Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI PASIR MAS DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM PERBICARAAN JENAYAH NO. DJ-62JSK-44-11/2025 DIANTARA PENDAKWA RAYA DAN ZULFAIZAL BIN HASHIM (NO. K/P: 740116035373) ALASAN PENGHAKIMAN Pendahuluan
DJ-62JSK-44-11/2025
Sessions Court of Malaysia17 Nov 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“JU 36; [1979] **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 9 1 LNS 36; [1979] 2 MLJ 88; Amrita Lal Hazra v. Emperor 42 Cal 957; Chin Choy v. PP [1955] CLJU 17; [1955] 1 LNS 17; [1955] MLJ 236).” (Penekanan ditambah)”
“mber will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 9 1 LNS 36; [1979] 2 MLJ 88; Amrita Lal Hazra v. Emperor 42 Cal 957; Chin Choy v. PP [1955] CLJU 17; [1955] 1 LNS 17; [1955] MLJ 236).” (Penekanan ditambah)”
“r there to be one transaction four elements must be present, that is to say, proximity of time, proximity of place, continuity of action and continuity of purpose or design (see Jayaraman & Ors v. PP [1979] CLJU 36; [1979] **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI PASIR MAS DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM PERBICARAAN JENAYAH NO. DJ-62JSK-44-11/2025 DIANTARA PENDAKWA RAYA DAN ZULFAIZAL BIN HASHIM (NO. K/P: 740116035373) ALASAN PENGHAKIMAN Pendahuluan
1
Pada 17.11.2025 iaitu pada tarikh sebutan kali pertama kes di Mahkamah, tertuduh telah mengaku salah dan disabitkan terhadap 2 pertuduhan seperti berikut: Pertuduhan Pertama: “Bahawa kamu pada 07/11/2021, jam lebih kurang 1.15 petang, bertempat di dalam sebuah bilik tidur di rumah alamat Lot 302 Depan JPS Kg Senor, Meranti dalam daerah Pasir Mas, dalam negeri Kelantan, telah merogol anak saudara kamu iaitu Nur Damia Qasrina Binti Mohd Anuar, no. K/P: 111107030966 ketika umurnya 10 tahun, oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan dibawah Seksyen 376
3
Kanun Keseksaan.” Pertuduhan Kedua: “Bahawa kamu pada 08/11/2021, jam lebih kurang 1.15 petang, bertempat di dalam sebuah bilik tidur di rumah alamat Lot 302 Depan JPS Kg Senor, Meranti dalam daerah Pasir Mas, dalam negeri Kelantan, telah merogol anak saudara kamu iaitu Nur Damia Qasrina Binti Mohd Anuar, no. K/P: 111107030966 ketika umurnya 10 tahun 1 hari, oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan dibawah Seksyen 376
3
Kanun Keseksaan.”
2
Mahkamah seterusnya telah menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh seperti berikut: a) Pertuduhan Pertama: Penjara 10 tahun dari tarikh sabitan 17.11.2025 dan 10 sebatan; b) Pertuduhan Kedua: Penjara 10 tahun dan 10 sebatan; hukuman penjara berjalan secara berasingan (consecutively) dengan hukuman penjara bagi Pertuduhan Pertama; c) Perintah Kaunseling Pemulihan di bawah seksyen 26 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017; dan d) Perintah Pengawasan Polis bagi tempoh 2 tahun di bawah seksyen 27 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. Alasan hukuman
3
Dalam rayuan mitigasi, tertuduh hanya memohon hukuman ringan dan supaya hukuman penjara berjalan secara serentak. Mahkamah turut mengambil kira fakta bahawa tertuduh telah mengaku salah pada sebutan kali pertama kes sebagai faktor mitigasi bagi tertuduh.
4
Pihak pendakwaan memohon suatu hukuman yang setimpal yang dapat memberi pengajaran kepada tertuduh dengan mengambil-kira faktor-faktor berikut:
a
Kepentingan awam;
b
Tahap leluasa (rampancy) kesalahan jenayah seksual terhadap kanak-kanak;
c
kesan dan akibat perbuatan tertuduh terhadap mangsa yang baru berusia 10 tahun;
d
Tertuduh adalah bapa saudara kepada mangsa yang tinggal bersama bapa saudaranya dan menganggap tertuduh seperti ayahnya di mana mangsa memanggil tertuduh sebagai “Abah”.
5
Hukuman yang diperuntukkan di bawah seksyen 376(3) Kanun Keseksaan adalah penjara tidak kurang 8 tahun dan tidak lebih 30 tahun dan sebatan tidak kurang 10 sebatan.
6
Berdasarkan peruntukan seksyen 289 (3) Kanun Tatacara Jenayah, hukuman sebat masih terpakai terhadap tertuduh walaupun tertuduh telah mencapai umur 51 tahun semasa hukuman dijatuhkan.
7
Setelah mengambikira faktor-faktor mitigasi dan agravasi, Mahkamah berpendapat bahawa suatu hukuman yang berat adalah wajar dan setimpal terhadap tertuduh di dalam kes ini terutamanya mengambilkira jenis kesalahan yang dilakukan dan faktor kepentingan awam khususnya dalam aspek pencegahan terhadap anggota masyarakat umum supaya tidak melakukan kesalahan yang sama dan sebagai amaran terhadap tertuduh sendiri supaya tidak mengulangi kesalahan yang sama.
8
Kejadian rogol pertama berlaku pada 07.11.2021 iaitu pada hari jadi mangsa yang ke-10 tahun dan kejadian rogol kedua berlaku sehari selepas itu pada 08.11.2021.
9
Tertuduh sebagai seorang bapa saudara kepada mangsa yang sepatutnya menjaga dan melindungi mangsa yang menganggap tertuduh seperti bapanya sendiri dengan memanggil tertuduh dengan panggilan “Abah”, sebaliknya telah bertindak zalim dan kejam tanpa perasaan simpati dan perikemanusiaan terhadap anak saudaranya sendiri yang baru mencapai umur 10 tahun.
10
Perbuatan tertuduh sudah pasti akan mengakibatkan kesan trauma yang sangat teruk terhadap mangsa sama ada dari segi fizikal, mental dan psikologi yang akan ditanggung oleh mangsa sehingga ke akhir hayatnya, lebih-lebih lagi apabila mangsa telah dirogol oleh ahli keluarga terdekat iaitu bapa saudara sendiri.
11
Setelah mengambikira kesemua fakta-fakta di atas, dan berdasarkan kepada peruntukan hukuman di bawah seksyen 376(3) Kanun Keseksaan dimana hukuman penjara minima adalah 8 tahun dan maksima 30 tahun dan hukuman sebat minima 10 sebatan, Mahkamah berpandangan bahawa hukuman penjara 10 tahun dan 10 sebatan bagi setiap pertuduhan adalah wajar dan setimpal terhadap tertuduh.
12
Mahkamah memerintahkan bahawa hukuman penjara bagi kedua-dua pertuduhan tersebut berjalan secara berasingan menjadikan jumlah hukuman penjara yang perlu dijalani oleh tertuduh adalah 20 tahun dan jumlah sebatan sebanyak 20 sebatan. Sama ada hukuman penjara di dalam kes ini berjalan secara serentak atau berasingan
13
Berkenaan isu sama ada hukuman penjara bagi kedua-dua pertuduhan di dalam kes ini berjalan secara serentak atau berasingan, Mahkamah berpandangan bahawa hukuman penjara hendaklah berjalan secara berasingan berdasarkan kepada alasan-alasan berikut: a) Kedua-dua pertuduhan di dalam kes ini tidak melibatkan transaksi yang sama dimana setiap kesalahan telah dilakukan pada dua tarikh yang berbeza iaitu pada 07.11.2021 dan 08.11.2021 (‘one transaction rule’); b) Jumlah hukuman penjara maksima di bawah seksyen 376(3) Kanun Keseksaan adalah 30 tahun; oleh yang demikian, jumlah hukuman penjara selama 20 tahun yang dijatuhkan terhadap tertuduh bagi kedua-dua pertuduhan tersebut adalah tidak bertentangan dengan ‘totality principle’; dan c) Mahkamah berpendapat hukuman penjara 20 tahun dan 20 sebatan bagi 2 pertuduhan tersebut bukanlah suatu hukuman yang terlampau berat (‘excessive’) sehingga menyebabkan ‘crushing effect’ kepada tertuduh.
14
Sebagai panduan, Mahkamah merujuk kepada keputusan Mahkamah Rayuan di dalam kes Bachik Abdul Rahman v. PP [2004] 2 CLJ 572; [2004] 3 AMR 429, yang telah menggariskan prinsip seperti berikut: “... combined effect of s. 282 and s. 292 is that unless the court imposing a sentence says anything to the contrary, the sentence runs from the date on which it was passed (see Ooi Sim Yim v. PP [1990] 1 CLJ 435; [1990] 1 CLJ (Rep) 223). The exercise of the discretion to determine the date of commencement of the sentence of imprisonment is dependent on the facts and circumstances of each case. In deciding whether the terms of imprisonment should be consecutive or commence at another date the court will be guided by the one transaction rule and the totality principle.
Preamble
Pursuant to the one transaction rule where two or more offences are committed in the course of a single transaction all sentences in respect of these offences should be concurrent rather than consecutive (see R v. Saleem [1964] Crim LR 482; R v. Walsh [1965] Crim LR 248). For there to be one transaction four elements must be present, that is to say, proximity of time, proximity of place, continuity of action and continuity of purpose or design (see Jayaraman & Ors v. PP [1979] CLJU 36; [1979] 1 LNS 36; [1979] 2 MLJ 88; Amrita Lal Hazra v. Emperor 42 Cal 957; Chin Choy v. PP [1955] CLJU 17; [1955] 1 LNS 17; [1955] MLJ 236).” (Penekanan ditambah)
15
Mahkamah juga merujuk kepada satu keputusan Mahkamah Tinggi di dalam kes PP v. Mohamad Ramadzan Mohd Yusof (2021) CLJU 1345, yang telah menyatakan prinsip seperti berikut: “[19] It is not wrong in principle to impose consecutive sentences as each individual offence committed by the accused is serious in nature. It has the effect of discouraging the type of criminal conduct being punished. (See R v. Skinner [1986] 8 Cr. App. R (S) 166). The sentence imposed does not have a crushing effect on the accused as by his criminal conduct he has forfeited his right to have a lighter sentence. In any event, the sentence passed viewed in totality is not excessive. (See R v. Faulkner [1972] 56 Cr. App. R 594). As for the sentences of whipping, the law dictates that it to be consecutive.” (Penekanan ditambah)
16
Berdasarkan alasan-alasan seperti di atas, Mahkamah ini berpandangan bahawa hukuman yang telah dijatuhkan di dalam kes ini adalah selaras dengan undang-undang dan adalah wajar dan setimpal dengan kesalahan setelah mengambilkira segala fakta dan hal keadaan kes ini. (ZULKPLI BIN ABDULLAH) HAKIM, MAHKAMAH SESYEN PASIR MAS,
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.