KERAJAAN MALAYSIA …DEFENDAN-DEFENDAN PENGHAKIMAN A) PENGENALAN [ 1 ] Perbicaraan telah berlangsung melibatkan seramai lapan orang saksi Plaintif dan tiga orang saksi Defendan. Tuntutan Plaintif terhadap Defendan-Defendan adalah akibat kebakaran yang berlaku pada 19.9.2021 semasa Defendan Pertama bersama tiga lagi anggota Angkatan 23/03/2025 15:52:06 DA-A51NCvC-4-09/2023 Kand. 51 Pertahanan Awam Malaysia (selepas ini dirujuk sebagai “APM”) sedang menjalankan operasi untuk memusnahkan sarang tebuan di rumah Plaintif. [2]. Defendan-Defendan dalam pembelaan menafikan segala dakwaan Plaintif dan menegaskan bahawa Defendan-Defendan telah menjalankan tanggungjawab berhati-hati secara munasabah terhadap Plaintif dengan menjalankan operasi memusnahkan sarang tebuan berdasarkan teknik pemusnahan dan garis panduan yang telah ditetapkan. [ 3 ] Setelah mendengar keterangan saksi-saksi kedua belah pihak dan juga setelah membaca hujahan bertulis kedua pihak, maka Mahkamah memutuskan untuk menolak tuntutan Plaintif beserta kos dan faedah. B) LATARBELAKANG KES [ 4 ] Plaintif merupakan anak (Arwah Latif) dan tidak terhad kepada hartanah yang dipegang di bawah hak milik GM 205, Lot 1493, Mukim Tok Uban, Jajahan Pasir Mas, Kelantan dan sebuah rumah kayu satu tingkat yang beralamat di Kampung Rasal To’Uban 17050 Pasir Mas, Kelantan. Defendan-Defendan merupakan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). [ 5 ] Arwah Latif telah membina sebuah rumah di aats tanah tersebut dan telah diduduki oleh Ibu dan adik Plaintif. Pada 11.04.2021 Ibu dan adiknya telah pergi ke Perak bagi menziari adik Plaintif. Akibat kekangan Perintah Kawalan Pergerakan ( PKP ) serta menunggu tarikh temujanji suntikan vaksin, kedua-duanya tidak dapat pulang ke rumah tersebut. Plaintif telah mengambil tanggungjawab untuk menjaga/memantau rumah tersebut sepangjang ketiadaan ibu dan adiknya yang sedang berada di Perak. [ 5 ] Seterusnya pada 15.09.2021, Plaintif telah memasuki rumah tersebut untuk memeriksa dan membersihkan rumah kerana dimaklumkan ibu dan adiknya akan pulang. Namun Plaintif mendapati terdapat sarang tebuan di dlam sebuah almari pakaian dalam sebuah bilik rumah tersebut. Ibu Plaintif telah meminta Plaintif untuk menghapuskan sarang tebuan tersebut. Pada 19.09.2021 Plaintif telah menghubungi talian kecemasan 999 dan dimaklumkan anggota penyelamat akan datang untuk tindakan selanjutnya. [ 6 ]. Pada Jam 1.20 petang, Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) telah menerima panggilan MERS 999 daripada Plaintif untuk memusnahkan sarang tebuan. PKOD telah memaklumkan kepada Plaintif bahawa kes melibatkan sarang tebuan perlu dilakukan pada waktu malam kerana sifat tebuan yang tidak berkeliaran pada waktu malam dan Plaintif bersetuju untuk memusnahkan sarang tebuan tersebut pada waktu malam. [ 7 ]. Pada jam lebih kurang 8.50 malam, Defendan Pertama bersama 3 anggota APM telah bertolak dari PKOD dan sampai di tempat kejadian pada 9.10 malam. Setibanya di tempat kejadian, Defendan Pertama, PBT (PA) Norfariha, KPL (PA) Tengku Nur Faezah telah membuat pemantauan dan hasil pemantauan mendapati bahawa saiz sarang tebuan tersebut adalah sangat besar memenuhi seluruh ruangan almari tersebut. [ 8 ]. Setelah perbincangan antara anggota APM dengan Plaintif tentang SOP yang akan dilaksanakan, Plaintif faham dengan penerangan yang diberikan dan persetujuan telah diberikan secara lisan. Plaintif juga memaklumkan kepada anggota APM bahawa Plaintif menyerahkan sepenuhnya kepada anggota APM untuk memusnahkan sarang tebuan tersebut. Defendan Pertama telah membuat persediaan operasi tersebut dengan dibantu oleh PBT (PA) Norfariha dengan memakai peralatan pelindungan yang lengkap iaitu Personal Protective Equipment (PPE) dan terus memasuki bilik tersebut bersama beberapa botol semburan aerosol. [ 9 ]. Defendan Pertama telah membuat semburan pada sarang tebuan tersebut dengan menggunakan dua botol aerosol. Walau bagaimanapun, semburan tersebut kurang berkesan kerana tebuan masih berkeliaran. Kemudian, Defendan keluar ke ruang tamu untuk mendapatkan dua lagi botol aerosol daripada KPL (PA) Tengku Nur Faezah. Defendan Pertama membuat semburan dengan menggunakan separuh botol aerosol tersebut. [ 10 ]. Setelah semburan dilakukan, Defendan menunggu lebih kurang 10 hingga 15 minit bagi memastikan tebuan tersebut telah mati. Kemudiannya, Defendan Pertama cuba mengalihkan pakaian yang berada di dalam almari tersebut untuk dicampak keluar melalui tingkap yang berdekatan. Walau bagaimanapun, pakaian tersebut tersangkut di tingkap. Semasa mengalihkan pakaian tersebut, banyak tebuan yang belum mati telah keluar dari sarang yang melekat pada pakaian tersebut dan menyerang Defendan Pertama. [ 11 ].Bagi mengelakkan tebuan tersebut menyerang Defendan Pertama dan berterbangan secara meluas, Defendan Pertama terpaksa menyalakan pemetik api ke arah pakaian yang tersangkut di tingkap tersebut yang menyebabkan kebakaran berlaku. Defendan Pertama telah cuba memadamkan kebakaran tersebut dan meminta bantuan daripada anggota APM yang lain untuk mencari punca air. Plaintif telah naik ke rumah tersebut untuk membuka suis pam air, tetapi suis tersebut disambar api dan pam air tidak berfungsi. Disebabkan api marak dengan cepat dan bimbang akan keselamatan diri, Defendan Pertama keluar dari rumah tersebut. C. UNDANG-UNDANG [ 12 ] Beban pembuktian di dalam kes sivil terletak pada pihak Plaintif untuk membuktikan kecuaian Defendan atas imbangan kebarangkalian. Berdasarkan kes Wong Thin Yit v Mohamed Ali [1971] 2 MLJ 175, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan seperti berikut: “In a negligence action the onus of proof rests wholly on the Plaintiff whether or not the Defendant gives evidence. The Plaintiff cannot succeed without proof of the Defendant’s negligence. Evidence is the foundation of proof with which it must not be confounded. Proof is that which leads to a conclusion as to the truth or falsity of the alleged facts which are the subject of inquiry. Evidence, if accepted and believed may result in proof, but it is not necessarily proof of itself.” [13]. Seksyen 101, 102 dan 103 Akta Keterangan 1950 memperuntukkan undang-undang mengenai beban bukti sesuatu pihak adalah terletak pada Plaintif yang perlu membuktikan bahawa terdapat kecuaian daripada Defendan. Seksyen 101, 102 dan 103 ini telah diolah dengan teliti dalam kes International Times & Ors v. Leong Ho Yuen [1980] 2 MLJ 86, di mana Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa: “According to ss. 102 and 103 of the Evidence Act, if the party with whom this onus lies whether initially or subsequently as a result of its shifting does not give any or further evidence or gives evidence which is not sufficient, such party must fail.” [ 14 ] Berdasarkan autoriti-autoriti di atas, adalah jelas bahawa untuk membolehkan tuntutan Plaintif berjaya, Plaintif perlu membuktikan bahawa kebakaran tersebut adalah disebabkan oleh kecuaian Defendan-Defendan. Sekiranya Plaintif gagal untuk membuktikan tuntutannya itu, Mahkamah akan menolak tuntutan Plaintif dengan kos. Dalam kes semasa, Defendan- Defendan telah berhujah bahawa Plaintif telah gagal untuk membuktikan bahawa kebakaran tersebut adalah disebabkan kecuaian atau kegagalan Defendan-Defendan untuk menjalankan kewajipan berjaga-jaga. D) ISU-ISU YANG DIBICARAKAN [ 15 ] Isu-isu yang dibicarakan antara pihak-pihak adalah: