Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI LANGKAWI DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN, MALAYSIA GUAMAN NO.: KD-A53KJ-9-02/2023 ANTARA ZULKEFLI BIN SHAHADAN (NO. K/P: 640319-02-5257) … PLAINTIF DAN AMIR HAMZAH BIN SALLEH (NO. K/P: 700702-02-5243) … DEFENDAN
KD-A53KJ-9-02/2023
Sessions Court of Malaysia6 Mar 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“him who alleges it and not upon him who denies it, so that where a particular allegation forms an essential part of a person's case, the proof of such allegation falls on him. (See section 103 of the Evidence Act 1950 ). If he fails to prove both the liability and the quantum of damages, he loses the action." S/N wjubX”
“[1978] 1 MLJ 61 FC, Mahkamah memutuskan pemandu m/kar yang membelok dari tepi jalan tanpa berhenti di simpang didapati bertanggungan cuai sepenuhnya. ii. Dalam kes Yap Yew Yee v. Subramaniam & Anor [1972] CLJU 175; [1972] 1 LNS 175; [1972] 2 MLJ 53, Mahkamah memutuskan bahawa pemandu teksi yang memandu di jalan utama w”
“rudin Abd Aziz & Satu Lagi [2016] SMCU 37, Mahkamah telah merujuk dan menyenaraikan beberapa keputusan terdahulu sebagai panduan, antaranya: i. Dalam kes Kek Kee Leng v. Teresa Bong Nguk Chin & Anor [1977] CLJU 45; [1977] 1 LNS 45; [1978] 1 MLJ 61 FC, Mahkamah memutuskan pemandu m/kar yang membelok dari tepi jalan tanp”
“J 217, Mahkamah memutuskan bahawa m/sikal yang keluar daripada simpang T tanpa berhenti terlebih dahulu di kepala simpang bertanggungan cuai sepenuhnya. vi. Dalam kes Foong Gun Mooi v. Lim Yeok Soon [1978] CLJU 47; [1978] 1 LNS 47; [1978] 1 MLJ 218 FC, Mahkamah memutuskan bahawa m/sikal yang keluar dari tepi jalan seca”
“ndu bas di jalan utama yang tidak sempat berhenti apabila penunggang m/sikal tiba-tiba keluar dari jalan kecil tidak sumbang cuai sama sekali. v. Dalam kes Lew Voon Kong & Anor v. Mustaffa bin Kamis [1978] CLJU 98; [1978] 1 LNS 98; [1978] 1 MLJ 217, Mahkamah memutuskan bahawa m/sikal yang keluar daripada simpang T tanp”
“penuhnya. S/N wjubXvrILkCL5Q7aAz954w **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 20 viii. Dalam kes A Perianayagam & Anor v. Yeo Suan Tin & Anor [1984] CLJU 15; [1984] 1 LNS 15; [1984] 1 MLJ 214, Mahkamah memutuskan bahawa penunggang m/sikal yang memecut keluar dari”
“n cuai sepenuhnya. S/N wjubXvrILkCL5Q7aAz954w **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 19 iv. Dalam kes Ng Peng Hong v. Ng Shaw Ching & Anor [2000] CLJU 23; [2000] 1 LNS 23; [2000] 6 MLJ 403, Mahkamah memutuskan bahawa pemandu bas di jalan utama yang tidak sempat”
“ed to verify the originality of this document via eFILING portal 18 yang berada di jalan utama, boleh didapati cuai sepenuhnya. Dalam kes Haw Kian Hoo & Satu Lagi lwn. Zaharudin Abd Aziz & Satu Lagi [2016] SMCU 37, Mahkamah telah merujuk dan menyenaraikan beberapa keputusan terdahulu sebagai panduan, antaranya: i. Dala”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI LANGKAWI DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN, MALAYSIA GUAMAN NO.: KD-A53KJ-9-02/2023 ANTARA ZULKEFLI BIN SHAHADAN (NO. K/P: 640319-02-5257) … PLAINTIF DAN AMIR HAMZAH BIN SALLEH (NO. K/P: 700702-02-5243) … DEFENDAN
1
Kes ini merupakan satu tuntutan yang dibawa oleh Plaintif (“Plaintif”) terhadap Defendan (“Defendan”) bagi menuntut ganti rugi am dan khas berikutan satu kemalangan jalan raya yang berlaku pada 17.06.2022, kira-kira pada jam 10.30 pagi. Pada waktu kejadian, Plaintif S/N wjubXvrILkCL5Q7aAz954w **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 2 sedang menunggang sebuah motosikal bernombor pendaftaran KEK7332 (selepas ini dirujuk sebagai “motosikal tersebut”), manakala Defendan sedang memandu sebuah kereta bernombor pendaftaran KV569E (selepas ini dirujuk sebagai “kereta tersebut”) dari arah Air Hangat menuju ke Kuah, Langkawi. Plaintif mendakwa bahawa kereta tersebut telah keluar secara tiba-tiba dari simpang di sebelah kiri tanpa memberikan sebarang amaran, lalu melanggar bahagian kiri motosikal tersebut yang sedang ditunggang oleh Plaintif.
2
Defendan, dalam pembelaannya, menyatakan bahawa pada kira-kira jam 10.30 pagi, semasa beliau sedang memandu kereta tersebut dari sebuah kedai makan (Tom yam) yang terletak di tepi jalan berdekatan dengan Kampung Kilim, Jalan Air Hangat, beliau berniat untuk menghala ke pasar Air Hangat. Pada waktu itu, sewaktu Defendan hendak keluar dari simpang kedai makan tersebut, terdapat sebuah kenderaan jenis pacuan empat roda yang diletakkan di sebelah kanan jalan dan telah menghalang pandangannya untuk keluar simpang. Defendan mendakwa bahawa beliau telah melihat ke arah kiri dan kanan jalan dan tidak melihat sebarang kenderaan yang menghampiri. Namun secara tiba-tiba, motosikal tersebut yang ditunggang oleh Plaintif datang dari arah kanan menghala ke Kuah sambil melihat ke arah kedai makan tersebut, sebelum melanggar bahagian bumper hadapan sebelah kanan kereta tersebut S/N wjubXvrILkCL5Q7aAz954w **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 3 yang dipandu oleh Defendan.
3
Sepanjang perbicaraan kes berlangsung, Plaintif telah memanggil 4 orang saksi terdiri daripada Pegawai Penyiasat Kes (SP1), Plaintif (SP2), saksi pakar Dr. Taran Singh A/L Pall Singh (SP3) dan saksi pakar Haider Ali Khan (SP4). Manakala di pihak Defendan pula, mereka telah memanggil satu (1) orang saksi yang terdiri daripada Defendan sendiri iaitu Amir Hamzah Bin Salleh (SD1) sendiri.
4
Pada 17 Jun 2022, kira-kira jam 10:30 pagi, Plaintif sedang menunggang sebuah motosikal bernombor pendaftaran KEK7332 ("Motosikal") di atas jalan utama seperti yang dinyatakan dalam Rajah Kasar (P1). Pada masa yang sama, Defendan sedang memandu sebuah kereta bernombor pendaftaran KV569E ("Kereta") keluar dari satu jalan kecil ke jalan utama, lalu berlakunya perlanggaran di antara Motosikal Plaintif dan Kereta Defendan.
5
Berdasarkan keterangan Defendan di dalam Laporan Polis (D3) serta keterangannya di Mahkamah, Defendan menyatakan bahawa pandangannya semasa hendak keluar dari jalan kecil tersebut terhalang S/N wjubXvrILkCL5Q7aAz954w **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 4 oleh kehadiran sebuah kenderaan pacuan empat roda lain yang diletakkan di sebelah kanan jalan kecil tersebut, yang telah ditandakan sebagai 'Z' dalam Pelan Lakaran. Walau bagaimanapun, Defendan tidak mengambil sebarang langkah untuk menamakan pemilik kenderaan 'Z' tersebut sebagai pihak ketiga dalam prosiding ini bagi tujuan menyokong dakwaan kecuaian bersama. Tambahan pula, tiada saksi lain dikemukakan oleh Defendan untuk mengesahkan kewujudan halangan tersebut.
6
Defendan dalam pembelaannya menafikan bahawa beliau bertanggungjawab atas perlanggaran tersebut dan mendakwa bahawa Plaintif gagal memerhatikan keadaan jalan di sekelilingnya dan telah melanggar bahagian hadapan sebelah kanan Kereta Defendan. Defendan turut bergantung kepada hasil siasatan SP1 yang mengklasifikasikan kes ini sebagai "Rujuk kepada Majistret" atas alasan bahawa kecuaian mana-mana pihak tidak dapat dibuktikan secara jelas.
7
Isu utama yang perlu diputuskan oleh Mahkamah adalah berkenaan persoalan liabiliti: siapakah yang bertanggungjawab terhadap kemalangan tersebut. Berdasarkan keterangan yang tidak dipertikaikan, Plaintif berada di atas jalan utama dan bergerak lurus mengikut laluan trafik biasa, manakala Defendan keluar dari satu jalan kecil untuk S/N wjubXvrILkCL5Q7aAz954w **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 5 memasuki jalan utama. Keadaan ini menunjukkan bahawa Defendan telah melanggar kewajipan berhenti dan memastikan keselamatan sebelum memasuki jalan utama, sebagaimana yang disyaratkan di bawah undang-undang lalu lintas.
8
Dalam menilai isu liabiliti, Mahkamah terikat untuk meneliti prinsip undang-undang berkaitan dengan kecuaian bersama (contributory negligence), iaitu prinsip yang mengiktiraf kemungkinan kedua-dua pihak mempunyai peranan dalam menyebabkan berlakunya sesuatu kemalangan. Walaupun Defendan jelas telah melanggar kewajipannya dengan memasuki laluan utama tanpa berhati-hati, Mahkamah juga harus menilai sama ada Plaintif sendiri turut cuai, contohnya dengan tidak mengurangkan kelajuan atau gagal mengambil langkah berjaga-jaga ketika menghampiri kawasan persimpangan.
9
Setelah mempertimbangkan keterangan lisan, dokumen, serta fakta-fakta keseluruhan kes ini, Mahkamah berpuas hati bahawa terdapat unsur kecuaian di pihak kedua-dua Plaintif dan Defendan. Walau bagaimanapun, tahap kecuaian yang wujud adalah tidak seimbang. Defendan, sebagai pihak yang keluar dari jalan kecil tanpa memastikan keadaan selamat, memikul tanggungjawab yang lebih besar terhadap kemalangan ini. Sebaliknya, Plaintif, meskipun mempunyai hak laluan di S/N wjubXvrILkCL5Q7aAz954w **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 6 atas jalan utama, tetap mempunyai kewajipan untuk menunggang dengan cermat dan mengambil langkah berhati-hati terhadap kemungkinan bahaya yang wujud di jalan raya.
10
Oleh yang demikian, Mahkamah dengan ini memutuskan bahawa Defendan bertanggungjawab sebanyak 80% ke atas kemalangan ini, manakala Plaintif turut menanggung 20% liabiliti atas kegagalan beliau untuk mengambil langkah berhati-hati sewajarnya ketika menunggang Motosikal tersebut.
11
Dalam kes ini, adalah menjadi tanggungjawab kedua-dua pihak, iaitu Plaintif dan Defendan, untuk membuktikan sebarang dakwaan atau tuntutan yang dikemukakan terhadap satu sama lain. Mahkamah telah meneliti dengan teliti keterangan yang diberikan oleh saksi Plaintif Pertama SP1. Berdasarkan keterangannya di Mahkamah, SP1 menyatakan bahawa beliau telah menjalankan siasatan berhubung kejadian kemalangan tersebut.
12
Hasil siasatan SP1 mendapati bahawa pada hari kejadian, keadaan jalan berada dalam keadaan baik, tanpa sebarang kerosakan atau bahaya tersembunyi. Cuaca pada masa kejadian juga adalah cerah dan tidak menimbulkan sebarang risiko tambahan kepada pengguna jalan S/N wjubXvrILkCL5Q7aAz954w **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 7 raya. Jalan di mana kemalangan berlaku merupakan jalan yang lurus dan terbuka, tanpa sebarang halangan fizikal yang boleh mengganggu laluan atau pandangan Plaintif. SP1 turut mengesahkan bahawa kesan calar yang bertanda "X" di lokasi kejadian adalah tempat di mana motosikal Plaintif dipercayai terjatuh. Walau bagaimanapun, tiada saksi bebas yang hadir atau melihat sendiri insiden kemalangan itu berlaku, ini menyebabkan bukti langsung mengenai punca kemalangan agak terhad.
13
Berdasarkan keterangan yang telah diberikan, Mahkamah mendapati bahawa tiada keterangan kukuh yang dapat membuktikan sebarang unsur kecuaian secara spesifik sama ada di pihak Plaintif ataupun Defendan. SP1 turut menyatakan bahawa terdapat ruang yang mencukupi di atas jalan tersebut untuk Plaintif mengambil langkah untuk mengelak kemalangan sekiranya perlu.
14
Namun begitu, SP1 juga memberikan keterangan bahawa sekiranya terdapat kenderaan lain yang diparkir di sepanjang jalan berkenaan, ia boleh menyebabkan halangan kepada pandangan kenderaan yang keluar dari simpang tersebut, termasuklah kenderaan Defendan sendiri. Hal ini berkemungkinan menyumbang kepada kesukaran Defendan untuk melihat laluan dengan jelas sebelum memasuki jalan utama. S/N wjubXvrILkCL5Q7aAz954w **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 8
15
Oleh itu, berdasarkan keterangan SP1 dan ketiadaan saksi bebas, Mahkamah mendapati bahawa isu kecuaian tidak dapat diputuskan secara mutlak terhadap mana-mana pihak, dan keadaan keseluruhan insiden perlu dipertimbangkan berdasarkan imbangan kebarangkalian serta inferens yang munasabah daripada fakta yang sedia ada di Mahkamah ini.
16
Oleh itu, setelah mengambil kira kesemua keterangan dan keadaan di tempat kejadian, Mahkamah cenderung untuk berpandangan bahawa kegagalan Plaintif untuk mengawal kenderaannya dengan kelajuan yang sesuai dan berhati-hati merupakan salah satu faktor yang telah menyumbang kepada berlakunya kemalangan ini. Dengan itu, kecuaian juga terletak di pihak Plaintif dan bukan hanya Defendan sahaja.
17
Selain itu, Mahkamah mengambil perhatian bahawa berdasarkan keterangan SP1, meskipun Defendan mungkin mengalami kekangan pandangan akibat kenderaan yang diletakkan di sepanjang jalan berhampiran simpang tersebut, tiada bukti yang menunjukkan bahawa Plaintif menghadapi halangan yang sama. Pandangan Plaintif ke arah hadapan adalah jelas dan tidak terhalang. Oleh itu, Plaintif seharusnya telah menyedari kehadiran kenderaan Defendan yang keluar dari simpang sekiranya beliau memandu dengan lebih perlahan dan berhati-S/N wjubXvrILkCL5Q7aAz954w **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 9 hati.
18
SP1 dalam keterangannya juga menyatakan dalam keadaan jalan yang lurus, cuaca yang baik, dan tanpa sebarang halangan kepada pandangan, adalah munasabah untuk Mahkamah membuat inferens bahawa Plaintif mempunyai masa dan ruang yang mencukupi untuk mengambil tindakan mengelak sekiranya beliau memandu dengan kelajuan yang berpatutan. Ketidakupayaan Plaintif untuk berbuat demikian menimbulkan andaian bahawa beliau sendiri telah gagal melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang pemandu yang berhemah di atas jalan raya.
19
SP3 dalam keterangannya menyatakan bahawa terdapat kemudahan knee arthroplasty di Hospital Kerajaan. SP4 dalam keterangannya menyatakan tiada kecederaan pada lutut Plaintiff. SP4 juga menyatakan beliau tidak berjumpa dengan Plaintif untuk pemeriksaan.
20
Maka, Mahkamah berpuas hati bahawa dalam imbangan kebarangkalian, kemalangan tersebut juga berpunca daripada kegagalan Plaintif sendiri, dan bukannya semata-mata kecuaian di pihak Defendan. Tiada juga sebarang keterangan dikemukakan oleh Plaintif yang telah S/N wjubXvrILkCL5Q7aAz954w **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 10 diberikan penjagaan selama 6 bulan.
21
Adalah menjadi prinsip undang-undang yang mantap bahawa beban untuk membuktikan tuntutan adalah terletak ke atas Plaintif sebagai pihak yang menuntut (rujuk peruntukan di bawah seksyen 101 dan 102 Akta Keterangan 1950 dan rujuk kes CB Media Sdn Bhd & Anor v. Kesas Sdn Bhd [2019] 4 CLJ 609 dan Datuk Mohd AH Hj Abdul Majid & Anor v. Public Bank [2014] 6 CLJ 269). Mahkamah Persekutuan dalam kes Datuk Mohd AH Hj Abdul Majid & Anor v. Public Bank [2014] 6 CLJ 269 menyatakan seperti berikut: "[32] It is trite law that a claimant claiming damages must prove that he has suffered the damage. The claimant has the burden of proving both liability and quantum of damages, before he can recover the sum claimed. This follows from the general rule that the burden of proving a fact is upon him who alleges it and not upon him who denies it, so that where a particular allegation forms an essential part of a person's case, the proof of such allegation falls on him. (See section 103 of the Evidence Act 1950 ). If he fails to prove both the liability and the quantum of damages, he loses the action." S/N wjubXvrILkCL5Q7aAz954w **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 11
22
Seterusnya dalam nada yang sama, Mahkamah Rayuan melalui YAA Tengku Maimun Tuan Mat JCA (pada masa itu) dalam kes Randhir Singh Bhajnik Singh v. Sunildave Singh Parmar [2019] 6 CLJ 771 menyatakan:
8
We have read the appeal records and the able submissions of the parties. After giving much consideration to the submission of learned counsel for the respondent, we take the view that the appeal must be allowed. Our reasons inter alia are as follows:
a
It is trite that legal burden is on the plaintiff and the evidential burden and/or opposing evidence to rebut the plaintiff's claim on the balance of probabilities lies on the defendant. In Pan Malaysian Pools Sdn Bhd v. Kwan Tat Thai & Anor And Other Appeals [2018] 4 CLJ 323, the Court of Appeal observed: [7] It is well-established as a general rule that 'burden of proof' in a civil case is on the plaintiff but the burden will shift when the plaintiff has adduced sufficient evidence of probative value S/N wjubXvrILkCL5Q7aAz954w which requires the defendant to rebut the plaintiff's evidence.... (See Selvaduray v. Chinniah [1939] 1 LNS 107; [1939] 1 MLJ 253). [23] Dalam kes-kes sivil, undang-undang menghendaki Plaintif membuktikan kesnya hanya atas imbangan kebarangkalian sahaja dan bukannya pada tahap kepastian atau tanpa keraguan yang munasabah. Dalam kes Inas Faiqah Mohd Helmi (A child Suing Through Her Father And Next Friend; Mohd Helmi Abdul Aziz) v. Kerajaan Malaysia & Ors [2016] 2 CLJ 885, Mahkamah Persekutuan telah menyatakan seperti berikut: "The standard of proof in civil cases is the legal standard to which a party is required to prove its case, namely on a balance of probabilities. In civil litigation, the question of probability or improbability of an action occurring is an important consideration to be taken into account in deciding whether that particular event had actually taken place or not." S/N wjubXvrILkCL5Q7aAz954w ISU-ISU YANG PERLU DIPUTUSKAN [24] Terdapat dua (2) isu utama yang perlu diputuskan oleh Mahkamah ini iaitu: i. Isu liabiliti sama ada kemalangan itu semata-mata disebabkan oleh kecuaian Defendan atau disumbang cuai Plaintif dan sama ada perlu ada pembahagian liabiliti di antara mereka; dan ii. Jika liabiliti didapati sama ada sepenuhnya atau sebahagiannya terhadap Plaintif serta Defendan, apakah kuantum ganti rugi yang sesuai yang harus diberikan kepada pihak masing-masing. [25] Apabila ada 2 versi yang berbeza bagaimana kemalangan berlaku, Mahkamah ini mengambil pendekatan seperti yang digariskan dalam penghakiman kes Tabarani Mohd Arshad & Anor v. Chan Tenn Yeu [1999] 3 CLJ 188 di mana YA Abdul Malik Ishak J pada masa itu menyatakan seperti berikut: “There were two versions of the accident. One version came from the respondent plaintiff himself while the other version was that of the first appellant defendant. The trial court fell in error when it S/N wjubXvrILkCL5Q7aAz954w approached the case solely on the basis of deciding which story to be believed. When confronted with two conflicting versions, the duty of the trial court was to consider which version was inherently probable or improbable. The trial court should have been more meticulous and considered other probable versions provided they were within the scope and ambit of the pleadings and supportable by admissible evidence including the neutral ones. This approach provides a wide leverage for the trial court to manoeuvre bearing in mind, always, the testimony of the credible witnesses. Spenser Wilkinson J castigated the magistrate in Koay Teik Choo & Ors v. Reg [1955] 1 LNS 42; [1956] 22 MLJ 52, for approaching the case upon the basis of which of the two conflicting stories he should believe. His Lordship remarked at p. of the report that: One of the dangers of this approach is that it leaves entirely out of account the possibility (which in my opinion existed in a very high degree in the present case) that what has really been proved is something between the two stories.” Selain itu, dalam menilai versi siapa yang probable, Mahkamah ini juga mengambil pedoman kepada apa yang dinyatakan dalam kes Ng Aik S/N wjubXvrILkCL5Q7aAz954w Kian & Anor v. Sia Loh Sia [1997] 2 CLJ Supp 218 sebagaimana berikut:- "It is trite law that where the driver and witnesses on each side tell conflicting and different stories, the photographs, plans, measurement of the scene of the accident and the nature of the damage to each vehicle must surely be guiding force – the reliable guide to rely upon" LIABILITI [26] Mahkamah mendapati bahawa dalam kes ini, Defendan telah cuai apabila gagal mengambil langkah berjaga-jaga yang sewajarnya sebelum keluar dari simpang ke jalan utama. Defendan sepatutnya memberi perhatian yang mencukupi kepada kenderaan-kenderaan lain yang sedang bergerak lurus di jalan utama tersebut. Sebaliknya, Defendan telah keluar dari simpang secara tergesa-gesa tanpa memastikan keadaan jalan adalah selamat, yang mengakibatkan pelanggaran dengan motosikal Plaintif yang berada di laluan sahnya. [27] Walau bagaimanapun, Mahkamah juga mengambil kira bahawa Plaintif sendiri mempunyai tanggungjawab untuk menunggang S/N wjubXvrILkCL5Q7aAz954w motosikalnya dengan penuh berhati-hati, terutamanya apabila menghampiri kawasan persimpangan. Sekiranya Plaintif lebih berwaspada dan tidak menunggang secara melulu atau cuai, kemalangan ini mungkin dapat dielakkan. Oleh itu, Mahkamah berpendapat bahawa terdapat unsur kecuaian di pihak kedua-dua Plaintif dan Defendan dalam menyumbang kepada berlakunya kemalangan ini. [28] Sebagai rujukan, Mahkamah menekankan prinsip yang diputuskan dalam kes Kek Kee Leng v Teresa Bong Nguk Chin & Anor [1977] 1 MLRA 321; [1978] 1 MLJ 61, di mana Mahkamah memutuskan bahawa: "Apabila keluar dari jalan kecil ke jalan utama, Defendan kedua sepatutnya memilih masa yang sesuai untuk masuk ke jalan utama dengan selamat." [29] Seterusnya dalam kes Chu Kim Sing & Anor v. Abd Razak Amin [1999] 4 CLJ 448, : "There is also a principle of law that says that a motorist travelling along a minor road has a duty to stop at the junction and allow vehicles travelling on the main road to pass first before entering the major road." S/N wjubXvrILkCL5Q7aAz954w [30] Oleh itu, Mahkamah perlu melihat dan memperhalusi keterangan keseluruhan kes untuk membuat penemuan fakta yang selamat. Mahkamah telah merujuk kepada kes Mahkamah Rayuan Guan Teik Sdn. Bhd. v. Hj Mohd Noor Hj Yaakob & Ors [2000] 4 CLJ 324 JCA Siti Norma Yaakob memutuskan: "[1] Where conflicting evidence is presented, it is the duty of the court not only to weigh such evidence on a balance of probabilities but also to look at all the surrounding factors and to weigh and evaluate the contemporaneous documents that may tend to establish the truth or otherwise of a given fact" [31] Seterusnya, tindakan Defendan yang tidak berhati-hati ketika keluar dari simpang serta gagal mengendahkan kewujudan motosikal tersebut di laluan jalan utama dengan tetap meneruskan tindakan keluar simpang tersebut merupakan suatu tindakan yang membahayakan dirinya sendiri serta pengguna jalan raya yang lain. Keputusan-keputusan Mahkamah terdahulu adalah konsisten dalam prinsip bahawa kenderaan yang keluar dari simpang ke jalan besar atau jalan utama tanpa terlebih dahulu berhenti di kepala simpang dan tanpa memberi laluan kepada kenderaan S/N wjubXvrILkCL5Q7aAz954w yang berada di jalan utama, boleh didapati cuai sepenuhnya. Dalam kes Haw Kian Hoo & Satu Lagi lwn. Zaharudin Abd Aziz & Satu Lagi [2016] SMCU 37, Mahkamah telah merujuk dan menyenaraikan beberapa keputusan terdahulu sebagai panduan, antaranya: i. Dalam kes Kek Kee Leng v. Teresa Bong Nguk Chin & Anor [1977] CLJU 45; [1977] 1 LNS 45; [1978] 1 MLJ 61 FC, Mahkamah memutuskan pemandu m/kar yang membelok dari tepi jalan tanpa berhenti di simpang didapati bertanggungan cuai sepenuhnya. ii. Dalam kes Yap Yew Yee v. Subramaniam & Anor [1972] CLJU 175; [1972] 1 LNS 175; [1972] 2 MLJ 53, Mahkamah memutuskan bahawa pemandu teksi yang memandu di jalan utama wajar untuk membuat anggapan bahawa m/sikal yang keluar dari simpang jalan estet akan berhenti di kepala simpang dan memberikan beliau hak laluan terdahulu iii. Dalam kes Yee Ah Moi MD (1996 Reissue) Vol 12, para 666, Mahkamah memutuskan bahawa m/sikal yang meluru keluar daripada jalan kecil adalah bertanggungan cuai sepenuhnya. S/N wjubXvrILkCL5Q7aAz954w iv. Dalam kes Ng Peng Hong v. Ng Shaw Ching & Anor [2000] CLJU 23; [2000] 1 LNS 23; [2000] 6 MLJ 403, Mahkamah memutuskan bahawa pemandu bas di jalan utama yang tidak sempat berhenti apabila penunggang m/sikal tiba-tiba keluar dari jalan kecil tidak sumbang cuai sama sekali. v. Dalam kes Lew Voon Kong & Anor v. Mustaffa bin Kamis [1978] CLJU 98; [1978] 1 LNS 98; [1978] 1 MLJ 217, Mahkamah memutuskan bahawa m/sikal yang keluar daripada simpang T tanpa berhenti terlebih dahulu di kepala simpang bertanggungan cuai sepenuhnya. vi. Dalam kes Foong Gun Mooi v. Lim Yeok Soon [1978] CLJU 47; [1978] 1 LNS 47; [1978] 1 MLJ 218 FC, Mahkamah memutuskan bahawa m/sikal yang keluar dari tepi jalan secara tiba-tiba cuai sepenuhnya. vii. Dalam kes Wong Fook & Anor v. Abdul Shukur bin Abdul Halim & Satu Lagi [1990] 1 CLJ Rep 536; [1991] 1 MLJ 46, Mahkamah memutuskan bahawa pemandu m/van dari jalan kecil yang tidak berhenti di simpang sebelum memasuki jalan utama cuai sepenuhnya. S/N wjubXvrILkCL5Q7aAz954w viii. Dalam kes A Perianayagam & Anor v. Yeo Suan Tin & Anor [1984] CLJU 15; [1984] 1 LNS 15; [1984] 1 MLJ 214, Mahkamah memutuskan bahawa penunggang m/sikal yang memecut keluar dari tepi jalan untuk melintas Lebuhraya Persekutuan KL-Klang melalui celahan di pembahagi tengah jalan dan berlanggar dengan kereta yang melalui lebuhraya tersebut cuai sepenuhnya. [32] Plaintif dalam penghujahan menegaskan bahawa Defendan patut dipersalahkan sepenuhnya dan cuai 100% terhadap kemalangan ini. Manakala pihak Defendan sebaliknya menegaskan bahawa Plaintif yang patut dipersalahkan [33] Mahkamah ini, atas imbangan kebarangkalian, mendapati Plaintif telah berjaya membuktikan kesnya terhadap Defendan dan Defendan didapati bertanggungan 80% liabiliti dalam kes ini. Manakala Plaintif menyumbang cuai dan bertanggungan 20% liabiliti. KUANTUM [34] Dalam sesuatu tuntutan berkaitan kemalangan, prinsip asas yang perlu dipatuhi oleh Mahkamah ialah bahawa jumlah gantirugi yang dianugerahkan mestilah munasabah serta sepadan dengan tahap S/N wjubXvrILkCL5Q7aAz954w kecederaan yang dialami oleh Plaintif. Objektif utama pemberian gantirugi adalah untuk meletakkan Plaintif, sejauh yang mungkin, dalam keadaan yang hampir sama seperti sebelum kecederaan tersebut berlaku, agar Plaintif dapat meneruskan kehidupannya dengan lebih sempurna dan bermakna selepas insiden berkenaan. [35] Dalam menentukan jumlah gantirugi yang sesuai, Mahkamah telah mengambil kira dan meneliti hujahan yang dikemukakan oleh kedua-dua pihak. Mahkamah turut merujuk kepada panduan yang diperoleh daripada Compendium on Personal Injury Awards terkini serta mengambil kira prinsip-prinsip dan keputusan-keputusan terdahulu yang relevan sebagai rujukan dan panduan dalam menilai jumlah gantirugi yang sewajarnya diberikan. [36] Setelah mempertimbangkan segala faktor yang berkaitan termasuk tahap kecederaan, kesan terhadap kehidupan harian Plaintif, serta mengambil kira prinsip kesamarataan dalam pemberian gantirugi, Mahkamah memutuskan bahawa jumlah gantirugi yang layak dianugerahkan kepada Plaintif adalah berdasarkan kepada kadar liabiliti 20%, manakala Plaintif menyumbang cuai dan bertanggungan 20% liabiliti seperti butiran yang diperincikan di bawah. S/N wjubXvrILkCL5Q7aAz954w GANTIRUGI AM BIL PERKARA DIBENARKAN/DITOLAK
1
Symptomatic scarring - 8x3cm inverted and contracted transverse scar across the left heel pad - Plaintif menuntut sebanyak - Award dicadangkan bagi kecederaan di atas dibenarkan RM3,000.
2
Soft tissue loss and allodynia at the left heel pad - Plaintif menuntut sebanyak - Award dicadangkan bagi kecederaan di atas dibenarkan S/N wjubXvrILkCL5Q7aAz954w
3
Left heelpad avulsion / degloving wound over heel
4
United underlying calcaneum fracture _________________________________ Left ankle fixed flexion deformity (FFD) with restricted range of motion - Plaintif menuntut sebanyak RM40,000 - Award dicadangkan bagi kecederaan di atas dibenarkan
5
Exacerbation of left knee osteoarthritis secondary to gait abnormality - Plaintif menuntut sebanyak RM40,000 - Award dicadangkan bagi kecederaan di atas dibenarkan S/N wjubXvrILkCL5Q7aAz954w
6
Pain of the left knee - Plaintif menuntut sebanyak - Tiada award dicadangkan
7
Pain and suffering of 3 surgeries - Plaintif menuntut sebanyak - Award dicadangkan RM3000
8
Pain and suffering of future surgeries - Plaintif menuntut sebanyak RM6,000 - Award dicadangkan RM3000
9
Cost of future treatments S/N wjubXvrILkCL5Q7aAz954w - Plaintif menuntut sebanyak RM 43,600 - Award dicadangkan bagi kecederaan di atas dibenarkan RM57,000 [37] Berkaitan award bagi ganti rugi am yang dibenarkan, pemotongan telah dibuat untuk kecederaan pada anggota badan yang sama. Ini kerana Mahkamah telah mengambil kira faktor “overlapping” atau pertindihan semasa membenarkan jumlah-jumlah award yang dinyatakan di atas sebagaimana disyorkan dalam kes Mohamad Shahnny Rahaman @ Zainal lwn. Orathai @ Fatiman Abdullah [2009] 1 LNS 610, di mana YA Kamardin Hashim (Hakim Mahkamah Tinggi pada waktu itu) menyatakan seperti berikut : “16. Kesemua kecederaan yang dialami berserta residual adalah di kaki kanan plaintif termasuk kepatahan tulang tibia dan fibula dan 4 cm kependekan, kehilangan tulang sepanjang 1cm, bone grafting, S/N wjubXvrILkCL5Q7aAz954w ankle and subtler shift, bengkokan, muscle wasting, calar-calar, osteoarthritis serta parut-parut. Hampir keseluruhan berada di kaki kanan plaintif. HMS telah membuat award yang berasingan untuk kepatahan tibia dan fibula, muscle wasting, calar-calar, osteoarthritis serta parut-parut dan yang kesemuanya berjumlah RM86,000. HMS membenarkan kesemua jumlah tersbut tanpa membuat sebarang tolakan atas pertindihan sedangkan jelas kesemua kecederaan tersebut adalah bertindih. Dalam kes-kes melibatkan kecederaan di bahagian badan yang berbeza, maka cara pemberian award secara berasingan mengikut item adalah wajar (lihat Jamil bin Harun v. Yang Kamsiah [1984] 1 CLJ 11 (Rep); [1984] 1 CLJ 215; [1984] 1 MLJ 217 keputusan Mahkamah Persekutuan). Walau bagaimanapun, Mahkamah mempunyai budi bicara untuk membuat award secara global dan membuat tolakan atas fakta pertindihan seperti yang terjadi dalam kes kita sekarang (lihat Chong Chee Khong & Anor v. Ng Yeow Hin [1997] 4 CLJ Supp. 17; dan Wintsun Durai Samuel Vidamonickam v. Azlan bin Samad [2002] 1 LNS 239).” GANTIRUGI KHAS [38] Dalam mempertimbangkan ganti rugi khas yang dituntut oleh S/N wjubXvrILkCL5Q7aAz954w Plaintif dalam tindakan ini, pembuktian yang kukuh dan jelas perlulah dikemukakan oleh Plaintif dan bukan hanya sekadar memberikan keterangan secara lisan sahaja. [39] Mahkamah merujuk kes Nur Farzana Aida Faizal & Others v. Kerajaan Malaysia [2022] 1 CLJ 162 yang menyatakan secara jelas bahawa ganti rugi khas perlu diplidkan serta dibuktikan dan bukan sekadar mencatatkan butiran dan diserahkan kepada Mahkamah untuk diputuskan. BIL PERKARA JUMLAH DIBENARKAN /
1
Kos bagi laporan-laporan Polis, rajah kasar dan kunci dan gambar-gambar kemalangan - Plaintif Menyatakan sebahagian daripada kos -
2
Kos rawatan di Hospital Langkawi RM124 S/N wjubXvrILkCL5Q7aAz954w - Plaintif menuntut sebanyak RM124 - Dibenarkan RM124
3
Tambang perjalanan ulang-alik ke Hospital Langkawi yang ditanggung oleh keluarga Plaintif untuk melawat Plaintif dalam kadar RM15 sehari bagi 3 hari. - Tiada resit - Dibenarkan RM45
4
Kos untuk kerosakkan pakaian dan kasut - Tiada resit - Ditolak Ditolak S/N wjubXvrILkCL5Q7aAz954w
5
Tambang perjalanan ke Hospital untuk rawatan ulangan RM30.00 sehari dan berterusan - Plaintif menuntut sebanyak RM300 - Dibenarkan RM100
6
Kos fiber glass - Plaintif menuntut sebanyak RM210 - Dibenarkan RM210
7
Tambang perjalanan ke klinik iCare untuk rawatan ulangan RM20 sehari sebanyak 22 kali RM220 S/N wjubXvrILkCL5Q7aAz954w - Plaintif menuntut sebanyak RM440 - Tiada resit - Dibenarkan 22 x RM10 =
8
Kos rawatan di Klinik iCare RM30 sekali sebanyak 22 kali - Plaintif menuntut sebanyak RM660 (RM30 X 22 hari - Resit dikemukakan RM150 - Dibenarkan sebanyak RM150
9
Kos Pembaikan Motor - Plaintif menuntut sebanyak RM630 - Dibenarkan sebanyak RM630 RM630 S/N wjubXvrILkCL5Q7aAz954w
10
Tambang Perjalanan ke Kangar - Plaintif menuntut sebanyak RM250 - Tiada resit - Dibenarkan sebanyak RM100
11
Kos Laporan Orthotic - Plaintif menuntut sebanyak RM2500 - Dibenarkan sebanyak RM2500
12
Kos Orthotic - Plaintif menuntut sebanyak RM52,500 RM12,000 S/N wjubXvrILkCL5Q7aAz954w - Dibenarkan sebanyak RM12000
13
Kos jagaan RM500 sebulan selama 6 bulan - Plaintif menuntut sebanyak RM3000 - Dibenarkan sebanyak RM600 RM600 RM16,679 FAEDAH DAN KOS [40] Akhirnya, setelah meneliti keseluruhan fakta, undang-undang dan keterangan yang dikemukakan, Mahkamah memutuskan bahawa Plaintif dan Defendan masing-masing menanggung liabiliti sebanyak 20% dan 80% ke atas kemalangan yang berlaku. [41] Sehubungan dengan itu, Mahkamah membenarkan pemberian S/N wjubXvrILkCL5Q7aAz954w faedah ke atas gantirugi am dan gantirugi khas kepada Plaintif seperti berikut: i. Faedah ke atas gantirugi am diberikan pada kadar 2.5% setahun, dikira bermula daripada tarikh penyerahan saman kepada Defendan sehingga ke tarikh penghakiman ini. ii. Faedah ke atas gantirugi khas diberikan pada kadar 2.5% setahun, dikira bermula daripada tarikh kemalangan, iaitu pada 17 Jun 2022, sehingga ke tarikh penghakiman ini. iii. Faedah ke atas jumlah keseluruhan penghakiman (iaitu selepas mengambil kira pengurangan 20% liabiliti Plaintif) diberikan pada kadar 5% setahun, bermula dari tarikh penghakiman ini sehingga penyelesaian penuh amaun penghakiman oleh Defendan. [42] Selain itu, Mahkamah turut memerintahkan bahawa kos prosiding ini diberikan kepada Plaintif dan hendaklah dinilai mengikut skala kos Mahkamah yang berkenaan. [43] Mahkamah menegaskan bahawa segala jumlah gantirugi yang dianugerahkan kepada Plaintif perlu diselaraskan mengikut pembahagian S/N wjubXvrILkCL5Q7aAz954w liabiliti, iaitu Plaintif hanya berhak menerima 80% daripada jumlah gantirugi yang diputuskan, setelah mengambil kira sumbangan kecuaian sebanyak 20% di pihak Plaintif terhadap kemalangan ini. Bertarikh 30 April 2025 -sgd- (ALLAN SUMAN PILLAI) Hakim Mahkamah Sesyen Langkawi Kedah Tarikh Keputusan : 27 Mac 2025 Bagi pihak Plaintiff : Fathin Delila Binti Hamdan Bagi pihak Defendan : Vaishnavi S. S/N wjubXvrILkCL5Q7aAz954w
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.