Content
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI ALOR SETAR DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN NO KES : KA-45A-52-11/2023 PENDAKWA RAYA … PENDAKWA RAYA LAWAN ZULKIFLE BIN MUSTAFFA … ORANG KENA TUDUH NO. K/P : 840114-02-5233 (OKT) ALASAN PENGHAKIMAN
KA-45A-52-11/2023
High Court of Malaysia13 Jan 2026
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“88. Mahkamah Persekutuan dalam kes Md Zainudin bin Raujan v Public Prosecutor [2013] 3 MLJ 773 telah memutuskan: “At the conclusion of the trial, s 182A of the Criminal Procedure Code imposes a duty on the trial court to consider all the evidence adduced before it and to decide whether the prosecution has proved its ca”
“mething in the evidence to satisfy the Court that the person who is physically in a position to deal with the thing as his own had the intention of doing so. It is true that in prosecutions under the Dangerous Drugs Ordinance a lack of evidence in this connection may be made good by the statutory presumptions contained”
“LJ 607: “We are also of the view that the contemporaneous conduct of the appellant in attempting to run away when PW7 identified himself as 'police' is relevant and admissible pursuant to s 8 of the Evidence Act 1950 under the circumstances of the instant appeal. Such conduct is of course not to be taken in isolation b”
“ained in that Ordinance. But there are no such presumptions in the Common S/N SusBjaGtKUOtist6gbpI3g **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Gaming Houses Ordinance nor are there any such presumptions in relation to possession of stolen property.”. [penekanan di”
“103. Dalam kes Md Masud Rana v Public Prosecutor [2024] MLJU 154, Mahkamah Rayuan telah memutuskan seperti berikut: “[35] For offences under section 302 of the Penal Code, Act 846 has given the discretionary power to this Court to determine the punishment that should be given to the accused, which is either the death p”
“g **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal taken in evaluating the evidence of the defence. In Mohamed Yatin Bin Abu Bakar v Public Prosecutor [1950] MLJ 57 Spenser-Wilkinson J, at p 59, opined: In an ordinary case, where no special burden of proof or explanation”
“n or persons. [17] The idea of exclusivity features in the meaning of 'possession' in criminal law as one of the elements necessary to constitute possession. As Taylor J said in Leow Nghee Lim v Reg [1956] MLJ 28: “… It is often said that 'possession must be exclusive'. This is ambiguous. Possession need not be exclusi”
“f course not to be taken in isolation but together with all the other circumstances of the case. That would be the correct approach to circumstantial evidence (see Chan Chwen Kong v Public Prosecutor [1962] MLJ 307).”. [penekanan ditambah]”
“n yang bertujuan untuk menggerakkan siasatan, dan bukanlah suatu fakta atau keterangan lengkap tentang kejadian yang berlaku. Mahkamah Rayuan dalam kes Timhar Jimdani Ong and Anor v Public Prosecutor [2009] MLJU 906 telah memutuskan: “The Police Report by Inspector Willie (P12) Let us first deal with P12 i.e the police”
“67. Sebagaimana diputuskan oleh Mahkamah Rayuan dalam kes Public Prosecutor v Emenika Izunna Maduabuchukwu [2016] MLJU 1071 seperti yang berikut: “[32] If the respondent’s defence was to have any credence, the defence must showed and produced exhibit D60 to PW2 and PW4 during their examination-in-chief and not merely s”
“103. Dalam kes Md Masud Rana v Public Prosecutor [2024] MLJU 154, Mahkamah Rayuan telah memutuskan seperti berikut: “[35] For offences under section 302 of the Penal Code, Act 846 has given the discretionary power to this Court to determine the punishment that s”
“with the evidence by which it is to be proved. It is essential to keep this distinction clearly in mind, especially when applying presumptions. [18] Thomson J in Chan Pean Leon v Public Prosecutor [1956] MLJ 237, said that 'possession' for the purposes of criminal law involves possession itself — which some authorities”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI ALOR SETAR DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN NO KES : KA-45A-52-11/2023 PENDAKWA RAYA … PENDAKWA RAYA LAWAN ZULKIFLE BIN MUSTAFFA … ORANG KENA TUDUH NO. K/P : 840114-02-5233 (OKT) ALASAN PENGHAKIMAN
1
OKT telah dituduh dengan satu pertuduhan bagi kesalahan di bawah perenggan 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta 234] (“ADB 1952”) dan boleh dihukum di bawah subseksyen 39B(2) Akta yang sama.
2
Pertuduhan terhadap OKT adalah seperti yang berikut: S/N SusBjaGtKUOtist6gbpI3g “Bahawa kamu pada 30 Mac 2023, jam lebih kurang 1.30 petang, di tepi jalan, Anak Bukit, 06550 Alor Setar, di dalam Daerah Kota Setar, Negeri Kedah Darul Aman, telah didapati mengedar dadah berbahaya jenis Methamphetamine seberat 818 gram. Oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama.”.
3
Pada akhir kes pendakwaan, Mahkamah ini telah mendapati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan suatu kes prima facie atas pertuduhan dan telah memerintahkan OKT membela diri.
4
OKT telah memilih memberi keterangan secara bersumpah (sebagai SD1) dan Pembelaan turut mengemukakan seorang saksi lain iaitu rakan OKT (SD2). Setelah Mahkamah meneliti keseluruhan keterangan Pembelaan, serta keseluruhan keterangan yang dikemukakan pada peringkat Pendakwaan, Mahkamah ini telah mendapati bahawa OKT telah gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan dan seterusnya telah gagal mematahkan anggapan pengedaran di bawah perenggan 37(da)(xvi) ADB 1952 atas imbangan kebarangkalian. Sehubungan itu, Mahkamah ini memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan keseluruhan kes terhadap OKT melampaui keraguan yang munasabah dan telah mensabitkan OKT serta menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup (30 tahun) bermula daripada tarikh ditangkap dan 12 sebatan.
5
OKT tidak berpuas hati dengan keseluruhan keputusan Mahkamah ini dan mengemukakan rayuan ke Mahkamah Rayuan.
6
Bertindak atas maklumat aktiviti pengedaran dadah oleh seorang lelaki Melayu, pada 30.3.2023, lebih kurang pukul 1.30 petang, Pengadu (SP3) bersama sepasukan anggota polis telah pergi ke kawasan berdekatan Stesen Keretapi, Anak Bukit, Alor Setar, Kedah (“lokasi kejadian”). SP3 dan pasukannya telah ke lokasi kejadian dengan menaiki kereta dan juga motosikal. Semasa SP3 dan pasukannya memandu masuk ke simpang U, jarak lebih kurang 30 meter dari pintu masuk Stesen Keretapi Anak Bukit, SP3 telah nampak seorang lelaki Melayu (OKT) dalam keadaan mencurigakan sedang menggalas satu beg galas berwarna hitam pada badannya dan sedang duduk di atas motosikal skuter jenis Yamaha TTX 115i, bernombor pendaftaran Thailand 1AA 4800.
7
SP3 telah mengarahkan pemandu kenderaan pasukan untuk menghampiri OKT. SP3 dan anggota lain terus keluar dari kenderaan dan SP3 telah memperkenalkan diri sebagai polis dengan nada suara yang kuat dan jelas. Menyedari kehadiran polis, OKT telah turun dari motosikal dan bertindak agresif cuba melarikan diri tetapi berjaya ditahan setelah berlakunya sedikit pergelutan.
8
SP3 kemudiannya telah membuat pemeriksaan fizikal terhadap OKT dan telah merampas satu beg galas berwarna hitam bertulisan ‘TOYOTIRES’ (eksibit P28) yang digalas di belakang badan OKT. Hasil pemeriksaan SP3 ke atas beg galas tersebut menemui satu bungkusan plastik lutsinar ‘BANGE’ (eksibit P14) yang di dalamnya berisi 20 bungkusan plastik lutsinar pelbagai saiz (eksibit-eksibit P15(1)-(20)) berisi dadah disyaki jenis syabu, satu bungkusan plastik berwarna kekuningan bertulisan ‘GUANYINWANG’ (eksibit P17) yang di dalamnya berisi satu bungkusan plastik lutsinar (eksibit P18) berisi dadah disyaki jenis syabu, dan satu bungkusan plastik berwarna kehijauan bertulisan ‘GUANYINWANG’ (eksibit P20) yang juga di dalamnya berisi satu bungkusan plastik lutsinar (eksibit P21) berisi dadah disyaki jenis syabu.
9
SP3 kemudiannya telah merampas kesemua barang kes dan menahan OKT untuk tindakan lanjut. SP3 telah turut menyediakan Senarai Bongkar (eksibit P25) di lokasi kejadian dan turut ditandatangani oleh OKT. SP3 seterusnya telah membawa OKT berserta barang kes rampasan balik ke Pejabat Narkotik, IPD Kota Setar, Kedah.
10
Semasa di pejabat, SP3 telah menimbang barang kes dadah yang dirampas dan mendapati bahawa anggaran berat barang-barang kes tersebut adalah seperti yang berikut: S/N SusBjaGtKUOtist6gbpI3g a) 20 bungkusan plastik lutsinar pelbagai saiz (eksibit P15(1)-(20)) berisi bahan disyaki dadah jenis syabu, anggaran berat 2,017.60 gram; b) Satu bungkusan plastik lutsinar (eksibit P18) berisi bahan disyaki dadah jenis syabu, anggaran berat 1,030.50 gram; dan c) Satu bungkusan plastik lutsinar (eksibit P21) berisi bahan disyaki dadah jenis syabu, anggaran berat 1,006.10 gram.
11
SP3 kemudiannya telah membuat tandaan pada setiap barang kes dengan tandaan beliau seperti yang berikut: a) Satu beg galas berwarna hitam bertulisan ‘TOYOTIRES’ – ditanda dengan tandaan TP, tandatangan SP3 dan tarikh 30/3/23 (eksibit P28); b) Satu bungkusan plastik lutsinar ‘BANGE’ – ditanda dengan tandaan TPA, tandatangan SP3 dan tarikh 30/3/23 (eksibit P14); c) 20 bungkusan plastik lutsinar pelbagai saiz – ditanda dengan tandaan TPA1 – TPA20, setiap satu dengan tandatangan SP3 dan tarikh 30/3/23 (eksibit-eksibit P15(1)-(20)); d) Satu bungkusan plastik berwarna kekuningan bertulisan ‘GUANYINWANG’ – ditanda dengan tandaan TPB, tandatangan SP3 dan tarikh 30/3/23 (eksibit P17); S/N SusBjaGtKUOtist6gbpI3g e) Satu bungkusan plastik lutsinar – ditanda dengan tandaan TPB1, tandatangan SP3 dan tarikh 30/3/23 (eksibit P18); f) Satu bungkusan plastik berwarna kehijauan bertulisan ‘GUANYINWANG’ – ditanda dengan tandaan TPC, tandatangan SP3 dan tarikh 30/3/23 (eksibit P20); g) Satu bungkusan plastik lutsinar – ditanda dengan tandaan TPC1, tandatangan SP3 dan tarikh 30/3/23 (eksibit P21); h) Sebuah motosikal skuter jenis Yamaha TTX 115i bernombor pendaftaran Thailand 1AA 4800 (eksibit P9); dan i) Satu anak kunci berserta tag bertulisan Moto Siam – ditanda dengan tandaan TPD, tandatangan SP3 dan tarikh 30/3/23 (eksibit P29).
12
Seterusnya, SP3 telah membuat laporan polis mengenai serbuan, tangkapan dan rampasan barang kes sebagaimana dalam laporan polis Anak Bukit/000542/23 (eksibit P26).
13
Pada hari yang sama, lebih kurang pukul 5.30 petang, SP3 telah menyerahkan OKT kepada pegawai penyiasat (SP4). SP3 dan SP4 juga telah turut menandatangani Sijil Serah Menyerah Barang Kes (eksibit P27) yang mengesahkan penyerahan barang-barang kes yang dirampas.
14
SP4 mengesahkan bahawa pada 30.3.2023, lebih kurang pukul 5.30 petang, SP4 telah menerima barang kes dan beberapa dokumen daripada SP3. SP4 kemudiannya telah membuat tandaan beliau seperti yang berikut: a) Satu beg galas berwarna hitam bertulisan ‘TOYOTIRES’ – ditanda dengan tandatangan SP4 (eksibit P28); b) Satu bungkusan plastik lutsinar ‘BANGE’ – ditanda dengan tandaan PS (eksibit P14); c) 20 bungkusan plastik lutsinar pelbagai saiz – ditanda dengan tandaan PS1 – PS20 (eksibit-eksibit P15(1)-(20)); d) Satu bungkusan plastik berwarna kekuningan bertulisan ‘GUANYINWANG’ – ditanda dengan tandaan PK (eksibit P17); e) Satu bungkusan plastik lutsinar – ditanda dengan tandaan PK1 (eksibit P18); f) Satu bungkusan plastik berwarna kehijauan bertulisan ‘GUANYINWANG’ – ditanda dengan tandaan PH (eksibit P20); g) Satu bungkusan plastik lutsinar – ditanda dengan tandaan PH1 (eksibit P21); h) Sebuah motosikal skuter jenis Yamaha TTX 115i bernombor pendaftaran Thailand 1AA 4800 – ditanda dengan tandaan ‘INSP BASREE’ dan tandatangan SP4 (eksibit P9); dan S/N SusBjaGtKUOtist6gbpI3g i) Satu anak kunci berserta tag bertulisan Moto Siam – ditanda dengan tandatangan SP4 (eksibit P29).
15
SP4 telah menimbang kesemua barang kes dadah bersama SP3 dan mendapati bahawa berat kasar barang kes adalah seperti di dalam laporan polis SP3 (eksibit P26). Kesemua barang kes kemudiannya telah disimpan selamat dalam almari besi berkunci di dalam pejabat SP4 yang mana hanya SP4 mempunyai kunci kepada almari besi berkunci tersebut.
16
Pada 1.4.2023, lebih kurang pukul 4 petang, SP4 sendiri telah mengambil sebanyak 18 keping gambar (eksibit P24A-R) serta membuat ‘dusting’ pada barang kes.
17
SP4 kemudiannya telah memasukkan barang kes iaitu 20 bungkusan plastik lutsinar pelbagai saiz (eksibit P15(1)-(20)) ke dalam satu bungkusan plastik lutsinar ‘BANGE’ (eksibit P14). Seterusnya, eksibit P14 tersebut telah SP4 masukkan ke dalam satu sampul surat bertanda ‘E’ (eksibit P4) dan disimpan di dalam almari besi berkunci di pejabatnya.
18
Selanjutnya, SP4 telah memasukkan satu bungkusan plastik lutsinar (eksibit P18) ke dalam satu bungkusan plastik berwarna kekuningan bertulisan ‘GUANYINWANG’ (eksibit P17), dan seterusnya plastik eksibit P17 tersebut telah dimasukkan ke dalam S/N SusBjaGtKUOtist6gbpI3g satu sampul surat bertanda E1 (eksibit P5), lalu disimpan di dalam almari besi berkunci di pejabat SP4.
19
SP4 juga seterusnya telah memasukkan satu bungkusan plastik lutsinar (eksibit P21) ke dalam satu bungkusan plastik berwarna kehijauan bertulisan ‘GUANYINWANG’ (eksibit P20), dan plastik eksibit P20 tersebut telah dimasukkan ke dalam satu sampul surat bertanda E2 (eksibit P6), lalu disimpan di dalam almari besi berkunci di pejabat SP4. Tiada orang lain mempunyai akses kepada almari besi berkunci tersebut kecuali SP4.
20
Seterusnya pada 2.4.2023, lebih kurang pukul 11 pagi, SP4 bersama SP3 telah pergi ke lokasi kejadian, dan SP4 telah mengambil 10 keping gambar tempat kejadian (eksibit P23A-J). Semasa di lokasi kejadian, SP4 telah turut melakar rajah kasar lokasi kejadian (eksibit P31).
21
Pada 3.4.2023, lebih kurang pukul 11.32 pagi, SP4 telah menghantar tiga sampul surat bertanda E, E1 dan E2 (eksibit-eksibit P4, P5 dan P6) yang di dalamnya mengandungi barang-barang kes dadah bersama Borang Pol 31 kepada ahli kimia (SP2) di Jabatan Kimia Malaysia (“JKM”), Alor Setar dan telah menerima satu resit kimia dengan nombor makmal 23-FR-K-02287 (eksibit P11).
22
Pada 21.5.2023, lebih kurang pukul 8.20 pagi, SP4 telah mendaftarkan barang-barang kes berikut kepada jurustor barang kes (SP1) di IPD Kota Setar dan telah didaftarkan dengan nombor pendaftaran ER 583/23 (eksibit P8): a) satu beg barang kes PDRM bertanda E109 (eksibit P2) (yang mengandungi satu beg galas hitam (eksibit P28); b) satu motosikal skuter YAMAHA TTX 1151 bernombor pendaftaran Thailand 1AA 4800 (eksibit P9); dan c) satu sampul surat putih bertanda E109A (eksibit P3) yang di dalamnya mengandungi satu kunci motosikal (eksibit P29).
23
Pada 21.9.2023, lebih kurang pukul 9 pagi, SP4 telah mengambil semula tiga sampul surat bertanda E, E1 dan E2 (eksibit P4, P5 dan P6) yang mempunyai nombor makmal 23-FR-K-02287 dan bermeterai JKM daripada SP2 berserta dengan laporan kimia dengan nombor makmal yang sama (eksibit P12).
24
Pada hari yang sama, lebih kurang pukul 2.25 petang, SP4 telah mendaftar barang kes dadah yang diterima daripada SP2 kepada jurustor barang kes (SP1) dan telah didaftarkan dengan nombor daftar yang sama iaitu ER 583/23 (eksibit P8).
25
Semakan SP4 kepada Sekretariat Nukleus (Kedah/Perlis), Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, PDRM Bukit Aman mendapati bahawa pemilik YAMAHA TTX 1151 bernombor pendaftaran Thailand 1AA 4800 (eksibit P9) adalah Mr. Premchai Saengsawang yang beralamat di 36 Mo 4, Thung Tae Subdistrict, Mueng District, Yasathon Province, Thailand.
26
SP2 mengesahkan bahawa pada 3.4.2023, lebih kurang pukul 11.32 pagi, SP2 telah menerima tiga sampul barang kes PDRM bertanda E, E1 dan E2 (eksibit P4, P5 dan P6) bersama borang permohonan (Borang Polis 31) daripada SP4. SP2 telah mengeluarkan resit rasmi JKM dengan nombor makmal 23-FR-K- 02287 (eksibit P11) dan diserahkan kepada SP4 sebagai pengesahan penerimaan.
27
SP2 mengesahkan bahawa dalam sampul surat bertanda E (eksibit P4) mengandungi satu paket plastik bertanda PS yang berisi 20 paket plastik bertanda PS1 – PS20 (eksibit P15(1)-(20)) yang kesemuanya mengandungi bahan kristal jernih. SP2 turut mengesahkan bahawa dalam sampul surat bertanda E1 (eksibit P5) mengandungi satu paket plastik bercap ‘GUANYINWANG’ bertanda PK (eksibit P17) yang berisi satu paket plastik bertanda PK1 (eksibit P18) yang mengandungi bahan kristal jernih. SP2 selanjutnya mengesahkan bahawa dalam sampul surat bertanda E2 (eksibit P6) mengandungi satu paket plastik bercap ‘GUANYINWANG’ bertanda PH (eksibit P20) yang berisi satu paket plastik bertanda PH1 (eksibit P21) yang mengandungi bahan kristal jernih. Setelah dianalisis, S/N SusBjaGtKUOtist6gbpI3g SP2 mendapati kesemua bahan kristal jernih tersebut mengandungi 62.72 gram Methamphetamine.
28
Setelah selesai menjalankan analisis, SP2 telah memasukkan baki bahan daripada eksibit P15(1)-(20) ke dalam satu paket plastik berasingan JKM yang dibekalkan oleh beliau dan ditandakan dengan tandaan E serta nombor makmal yang sama iaitu 23-FR-K- 02287 (eksibit P13). Bagi baki bahan daripada eksibit P18 dan P21 pula, SP2 telah masukkan ke dalam dua paket plastik berasingan JKM yang dibekalkan oleh beliau dan ditandakan dengan tandaan E1 dan E2 serta nombor makmal yang sama (eksibit-eksibit P16 dan P19). SP2 kemudiannya telah memasukkan paket-paket plastik tersebut yang berisi baki bahan, dan paket-paket plastik asal ke dalam sampul surat asal masing-masing bertanda E, E1 dan E2 (eksibit-eksibit P4, P5 dan P6) dan ketiga-tiga sampul surat tersebut SP2 telah meteraikan dengan label keselamatan JKM.
29
SP2 mengesahkan bahawa sepanjang dalam simpanan beliau, eksibit-eksibit tersebut disimpan dalam kabinet berkunci kepunyaan beliau di dalam bilik kebal Seksyen Narkotik JKM. SP2 turut mengesahkan bahawa sepanjang masa analisis dijalankan, eksibit-eksibit tersebut berada dalam kawalan dan pemerhatian beliau.
30
SP2 seterusnya telah menyediakan satu laporan kimia bertarikh 19.9.2023 bernombor makmal 23-FR-K-02287 (eksibit P12). Pada 21.9.2023 lebih kurang pukul 9.30 pagi, SP2 telah menyerahkan S/N SusBjaGtKUOtist6gbpI3g semula kesemua eksibit-eksibit tersebut bersama laporan kimia (eksibit P12) kepada SP4. ANALISIS DAN DAPATAN MAHKAMAH PADA AKHIR KES PENDAKWAAN
31
Mahkamah ini perlu membuat keputusan pada akhir kes pendakwaan, sama ada suatu kes prima facie telah berjaya dibuktikan terhadap OKT selaras dengan kehendak seksyen 180
32
Dalam kes Balachandran v. PP [2005] 1 CLJ 85, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan seperti yang berikut: “… A prima facie case is therefore one that is sufficient for the accused to be called upon to answer. This in turn means that the evidence adduced must be such that it can be overthrown only by evidence in rebuttal. The phrase "prima facie case" is defined in similar terms in Mozley and Whiteley's Law Dictionary, 11th edn as: A litigating party is said to have a prima facie case when the evidence in his favour is sufficiently strong for his opponent to be called on to answer it. A prima facie case, then, is one S/N SusBjaGtKUOtist6gbpI3g which is established by sufficient evidence, and can be overthrown only by rebutting evidence adduced by the other side. The result is that the force of the evidence adduced must be such that, if unrebutted, it is sufficient to induce the court to believe in the existence of the facts stated in the charge or to consider its existence so probable that a prudent man ought to act upon the supposition that those facts exist or did happen. On the other hand if a prima facie case has not been made out it means that there is no material evidence which can be believed in the sense as described earlier. In order to make a finding either way the court must, at the close of the case for the prosecution, undertake a positive evaluation of the credibility and reliability of all the evidence adduced so as to determine whether the elements of the offence have been established. As the trial is without a jury it is only with such a positive evaluation can the court make a determination for the purpose of s. 180(2) and (3). Of course in a jury trial where the evaluation is hypothetical the question to be asked would be whether on the evidence as it stands the accused could (and not must) lawfully be convicted. That is so because a determination on facts is a matter for ultimate decision by the jury at the end of the trial. Since the court, in ruling that a prima facie case has been made out, must be satisfied that the evidence adduced can be overthrown only by evidence in rebuttal it follows that if it is not rebutted it must prevail. Thus if the accused elects to remain silent he must be convicted. The test at the close of the case for the prosecution would therefore be: Is the evidence sufficient to convict the accused if he elects to remain silent? If the answer is in the S/N SusBjaGtKUOtist6gbpI3g affirmative then a prima facie case has been made out. This must, as of necessity, require a consideration of the existence of any reasonable doubt in the case for the prosecution. If there is any such doubt there can be no prima facie case.”. [penekanan ditambah]
33
Elemen-elemen pertuduhan yang perlu dibuktikan oleh pihak Pendakwaan adalah seperti yang berikut: a) bahawa dadah jenis Methamphetamine adalah dadah berbahaya sebagaimana disenaraikan dalam Jadual Pertama ADB 1952; b) bahawa OKT mempunyai pemilikan iaitu jagaan atau kawalan dan pengetahuan ke atas dadah tersebut; c) bahawa OKT telah mengedarkan dadah berbahaya tersebut. Elemen (a): bahawa dadah jenis Methamphetamine adalah dadah berbahaya sebagaimana disenaraikan dalam Jadual Pertama ADB 1952
34
SP2 (ahli kimia) telah mengesahkan bahawa 20 paket plastik lutsinar pelbagai saiz bertanda bertanda ‘PS1’ - ‘PS20’ (eksibit P15(1) – (20)), satu paket plastik lutsinar bertanda PK1 (eksibit P18) S/N SusBjaGtKUOtist6gbpI3g dan satu paket plastik lutsinar bertanda PH1 (eksibit P21) yang kesemuanya mengandungi bahan kristal jernih yang setelah dianalisis, didapati mengandungi 818 gram Methamphetamine. Methamphetamine tersenarai dalam Jadual Pertama ADB 1952. Ini disokong oleh Laporan Kimia oleh SP2 yang telah ditandakan sebagai eksibit P12.
35
Pihak pembelaan mempertikaikan identiti barang kes tersebut berdasarkan beberapa perkara: a) keterangan SP1 yang dikatakan membuat pengecaman barang kes eksibit P4, P5 dan P6 berdasarkan meterai JKM sahaja, sedangkan berdasarkan keterangan SP2 (ahli kimia), penandaan yang beliau buat pada eksibit-eksibit tersebut adalah dengan melekatkan pelekat nombor makmal, meterai JKM dan salotape JKM; b) perbezaan berat dadah yang ditimbang oleh SP3 dan SP4 berbanding berat dadah yang ditimbang oleh SP2 (ahli kimia); c) keterangan SP2 yang menyatakan bahawa beliau membuat penandaan ke atas kesemua barang kes dadah yang diterima daripada SP4 hanya setelah selesainya proses analisis yang beliau jalankan; dan d) barang kes dadah yang dikemukakan di Mahkamah dalam paket plastik JKM bertanda E (eksibit P13) adalah dalam bentuk serbuk berwarna kuning, paket plastik JKM bertanda E1 (eksibit P16) S/N SusBjaGtKUOtist6gbpI3g dalam serbuk berwarna keputihan dan paket plastik JKM bertanda E2 (eksibit P19) dalam serbuk berwarna perang (dark brown).
36
Berdasarkan keterangan SP3, beliau telah membuat serbuan pada tarikh kejadian, dan barang kes dadah tersebut sentiasa dalam kawalan dan jagaan beliau. Senarai Bongkar (eksibit P25) mengesahkan bahawa barang kes dadah tersebut telah dirampas pada 30.3.2023 lebih kurang pukul 1.30 petang.
37
SP3 telah membuat kawalan ke atas barang kes dadah yang dirampas sehinggalah ianya dibawa balik ke IPD, Kota Setar. SP3 kemudiannya telah membuat tandaan ke atas kesemua barang kes yang dirampas sebagaimana dinyatakan di dalam perenggan 11 di atas. Selanjutnya SP3 telah pada hari yang sama, lebih kurang pukul 5.30 petang menyerahkan barang kes dadah kepada SP4 yang mana SP4 telah mengesahkan penerimaan barang kes berkaitan sebagaimana dizahirkan di dalam Sijil Serah Menyerah Barang Kes (eksibit P27).
38
SP4 pula telah mengesahkan penerimaan barang-barang kes tersebut yang mana selepas menerima barang-barang kes dadah tersebut, SP4 telah membuat tandaan beliau sebagaimana dinyatakan di perenggan 14 di atas. Selepas itu, SP4 telah menyimpan barang-barang kes terbabit di dalam almari besi berkunci di dalam bilik SP4.
39
Barang kes telah dikeluarkan pada 1.4.2023 lebih kurang pukul 4 petang bagi tujuan mengambil gambar barang kes dan membuat dusting. Selanjutnya SP4 telah memasukkan kesemua barang kes dadah ke dalam tiga sampul surat berasingan bertanda E, E1 dan E2, dan kemudiannya disimpan semula di dalam almari besi berkunci beliau di pejabatnya. SP4 turut mengesahkan bahawa tiada orang lain yang mempunyai akses kepada almari besi berkunci beliau itu.
40
Seterusnya pada 3.4.2023 lebih kurang pukul 11.32 pagi, SP4 sendiri telah menghantar ketiga-tiga sampul bertanda E, E1 dan E2 (eksibit-eksibit P4, P5 dan P6) ke JKM dan menyerahkannya kepada SP2 untuk tujuan analisis. Pengesahan penerimaan barang-barang kes tersebut boleh dilihat berdasarkan keterangan SP2 dan juga resit rasmi JKM (eksibit P11).
41
SP2 dalam keterangannya mengesahkan bahawa barang kes dadah terbabit telah diberi nombor makmal yang sama bagi kesemua barang kes di dalam sampul bertanda E, E1 dan E2. Sepanjang analisis dijalankan juga, barang kes sentiada berada di bawah kawalan dan pemantauan SP2. Di samping itu juga, barang kes turut disimpan di dalam kabinet besi beliau di dalam bilik kebal JKM yang mana hanya beliau mempunyai kunci kepada kabinet besi tersebut.
42
Pada 21.9.2023, kesemua barang kes telah diserahkan kembali oleh SP2 kepada SP4 berserta dengan laporan kimia (eksibit P12). SP4 kemudiannya telah menghantar barang kes yang diterima daripada SP2 kepada jurustor (SP1) dan didaftarkan di dalam buku daftar dengan nombor daftar 583/23 (eksibit P8).
43
Mahkamah telah meneliti hujahan Pembelaan berkenaan isu percanggahan keterangan antara SP1 dan SP2 dan telah meneliti semula keterangan SP1 mengenai pengecaman ketiga-tiga eksibit dipertikaikan. Pada peringkat pemeriksaan utama, SP1 telah mengecamkan ketiga-tiga eksibit P4, P5 dan P6 sebagai eksibit yang beliau terima daripada SP4. Bagi pengecaman setiap satu eksibit tersebut, SP1 telah mengecamkan berdasarkan tandaan 583/23 yang beliau tandakan yang turut bermeterai JKM. Selanjutnya semasa soal balas pula, pihak Pembelaan telah merujuk kepada perenggan 5 Pernyataan Bertulis SP1 (eksibit P1) dan mengemukakan cadangan bahawa ketiga-tiga sampul barang kes bertanda E, E1 dan E2, kesemuanya mempunyai satu seal JKM bagi setiap satu, dan SP1 telah menjawab setuju.
44
Berdasarkan soalan-soalan dikemukakan kepada SP1 semasa beliau memberikan keterangan, Mahkamah ini mendapati tiada percanggahan antara keterangan SP1 dengan SP2. SP1 dalam keterangannya tidak pernah menyatakan yang eksibit-eksibit tersebut hanya mempunyai meterai JKM sahaja, sebaliknya hanya bersetuju dengan cadangan Pembelaan bahawa ketiga-tiga eksibit tersebut kesemuanya mempunyai satu meterai JKM. Di samping itu S/N SusBjaGtKUOtist6gbpI3g juga, Mahkamah ini telah melihat sendiri ketiga-tiga eksibit P4, P5 dan P6 dan mendapati memang terdapat meterai JKM, pelekat nombor makmal dan salotape JKM pada setiap satu eksibit-eksibit terbabit. Semata-mata kerana SP1 tidak menyatakan setiap satu tandaan atau meterai apa yang ada pada eksibit-eksibit tersebut, pada pendapat Mahkamah ini tidak menjadikan keterangan SP1 bercanggah dengan keterangan SP2.
45
Di samping itu juga, pihak Pembelaan mempertikaikan berat dadah yang ditimbang oleh SP3 dan SP4 berbanding berat dadah yang ditimbang oleh SP2 (ahli kimia). Berdasarkan keterangan SP3 timbangan yang beliau buat mendapati anggaran berat barang kes dadah adalah seperti yang berikut: a) 20 paket plastik lutsinar pelbagai saiz (eksibit P15(1)-(20)), anggaran berat 2,017.60 gram; b) Satu paket plastik lutsinar (eksibit P18), anggaran berat 1,030.50 gram; dan c) Satu paket plastik lutsinar (eksibit P21), anggaran berat 1,006.10 gram.
46
SP4 pula dalam keterangannya menyatakan bahawa berat timbangan yang beliau perolehi adalah sebagaimana dalam laporan polis SP3 (eksibit P26) iaitu sama seperti keterangan SP3.
47
SP2 (ahli kimia) pula dalam keterangan serta laporan kimia (eksibit P12) mengesahkan bahawa berat bersih bahan yang diterima adalah seperti yang berikut: a) 20 paket plastik bertanda PS1 – PS20 (eksibit P15(1)-(20)), berat bersih bahan kristal jernih adalah 1948.5 gram; b) Satu paket plastik lutsinar bertanda PK1 (eksibit P18), berat bersih bahan kristal jernih adalah 995.5 gram; dan c) Satu paket plastik lutsinar bertanda PH1 (eksibit P21), berat bersih bahan kristal jernih adalah 969.0 gram.
48
Mahkamah telah meneliti hujahan embelaan mengenai isu ini. Mahkamah ini mendapati bahawa timbangan yang dibuat oleh SP3 dan SP4 merujuk kepada keseluruhan paket-paket plastik dan juga bahan di dalam paket-paket plastik tersebut. Sebaliknya, berdasarkan keterangan SP2 pula, berat bahan yang ditimbang adalah berat bersih bahan kristal jernih sahaja tanpa paket-paket plastik yang terlibat. Sehubungan itu, walaupun tiada sebarang penjelasan oleh mana-mana saksi Pendakwaan berkenaan isu ini, tetapi Mahkamah ini mendapati bahawa terdapat perbezaan tentang apa yang ditimbang oleh SP3 dan SP4 berbanding apa yang ditimbang oleh SP2. Jelas bahawa SP3 dan SP4 telah menimbang barang kes dadah bersekali dengan paket-paket plastik terbabit, manakala timbangan dibuat oleh SP2 adalah tidak termasuk paket-paket plastik tersebut. SP2 secara jelas S/N SusBjaGtKUOtist6gbpI3g menyatakan bahawa berat yang ditimbang adalah berat bersih bahan sahaja, iaitu tidak termasuk paket-paket plastik.
49
Di samping itu juga, berdasarkan keterangan saksi-saksi Pendakwaan, rantaian keterangan barang kes adalah jelas, sejak dari waktu rampasan lagi sehinggalah ianya diserahkan kepada ahli kimia pada 3.4.2023.
50
Berkenaan isu keterangan SP2 yang dikatakan membuat penandaan ke atas kesemua barang kes dadah yang diterima daripada SP4 hanya setelah selesainya proses analisis yang SP2 jalankan, Mahkamah mendapati bahawa dakwaan Pembelaan ini adalah tidak tepat. Berdasarkan keterangan SP2, beliau bersetuju bahawa proses homogen bagi kesemua barang kes dadah dalam sampul bertanda E, E1 dan E2 (eksibit-eksibit P4, P5 dan P6) telah dijalankan pada hari yang sama. Namun begitu, susulan pengesahan oleh Mahkamah, SP2 telah menjelaskan bahawa walaupun proses homogen barang kes dadah dalam ketiga-tida eksibit tersebut dibuat pada hari yang sama, tetapi proses homogen telah dibuat pada masa yang berbeza kerana proses homogen bagi setiap barang kes tersebut dijalankan secara berasingan bagi setiap barang kes dalam eksibit-eksibit P4, P5 dan P6.
51
Di samping itu juga, Mahkamah ini turut mendapati bahawa dakwaan Pembelaan bahawa berdasarkan keterangan SP2 menunjukkan yang penandaan oleh SP2 dibuat hanya selepas S/N SusBjaGtKUOtist6gbpI3g selesai proses analisis dibuat adalah juga tidak tepat. Ini kerana semasa soal balas SP2, SP2 tidak bersetuju dengan cadangan pihak Pembelaan bahawa tandaan yang dibuat oleh SP2 ke atas bahan-bahan yang dihomogen hanya dilakukan setelah selesai analisis dilakukan. Sehubungan itu, berdasarkan jawapan SP2, beliau tidak pernah menyatakan yang tandaan dibuat selepas analisis dilakukan. Cadangan yang diajukan oleh Pembelaan semasa soal balas adalah seperti yang berikut: “S: Saya katakan bahawa tandaan yang kamu buat pada bahan-bahan homogen hanyalah setelah selesai analisa dan baki-bakinya dimasukkan ke dalam paket-paket plastik dengan tandaan E, E1 dan E2, sebelum itu tidak ada? J : Tidak setuju”
52
Berdasarkan soalan-soalan dan keterangan tentang pengendalian barang kes oleh SP2 sepanjang barang kes di JKM, Alor Setar, SP2 tegas menyatakan bahawa barang kes dadah sentiasa berada dalam kawalan dan pemantauan beliau.
53
Selanjutnya, hujahan terakhir Pembelaan mengenai isu rantaian barang kes ini adalah berkenaan keadaan barang kes dadah yang dikemukakan di Mahkamah yang mempunyai warna berbeza berbanding semasa dirampas dan semasa analisis dijalankan oleh
54
Mengenai isu ini, Mahkamah akui bahawa berdasarkan pemerhatian Mahkamah ke atas barang kes dadah yang telah dianalisis oleh SP2, didapati bahawa bahan kes dadah yang dikemukakan di Mahkamah dalam plastik JKM bertanda E (eksibit P13) berwarna putih kekuningan, bahan dalam plastik JKM bertanda E1 (eksibit P16) berwarna keputihan, manakala bahan dalam plastik JKM bertanda E2 (eksibit P19) berwarna coklat (dark brown).
55
Berkenaan perubahan warna pada bahan-bahan tersebut, SP2 telah menjelaskan bahawa perubahan warna terhadap bahan yang telah dianalisis boleh berlaku sekiranya terdapat bahan lain di dalam bahan dadah tersebut, seperti gula. SP2 menjelaskan bahawa bahan kristal jernih, jika ditambah gula, boleh berubah warna, dan kemungkinan ini akan berlaku sekiranya bahan kes dadah tersebut ditambah dengan bahan lain.
56
Berdasarkan penjelasan SP2 tentang perubahan warna bahan kes dadah dalam eksibit-eksibit yang berkaitan, di samping keterangan-keterangan saksi-saksi Pendakwaan tentang pergerakan barang kes dadah sejak dari dirampas oleh SP3, sehinggalah diserahkan kepada SP4 dan seterusnya kepada SP2 untuk dianalisis, dan kemudiannya diserahkan kepada SP1 untuk disimpan di stor IPD Kota Setar, maka adalah dapatan Mahkamah ini bahawa tiada berlakunya pecahan rantaian barang kes dan barang kes dadah dalam eksibit-eksibit P13, P16 dan P19 adalah bahan yang sama yang telah dirampas oleh SP3 semasa serbuan di lokasi kejadian.
57
Sehubungan itu juga, berdasarkan alasan-alasan dinyatakan di atas, adalah dapatan Mahkamah ini juga bahawa dengan tiadanya pecahan rantaian keterangan ke atas barang kes dadah yang dirampas dan dikemukakan di Mahkamah, seterusnya berdasarkan pengesahan oleh SP2 tentang berat dan jenis dadah yang terlibat, maka Mahkamah dengan ini memutuskan bahawa pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan elemen pertama ini. Elemen (b): bahawa OKT mempunyai pemilikan iaitu jagaan atau kawalan dan pengetahuan ke atas dadah tersebut
58
Pemilikan sebagaimana diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Public Prosecutor v Denish a/l Madhavan [2009] 2 MLJ 194 adalah seperti berikut: “[16] Before proceeding to consider the reasons for the Court of Appeal's decision, we will say a few words about 'exclusive' possession. It is inappropriate to speak of possession of an article in criminal law as exclusive possession. One is either in possession or not in possession, although one could be in possession jointly with another or others. To say that the prosecution of a drug case fails because there has been no proof of exclusive possession is apt to convey the wrong impression that it is only in cases where possession is entirely with one person, — that is, 'exclusive' — that a conviction is possible. When the learned trial judge said 'The accused sought to negative the proof of exclusive possession…', we take it that he S/N SusBjaGtKUOtist6gbpI3g meant no more than that the respondent sought to show that he was not in possession of the drugs because he had no knowledge of their existence and that the drugs could have been placed in his bags by some other person or persons. [17] The idea of exclusivity features in the meaning of 'possession' in criminal law as one of the elements necessary to constitute possession. As Taylor J said in Leow Nghee Lim v Reg [1956] MLJ 28: “… It is often said that 'possession must be exclusive'. This is ambiguous. Possession need not be exclusive to the accused. Two or more persons may be in joint possession of chattels, whether innocent or contraband. The exclusive element of possession means that the possessor or possessors have the power to exclude other persons from enjoyment of the property.” Custody likewise may be sole or joint and it has the same element of excluding others. The main distinction between custody and possession is that a custodian has not the power of disposal. The statement that 'possession must be exclusive' is often due to confusion of the fact to be proved with the evidence by which it is to be proved. It is essential to keep this distinction clearly in mind, especially when applying presumptions. [18] Thomson J in Chan Pean Leon v Public Prosecutor [1956] MLJ 237, said that 'possession' for the purposes of criminal law involves possession itself — which some authorities term S/N SusBjaGtKUOtist6gbpI3g 'custody' or 'control' — and knowledge of the nature of the thing possessed. As to possession itself he cited the following definition in Stephen's Digest (9th Ed), at p 304), in which the exclusive element mentioned by Taylor J appears: A moveable thing is said to be in the possession of a person when he is so situated with respect to it that he has the power to deal with it as owner to the exclusion of all other persons, and when the circumstances are such that he may be presumed to intend to do so in case of need. [19] Once the elements needed to constitute possession are established, including the element of exclusive power to deal, then what is established is possession, not exclusive possession. So much for exclusive possession.”. [penekanan ditambah]
59
Dadah yang dirampas telah ditemui di dalam satu beg galas berwarna hitam yang sedang digalas oleh OKT. Pada peringkat kes Pendakwaan, pihak Pembelaan mempertikaikan keterangan SP3 selaku pegawai serbuan berkenaan serbuan yang telah dilakukan.
60
Dalam hujahannya Pembelaan mempertikaikan keterangan lisan SP3 berbanding laporan polis (eksibit P26) yang dibuat oleh SP3. Pembelaan menghujahkan bahawa berdasarkan laporan polis (eksibit P26), serbuan dilakukan hasil daripada maklumat yang diterima oleh SP3, yang mana maklumat yang diterima hanya S/N SusBjaGtKUOtist6gbpI3g melibatkan satu lelaki Melayu, tempat dan masa lelaki Melayu tersebut akan berada di situ. Selanjutnya Pembelaan menghujahkan bahawa fakta di dalam laporan polis (eksibit P26) tersebut adalah tidak konsisten dengan keterangan lisan SP3 di Mahkamah apabila SP3 menjelaskan yang SP3 mengenali OKT sebagai orang yang pernah ditangkap sebelum ini bagi kesalahan dadah.
61
Mahkamah telah meneliti hujahan dan dakwaan Pembelaan mengenai isu ini. Pada pendapat Mahkamah ini, fakta yang dikemukakan oleh SP3 adalah jelas iaitu serbuan telah dibuat berdasarkan maklumat aktiviti dadah oleh satu lelaki Melayu di lokasi kejadian pada hari kejadian. Sebaik sampai di lokasi kejadian, SP3 telah nampak OKT dalam keadaan mencurigakan sambil menggalas satu beg galas di belakangnya. SP3 mendapati OKT dalam keadaan mencurigakan kerana OKT didapati menoleh ke kiri dan ke kanan, dan juga bahawa OKT dikenali oleh SP3 kerana OKT pernah ditangkap sebelum ini berkaitan kesalahan dadah juga.
62
Pada pendapat Mahkamah ini, tiada percanggahan antara keterangan SP3 dan laporan polis eksibit P26 kerana adalah munasabah maklumat diterima secara umum, dan apabila di lokasi kejadian, dalam keadaan SP3 mengenali OKT kerana pernah ditangkap berkaitan kesalahan dadah, adalah juga munasabah untuk SP3 merasa curiga atas keberadaan OKT di lokasi kejadian tersebut, di samping keadaan OKT ketika itu yang menoleh ke kiri S/N SusBjaGtKUOtist6gbpI3g dan ke kanan sambil duduk di atas motosikal dengan enjin dimatikan.
63
Selain itu juga, suatu laporan polis pertama ataupun laporan tangkapan (seperti dalam kes di Mahkamah ini) adalah laporan awal berkenaan tangkapan yang bertujuan untuk menggerakkan siasatan, dan bukanlah suatu fakta atau keterangan lengkap tentang kejadian yang berlaku. Mahkamah Rayuan dalam kes Timhar Jimdani Ong and Anor v Public Prosecutor [2009] MLJU 906 telah memutuskan: “The Police Report by Inspector Willie (P12) Let us first deal with P12 i.e the police report which the defence attacked as being lacking in the factual particulars now narrated by the prosecution witnesses. This report was made by Insp. Willie immediately after the arrest of the appellants and the recovery of the drugs in their hotel room. It consisted of a brief statement of the items recovered pursuant to the search made in room 808, particulars of the appellants and the seizure of the drugs. This police arrest report is thus merely a brief account of what had transpired in room 808. It is a formal procedure undertaken by the police following the arrest of a suspect to a crime. It is a first information report to facilitate further investigation. It puts the wheels of investigation into a crime in action. It need not, in our view, particularise all the details of actions taken or observations made by the arresting officer. A first information report or any police report need not contain the entire case for S/N SusBjaGtKUOtist6gbpI3g the prosecution. Its main purpose is merely to give information of an offence. The information contained in the police report, thus may only state the brief details of the time, and place of the alleged offence and the particulars of the offenders if available. Further details will surely be recorded later by the investigating officer in any statements recorded from potential witnesses including that of the arresting officer himself. Thus any omission or shortcomings in that police report cannot in our view be fatal to the prosecution’s case or be held to be materially inconsistent with its narration of the facts during the trial.”. [penekanan ditambah]
64
Pembelaan selanjutnya menghujahkan bahawa beg galas tersebut bukanlah digalas oleh OKT semasa serbuan, sebaliknya merupakan beg yang diletakkan oleh penama Rahimi Abha yang telah meminta OKT datang bertemunya di lokasi kejadian. Apabila sampai di sana, OKT telah duduk di atas salah sebuah motosikal yang diletakkan di situ dan menunggu penama Rahimi tiba. Semasa menunggu, OKT telah berjumpa dengan seorang lagi kawannya bernama Yusfarizal yang kebetulan lalu di situ. Ketika mereka sedang bersembang, penama Rahimi telah tiba dan telah meletakkan beg galas (eksibit P28) tersebut di atas tempat letak kaki motosikal skuter tersebut dengan meminta OKT menghantarnya dan rakannya ke Pendang. Selepas itu, penama Rahimi telah beredar dari tempat tersebut. Beberapa minit kemudian, OKT telah diserbu oleh SP3 dan anggota serbuan yang menyebabkan motosikal yang diduduki oleh OKT terbalik dan OKT S/N SusBjaGtKUOtist6gbpI3g terjatuh. OKT telah ditangkap dan beg galas hitam tersebut yang juga telah jatuh daripada motosikal skuter telah dirampas.
65
Berdasarkan keseluruhan keterangan yang telah dikemukakan oleh saksi Pendakwaan pada peringkat ini, Mahkamah ini berpendapat bahawa keterangan SP3 adalah keterangan yang kredibel kerana beliau telah menahan OKT berdasarkan maklumat dan kerana keberadaan OKT di lokasi kejadian di samping fakta bahawa OKT dikenali oleh SP3 yang pernah ditangkap akibat kesalahan berkaitan dadah, maka keadaan mencurigakan yang dijelaskan oleh SP3 adalah suatu keadaan yang sangat munasabah.
66
Pembelaan menafikan yang beg galas tersebut digalas oleh OKT semasa serbuan, sebaliknya diletakkan oleh penama Rahimi di atas tempat letak kaki motosikal skuter terbabit yang mana penama Rahimi kemudiannya telah meminta OKT untuk menghantarnya dan rakannya ke Pendang. Selepas itu Rahimi telah beredar dari situ. Naratif kes Pembelaan ini telah dicadangkan kepada saksi-saksi pendakwaan. Namun begitu, adalah pendapat Mahkamah ini bahawa cadangan pembelaan kekal sebagai cadangan sehinggalah sebarang keterangan yang menyokong ataupun mengesahkan keterangan tersebut dikemukakan. Pada peringkat ini, versi Pembelaan masih merupakan suatu cadangan dan bukanlah keterangan yang boleh diterima pakai oleh Mahkamah.
67
Sebagaimana diputuskan oleh Mahkamah Rayuan dalam kes Public Prosecutor v Emenika Izunna Maduabuchukwu [2016] MLJU 1071 seperti yang berikut: “[32] If the respondent’s defence was to have any credence, the defence must showed and produced exhibit D60 to PW2 and PW4 during their examination-in-chief and not merely suggesting to them (i.e. PW2 and PW4) in cross examination. Mere suggestions in cross examination is not evidence and remains mere suggestions. In Mirza Mustala v PP [2010] 5 MLJ 616 at p 625, this court said as follows: “[19] With regard to this we are conscious of the trite principle of law that suggestions made to the prosecution’s witnesses at the prosecution’s stage by the defence are not evidence and remains mere suggestions – see PP v Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim (No. 3) [1999] 2 MLJ 1 approving Emperor v Karimuddi Sheikh AIR 1932 Cal 373.”.”. [penekanan ditambah]
68
Di samping itu juga, Mahkamah ini turut mendapati bahawa versi Pembelaan yang dicadangkan juga adalah tidak masuk akal. Penama Rahimi dikatakan telah datang kepada OKT dengan meletakkan beg galas tersebut di atas tempat letak kaki motosikal diduduki OKT, dan kemudiannya telah meminta OKT menghantarnya dan rakannya ke Pendang. Akan tetapi cadangan Pembelaan turut menyatakan yang penama Rahimi telah pergi berlalu dari situ. Adalah tidak masuk akal untuk seseorang meminta S/N SusBjaGtKUOtist6gbpI3g bantuan seorang lain untuk menghantarnya ke suatu tempat, dan kemudiannya orang tersebut berlalu pergi meninggalkan tempat tersebut. Berdasarkan cadangan versi Pembelaan yang tidak masuk akal ini juga, maka Mahkamah ini berpendapat bahawa versi Pendakwaan sebagaimana dinaratifkan oleh SP3 adalah lebih munasabah dan kredibel. Sehubungan itu, adalah dapatan Mahkamah ini bahawa beg galas tersebut adalah digalas oleh OKT semasa serbuan dijalankan sebagaimana keterangan dikemukakan oleh SP3.
69
Selanjutnya Mahkamah juga perlu menentukan sama ada OKT mempunyai pengetahuan terhadap dadah yang dirampas. Sebagaimana keterangan SP3 yang telah diterima oleh Mahkamah ini, barang kes dadah yang dirampas telah ditemui di dalam beg galas yang digalas oleh OKT sendiri. Dalam hal ini, tidak mungkin tidak, OKT pastinya mengetahui apa yang ada dalam beg galas tersebut. Sehubungan itu, adalah mustahil untuk OKT tidak mengetahui apa isi kandungan yang terdapat dalam beg galas tersebut.
70
Sebagaimana telah diputuskan dalam kes Chan Pean Leon v Public Prosecutor [1956] 1 MLJ 237: “To put it otherwise, there is a physical element and a mental element which must both be present before possession is made out. The accused must not only be so situated that he can deal with the thing as if it belonged to him, for example have it in his S/N SusBjaGtKUOtist6gbpI3g pocket or have it lying in front of him on a table. It must also be shewn that he had the intention of dealing with it as if it belonged to him should he see any occasion to do so, in other words, that he had some animus possidendi. Intention is a matter of fact which in the nature of things cannot be proved by direct evidence. It can only be proved by inference from the surrounding circumstances. Whether these surrounding circumstances make out such intention is a question of fact in each individual case. If a watch is in my pocket then in the absence of anything else the inference will be clear that I intend to deal with it as if it were my own and accordingly I am in possession of it. On the other hand, if it is lying on a table in a room in which I am but which is also frequently used by other people then the mere fact that I am in physical proximity to it does not give rise to the inference that I intend to deal with it as if it belonged to me. There must be some evidence that I am doing or having done something with it that shews such an intention. Or it must be clear that the circumstances in which it is found shew such an intention. It may be found in a locked room to which I hold the key or it may be found in a drawer mixed up with my own belongings or it may be found, as occurred in a recent case, in a box under my bed. The possible circumstances cannot be set out exhaustively and it is impossible to lay down any general rule on the point. But there must be something in the evidence to satisfy the Court that the person who is physically in a position to deal with the thing as his own had the intention of doing so. It is true that in prosecutions under the Dangerous Drugs Ordinance a lack of evidence in this connection may be made good by the statutory presumptions contained in that Ordinance. But there are no such presumptions in the Common S/N SusBjaGtKUOtist6gbpI3g Gaming Houses Ordinance nor are there any such presumptions in relation to possession of stolen property.”. [penekanan ditambah]
71
Pihak Pembelaan turut menghujahkan bahawa keterangan SP3 menunjukkan yang OKT “tidak bertindak agresif cuma terkejut dan cuba melarikan diri” yang mana fakta ini tidak boleh dianggap sebagai OKT mempunyai pengetahuan ke atas barang kes dadah yang ditemui di dalam beg galas tersebut. Pembelaan menghujahkan yang reaksi terkejut OKT dan cuba melarikan diri adalah reaksi normal apabila seseorang diserbu oleh sekumpulan lelaki yang tidak dikenali.
72
Dalam hal ini, Mahkamah ini telah meneliti keseluruhan keterangan SP3 dan walaupun tidak dinafikan bahawa terdapat kemungkinan yang OKT terkejut dan cuba melarikan diri kerana diserbu oleh sekumpulan orang, namun begitu, fakta bahawa keberadaan OKT di lokasi kejadian sebagaimana maklumat diterima SP3, fakta bahawa OKT dikenali oleh SP3 kerana pernah ditangkap sebelum ini atas kesalahan berkaitan dadah, beg galas tersebut digalas oleh OKT semasa serbuan, di samping versi cadangan Pembelaan yang tidak masuk akal, secara keseluruhannya memberikan tanggapan bahawa OKT sebenarnya mengetahui isi kandungan paket-paket plastik dadah yang ditemui di dalam beg galas tersebut. Reaksi dan pelakuan OKT ini adalah relevan bagi membuktikan pengetahuan OKT ke atas barang kes dadah yang dirampas.
73
Keterangan berbentuk kelakuan (conduct) ini adalah relevan di bawah seksyen 8 Akta Keterangan 1950 [Akta 56] (“AK 1950”), sebagaimana yang telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes Samundee Devan a/l Muthu Kerishnan v Public Prosecutor [2010] 2 MLJ 607: “We are also of the view that the contemporaneous conduct of the appellant in attempting to run away when PW7 identified himself as 'police' is relevant and admissible pursuant to s 8 of the Evidence Act 1950 under the circumstances of the instant appeal. Such conduct is of course not to be taken in isolation but together with all the other circumstances of the case. That would be the correct approach to circumstantial evidence (see Chan Chwen Kong v Public Prosecutor [1962] MLJ 307).”. [penekanan ditambah]
74
Berdasarkan kepada keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes di atas, dan berdasarkan kepada fakta-fakta yang diperjelaskan sebelum ini, inferens yang boleh dibuat adalah OKT mempunyai pengetahuan ke atas dadah berbahaya tersebut. Sehubungan itu, adalah dapatan Mahkamah ini bahawa pemilikan dan pengetahuan telah berjaya dibuktikan secara keterangan langsung oleh pihak Pendakwaan.
75
Selanjutnya, pihak Pembelaan turut menghujahkan bahawa dengan tiadanya keterangan cap jari dan DNA, maka tiada bukti yang jelas yang membuktikan OKT mempunyai pemilikan ke atas barang kes dadah tersebut.
76
Berkenaan isu bukti berbentuk DNA atau kesan cap jari, sebagaimana yang telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes Gunalan Ramachandran & Ors v. Public Prosecutor [2006] 2 MLJ 197, Mahkamah ini mendapati bahawa elemen pemilikan dadah tersebut telahpun dibuktikan melalui keterangan langsung di mana OKT telah ditangkap secara red-handed bersama-sama barang kes dadah.
77
Berdasarkan keseluruhan keterangan-keterangan yang telah dikemukakan dan dapatan yang diputuskan oleh Mahkamah ini, Mahkamah ini berpendapat bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan elemen (b) ini secara keterangan langsung. Elemen (c): bahawa OKT telah mengedarkan dadah berbahaya tersebut
78
Bagi elemen pengedaran, memandangkan Mahkamah ini telah memutuskan bahawa pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan elemen pemilikan dan pengetahuan OKT terhadap dadah berbahaya tersebut melalui keterangan secara langsung, maka anggapan di bawah perenggan 37(da)(xvi) ADB 1952 berdasarkan berat dadah Methamphetamine yang melebihi berat minimum 50 gram iaitu anggapan pengedaran juga telah berjaya dibangkitkan. Di samping itu juga, pihak pembelaan tidak mengemukakan sebarang hujahan berkenaan isu pengedaran ini. S/N SusBjaGtKUOtist6gbpI3g
79
Setelah Mahkamah ini membuat penelitian dan penilaian maksimum terhadap keseluruhan keterangan pihak Pendakwaan, pada akhir kes Pendakwaan, Mahkamah ini telah memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan intipati-intipati pertuduhan terhadap OKT iaitu: a) bahawa dadah Methamphetamine adalah dadah berbahaya sebagaimana disenaraikan dalam Jadual Pertama ADB 1952; b) bahawa pihak pendakwaan juga telah berjaya membuktikan elemen pemilikan iaitu jagaan atau kawalan dan pengetahuan OKT ke atas barang kes dadah tersebut, secara keterangan langsung (direct evidence); c) bahawa oleh kerana pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan pemilikan OKT terhadap dadah tersebut secara keterangan langsung, maka anggapan di bawah perenggan 37(da)(xvi) ADB 1952 iaitu anggapan pengedaran juga telah berjaya dibangkitkan.
80
Sehubungan itu, Mahkamah ini telah memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes Pendakwaan pada tahap prima facie dan telah memerintahkan OKT untuk membela diri atas pertuduhan. S/N SusBjaGtKUOtist6gbpI3g
81
Pada peringkat Pembelaan, OKT telah memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah sebagai SD1 dan juga telah mengemukakan rakan OKT sebagai SD2.
82
Keterangan OKT secara umumnya menyatakan bahawa pada malam sebelum hari kejadian, OKT telah dihubungi oleh penama Rahimi Abha yang meminta bantuan OKT untuk menghantar barang kepada kawannya pada keesokan harinya. OKT menyatakan yang Rahimi tidak dapat menghantar barang tersebut kerana Rahimi perlu menjaga isterinya yang sakit dan berada di hospital ketika itu.
83
OKT bersetuju untuk membantu Rahimi kerana OKT tiada apa-apa urusan pada esok harinya. Mereka kemudian bersetuju untuk bertemu di kawasan berdekatan stesen keretapi Anak Bukit pada lebih kurang pukul 1.30 petang.
84
OKT turut menyatakan yang beliau telah berpesan kepada sepupunya bernama Mohd Najid Saad untuk menelefon dan mengingatkan OKT pada pukul 11 pagi esoknya tentang perjumpaannya dengan Rahimi kerana OKT takut dia terlupa.
85
Seterusnya, pada 20.3.2023, OKT telah pergi ke tempat yang dijanjikan oleh Rahimi dengan menumpang motosikal kawannya yang bernama Mohd Shazwan (SD2). Sampai di lokasi kejadian, SD2 telah meninggalkan OKT di situ. Ketika menunggu Rahimi, OKT telah duduk di atas sebuah motosikal skuter dengan nombor pendaftaran Thailand yang diletakkan di situ. Secara kebetulan, seorang rakan OKT bernama Yusfarizal yang OKT kenali semasa berada di penjara sekitar tahun 2018 lalu di situ. Mereka telah bersembang dan selang beberapa minit, Rahimi tiba. Rahimi datang dengan membawa sebuah beg galas. Rahimi telah menyerahkan beg tersebut dengan meletakkan beg tersebut di atas tempat letak kaki motosikal skuter diduduki OKT dan meminta OKT menghantarnya ke Pendang. OKT menyatakan yang Rahimi turut memberikan nama dan nombor telefon kawannya itu. Rahimi kemudiannya telah beredar dari situ, dan selang beberapa minit OKT telah diserbu oleh pasukan serbuan.
86
Keterangan SD2 mengesahkan bahawa pada pagi 30.3.2023 beliau telah dihubungi oleh OKT dan OKT meminta bantuan SD2 untuk menghantarnya ke Anak Bukit. SD2 tidak tahu apa tujuan OKT meminta beliau menghantarnya ke Anak Bukit tetapi SD2 bersetuju membantu OKT. Apabila sampai di Anak Bukit, OKT telah meminta SD2 meninggalkannya berdekatan tepi jalan di bawah jejambat. Semasa SD2 meninggalkan OKT di lokasi tersebut, SD2 nampak OKT berjumpa seorang lelaki yang beliau tidak kenali. SD2 anggap OKT berjumpa lelaki tersebut kerana OKT melambai kepada beliau. Selepas itu SD2 telah berpatah balik ke Pumpong untuk pergi ke kedai. SD2 turut menyatakan bahawa OKT ada memesan SD2 S/N SusBjaGtKUOtist6gbpI3g supaya datang balik ke lokasi kejadian sekiranya dalam 20 minit OKT tidak menghubunginya. Selepas 30 minit, SD2 telah berpatah balik ke Anak Bukit dan melihat OKT dikelilingi oleh lebih kurang 5 orang lelaki. SD2 berasa tidak sedap hati dan beliau terus balik dan meninggalkan OKT di sana.
87
Seksyen 182A KTJ memperuntukkan bahawa Mahkamah hendaklah mempertimbangkan keseluruhan keterangan dikemukakan (keterangan peringkat pendakwaan dan peringkat pembelaan) dan hendaklah memutuskan sama ada pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan kes Pendakwaan melampaui keraguan yang munasabah.
88
Mahkamah Persekutuan dalam kes Md Zainudin bin Raujan v Public Prosecutor [2013] 3 MLJ 773 telah memutuskan: “At the conclusion of the trial, s 182A of the Criminal Procedure Code imposes a duty on the trial court to consider all the evidence adduced before it and to decide whether the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt. The defence of the accused must be considered in the totality of the evidence adduced by the prosecution, as well as in the light of the well established principles enunciated in Mat v Public Prosecutor [1963] 1 MLJ 263 with regard to the approach to be S/N SusBjaGtKUOtist6gbpI3g taken in evaluating the evidence of the defence. In Mohamed Yatin Bin Abu Bakar v Public Prosecutor [1950] MLJ 57 Spenser-Wilkinson J, at p 59, opined: In an ordinary case, where no special burden of proof or explanation is by law cast upon the accused, his position is more favourable than it is in those cases where the law presumes something against him. The principle laid down in the recent English cases, particularly Mancini v Director of Public Prosecutions appears to me to be that, where no special onus is cast by law upon the accused, then, if his story has the effect of raising a reasonable doubt as to the truth of the prosecution case, he is entitled to an acquittal; and this is the 'ordinary rule' which is referred to in the passage above quoted from Rex v Garth. In this country, at the close of the case for the prosecution the Court will not call upon the accused for his defence unless the evidence of the prosecution witnesses is, in the first instance, believed. If, when called upon for his defence the accused gives evidence, then the question is, not which story is to be believed, but whether, even if the Court is not inclined to accept all that the accused has said, his evidence does not raise a reasonable doubt as to the truth of the prosecution evidence or as to the accused's guilt.”. [penekanan ditambah]
89
Berkenaan anggapan pengedaran, beban pembuktian di pihak Pembelaan adalah untuk mengemukakan keterangan yang mampu menyangkal anggapan tersebut pada tahap imbangan S/N SusBjaGtKUOtist6gbpI3g kebarangkalian, yang merupakan beban yang lebih berat berbanding beban menimbulkan keraguan yang munasabah. (rujuk kes Miller v. Minister of Pensions [1947] 2 AER 372, PP v. Yuvaraj [1969] 2 MLJ 89, Public Prosecutor v Abdul Rahman bin Akif [2007]
90
Pembelaan OKT secara ringkasnya menafikan pemilikan dan pengetahuan terhadap barang kes dadah yang dirampas. Mahkamah ini telah meneliti keseluruhan keterangan yang dikemukakan dan mendapati bahawa Pembelaan tidak pernah menafikan bahawa OKT telah ditangkap di lokasi kejadian pada tarikh dan masa sebagaimana dalam pertuduhan. Malahan pihak pembelaan juga tidak menafikan bahawa OKT telah pergi ke lokasi kejadian dan semasa ditangkap, barang kes dadah ditemui di dalam sebuah beg galas berwarna hitam. Apa yang dinafikan oleh OKT adalah bahawa beg galas tersebut bukan kepunyaan OKT, sebaliknya telah diletakkan oleh penama Rahimi Abha yang telah meminta OKT untuk menghantarkan beg tersebut kepada kawan bernama Megat di Pendang. OKT turut menafikan bahawa dia mempunyai pengetahuan ke atas barang kes dadah yang ditemui di dalam beg galas tersebut.
91
Selanjutnya Pembelaan turut memanggil SD2 yang merupakan rakan OKT yang memberikan keterangan bahawa OKT telah meminta SD2 untuk menghantar OKT ke Anak Bukit untuk berjumpa kawan, dan SD2 bersetuju menghantar OKT kerana mengetahui kereta OKT rosak. Secara umumnya, keterangan SD2 adalah S/N SusBjaGtKUOtist6gbpI3g selaras dengan keterangan OKT yang menyatakan bahawa OKT tidak pergi ke tempat kejadian dengan menunggang motosikal sebaliknya telah dihantar oleh SD2. Di samping itu juga, keterangan SD2 menyokong keterangan OKT bahawa beliau ada melihat OKT melambai kepada seorang lelaki yang beliau tidak kenali, yang mana OKT dakwa lelaki tersebut adalah kawannya bernama Yusfarizal.
92
Mahkamah telah meneliti keseluruhan keterangan OKT dan SD2 dan juga telah membandingkan keterangan-keterangan Pembelaan tersebut dengan keterangan saksi-saksi Pendakwaan. Mahkamah mendapati bahawa walaupun pembelaan yang dikemukakan OKT telah dikemukakan semasa peringkat Pendakwaan lagi iaitu kepada SP3, tetapi pembelaan yg sama tidak dikemukakan kepada pegawai penyiasat (SP4). Tiada soal balas dikemukakan kepada SP4 berkenaan penama Yusfarizal mahupun Rahimi Abha. Tiada bukti menunjukkkan sebarang maklumat mengenai penama-penama tersebut dikemukakan kepada SP4 yang bertindak sebagai pegawai penyiasat dalam kes ini.
93
Selain itu juga, penama SD2 juga tidak pernah timbul semasa peringkat Pendakwaan dan hanya timbul semasa peringkat Pembelaan. Adalah menjadi satu prinsip undang-undang, Pembelaan hendaklah mengemukakan pembelaan mereka pada peringkat Pendakwaan lagi bagi mengelakkan dakwaan bahawa pembelaan adalah bersifat afterthought. Dalam hal ini, melihat kepada keterangan dan pembelaan yang tidak konsisten, S/N SusBjaGtKUOtist6gbpI3g Mahkamah ini berpendapat bahawa Pembelaan yang telah dikemukakan oleh Pembelaan tentang wujud penama-penama yang dinyatakan dalam pembelaannya adalah merupakan keterangan afterthought semata-mata.
94
Di samping itu, Mahkamah ini turut mendapati bahawa keterangan OKT menyatakan bahawa penama Rahimi memintanya menghantar barang ke Pendang, tetapi OKT sendiri menafikan yang dia datang ke tempat kejadian dengan menaiki motosikal sendiri sebaliknya dihantar oleh SD2. Adalah tidak munasabah untuk OKT bersetuju membantu menghantar barang ke Pendang sedangkan dia sendiri tidak mempunyai kenderaan untuk pergi ke tempat tersebut. Keterangan SD2 juga tidak pernah menyatakan yang beliau akan menghantar OKT ke Pendang, sebaliknya menyatakan yang beliau hanya menghantar OKT ke Anak Bukit.
95
Selain itu juga, walaupun keterangan SD2 menunjukkan beliau menghantar OKT ke lokasi kejadian di Anak Bukit, namun begitu, Mahkamah ini turut mendapati bahawa SD2 tidak berada di lokasi kejadian semasa tangkapan berlaku dan tidak mengetahui apa sebenarnya yang berlaku semasa serbuan dan tangkapan dilakukan. Dalam hal ini, adalah dapatan Mahkamah ini bahawa pembelaan OKT untuk membantu Rahimi menghantar barang ke Pendang adalah juga satu rekaan semata-mata.
96
Berkenaan penama Yusfarizal, sekiranya penama tersebut wujud dan menyaksikan kejadian sebagaimana versi Pembelaan, adalah menjadi tanggungjawab pembelaan untuk memanggil saksi tersebut bagi mengesahkan dan menyokong versi Pembelaan. Namun begitu, Mahkamah ini turut mendapati percanggahan antara keterangan OKT dan SD2 berkenaan penama Yusfarizal ini. Ini kerana berdasarkan keterangan OKT, beliau telah duduk di atas motosikal skuter dan selepas itu barulah Yusfarizal lalu di situ dan mereka bersembang. Sedangkan keterangan SD2 pula menyatakan yang sebaik beliau menghantar OKT ke bawah jejambat di kawasan Anak Bukit, SD2 telah melihat OKT melambai kepada seorang lelaki yang didakwa OKT sebagai Yusfarizal. Keterangan mereka jelas berbeza dan pada pandangan Mahkamah ini sama ada benar terdapat penama Yusfarizal ini atau tidak di lokasi kejadian, adalah juga meragukan.
97
Mahkamah juga berpendapat bahawa kegagalan untuk memanggil saksi tersebut, sekiranya wujud, juga terjumlah kepada kegagalan mengemukakan keterangan sokongan terhadap versi pembelaan. Sebagaimana di putuskan dalam kes Tan Kim Ho & Anor v. PP [2009] 3 CLJ 236: “In our adversarial system of justice, the duty of each party is to show that his case is the truth. This is done by him adducing his own witnesses to support his contention. When it is the plaintiff or prosecutor who is adducing the evidence, his witnesses are subject to cross examination by the defence or the accused person. When a prosecution witness makes a statement of fact S/N SusBjaGtKUOtist6gbpI3g which is disagreed to by the defence it becomes the defence's duty to, in whatever way, put to the plaintiff or prosecution witness that what the witness has said is not true. In addition, he could also use the plaintiff's or prosecution's witnesses to adduce evidence to support his defence and to indicate what his defence is. This he is required to do to enable the plaintiff or prosecution to bring out evidence to disprove what the defence intends to adduce. If the defence does not in any way indicate by cross examination of those facts, those statements made by the plaintiff's or prosecution's witnesses must be accepted as true. Even if the plaintiff's or prosecution's witness does not say anything relating to the defence case, it is still the duty of the defence to bring out his case during plaintiff's or prosecution's case. In fact this duty to disclose his defence during the prosecution's case is more relevant in criminal cases than in civil. This is particularly so when the plaintiff or prosecution's witness is relevant to the fact in issue. In criminal cases, the prosecution does not know what the defence is going to be, except in alibi, until the defence adduces its evidence.”
98
Pembelaan turut menghujahkan bahawa keterangan berkenaan penama Rahimi Abha ini telah OKT kemukakan kepada pihak polis dari awal lagi tetapi tiada siasatan dijalankan. Berkenaan perkara ini, sebagaimana dinyatakan sebelum ini, semasa SP4 memberikan keterangan tiada soal balas dikemukakan kepada SP4 berkenaan penama Yusfarizal mahupun Rahimi Abha. Tiada bukti menunjukkkan sebarang maklumat mengenai penama-penama tersebut dikemukakan kepada SP4 yang bertindak sebagai pegawai penyiasat dalam kes ini. Sehubungan itu, adalah dapatan S/N SusBjaGtKUOtist6gbpI3g Mahkamah ini bahawa dakwaan Pembelaan yang penama-penama tersebut telah dimaklumkan kepada pihak polis semasa siasatan juga adalah tidak benar dan merupakan rekaan semata-mata.
99
Berdasarkan keseluruhan keterangan Pembelaan dibandingkan dengan keterangan-keterangan pada peringkat Pendakwaan, Mahkamah ini mendapati bahawa pembelaan yang dikemukakan oleh OKT adalah bersifat penafian dan rekaan (afterthought) semata-mata. Sebagaimana diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Dato' Seri Anwar bin Ibrahim v Public Prosecutor and another appeal [2015] 2 MLJ 293: “…A mere denial does not amount to a credible defence…”.
100
Dengan itu Mahkamah ini memutuskan bahawa OKT telah gagal menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah terhadap kes Pendakwaan, dan juga telah gagal mematahkan anggapan pengedaran dadah di bawah perenggan 37(da)(xvi) ADB 1952 yang telah dibangkitkan atas imbangan kebarangkalian.
101
Sehubungan itu, Mahkamah ini memutuskan bahawa Pendakwaan telah berjaya membuktikan keseluruhan kes terhadap OKT pada tahap melampaui keraguan yang munasabah. Mahkamah dengan ini mensabitkan OKT bagi kesalahan di bawah perenggan 39B(1)(a) ADB 1952 yang boleh dihukum di bawah subseksyen 39B(2) Akta yang sama sebagaimana dalam pertuduhan.
102
Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 [Akta 846] yang mula berkuat kuasa pada 4.7.2023 telah memberikan Mahkamah ini budi bicara yang sepenuhnya dalam menjatuhkan hukuman terhadap OKT, iaitu sama ada mengenakan hukuman mati, ataupun hukuman penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang daripada 12 sebatan.
103
Dalam kes Md Masud Rana v Public Prosecutor [2024] MLJU 154, Mahkamah Rayuan telah memutuskan seperti berikut: “[35] For offences under section 302 of the Penal Code, Act 846 has given the discretionary power to this Court to determine the punishment that should be given to the accused, which is either the death penalty or a prison sentence of not less than 30 years which can be extended up to 40 years and whipping not less than 12 lashes. [36] In this situation, we are of the opinion that we can still consider the applicable legal principles in deciding whether the death penalty should be imposed or otherwise. The introduction of Act 846 does not in any way prevent us from referring to the basis of the existing sentencing principle. [37] We also refer to the Official Statement of the Dewan Rakyat (Fifteenth Parliament, Second Term First Meeting) on
03
03.04.2023, which stated that Parliament’s intention to amend the existing law by introducing Act 846 to abolish the death penalty is an initial step in transforming the justice system crime in Malaysia. In addition, the basic principle behind every sentencing in Malaysia is the rehabilitation of prisoners so that they can return to society and become individuals who serve the family, community and country after completing their sentence. The Court also needs to take this into account.” [penekanan ditambah]
104
Walaupun autoriti kes Md Masud Rana (supra) di atas merujuk kepada kesalahan di bawah seksyen 302 KK, namun begitu Akta 846 turut memperuntukkan budibicara yang sama kepada Mahkamah bagi kesalahan pengedaran dadah di bawah seksyen 39B ADB 1952.
105
Hujahan mitigasi OKT secara ringkasnya memohon pertimbangan Mahkamah ini untuk menilai kedudukan peribadi OKT yang ketika ditahan berumur 38 tahun, pendidikan OKT yang rendah setakat darjah lima sahaja, OKT bekerja sambilan membaiki dan mengecat kenderaan di rumah didudukinya, di samping alasan-alasan peribadi yang lain. OKT telah insaf atas kesalahan dilakukan olehnya dan memohon Mahkamah memberikan peluang untuk OKT berubah. Turut dihujahkan juga bahawa kes ini bukanlah satu kes ‘rarest of the rare’, dan memohon supaya OKT hanya dijatuhkan hukuman penjara, dan bukannya dijatuhkan hukuman mati.
106
Pihak Pendakwaan pula dalam hujahan pemberatan hukumannya memohon supaya Mahkamah ini menggunakan budibicaranya untuk menjatuhkan hukuman mati ke atas OKT. Antara alasan dikemukakan adalah kerana kesan kesalahan pengedaran dadah ini memberikan impak yang negatif kepada negara dan masyarakat. Pihak Pendakwaan turut menghujahkan bahawa berat dadah yang terlibat adalah banyak dan melibatkan jenis dadah sintetik. Berat dadah yang banyak hanya memberikan satu inferens bahawa ianya bertujuan untuk pengedaran dan bukanlah untuk kegunaan sendiri. Walaupun menurut pihak Pendakwaan, OKT mempunyai kesalahan lampau, tetapi rekod yang mereka perolehi hanya setakat rekod tidak rasmi (CRJ).
107
Setelah mendengar hujahan mitigasi OKT dan hujahan pemberatan hukuman oleh Pendakwaan, faktor kepentingan awam dan juga setelah Mahkamah mempertimbangkan berat dadah yang terlibat di dalam kes ini dan juga berdasarkan kepada keseluruhan fakta kes, Mahkamah ini berpendapat bahawa kes ini bukanlah suatu kes yang mewajarkan hukuman mati dijatuhkan. Adalah menjadi tanggungjawab Mahkamah untuk mempertimbangkan tujuan penggubalan Akta 846 ini dalam mempertimbangkan hukuman yang bersesuaian terhadap OKT. Di samping itu juga, walaupun pihak Pendakwaan memaklumkan bahawa OKT mempunyai kesalahan lampau, namun begitu tiada dokumen pengesahan telah dikemukakan di Mahkamah. Oleh itu Mahkamah perlu menerima sabitan OKT ini sebagai kesalahan pertamanya dan pertimbangan hukuman terhadap pesalah pertama perlu turut diambilkira oleh S/N SusBjaGtKUOtist6gbpI3g Mahkamah ini (rujuk kes Tukiran Bin Taib v Public Prosecutor [1955] 1 MLJ 24 dan Abdul Karim v Regina [1954] 1 MLJ 86).
108
Sehubungan itu, Mahkamah dengan ini menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup (30 tahun) bermula daripada tarikh ditangkap dan 12 sebatan terhadap OKT. Bertarikh 2 Jun 2026. Evawani (Evawani Farisyta binti Mohammad) Hakim Mahkamah Tinggi 2 Alor Setar, Kedah Timbalan Pendakwa Raya : Tohirah binti Mohd Fauzi Timbalan Pendakwa Raya Pejabat Penasihat Undang-Undang, Negeri Kedah Peguam bagi pihak OKT : Ahmad Taufiq bin Baharum Tetuan Abdul Halim Said & Co.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.