 16.7.2016, lebih kurang pukul 5.15 petang, SP15 telah memasukkan kesemua barang kes dadah ke dalam 12 kotak yang disediakan oleh beliau dan ditandakan seperti yang berikut: a) Kotak bertanda ‘T1’ (eksibit P4) berisi 10 ketulan mampat dadah ganja bertanda ‘A1 – A10’ dan plastik hitam bertanda ‘A’ serta satu guni plastik bertanda ‘Aa’; b) Kotak bertanda ‘T2’ (eksibit P5) berisi 10 ketulan mampat dadah ganja bertanda ‘A11 – A20’; c) Kotak bertanda ‘T3’ (eksibit P6) berisi 10 ketulan mampat dadah ganja bertanda ‘A21 – A30’; d) Kotak bertanda ‘T4’ (eksibit P7) berisi 30 ketulan mampat dadah ganja bertanda ‘B1 – B30’ dan plastik hitam bertanda ‘B’ serta satu guni plastik bertanda ‘Bb’; e) Kotak bertanda ‘T5’ (eksibit P8) berisi 15 ketulan mampat dadah ganja bertanda ‘C1 – C15’ dan plastik hitam bertanda ‘C’ serta satu guni plastik bertanda ‘Cc’; f) Kotak bertanda ‘T6’ (eksibit P9) berisi 15 ketulan mampat dadah ganja bertanda ‘C16 – C30’; g) Kotak bertanda ‘T7’ (eksibit P10) berisi 10 ketulan mampat dadah ganja bertanda ‘D1 – D10’ dan plastik hitam bertanda ‘D’ serta satu guni plastik bertanda ‘Dd’; S/N qoOEw4FOiE6ig8xbzWroOg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal h) Kotak bertanda ‘T8’ (eksibit P11) berisi 10 ketulan mampat dadah ganja bertanda ‘D11 – D20’; i) Kotak bertanda ‘T9’ (eksibit P12) berisi 10 ketulan mampat dadah ganja bertanda ‘D21 – D30’; j) Kotak bertanda ‘T10’ (eksibit P13) berisi 15 ketulan mampat dadah ganja bertanda ‘D1 – E15’ dan plastik hitam bertanda ‘E’ serta satu guni plastik bertanda ‘Ee’; k) Kotak bertanda ‘T11’ (eksibit P14) berisi 15 ketulan mampat dadah ganja bertanda ‘D16 – D30’; l) Kotak bertanda ‘T12’ (eksibit P15) berisi 26 ketulan mampat dadah ganja bertanda ‘F1 – F26’ dan plastik hitam bertanda ‘F’ serta satu guni plastik bertanda ‘Ff’. Kesemua kotak-kotak tersebut kemudiannya telah dimeterai dengan meterai PDRM 73.
27
Pada 17.7.2016 lebih kurang pukul 9.57 pagi, SP15 telah menghantar kesemua barang kes dadah yang telah dimasukkan ke dalam 12 kotak tersebut berserta borang Pol 31 ke Jabatan Kimia Malaysia, Alor Setar, Kedah. Barang-barang kes dadah tersebut telah diterima oleh ahli kimia (SP9) dan SP15 telah menerima resit rasmi Jabatan Kimia Malaysia dengan nombor makmal 16-FR-K- 02915 (eksibit P72).
28
Pada tarikh sama, lebih kurang pukul 11.00 pagi, SP15 bersama jurufoto telah melawat tempat kejadian iaitu di persimpangan lampu isyarat Jalan Putra, Alor Setar, Kedah dan juga di hadapan Sentosa Regency Hotel, Jalan Putra, Alor Setar, Kedah. Jurufoto telah mengambil tujuh keping gambar di persimpangan lampu isyarat Jalan Putra (eksibit ID638A-G) dan empat keping gambar di S/N qoOEw4FOiE6ig8xbzWroOg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal hadapan Sentosa Regency Hotel, Jalan Putra (eksibit ID646A-D). SP15 telah turut melakar rajah kasar tempat kejadian secara kasar dan telah melukiskan semula apabila beliau tiba di IPD Kota Setar (eksibit P653 & P653K (kunci)).
29
Pada 18.7.2016 lebih kurang pukul 9.54 pagi, SP15 telah menghantar barang-barang kes forensik ke Jabatan Kimia Malaysia, Pulau Pinang berserta borang Pol 31 dan diterima oleh ahli kimia Asfarina bt Jamal Mohideen (SP6) bagi tujuan analisis DNA. SP15 turut menerima resit rasmi Jabatan Kimia Malaysia daripada SP6 dengan nombor makmal 16-FR-P-03925 (eksibit P34).
30
Pada 8.11.2016 lebih kurang pukul 3.15 petang, SP15 telah mengambil semula barang-barang kes DNA daripada SP6 berserta laporan kimia nombor makmal 16-FR-P-03925 (eksibit P35). Barang-barang kes tersebut kemudiannya SP15 simpan dalam peti besi di dalam bilik beliau.
31
Pada 26.2.2017 lebih kurang pukul 11 pagi, SP15 telah mengambil semula 12 kotak-kotak barang kes dadah bermeterai Jabatan Kimia Malaysia daripada Jabatan Kimia Malaysia, Alor Setar, Kedah yang telah didaftarkan dengan nombor makmal 16-FR-K-02915 berserta dengan laporan kimia (eksibit P73). Sampai di IPD Kota Setar, SP15 telah mendaftarkan kesemua 12 kotak tersebut berserta satu kotak bertanda ‘T13’ (eksibit P16) yang berisi barang kes forensik DNA dan barang-barang am OKT kepada jurustor (SP1) untuk simpanan dan didaftarkan dalam Buku Pendaftaran Barang Kes (Pol 261) dengan nombor CAD 245/17 (eksibit P2 dan P3). S/N qoOEw4FOiE6ig8xbzWroOg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
32
Keterangan ahli kimia (SP9) mengesahkan bahawa kesemua 12 kotak bertanda ‘T1 – T12’ yang beliau terima mengandungi keseluruhan 176 bongkah bahan tumbuhan mampat. Setelah dianalisis, SP9 mendapati bahawa kesemua tumbuhan mampat tersebut adalah Cannabis keseluruhannya seberat 169,905.9 gram.
33
Hasil siasatan SP15 turut mendapati bahawa kereta Toyota Unser tersebut didaftarkan atas nama Shamsuddin bin Din (eksibit P24) manakala kereta Proton Saga tersebut pula didaftarkan atas nama OKT (eksibit P27).
34
Hasil analisis DNA oleh SP6 turut mengesahkan bahawa profil DNA yang ditemui pada topi (eksibit P42) yang dirampas dari dalam kereta Toyota Unser tersebut berpadanan dgn profil DNA OKT.
35
Mahkamah ini perlu membuat keputusan pada akhir kes pendakwaan, sama ada suatu kes prima facie telah berjaya dibuktikan terhadap OKT selaras dengan kehendak seksyen 180 KTJ.
36
Dalam kes Balachandran v. PP [2005] 1 CLJ 85, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan seperti berikut: S/N qoOEw4FOiE6ig8xbzWroOg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal “… A prima facie case is therefore one that is sufficient for the accused to be called upon to answer. This in turn means that the evidence adduced must be such that it can be overthrown only by evidence in rebuttal. The phrase "prima facie case" is defined in similar terms in Mozley and Whiteley's Law Dictionary, 11th edn as: A litigating party is said to have a prima facie case when the evidence in his favour is sufficiently strong for his opponent to be called on to answer it. A prima facie case, then, is one which is established by sufficient evidence, and can be overthrown only by rebutting evidence adduced by the other side. The result is that the force of the evidence adduced must be such that, if unrebutted, it is sufficient to induce the court to believe in the existence of the facts stated in the charge or to consider its existence so probable that a prudent man ought to act upon the supposition that those facts exist or did happen. On the other hand if a prima facie case has not been made out it means that there is no material evidence which can be believed in the sense as described earlier. In order to make a finding either way the court must, at the close of the case for the prosecution, undertake a positive evaluation of the credibility and reliability of all the evidence adduced so as to determine whether the elements of the offence have been established. As the trial is without a jury it is only with such a positive evaluation can the court make a determination for the purpose of s. 180(2) and (3). Of course in a jury trial where the evaluation is hypothetical the question to be asked would be whether on the evidence as it stands the accused S/N qoOEw4FOiE6ig8xbzWroOg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal could (and not must) lawfully be convicted. That is so because a determination on facts is a matter for ultimate decision by the jury at the end of the trial. Since the court, in ruling that a prima facie case has been made out, must be satisfied that the evidence adduced can be overthrown only by evidence in rebuttal it follows that if it is not rebutted it must prevail. Thus if the accused elects to remain silent he must be convicted. The test at the close of the case for the prosecution would therefore be: Is the evidence sufficient to convict the accused if he elects to remain silent? If the answer is in the affirmative then a prima facie case has been made out. This must, as of necessity, require a consideration of the existence of any reasonable doubt in the case for the prosecution. If there is any such doubt there can be no prima facie case.”. [penekanan ditambah]
37
Elemen-elemen pertuduhan yang perlu dibuktikan oleh pihak Pendakwaan adalah seperti berikut: a) bahawa dadah jenis Cannabis adalah dadah berbahaya sebagaimana ditafsirkan dalam Seksyen 2 dan Jadual Pertama ADB 1952; b) bahawa OKT mempunyai pemilikan iaitu jagaan atau kawalan dan pengetahuan ke atas dadah berbahaya tersebut; c) bahawa OKT dan penama Shamsuddin bin Din (yang telah meninggal dunia), telah dengan niat bersama mengedarkan dadah berbahaya tersebut. S/N qoOEw4FOiE6ig8xbzWroOg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Elemen (a): bahawa dadah jenis Cannabis adalah dadah berbahaya sebagaimana ditafsirkan dalam seksyen 2 dan Jadual Pertama ADB 1952
38
SP9 (ahli kimia) telah mengesahkan bahawa kesemua 12 kotak bertanda ‘T1 – T12’ yang beliau terima mengandungi keseluruhan 176 bongkah bahan tumbuhan mampat yang mana setelah dianalisis didapati adalah dadah berbahaya jenis Cannabis dengan berat sebagaimana dalam pertuduhan.
39
Pihak Pembelaan tidak mempertikaikan jenis mahupun berat dadah yang dirampas. Sehubungan itu, Mahkamah ini mendapati bahawa pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan elemen ini.
40
Dadah yang dirampas telah ditemui di dalam kereta Toyota Unser tersebut yang mana semasa ditahan, hanya OKT seorang sahaja yang berada di dalamnya. Berdasarkan keterangan Pengadu, daripada kali pertama beliau nampak kereta tersebut, beliau telah mengekori kereta tersebut selama lebih kurang 10 minit sebelum membuat penahanan dan serbuan. Sepanjang kereta Toyota Unser tersebut diekori juga, kereta tersebut tidak berhenti dan tiada sesiapa yang keluar masuk dari kereta tersebut.
41
Pihak pembelaan mempertikaikan pengetahuan OKT terhadap barang kes di samping tiadanya keterangan saintifik seperti DNA dan pengesahan cap jari yang mengaitkan OKT dengan kesemua S/N qoOEw4FOiE6ig8xbzWroOg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal plastik-plastik hitam yang berisi dadah-dadah yang dirampas. Namun begitu, Pembelaan tidak pernah menafikan bahawa keenam-enam bungkusan hitam yang berisi ketulan mampat dadah-dadah yang dirampas telah ditemui dari bahagian belakang Toyota Unser tersebut. Sehubungan itu, adalah dapatan Mahkamah ini bahawa kesemua barang kes dadah yang dirampas memang telah ditemui dari bahagian belakang Toyota Unser tersebut.
42
Pembelaan selanjutnya menghujahkan bahawa OKT bukan pemilik berdaftar kereta Toyota Unser tersebut, sebaliknya pemilik adalah Shamsuddin bin Din. Di samping itu juga, Pembelaan menghujahkan bahawa OKT juga tidak dapat menghidu bau dadah ganja dalam kereta tersebut kerana keenam-enam plastik hitam yang berisi ketulan mampat dadah ganja yang dirampas dalam keadaan berikat.
43
Adalah tidak menafikan bahawa pemilik berdaftar kereta Toyota Unser tersebut adalah Shamsuddin bin Din berdasarkan eksibit P24. Namun begitu, semasa kereta tersebut ditahan, hanya OKT sahaja yang memandu kereta tersebut ketika kejadian. Fakta ini tidak pernah dicabar oleh pihak Pembelaan.
44
Pemilikan sebagaimana diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Public Prosecutor v Denish a/l Madhavan [2009] 2 MLJ 194 adalah seperti berikut: “[16] Before proceeding to consider the reasons for the Court of Appeal's decision, we will say a few words about 'exclusive' possession. It is inappropriate to speak of possession of an S/N qoOEw4FOiE6ig8xbzWroOg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal article in criminal law as exclusive possession. One is either in possession or not in possession, although one could be in possession jointly with another or others. To say that the prosecution of a drug case fails because there has been no proof of exclusive possession is apt to convey the wrong impression that it is only in cases where possession is entirely with one person, — that is, 'exclusive' — that a conviction is possible. When the learned trial judge said 'The accused sought to negative the proof of exclusive possession…', we take it that he meant no more than that the respondent sought to show that he was not in possession of the drugs because he had no knowledge of their existence and that the drugs could have been placed in his bags by some other person or persons.
17
The idea of exclusivity features in the meaning of 'possession' in criminal law as one of the elements necessary to constitute possession. As Taylor J said in Leow Nghee Lim v Reg [1956] MLJ 28: “… It is often said that 'possession must be exclusive'. This is ambiguous. Possession need not be exclusive to the accused. Two or more persons may be in joint possession of chattels, whether innocent or contraband. The exclusive element of possession means that the possessor or possessors have the power to exclude other persons from enjoyment of the property.” Custody likewise may be sole or joint and it has the same element of excluding others. The main distinction between custody and possession is that a custodian has not the power of disposal. The S/N qoOEw4FOiE6ig8xbzWroOg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal statement that 'possession must be exclusive' is often due to confusion of the fact to be proved with the evidence by which it is to be proved. It is essential to keep this distinction clearly in mind, especially when applying presumptions
18
Thomson J in Chan Pean Leon v Public Prosecutor [1956] MLJ 237, said that 'possession' for the purposes of criminal law involves possession itself — which some authorities term 'custody' or 'control' — and knowledge of the nature of the thing possessed. As to possession itself he cited the following definition in Stephen's Digest (9th Ed), at p 304), in which the exclusive element mentioned by Taylor J appears: A moveable thing is said to be in the possession of a person when he is so situated with respect to it that he has the power to deal with it as owner to the exclusion of all other persons, and when the circumstances are such that he may be presumed to intend to do so in case of need.
19
Once the elements needed to constitute possession are established, including the element of exclusive power to deal, then what is established is possession, not exclusive possession. So much for exclusive possession.”. [penekanan ditambah]
45
Berdasarkan keterangan-keterangan yang telah dikemukakan oleh saksi-saksi Pendakwaan terutamanya oleh Pengadu, tidak dinafikan bahawa semasa serbuan, OKT merupakan Pemandu kereta Toyota Unser tersebut dan bersendirian dalam kereta tersebut. S/N qoOEw4FOiE6ig8xbzWroOg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
46
Selanjutnya dalam keadaan di mana dadah yang ditemui pada bahagian belakang kereta Toyota Unser tersebut juga tidak dipertikaikan oleh Pembelaan, adalah dapatan Mahkamah ini bahawa fakta tersebut menunjukkan bahawa OKT mempunyai jagaan dan kawalan terhadap kereta dan dadah-dadah yang dirampas. Tambahan pula, 10 minit sebelum serbuan dibuat OKT didapati sedang memandu kereta tersebut tanpa berhenti di mana-mana.
47
Sebagaimana yang telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Public Prosecutor v. Abdul Rahman bin Akif Public Prosecutor v Abdul Rahman bin Akif [2007] 5 MLJ 1 seperti berikut: “To put it otherwise, there is a physical element and a mental element which must both be present before possession is made out. The accused must not only be so situated that he can deal with the thing as if it belonged to him, for example have it in his pocket or have it lying in front of him on a table. It must also be shown that he had the intention of dealing with it as if it belonged to him should he see any occasion to do so, in other words, that he had some animus possidendi. Intention is a matter of fact which in the nature of things cannot be proved by direct evidence. It can only be proved by inference from the surrounding circumstances. Whether these surrounding circumstances make out such intention is a question of fact in each individual case. If a watch is in my pocket then in the absence of anything else the inference will be clear that I intend to deal with it as if it were my own and accordingly I am in possession of it. On the other hand, if it is lying on a table in a room in which I am but which S/N qoOEw4FOiE6ig8xbzWroOg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal is also frequently used by other people then the mere fact that I am in physical proximity to it does not give rise to the inference that I intend to deal with it as if it belonged to me. There must be some evidence that I am doing or having done something with it that shows such an intention. Or it must be clear that the circumstances in which it is found show such an intention.”
48
Dalam kes yang sama, Mahkamah Persekutuan telah turut memutuskan seperti berikut: “It is trite that what constitutes ‘possession’ under s 37 of the Act is a question of law (see Yee Ya Mang v Public Prosecutor [1972] 1 MLJ 120 and Public Prosecutor v Badrulsham bin Baharom [1988] 2 MLJ 585). It is however a question of fact whether in a given case a person can be said to be in possession of something. And in relation to drug found in a vehicle Shankar J in Pendakwa Raya v Kang Ho Soh [1992] 1 MLJ 360, after considering a number of authorities, at p 371 stated: …those cases do not decide that in all cases a person who is in sole charge of a vehicle cannot be found to be in possession of articles being carried in it. As Thomson J himself said in Tong Peng Hong v PP at p 233: If something be found, for example, in a bag which I am carrying or in a box to which I hold the key it is extremely reasonable to suppose, unless I produce some satisfactory evidence to the contrary, that I know all about it … S/N qoOEw4FOiE6ig8xbzWroOg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Again, at p 234: I am not saying for one moment that a drug may not be found in a vehicle in such circumstances as would in the absence of disproof or explanation lead the court to the conclusion, quite independently of any statutory presumption, that it was in the possession of the person in control of the vehicle. Therefore, the presence of the three packages in the car without a plausible explanation from the respondent could give rise to a strong inference that he had knowledge that the packages contained drug or things of similar nature (see also Lim Beng Soon v Public Prosecutor [2000] 4 SLR 589). We further agree with the prosecution that the fact that the drug was found wrapped in newspaper is no ground for saying that an inference could not be drawn against the respondent that he had the requisite knowledge.”. [penekanan ditambah]
49
Dadah yang ditemui dari belakang kereta Toyota tersebut dibungkus dalam enam bungkusan plastik hitam yang besar yang keseluruhannya didapati mengandugi 176 ketulan mampat dadah ganja. Berdasarkan pemerhatian Mahkamah ini, keenam-enam bungkusan plastik hitam tersebut yang setiap satunya berisi satu guni plastik, adalah bungkusan-bungkusan yang besar. Adalah dapatan Mahkamah ini bahawa adalah tidak munasabah untuk mana-mana orang yang berada di dalam kereta Toyota Unser tersebut untuk tidak menyedari kehadiran bungkusan-bungkusan plastik hitam tersebut di bahagian belakang kereta. Tambahan pula, S/N qoOEw4FOiE6ig8xbzWroOg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal gambar yang dirakam oleh Pengadu semasa di lokasi kejadian iaitu eksibit ID18Y, menunjukkan bahawa keenam-enam bungkusan plastik hitam tersebut memenuhi keseluruhan ruang bahagian belakang kereta tersebut.
50
Mahkamah ini juga telah secara fizikal melihat kereta Toyota Unser tersebut dan mendapati bahawa seseorang yang berada di tempat pemandu boleh melihat dengan jelas sekiranya terdapat bungkusan-bungkusan plastik hitam yang besar di bahagian belakang kereta tersebut sama ada dengan menoleh ke belakang ataupun melihatnya melalui cermin pandang belakang.
51
Keenam-enam bungkusan hitam tersebut mengandungi 176 ketulan mampat daun kering dadah ganja yang kemudiannya telah dimasukkan ke dalam 12 kotak bertanda T1 – T12 (eksibit P4 – P15). Setelah dianalisis, setiap satu daripada 176 ketulan mampat tersebut telah dimasukkan oleh ahli kimia ke dalam paket plastik Jabatan Kimia Malaysia dan dilekat panas (heat seal). Dalam keadaan kesemua barang kes dadah disimpan dalam paket plastik yang telah dilekat panas (heat seal), bau dadah ganja yang sangat kuat masih dapat dihidu di dalam Mahkamah terbuka semasa kotak-kotak T1 – T12 tersebut dibuka di Mahkamah. Sehubungan itu, Mahkamah ini berpendapat bahawa adalah tidak munasabah untuk OKT tidak langsung menghidu bau dadah ganja yang sangat kuat, apatah lagi dalam kereta Toyota Unser tersebut yang ruangnya adalah lebih kecil daripada ruang Mahkamah terbuka. S/N qoOEw4FOiE6ig8xbzWroOg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
52
Di samping itu juga, berdasarkan keterangan SP6 juga, semasa OKT diminta keluar dari kereta Toyota Unser tersebut setelah Pengadu memperkenalkan diri polis, OKT berada dalam keadaan ketakutan dan tergamam. Pihak pendakwaan menghujahkan bahawa reaksi dan perlakuan OKT ini adalah relevan bagi membuktikan pengetahuan OKT terhadap barang kes dadah yang dirampas.
53
Keterangan berbentuk kelakuan (conduct) ini adalah relevan di bawah seksyen 8 Akta Keterangan 1950 [Akta 56], sebagaimana yang telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes Samundee Devan a/l Muthu Kerishnan v Public Prosecutor [2010] 2 MLJ 607: “We are also of the view that the contemporaneous conduct of the appellant in attempting to run away when PW7 identified himself as 'police' is relevant and admissible pursuant to s 8 of the Evidence Act 1950 under the circumstances of the instant appeal. Such conduct is of course not to be taken in isolation but together with all the other circumstances of the case. That would be the correct approach to circumstantial evidence (see Chan Chwen Kong v Public Prosecutor [1962] MLJ 307).”. [penekanan ditambah]
54
Berdasarkan kepada keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes di atas, dan berdasarkan kepada fakta-fakta OKT semasa ditahan sedang memandu seorang diri dalam kereta Toyota Unser tersebut, kedudukan dadah yang ditemui di bahagian belakang kereta tersebut dalam keadaan yang banyak dan memenuhi seluruh ruangan belakang kereta, bungkusan-bungkusan hitam tersebut S/N qoOEw4FOiE6ig8xbzWroOg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal juga dapat dilihat dengan mudah, bau dadah ganja yang kuat, dan juga reaksi OKT semasa serbuan dilakukan, inferens yang boleh dibuat adalah OKT mempunyai pengetahuan ke atas dadah-dadah tersebut. Sehubungan itu, adalah dapatan Mahkamah ini juga bahawa pemilikan dan pengetahuan telah berjaya dibuktikan secara keterangan langsung oleh pihak Pendakwaan.
55
Mahkamah ini juga telah mendengar, menilai serta meneliti keseluruhan keterangan yang dikemukakan oleh kesemua saksi-saksi pendakwaan terutamanya keterangan Pengadu, SP13 yang juga merupakan anggota serbuan yang telah menahan Shamsuddin bin Din, serta SP15 yang merupakan pegawai penyiasat. Mahkamah berpuas hati bahawa kesemua mereka adalah saksi-saksi yang kredibel dan keterangan yang diberikan adalah keterangan yang 'not inherently improbable'. Pengadu semasa memberikan keterangan telah memberikan naratif kejadian yang konsisten dan memberikan penjelasan yang jelas dalam sebarang isu yang ditimbulkan oleh Pembelaan. Pengadu, SP13 dan SP15 juga bukanlah saksi yang berkepentingan, malahan Pengadu dan SP13 juga bukan anggota polis dari kontinjen Kedah, sebaliknya dari Ibu Pejabat PDRM, Bukit Aman, Kuala Lumpur. Sebagaimana diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes Yusri bin Pialmi v Public Prosecutor [2011] 4 MLJ 533: “[6] With respect to the learned counsel for the appellant we do not agree with him. We are of the view even without the calling or offering as witnesses from amongst the other members of the police raiding party, the prosecution's case is complete with the evidence of SP2. The learned trial judge and the majority of the Court of S/N qoOEw4FOiE6ig8xbzWroOg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Appeal had found SP2 to be a witness of truth. SP2 was not an interested witness, but a police officer performing his duties. He had related what he actually saw and did on that day. SP2's evidence is credible and ought to be believed (see the cases of Public Prosecutor v Mohamed Ali [1962] MLJ 257 and Public Prosecutor v Teh Cheng Poh [1980] 1 MLJ 251).”. [penekanan ditambah]
56
Berdasarkan keseluruhan keterangan-keterangan yang telah dikemukakan dan dapatan yang diputuskan oleh Mahkamah ini, Mahkamah ini berpendapat bahawa pihak pendakwaan juga telah berjaya membuktikan elemen (b) ini secara keterangan langsung. Elemen (c): bahawa OKT dan penama Shamsuddin bin Din (yang telah meninggal dunia), telah dengan niat bersama mengedarkan dadah berbahaya tersebut
57
Bagi elemen pengedaran, memandangkan Mahkamah ini telah memutuskan bahawa pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan elemen pemilikan dan pengetahuan OKT terhadap dadah berbahaya tersebut melalui keterangan secara langsung, maka anggapan di bawah perenggan 37(da)(vi) ADB 1952 berdasarkan berat dadah Cannabis yang melebihi berat minima 200 gram iaitu anggapan pengedaran juga telah berjaya dibangkitkan. Di samping itu juga, pihak pembelaan tidak mengemukakan sebarang hujahan berkenaan isu pengedaran ini. S/N qoOEw4FOiE6ig8xbzWroOg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
58
Berkenaan isu niat bersama, pihak Pembelaan tidak mengemukakan sebarang hujahan berkenaan elemen ini. Namun begitu, bagi membuktikan elemen niat bersama OKT dan Shamsuddin bin Din untuk mengedarkan dadah berbahaya yang ditemui, pihak Pendakwaan perlu membuktikan wujudnya prearranged plan.
59
Dalam kes PP v Mohd Farid Bin Mohd Sukis & Anor [2002] 3 MLJ 401, Mahkamah Tinggi telah memutuskan seperti berikut: “It must be observed that both the accused persons have been charged with committing the offence with common intention under s 34 of the Penal Code which reads as follows: When a criminal act is done by several persons, in furtherance of the common intention of all, each of such persons is liable for that act in the same manner as if the act were done by him alone. This section lays down a rule of evidence to infer joint responsibility for a criminal act committed by several persons (see Too Yin Sheong v PP [1999] 2 SLR 682). In order for the section to apply, it is not necessary for all the participants to perform all the elements of the crime committed. As Mallal's Penal Law, edited by Andrew Christopher Simon, Senior Editor, Malayan Law Journal, says at p 51: ... The acts committed by different confederates in the criminal action may be different but all must in one way or the other S/N qoOEw4FOiE6ig8xbzWroOg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal participate and engage in the criminal enterprise. For instance, one may only stand guard to prevent any person coming to the relief of the victim or otherwise to facilitate the execution of the common design. Such a person also commits an 'act' as much as his co-participants actually committing the planned crime. Thus, the section operates to impute liability to a participant whose act contributed to the crime committed though he could not be proved to have committed the actus reus himself (see Shaiful Edham bin Adam & Anor v PP [1999] 2 SLR 57). It is essential that the participants have some knowledge that an act may be committed which is consistent with or would be in furtherance of the common intention. The prosecution must establish that there was a prearranged plan to commit a criminal act and the crime forming the subject matter of the charge was done in concert pursuant to that prearranged plan (see Dato Mokhtar bin Hashim & Anor v PP [1983] 2 MLJ 232; Ong Chee Hoe & Anor v PP [1999] 4 SLR 688). It is difficult to prove common intention by direct evidence. It is usually inferred from the facts of a particular case. As observed by the Privy Council in Mahbub Shah v King Emperor 1945 AIR PC 118 : It is clear to their Lordships that common intention within the meaning of the section implies a prearranged plan, and to convict the accused of an offence applying the section it should be proved that the criminal act was done in concert pursuant to the prearranged plan. As has been observed, it is difficult, if not impossible, to procure direct evidence to prove S/N qoOEw4FOiE6ig8xbzWroOg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal the intention of an individual; in most cases it has to be inferred from his act or conduct or other relevant circumstances of the case.”. [penekanan ditambah]
60
Bagi pembuktian niat bersama ini, keterangan-keterangan yang telah dikemukakan perlu dinilai secara keseluruhan. Fakta menunjukkan bahawa maklumat yang diterima oleh Pengadu adalah melibatkan aktiviti pengedaran dadah berbahaya melibatkan dua buah kenderaan bernombor pendaftaran PEW 938 dan JCK 8221 di sekitar Alor Setar, Kedah. Semasa rondaan dibuat oleh Pengadu dan pasukannya, Pengadu telah nampak kedua-dua kenderaan muncul di Jalan Putra, Alor Setar. Pengadu dan pasukan telah mengekori kedua-dua kenderaan tersebut dan sampai di Persimpangan Lampu Isyarat, Jalan Putra, Alor Setar, Pengadu dan pasukan pertama telah membuat penahanan terhadap kereta Toyota Unser tersebut, manakala SP13 dan pasukannya telah meneruskan mengekori kereta Proton Saga tersebut selama lebih kurang 10 minit sebelum membuat penahanan di hadapan Sentosa Regency Hotel, Jalan Putra, Alor Setar Kedah.
61
Selanjutnya, keterangan SP17 yang bertanggungjawab terhadap semakan CCTV di plaza-plaza tol PLUS di seluruh Semenanjung Malaysia yang berpejabat di PLUS Wilayah Utara, Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang dan gambar-gambar rakaman CCTV di plaza tol (eksibit P657A-L) menunjukkan bahawa kedua-dua kenderaan tersebut telah dikesan memasuki lebuhraya PLUS pada 14.7.2016 melalui plaza-plaza tol seperti yang berikut: S/N qoOEw4FOiE6ig8xbzWroOg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal a) Kereta Toyota Unser tersebut: - pada lebih kurang pukul 4.38 petang, kereta Toyota Unser tersebut telah dikesan melalui Plaza Tol Sungai Dua, Pulau Pinang keluar dari jalan persekutuan memasuki lebuhraya PLUS; - pada lebih kurang pukul 5.58 petang, kereta Toyota Unser tersebut telah dikesan melalui Plaza Tol Alor Setar Selatan keluar dari lebuhraya PLUS memasuki jalan persekutuan. b) Kereta Proton Saga tersebut: - pada lebih kurang pukul 5.30 petang, kereta Proton Saga tersebut telah dikesan melalui Plaza Tol Gurun keluar dari jalan persekutuan memasuki lebuhraya PLUS; - pada lebih kurang pukul 5.58 petang, kereta Proton Saga tersebut telah dikesan melalui Plaza Tol Alor Setar Selatan keluar dari lebuhraya PLUS memasuki jalan persekutuan.
62
Semasa kejadian, OKT ditahan memandu kereta Toyota Unser tersebut yang dimiliki oleh Shamsuddin bin Din, manakala Shamsuddin bin Din pula ditahan memandu kereta Proton Saga tersebut yang dimiliki oleh OKT.
63
Berdasarkan keseluruhan fakta tersebut di atas, Mahkamah ini berpendapat bahawa kehadiran kedua-dua kenderaan tersebut di Plaza Tol Alor Setar Selatan pada masa yang sama, menunjukkan bahawa berkemungkinan terdapat perancangan atau pertemuan yang telah diatur oleh OKT dan Shamsuddin bin Din, kerana adalah S/N qoOEw4FOiE6ig8xbzWroOg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal mustahil untuk kedua-dua kenderaan tersebut sampai di plaza tol yang sama pada masa yang sama sedangkan kedua-dua kenderaan tersebut telah dikesan sebelum itu bertolak dari dua tempat yang berbeza.
64
Sejurus sebelum serbuan iaitu lebih kurang pukul 9 malam, kedua-dua kenderaan telah dikesan oleh Pengadu dan pasukannya muncul di jalan yang sama. Di samping itu, kedua-dua OKT turut ditahan sedang memandu seorang diri kenderaan-kenderaan yang mana maklumat aktiviti dadah telah diterima oleh Pengadu sebelum itu. Fakta bahawa OKT memandu kereta Shamsuddin bin Din manakala Shamsuddin bin Din pula memandu kereta OKT, seolah-olah menunjukkan bahawa mereka cuba mengelak daripada bertanggungjawab ke atas kenderaan-kenderaan tersebut kerana bukan pemilik kereta sekiranya ditangkap oleh polis.
65
Secara keseluruhannya, Mahkamah ini berpendapat bahawa tindakan-tindakan OKT dan Shamsuddin bin Din sebagaimana dinyatakan di atas menimbulkan inferens bahawa mereka mempunyai niat bersama untuk mengedarkan dadah berbahaya tersebut.
66
Berkenaan Shamsuddin bin Din, Salinan Sah Daftar Kematian (eksibit P31) dan keterangan SP2 (bekas isteri) mengesahkan bahawa Shamsuddin bin Din telah meninggal dunia pada 18.4.2018. S/N qoOEw4FOiE6ig8xbzWroOg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
67
Pihak Pendakwaan turut menghujahkan bahawa gambar-gambar yang dikemukakan iaitu 12 keping gambar Proton Saga (eksibit ID32A-L0, 18 keping gambar Toyota Unser (eksibit ID17A-R), lima keping gambar barang kes (eksibit ID19A-E), 24 keping gambar barang kes dadah (eksibit ID18A-X), tujuh keping gambar lokasi kejadian (eksibit ID638A-G) dan empat keeping gambar lokasi kejadian kedua (eksibit ID646A-D) telah dirakam oleh jurufoto L/Kpl John bin Midie atas arahan SP15. Hanya satu keping gambar barang kes dadah (eksibit ID18Y) telah dirakam oleh Pengadu melalui telefon bimbit beliau yang kemudiannya telah dihantar kepada SP15. SP15 seterusnya telah menghantar gambar eksibit ID18Y tersebut kepada jurufoto untuk dicetak.
68
Berdasarkan keterangan SP15, pada 20.7.2016 lebih kurang pukul 10 pagi, jurufoto telah menyerahkan kepada beliau semua gambar bercetak yang telah beliau rakam termasuk sekeping gambar yang dirakam oleh Pengadu (eksibit ID18Y), satu keping CDR gambar-gambar tersebut (eksibit ID654) dan juga Sijil Perakuan di bawah seksyen 90A Akta 56 yang ditandatangani oleh jurufoto (eksibit ID655).
69
Keterangan SP16 iaitu pegawai penyiasat gantian/warisan menyatakan bahawa jurufoto tidak dapat hadir ke Mahkamah bagi memberi keterangan kerana beliau kini bertugas di Mukah, Sarawak dan terdapatnya kekangan kewangan untuk beliau hadir ke S/N qoOEw4FOiE6ig8xbzWroOg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Mahkamah. Pada akhir kes Pendakwaan juga, jurufoto tersebut telah ditawarkan kepada pihak Pembelaan.
70
Pembelaan dalam hujahan mereka mempersoalkan kedudukan barang kes dadah iaitu keenam-enam bungkusan plastik hitam yang ditemui di bahagian belakang kereta Toyota Unser tersebut, dan menegaskan bungkusan-bungkusan tersebut tidak dapat dilihat oleh OKT yang berada di tempat pemandu. Pembelaan menghujahkan bahawa kedudukan keenam-enam bungkusan plastik hitam tersebut tidak disokong oleh gambar eksibit ID18Y kerana jurufoto tidak dipanggil sebagai saksi Pendakwaan.
71
Berkenaan isu gambar-gambar yang hanya ditanda sebagai eksibit ID tersebut, Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan Pendakwaan bahawa gambar-gambar tersebut wajar diterima sebagai keterangan di Mahkamah memandangkan SP15 selaku pegawai penyiasat asal kes ini telahpun mengemukakan CDR gambar (eksibit ID654) dan juga Sijil Perakuan di bawah seksyen 90A Akta 56 (eksibit ID655). SP15 merupakan orang yang mempunyai milikan atas gambar-gambar, CDR dan juga Sijil Perakuan tersebut.
72
Ini selaras dengan keputusan dalam kes Public Prosecutor v Lin Lian Chen [1991] 1 MLJ 316 yang telah memutuskan seperti yang berikut: “The learned deputy public prosecutor contended that the cautioned statement cannot be introduced in evidence through any other officer except the recording officer. I am bound, by judicial S/N qoOEw4FOiE6ig8xbzWroOg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal precedent, to follow the decision of the superior court. However, two principles immediately come to mind:
a
that the defence is entitled, through cross-examination of prosecution witnesses, to put its case at the earliest possible stage during the prosecution case; and
b
that any exhibit can be produced by the maker (eg the recording officer) or by any person in whose possession or power the exhibit presently is (eg the investigating officer) or by any person who originally recovered the said exhibit (eg the officer who conducted the raid or search).”. [penekanan ditambah] [73] Di samping itu juga eksibit ID18Y (gambar kedudukan barang kes dadah dalam kereta Toyota Unser tersebut) telah dirakam oleh Pengadu dan beliau sendiri dalam keterangannya telah mengesahkan bahawa beliau yang telah merakam dan mengambil gambar tersebut sebelum dihantar kepada SP15. Dalam hal ini, Mahkamah ini memutuskan bahawa kesemua gambar-gambar yang telah dikemukakan boleh diterimapakai sebagai keterangan. KEPUTUSAN DI AKHIR KES PENDAKWAAN [74] Setelah Mahkamah ini membuat penelitian dan penilaian maksima terhadap keseluruhan keterangan pihak Pendakwaan, pada akhir kes Pendakwaan, Mahkamah ini memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan intipati-intipati pertuduhan terhadap OKT iaitu: S/N qoOEw4FOiE6ig8xbzWroOg a) dadah berbahaya sebagaimana dalam pertuduhan adalah dadah berbahaya jenis Cannabis sebagaimana ditafsirkan di bawah seksyen 2 dan Jadual Pertama ADB 1952; b) pihak pendakwaan juga telah berjaya membuktikan elemen pemilikan iaitu jagaan atau kawalan dan pengetahuan OKT ke atas barang kes dadah tersebut secara keterangan langsung; c) oleh kerana pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan pemilikan OKT terhadap dadah berbahaya tersebut, maka anggapan di bawah perenggan 37(da)(vi) ADB 1952 iaitu anggapan pengedaran juga telah berjaya dibangkitkan; d) pihak pendakwaan juga telah berjaya membuktikan bahawa OKT dan Shamsuddin bin Din yang telah meninggal dunia, telah dengan niat bersama mengedarkan dadah berbahaya tersebut. [75] Sehubungan itu, Mahkamah ini memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes pendakwaan pada tahap prima facie dan telah memanggil OKT untuk membela diri atas pertuduhan. KES PEMBELAAN [76] Di peringkat Pembelaan, OKT telah memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah sebagai SD1 dan tiada saksi pembelaan lain yang dipanggil. S/N qoOEw4FOiE6ig8xbzWroOg [77] Keterangan OKT secara umumnya menyatakan bahawa OKT bukan pemilik Toyota Unser tersebut sebaliknya adalah pemilik Proton Saga tersebut. Pemilik Toyota Unser tersebut adalah Shamsuddin bin Din. [78] OKT dalam keterangannya menyatakan bahawa OKT memandu kereta Toyota Unser tersebut (eksibit P625) bagi tujuan pandu uji kerana OKT hendak membeli kereta tersebut daripada Shamsudin bin Din. Menurut keterangan OKT, dia telah bertemu Shamsuddin di stesen Caltex Gurun dengan menaiki keretanya dan dari situ OKT telah mengikuti Shamsuddin hingga ke Kuala Perlis dengan menaiki kereta OKT sendiri. Tempoh masa dari Gurun ke Kuala Perlis tersebut dianggarkan lebih kurang dua jam. Selanjutnya OKT menyatakan bahawa semasa di Kuala Perlis, Shamsudin telah mengajak OKT makan dan Shamsuddin telah meninggalkan kereta Toyota Unser tersebut di tepi di tempat meletak kereta di Kuala Perlis. Selepas itu mereka telah pergi ke kedai makan dengan menaiki kereta OKT. [79] Selepas selesai makan, Shamsudin telah meminta OKT mengambil kereta Toyota Unser tersebut untuk dipandu uji dan menurut OKT, semasa mengambil kereta itu, ada orang lain dalam kereta tersebut yang OKT tidak kenal. OKT turut menyatakan bahawa kunci kereta tersebut ada dalam kereta itu. [80] Setelah orang yang tidak dikenali itu keluar dari kereta tersebut, OKT telah memandu uji kereta tersebut. OKT mendakwa tidak memeriksa kereta tersebut kerana ketika itu hanya untuk tujuan S/N qoOEw4FOiE6ig8xbzWroOg pandu uji. OKT menegaskan bahawa semasa masuk ke dalam kereta tersebut, tidak ada sebarang bau dadah ganja. [81] Di samping itu juga, OKT turut menafikan pengetahuan terhadap barang kes dadah yang dijumpai di bahagian belakang kereta Toyota Unser tersebut dan menegaskan bahawa dia tidak dapat melihat bahagian belakang kereta kerana terdapat barisan kedua iaitu tempat duduk penumpang yang menghalang pandangannya. ANALISIS DAN DAPATAN DI AKHIR KES PEMBELAAN [82] Seksyen 182A KTJ memperuntukkan bahawa Mahkamah hendaklah mempertimbangkan keseluruhan keterangan dikemukakan (keterangan peringkat pendakwaan dan peringkat pembelaan) dan hendaklah memutuskan sama ada pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes pendakwaan melampaui keraguan yang munasabah. [83] Mahkamah Persekutuan dalam kes Md Zainudin bin Raujan v Public Prosecutor [2013] 3 MLJ 773 telah memutuskan: “At the conclusion of the trial, s 182A of the Criminal Procedure Code imposes a duty on the trial court to consider all the evidence adduced before it and to decide whether the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt. The defence of the accused must be considered in the totality of the evidence adduced by the prosecution, as well as in the light of the well established principles enunciated in Mat v Public Prosecutor [1963] 1 MLJ 263 with regard to the approach to be S/N qoOEw4FOiE6ig8xbzWroOg taken in evaluating the evidence of the defence. In Mohamed Yatin Bin Abu Bakar v Public Prosecutor [1950] MLJ 57 Spenser-Wilkinson J, at p 59, opined: In an ordinary case, where no special burden of proof or explanation is by law cast upon the accused, his position is more favourable than it is in those cases where the law presumes something against him. The principle laid down in the recent English cases, particularly Mancini v Director of Public Prosecutions appears to me to be that, where no special onus is cast by law upon the accused, then, if his story has the effect of raising a reasonable doubt as to the truth of the prosecution case, he is entitled to an acquittal; and this is the 'ordinary rule' which is referred to in the passage above quoted from Rex v Garth. In this country, at the close of the case for the prosecution the Court will not call upon the accused for his defence unless the evidence of the prosecution witnesses is, in the first instance, believed. If, when called upon for his defence the accused gives evidence, then the question is, not which story is to be believed, but whether, even if the Court is not inclined to accept all that the accused has said, his evidence does not raise a reasonable doubt as to the truth of the prosecution evidence or as to the accused's guilt.”. [penekanan ditambah] [84] Berkenaan anggapan pengedaran, beban pembuktian di pihak pembelaan adalah untuk mengemukakan keterangan yang mampu menyangkal anggapan tersebut pada tahap imbangan kebarangkalian, yang merupakan beban yang lebih berat S/N qoOEw4FOiE6ig8xbzWroOg berbanding beban menimbulkan keraguan yang munasabah. (rujuk kes Miller v. Minister of Pensions [1947] 2 AER 372, PP v. Yuvaraj [1969] 2 MLJ 89, Public Prosecutor v Abdul Rahman bin Akif [2007] 5 MLJ 1) [85] Pembelaan OKT secara ringkasnya menafikan pengetahuan terhadap barang kes dadah yang telah dirampas. Mahkamah ini telah meneliti keseluruhan keterangan yang dikemukakan oleh Pembelaan, dan juga keterangan-keterangan yang dikemukakan oleh saksi-saksi pendakwaan. Mahkamah ini mendapati bahawa semasa di peringkat Pendakwaan, walaupun Pembelaan mengemukakan dakwaan yang sama iaitu OKT sebenarnya memandu kereta tersebut kerana hendak memandu uji bagi tujuan membeli kereta tersebut, namun begitu, kronologi yang dikemukakan di peringkat Pendakwaan dan Pembelaan adalah berbeza. [86] Pada peringkat Pendakwaan, Pembelaan menyatakan bahawa atas permintaan Shamsudin, OKT telah menuju ke Kuala Perlis dengan menaiki kereta OKT untuk bertemu dengan Shamsudin. Seterusnya dari Kuala Perlis OKT telah memandu kereta tersebut bagi tujuan pandu uji menghala ke Gurun. Namun begitu, pada peringkat Pembelaan pula, OKT menyatakan telah bertemu Shamsudin di Caltex Gurun dan seterusnya telah mengikut kereta Shamsuddin dengan OKT memandu keretanya sendiri sampai ke Kuala Perlis. [87] Cerita selanjutnya apa yang berlaku di Kuala Perlis terutamanya tentang wujud seorang lelaki tidak dikenali dalam kereta tersebut semasa OKT datang semula untuk mengambil dan memandu uji S/N qoOEw4FOiE6ig8xbzWroOg kereta tersebut tidak pernah dikemukakan semasa peringkat Pendakwaan. Malahan versi Pembelaan mengenai tujuan OKT memandu kereta tersebut dan cerita bagaimana OKT boleh memandu kereta tersebut tidak pernah ditanya kepada Pengadu yang merupakan Pengadu dalam kes ini. Cadangan pandu uji kereta hanya dikemukakan kepada SP15 dan hanya dicadangkan bahawa OKT telah menuju ke Kuala Perlis untuk berjumpa dengan Shamsudin dan selepas itu OKT telah memandu uji kereta tersebut sehinggalah ditangkap di Alor Setar. [88] Dalam penelitian Mahkamah ini, keterangan yang bercanggah ini menunjukkan bahawa versi pembelaan adalah suatu yang direka-reka dan tidak boleh dipercayai. Mahkamah ini turut berpendapat bahawa adalah tidak munasabah dan tidak masuk akal untuk melakukan pandu uji pada jarak yang jauh yang mengambil masa sehingga dua jam. [89] Di samping itu juga, adalah juga tidak munasabah untuk seseorang meletakkan kereta di tepi jalan kemudian meninggalkannya dengan kunci kereta berada di dalam kereta. Pada pendapat Mahkamah ini, versi Pembelaan ini hanyalah suatu rekaan semata-mata (afterthought). [90] Berkaitan pembelaan bahawa OKT tiada pengetahuan kerana OKT tidak bau ganja tersebut yang terletak di bahagian belakang kereta dan juga bahawa OKT tidak dapat melihat bungkusan-bungkusan plastik hitam yang diletakkan di belakang kereta tersebut, juga pada pendapat Mahkamah ini adalah satu penafian semata-mata. Ini kerana OKT sendiri bersetuju semasa disoal balas oleh S/N qoOEw4FOiE6ig8xbzWroOg Pendakwaan bahawa bau dadah ganja yang dirampas dapat dibau dalam Mahkamah semasa prosiding dijalankan. Mahkamah ini turut mendapati bahawa ruang dalam Mahkamah adalah jauh lebih besar daripada ruang dalam kereta Toyota Unser. Jika di dalam Mahkamah terbuka dengan keadaan barang kes ganja dilekat panas (heat seal) dalam plastik Jabatan Kimia Malaysia juga masih boleh dibau dengan ketara, apatah lagi jika dadah-dadah tersebut diletakkan dalam kereta Toyota Unser yang ruangnya adalah jauh lebih kecil daripada ruang dalam Mahkamah terbuka. Berdasarkan fakta ini, Mahkamah ini mendapati bahawa versi pembelaan ini juga adalah suatu penafian semata-mata. [91] Berkenaan isu OKT tiada pengetahuan kerana tidak dapat melihat bungkusan-bungkusan plastik hitam berisi dadah yang diletakkan di belakang kereta tersebut, kerana OKT merupakan seorang yang rendah, sekali lagi Mahkamah ini mendapati bahawa fakta tersebut juga adalah suatu penafian semata-mata. Ini kerana Mahkamah ini sendiri telah melihat kereta Toyota Unser dan saya sendiri telah menjenguk masuk ke dalam kereta tersebut di bahagian pemandu hadapan dan jelas bahawa bahagian belakang kereta tersebut dapat dilihat dengan jelas oleh pemandu sama ada dengan menoleh ke belakang atau pun melalui cermin pandang belakang. [92] Bungkusan-bungkusan barang kes dadah yang ditemui bukanlah bungkusan-bungkusan kecil sebaliknya bungkusan-bungkusan besar yang pada pandangan Mahkamah ini adalah tidak munasabah untuk seseorang tidak dapat melihat bungkusan-bungkusan tersebut lebih-lebih lagi kerana jumlah bungkusan tersebut bukan hanya satu, tetapi enam bungkusan-bungkusan S/N qoOEw4FOiE6ig8xbzWroOg besar. Apatah lagi, berdasarkan gambar eksibit ID18Y, bungkusan-bungkusan tersebut memenuhi seluruh ruang belakang kereta tersebut. Sekali lagi pada pendapat Mahkamah ini, versi pembelaan mengenai perkara ini adalah satu penafian semata-mata. [93] Di samping itu juga, Mahkamah ini juga bersetuju dengan hujahan Pihak pendakwaan bahawa versi OKT ini tidak disokong oleh sebarang keterangan sokongan seperti rakaman percakapan beramaran OKT sendiri. Dalam hal ini, berdasarkan dapatan Mahkamah ini berkenaan isu-isu yang dinyatakan di atas, maka kegagalan mengemukakan keterangan sokongan seperti rakaman percakapan OKT sendiri menunjukkan bahawa versi pembelaan sebenarnya adalah tidak benar. Sebagaimana di putuskan dalam kes Tan Kim Ho & Anor v. PP [2009] 3 CLJ 236: “In our adversarial system of justice, the duty of each party is to show that his case is the truth. This is done by him adducing his own witnesses to support his contention. When it is the plaintiff or prosecutor who is adducing the evidence, his witnesses are subject to cross examination by the defence or the accused person. When a prosecution witness makes a statement of fact which is disagreed to by the defence it becomes the defence's duty to, in whatever way, put to the plaintiff or prosecution witness that what the witness has said is not true. In addition, he could also use the plaintiff's or prosecution's witnesses to adduce evidence to support his defence and to indicate what his defence is. This he is required to do to enable the plaintiff or prosecution to bring out evidence to disprove what the defence intends to adduce. If the defence does not in any way indicate S/N qoOEw4FOiE6ig8xbzWroOg by cross examination of those facts, those statements made by the plaintiff's or prosecution's witnesses must be accepted as true. Even if the plaintiff's or prosecution's witness does not say anything relating to the defence case, it is still the duty of the defence to bring out his case during plaintiff's or prosecution's case. In fact this duty to disclose his defence during the prosecution's case is more relevant in criminal cases than in civil. This is particularly so when the plaintiff or prosecution's witness is relevant to the fact in issue. In criminal cases, the prosecution does not know what the defence is going to be, except in alibi, until the defence adduces its evidence.”. [penekanan ditambah] [94] Di samping itu juga, OKT sendiri mengakui bahawa beliau tidak mengenali Pengadu dan pasukan serbuan mahupun SP15. Dalam hal ini, Mahkamah ini juga berpendapat bahawa tiada sebarang alasan atau sebab untuk pihak polis menganiaya OKT. [95] Secara keseluruhan, Mahkamah ini mendapati bahawa Pembelaan yang dikemukakan OKT adalah bersifat penafian dan rekaan semata-mata (afterthought) dan dengan itu gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap pemilikan dan pengetahuan terhadap dadah yang dirampas dan telah gagal mematahkan anggapan pengedaran dadah di bawah perenggan 37(da)(vi) ADB 1952 yang dibangkitkan atas imbangan kebarangkalian; [96] Berdasarkan keseluruhan keterangan Pembelaan dibanding dengan keterangan-keterangan pada peringkat Pendakwaan, Mahkamah ini turut mendapati bahawa pembelaan yang S/N qoOEw4FOiE6ig8xbzWroOg dikemukakan oleh OKT tidak boleh dipercayai dan adalah satu penafian semata-mata. Sebagaimana diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Dato' Seri Anwar bin Ibrahim v Public Prosecutor and another appeal [2015] 2 MLJ 293: “…A mere denial does not amount to a credible defence…”. [97] Sehubungan itu, Mahkamah ini memutuskan bahawa Pendakwaan telah berjaya membuktikan keseluruhan kes terhadap OKT pada tahap melampaui keraguan yang munasabah. Mahkamah dengan ini mensabitkan OKT bagi kesalahan di bawah perenggan 39B(1)(a) ADB 1952 yang boleh dihukum di bawah subseksyen 39B(2) Akta yang sama yang dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan sebagaimana dalam pertuduhan. Hukuman [98] Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 [Akta 846] yang mula berkuat kuasa pada 4.7.2023 telah memberikan Mahkamah ini budi bicara yang sepenuhnya dalam menjatuhkan hukuman terhadap OKT, iaitu sama ada menjatuhkan hukuman mati, ataupun hukuman penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang daripada 12 sebatan. [99] Di dalam kes Md Masud Rana v Public Prosecutor [2024] MLJU 154, Mahkamah Rayuan telah memutuskan seperti berikut: “[35] For offences under section 302 of the Penal Code, Act 846 has given the discretionary power to this Court to determine the S/N qoOEw4FOiE6ig8xbzWroOg punishment that should be given to the accused, which is either the death penalty or a prison sentence of not less than 30 years which can be extended up to 40 years and whipping not less than 12 lashes. [36] In this situation, we are of the opinion that we can still consider the applicable legal principles in deciding whether the death penalty should be imposed or otherwise. The introduction of Act 846 does not in any way prevent us from referring to the basis of the existing sentencing principle.”. [penekanan ditambah] [100] Walaupun autoriti kes Md Masud Rana (supra) di atas merujuk kepada kesalahan di bawah seksyen 302 KK, namun begitu Akta 846 turut memperuntukkan budibicara yang sama kepada Mahkamah bagi kesalahan pengedaran dadah berbahaya di bawah seksyen 39B ADB 1952. [101] Hujahan mitigasi OKT secara ringkasnya memohon pertimbangan Mahkamah ini untuk menilai kedudukan peribadi OKT, yang telahpun berumur 54 tahun semasa tarikh sabitan, di samping alasan-alasan peribadi yang lain. OKT juga merupakan pesalah kali pertama. Turut dihujahkan juga bahawa kes ini bukanlah melibatkan satu kes yang boleh dikategorikan sebagai ‘rarest of the rare’. [102] Pihak Pendakwaan pula menghujahkan bahawa kesalahan yg dilakukan OKT adalah satu kesalahan serius yang memberi impak buruk kepada negara, masyarakat dan turut meruntuhkan institusi keluarga. Sehubungan itu, kesalahan ini menarik kepentingan awam. Turut dihujahkan bahawa kesalahan serius seperti ini perlu S/N qoOEw4FOiE6ig8xbzWroOg dibendung dengan memberikan satu gambaran yang jelas bahawa pihak penguatkuasaan dan institusi kehakiman tidak bertoleransi dengan kesalahan-kesalahan seperti ini. Dihujahkan juga bahawa ancaman dan kesan negatif akibat penyalahgunaan dadah perlu diatasi dan ditangani dengan menguatkuasakan hukuman yang berat dan setimpal sebagaimana diperuntukkan di bawah ADB 1952 agar dapat mencegah kesalahan sama diulangi oleh OKT mahupun sesiapa jua. Pendakwaan menghujahkan bahawa walaupun hukuman mati mandatori telah dimansuhkan tetapi mengambil kira fakta kes ini yang telah melalui perbicaraan penuh dan saksi-saksi telah dipanggil, maka pihak Pendakwaan memohon supaya OKT dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. [103] Budibicara Mahkamah untuk menjatuhkan hukuman mati ataupun hukuman alternatif yang diperuntukkan undang-undang telah dibincangkan oleh Mahkamah Rayuan dalam kes Robin Radjaini Saih @ Amjan Patta v Public Prosecutor [2024] 6 MLJ 773. Dalam keputusannya, Mahkamah Rayuan telah membincangkan kes Khairul Azizi Bin Abdul Jalil v Public Prosecutor [2024] MLJU 1463 seperti yang berikut: “[27] In the Court of Appeal case of Khairul Azizi bin Abdul Jalil v Public Prosecutor [2024] MLJU 1463, at [48], SM Komathy JCA has explained the application of the ‘rarest of the rare’ doctrine as follows: [48] As regards sentence, in light of [AMDP], it is now no longer mandatory on the Court to impose the death penalty to everyone convicted of murder. The death sentence should S/N qoOEw4FOiE6ig8xbzWroOg only be imposed in the most extreme and exceptional murders which are the ‘worst of the worst’ or the ‘rarest of the rare’ and only after determining the question of the accused’s possibility of reform. Counsel for the appellant urged the court to commute the death sentence to a sentence of imprisonment of 30 years as the murder committed by appellant did not fall within the category of ‘the worst of the worst’ or ‘the rarest of the rare’. The learned deputy did not press for the death sentence to be maintained and left it to the court but submitted that any imprisonment imposed should not be less than 35 years. (Emphasis added.)”. [104] Selanjutnya, Mahkamah Rayuan dalam kes Robin Radjaini Saih (supra) di atas telah turut memperjelaskan perkembangan pemakaian doktrin ‘rarest of the rare’ sebagaimana yang terpakai di India. Dalam keputusannya, Mahkamah Rayuan telah menyatakan seperti yang berikut: “[29] The ‘rarest of the rare’ doctrine is now firmly established in India. In Bachan Singh v State of Punjab (1980) 1 MLJ (Crl) 827, at [195], in delivering the 4-1 majority decision of the Indian Supreme Court, RS Sarkaria J held that in view of, among others, s 354(3) of the Indian Criminal Procedure Code (‘CPC (India)’), the ‘extreme penalty [of death penalty] can be inflicted only in gravest cases of extreme culpability’. We reproduce below s 354(3) of the CPC (India): When the conviction is for an offence punishable with death, or, in the alternative, with imprisonment for life or S/N qoOEw4FOiE6ig8xbzWroOg imprisonment for a term of years, the judgment shall state the reasons for the sentence awarded, and, in the case of sentence of death, the special reasons for such sentence. (Emphasis added.)”. [105] Namun begitu, Mahkamah Rayuan telah turut memutuskan dalam kes yang sama bahawa doktrin ‘rarest of the rare’ tidak sesuai untuk digunapakai di Malaysia, dan telah merujuk kepada keputusan-keputusan di Singapura yang mempunyai peruntukan yang serupa dengan Malaysia: “[30] With respect, we are not in favour of adopting the ‘rarest of the rare’ doctrine in Malaysia. Our reasons are as follows:
1
in s 302 of the PC read with ss 34 and 39 of the AMDP, Parliament has conferred a wide discretion on our courts to mete out the following punishment on a person who has committed a murder offence under s 302 of the PC:
a
(a)death penalty; or
b
(b)imprisonment for a term of not less than 30 years but not exceeding 40 years and whipping of not less than 12 strokes (‘wide judicial discretion (s 302 of the PC)’);
2
our legislature did not impose any restriction or condition to curtail the wide judicial discretion (s 302 of the PC). In other words, the wide judicial discretion (s 302 of the PC) is unfettered. If we have applied the ‘rarest of the rare’ doctrine, this will be tantamount to an unlawful S/N qoOEw4FOiE6ig8xbzWroOg curtailment of the wide judicial discretion (s 302 of the PC);
3
in the exercise of the wide judicial discretion (s 302 of the PC):
a
public interest should be the primary consideration. We rely on the following judgment of the Federal Court delivered by Raja Azlan Shah Ag LP (as his Majesty then was) in Bhandulananda Jayatilake v Public Prosecutor [1982] 1 MLJ 83 at 84: I have had occasion to say elsewhere, that the very concept of judicial discretion involves a right to choose between more than one possible course of action upon which there is room for reasonable people to hold differing opinions as to which is to be preferred. That Is quite inevitable. Human nature being what it is, different judges applying the same principles at the same time in the same country to similar facts may sometimes reach different conclusions (see Jamieson v Jamieson [1952] AC 525, 549). It Is for that reason that some very conscientious judges have thought it their duty to visit particular crimes with exemplary sentences; [2024] 6 MLJ 773 at 789 whilst others equally conscientious have thought it their duty to view the same crimes with leniency. Therefore sentences do vary in apparently similar circumstances with the habit of mind of the particular judge. It is for that reason also that this court has said it again and again that it will not normally S/N qoOEw4FOiE6ig8xbzWroOg Interfere with sentences, and the possibility or even the probability, that another court would have imposed a different sentence is not sufficient, per se, to warrant this court’s interference. For a discretionary judgment of this kind to be reversed by this court, it must be shown to our satisfaction that the learned judge was embarking on some unauthorised or extraneous or irrelevant exercise of discretion. We are far from convinced that any criticism of the learned judge is warranted. He took the course he did, in outweighing the plea of mitigation in favour of the public interest with a desire to uphold the dignity and authority of the law as administered in this country. We agree. That must receive the greatest weight. (Emphasis added.) It is to be noted that when Bhandulananda was decided, Parliament had abolished appeals to Privy Council for constitutional and criminal matters. In other words, when the Federal Court delivered the judgment in Bhandulananda, the Federal Court was our apex court for criminal matters at that time;
b
all the relevant facts and circumstances of the case should be taken into account, including:
i
mitigating factors; and
II
(ii) aggravating factors. S/N qoOEw4FOiE6ig8xbzWroOg As explained in the above sub-para (a), public interest should override mitigating factors; and
c
the court should also consider the following four objects of sentencing:
i
deterrence, both specific and general deterrence. Specific deterrence of an offender has also been described as ‘incapacitation’ of the offender (to render the offender incapable of committing any offence in the future);
II
(ii) rehabilitation, reformation or restoration of the offender;
III
(iii) retribution; and
IV
(iv) restitution;
4
due to the enforcement of s 354(3) of the CPC (India) (the judgments of Indian courts shall state ‘special reasons’ for imposing a death sentence), the application of the ‘rarest of the rare’ doctrine in India is understandable. Our CPC has no provision which is equipollent to s 354(3) of the CPC (India); and
5
s 302 of Singapore’s Penal Code (‘PC (Singapore)’) states as follows: s 302 Punishment for murder S/N qoOEw4FOiE6ig8xbzWroOg
1
Whoever commits murder within the meaning of section 300(a) shall be punished with death.
2
Whoever commits murder within the meaning of section 300(b), (c) or (d) shall be punished with death or imprisonment for life and shall, if he is not punished with death, also be liable to caning. (Emphasis added.) As s 302(2) of the PC (Singapore) is similar to our present s 302 of the PC (after amendment by AMDP), Singapore cases on this matter, are persuasive.”. [penekanan ditambah] [106] Mahkamah Rayuan telah merujuk kepada keputusan Mahkamah Rayuan Singapura dalam kes Public Prosecutor v Kho Jabing [2015] 2 SLR 112 yang telah memutuskan seperti yang berikut: “The first judgment was delivered by Chao Hick Tin JA (concurred by Andrew Phang Boon Leong JA and Chan Seng Onn J), at [8], [37], [38] and [41] to [45], as follows: [8] At the very heart of this appeal lies a critical legal question — for an offence of murder where the mandatory death penalty does not apply, in what circumstances would the death penalty still be warranted? … S/N qoOEw4FOiE6ig8xbzWroOg [37] It is our judgment that the trite and well established sentencing principle that all the circumstances and factors of the case must be taken into consideration in meting out an appropriate sentence continues to apply, and this is supported by the fact that the Minister for Law had stated the three factors in broad terms and specifically mentioned that they were to be considered in totality. As we see it, these three factors were highlighted because they will very likely surface in any evaluation of a case involving the discretionary death penalty. [38] Second, the leading principle in other jurisdictions, as the survey above touching on the positions in India, St Vincent and Grenadines, and the United States shows, is that the death penalty should only be imposed for the ‘rarest of rare’ or the ‘worst of the worst’ cases. To follow this principle would mean that it is only in the most extreme of circumstances and the narrowest of cases that the death penalty would be imposed. [41] In our respectful opinion, we do not find that the ‘rarest of rare’ principle is appropriate for Singapore. To adopt this principle would be to artificially confine and sequester the death penalty to the narrowest of regions and to restrict the imposition of the death penalty based on whether the actions of the offender are ‘rare’ in comparison with other offenders. This should not be the case in our context. Admittedly, the often cited sentencing principle is that the maximum penalty is only intended for the worst form of cases (see for example, S/N qoOEw4FOiE6ig8xbzWroOg Sim Gek Yong v PP [1995] 1 SLR(R) 185 at [13], which was cited with approval in the re-sentencing judge’s decision ([6] supra) at [12]). [42] However, the context in which this principle was laid down is different in the sense that in the normal case the sentencing judge has a much wider discretion and a range of penalties from which to choose from. In such a scenario, given that there is a range of penalties reflecting differing degrees of moral culpability, it would make sense that it is only in the worst form of cases that the maximum penalty should be meted out. However, this is not the case with the discretionary death penalty. To quote the Court of Appeal in Sia Ah Kew ([32] supra) at [5], the ‘discretion given to the courts as regards the sentence is ... very limited in scope’; the court does not have the luxury to choose from a range of penalties. [43] Given the fact that the discretion is confined to only the imposition of either the death sentence or life imprisonment with caning, we do not find that the ‘rarest of the rare’ principle effectively meets the objective of having the discretionary death penalty in our sentencing regime. As explained by the Minister for Law in the parliamentary debates, the objective behind introducing the discretionary death penalty was to balance ‘the various objectives; justice to the victim, justice to society, justice to the accused, and mercy in appropriate cases’. All these considerations must be taken into account, and we do not think that they would be properly reflected if we should adopt the ‘rarest of the rare’ principle. S/N qoOEw4FOiE6ig8xbzWroOg [44] In our judgment, a more appropriate principle to follow would be that laid down by the Court of Appeal in Sia Ah Kew, which is, whether the actions of the offender would outrage the feelings of the community. Undoubtedly, capital punishment is an expression of society’s indignation towards particularly offensive conduct, and the fact that the death penalty continues to be part of our sentencing regime is an expression of society’s belief that certain actions are so grievous an affront to humanity and so abhorrent that the death penalty may, in the face of such circumstances, be the appropriate, if not the only, adequate sentence. It would therefore, in our judgment, be correct to consider the strong feelings of the community in deciding whether or not to impose the death penalty. [45] In determining whether the actions of the offender would outrage the feelings of the community, we find that the death penalty would be the appropriate sentence when the offender has acted in a way which exhibits viciousness or a blatant disregard for human life. Viewed in this light, it is the manner in which the offender acted which takes centre stage. For example, in the case of a violent act leading to death, the savagery of the attack would be indicative of the offender’s regard for human life. The number of stabs or blows, the area of the injury, the duration of the attack and the force used would all be pertinent factors to be considered. (Emphasis added.) S/N qoOEw4FOiE6ig8xbzWroOg In Kho Jabing, at [86], Lee Seiu Kin J gave the following judgment in support of Chao Hick Tin JA’s judgment: [86] The key issue in this appeal is whether the death penalty should be imposed on Jabing under s 302(2) of the PC. I should state at the outset that I respectfully agree with the analysis in the majority judgment of the law in relation to the imposition of the death penalty on a charge under s 300(c), and punishable under s 302(2), of the PC. In particular, I agree that the ‘rarest of rare’ principle is not appropriate for Singapore (see [43] above). I agree with the formulation of the test set out in the Majority Judgment at [44] above, ie, it is a question of whether the offender’s acts are ‘so grievous an affront to humanity and so abhorrent’ that the death penalty is the only adequate sentence. I also am further in complete agreement that, in the context of the present case, capital punishment would be appropriate where the offender had ‘acted in a way which exhibits viciousness or a blatant disregard for human life’ (see the majority judgment at [45] above). (Emphasis added.) We hasten to add that the tests propounded in Kho Jabing, namely ‘whether the actions of the offender would outrage the feelings of the community’, ‘whether the offender’s acts are so grievous an affront to humanity and so abhorrent that the death penalty is the only adequate sentence’ and whether ‘capital punishment would be appropriate where the offender had acted in a way which exhibits viciousness or a blatant disregard for human life’ would be relevant factors in the exercise of the wide S/N qoOEw4FOiE6ig8xbzWroOg judicial discretion (s 302 of the PC) (with public interest as the primary consideration). [31] Needless to say, a sentence meted out by a court in a particular case will necessarily depend on the particular facts and circumstances of that case. From the view point of the doctrine of stare decisis, a court’s sentence cannot constitute a binding precedent. Having said that, a sentence imposed by a court provides a useful ‘sentencing guideline’ for other courts in the future.”. [107] Berdasarkan keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes Robin Radjaini Saih @ Amjan Patta (supra) di atas, dalam menjalankan budibicara Mahkamah bagi menentukan sama ada hukuman mati ataupun hukuman alternatif yang diperuntukkan undang-undang, faktor utama yang perlu dipertimbangkan adalah kepentingan awam (public interest). Dalam menentukan faktor kepentingan awam pula, tindakan atau kesalahan yang dilakukan mestilah suatu tindakan di mana ‘the actions of the offender would outrage the feelings of the community’, ‘the offender’s acts are so grievous an affront to humanity and so abhorrent that the death penalty is the only adequate sentence’, dan sama ada ‘capital punishment would be appropriate where the offender had acted in a way which exhibits viciousness or a blatant disregard for human life’. [108] Dalam mempertimbangkan faktor kepentingan awam bagi kesalahan-kesalahan pengedaran dadah berbahaya, sebagaimana dalam kes terhadap OKT ini, faktor-faktor sebagaimana diketengahkan dalam kes Robin Radjaini Saih @ Amjan Patta S/N qoOEw4FOiE6ig8xbzWroOg (supra) di atas perlu dilihat daripada perspektif yang sedikit berbeza jika dibandingkan dengan kesalahan bunuh ataupun kesalahan-kesalahan lain yang memperuntukkan hukuman mati sebagai salah satu hukuman alternatif. [109] Kesalahan pengedaran dadah berbahaya, kebiasaannya tidak melibatkan sebarang tindakan atau perlakuan ganas mahupun perlakuan yang melibatkan sebarang kecederaan atau kematian. Kesalahan pengedaran dadah berbahaya di bawah ADB 1952 melibatkan perlakuan sebagaimana ditafsirkan di bawah seksyen 2 ADB 1952 (seperti jual beli, mengangkut, membawa dan sebagainya) atau berdasarkan kepada anggapan berat dadah berbahaya yang terlibat sebagaimana di bawah subseksyen 37(da) ADB
1952
Oleh itu, apakah faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan bagi penentuan hukuman yang bersesuaian perlulah dikaitkan dengan perlakuan pengedaran dadah itu sahaja. [110] Mahkamah ini berpendapat bahawa persoalan sama ada ‘capital punishment would be appropriate where the offender had acted in a way which exhibits viciousness or a blatant disregard for human life’ kurang sesuai untuk digunapakai dalam kes melibatkan pengedaran dadah berbahaya memandangkan jarang sekali perlakuan pengedaran dadah berbahaya tersebut melibatkan ancaman terus/langsung kepada nyawa atau tubuh badan. [111] Oleh itu, faktor kepentingan awam yang perlu dinilai adalah adakah tindakan tersebut ‘would outrage the feelings of the community’ ataupun ‘the offender’s acts are so grievous an affront to humanity and so abhorrent that the death penalty is the only adequate S/N qoOEw4FOiE6ig8xbzWroOg sentence’? Dalam menilai persoalan ini, Mahkamah perlu mengaplikasikan fakta kes selaras dengan tindakan atau perlakuan kesalahan pengedaran dadah berbahaya itu sahaja. [112] Berdasarkan kepada fakta kes terhadap OKT ini, operasi serbuan telah dijalankan oleh pasukan serbuan dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat PDRM, Bukit Aman, Kuala Lumpur. Anggota-anggota serbuan kesemuanya merupakan anggota polis yang telah turun dari Bukit Aman, Kuala Lumpur ke Alor Setar, Kedah bagi tujuan operasi. Malahan berdasarkan fakta kes, terdapat empat pasukan anggota polis yang telah turun dari Bukit Aman bagi tujuan menjayakan operasi serbuan ini. Fakta ini jelas menunjukkan bahawa operasi serbuan yang telah dijalankan bukanlah satu operasi biasa ataupun rondaan biasa anggota polis. [113] Di samping itu, aktiviti pengedaran dadah berbahaya akan membawa kepada jenayah sekunder seperti perlakuan jenayah curi, ragut, mencederakan dan pecah rumah. Bukan itu sahaja, aktiviti pengedaran dadah ini juga turut memberikan kesan kepada sosio ekonomi penduduk dan juga memecah belahkan institusi keluarga. [114] Berdasarkan laporan akhbar New Straits Times bertarikh 22.8.2024, daerah Pendang, Kedah merupakan daerah yang mempunyai aktiviti penyalahgunaan dadah tertinggi di Malaysia. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail telah menyatakan seperti yang berikut: S/N qoOEw4FOiE6ig8xbzWroOg “Data on drug abuse nationwide has revealed a troubling pattern in districts toward the north and east coast, said Home Minister Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. He said data gathered by four agencies showed that the Pendang district in Kedah had the highest number of drug abuse cases at 1,333 people per 100,000 residents. "This is troubling as the national average is 432 people per 100,000 residents. "The data gathered is the result of mapping carried out by the police, National Anti-Drug Agency (AADK), Health Ministry as well as private narcotic rehabilitation centres," he said at a press conference after launching the 2024 Police Special Dialogue on Thursday.”. [penekanan ditambah] [115] Berdasarkan laporan akhbar tersebut, aktiviti berkaitan dadah semakin menjadi-jadi di negeri-negeri di sebelah utara dan Pantai Timur, Semenanjung Malaysia. Lebih menyedihkan, daerah tertinggi dengan aktiviti penyalahgunaan dadah merupakan salah satu daerah dalam negeri Kedah. [116] Melihat kepada peningkatan aktiviti berkaitan dadah yang semakin menjadi-jadi, terutamanya di negeri Kedah ini, Mahkamah ini berpendapat tindakan OKT mengedar dadah berbahaya merupakan satu tindakan yang mampu menimbulkan kemarahan masyarakat (would outrage the feelings of the community). S/N qoOEw4FOiE6ig8xbzWroOg [117] Selain itu juga, berat dadah yang terlibat dalam kes terhadap OKT ini adalah sangat banyak iaitu hampir 170 kilogram. Berat dadah terlibat merupakan satu faktor utama dalam penentuan sama ada wajar hukuman mati dijatuhkan atau tidak. Ini kerana jumlah berat dadah yang banyak dalam kes ini adalah hampir 850 kali ganda daripada berat minima anggapan pengedaran di bawah perenggan 37(da)(vi) ADB 1952. Dalam kes Public Prosecutor v Mahir Affandi bin Mohamad [2024] MLJU 1445, telah diputuskan seperti yang berikut: “[63] After considering the plea of mitigation and the submissions by the learned deputy public prosecutor, and after taking into account the recent cases emanating from the Court of Appeal after the coming into force of the Abolition of Mandatory Death Penalty Act 2023 Act 846 which in the vast majority of cases steer away from imposing the death penalty unless the amount involved is large, I sentence the accused to a sentence of imprisonment for life and whipping of 15 strokes. The additional three strokes above the statutory minimum of 12 strokes is because of the large amount of dangerous drugs of 2,828.6 grams of Methamphetamine in this case. This amount is 56.5 times more than the minimum amount of 50 grams of Methamphetamine sufficient for the statutory presumption of trafficking to be invoked with the accused facing the possibility of a death penalty.” [118] Mahkamah ini turut berpendapat bahawa suatu hukuman berbentuk deteren wajar dijatuhkan terhadap OKT agar menjadi pengajaran kepada OKT sendiri dan juga masyarakat umum supaya tidak S/N qoOEw4FOiE6ig8xbzWroOg terlibat dengan sebarang aktiviti penyalahgunaan dadah, lebih-lebih lagi aktiviti pengedaran dadah berbahaya. Adalah menjadi tanggungjawab Mahkamah ini untuk memberikan peringatan kepada masyarakat umum bahawa kesalahan pengedaran dadah adalah kesalahan yang serius dan ini hanya dapat dilakukan dengan menjatuhkan hukuman yang mampu memberikan kesan dan kesedaran kepada semua pihak. [119] Sehubungan itu, berdasarkan keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes Robin Radjaini Saih (supra) di atas dan jumlah dadah dalam kes ini yang sangat banyak serta alasan-alasan kepentingan awam yang diperjelaskan di atas, Mahkamah ini memutuskan bahawa ini adalah satu kes yang mana ‘wide judicial discretion’ mewajarkan satu hukuman mati dijatuhkan. [120] Sehubungan itu, Mahkamah dengan ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap OKT. Evawani (Evawani Farisyta binti Mohammad) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Jenayah (2) Alor Setar, Kedah Bertarikh 5 Februari 2025. S/N qoOEw4FOiE6ig8xbzWroOg Timbalan Pendakwa Raya: Noor Azrul bin Abdul Rahman Mohd Rizal bin Fadzil Timbalan Pendakwa Raya Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Kedah Peguambela OKT: B. Murthy Tetuan B. Murthy & Co. S/N qoOEw4FOiE6ig8xbzWroOg
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.