Content
Page 1 of 17 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TA’ZIM, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: JA-22NCvC-14-02/2021 ANTARA ZULKIFLI BIN NORDIN (NO. K/P: 650719-10-5327) …PLAINTIF
JA-22NCvC-14-02/2021
High Court of Malaysia22 Oct 2023
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“he manner in which the question or issue shall be stated. S/N Jlp7ep4ztEuBgCo1xrXEJQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Page 11 of 17 National Land Code Section 417. General authority of the Court (1) The Court or a Judge may by order direct the Registrar o”
“number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Page 16 of 17 “Section 23. Civil jurisdiction - general. (1) Subject to the limitations contained in Article 128 of the Constitution the High Court shall have jurisdiction to try all civil proceedings where — (a) the cause of action arose”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
Page 1 of 17 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TA’ZIM, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: JA-22NCvC-14-02/2021 ANTARA ZULKIFLI BIN NORDIN (NO. K/P: 650719-10-5327) …PLAINTIF
1
MOHAMED LUQMAN BIN MOHD AMIN
2
FARAH DIYAH BINTI MOHD AMIN
3
PENTADBIR TANAH, PEJABAT TANAH
4
PENTADBIR TANAH, PEJABAT TANAH
5
5.
6
NORHANISAH BINTI JOHAR (NO. K/P: 860423-23-6526) …DEFENDAN-DEFENDAN DAN NATRAH BINTI ALI (NO. K/P: 520103-01-6080) [Mendakwa dan bertindak sebagai wakil diri dan wakil waris-waris kepada harta pusaka Hj Zubir Bin Md Amin, simati (Sijil Kematian No: 512307) …PENCELAH 27/03/2024 11:42:11 JA-22NCvC-14-02/2021 Kand. 115 S/N Jlp7ep4ztEuBgCo1xrXEJQ Page 2 of 17 ALASAN PENGHAKIMAN (Enclosure 74) [1] Ini adalah rayuan yang dibuat oleh pencelah atas keputusan mahkamah ini menolak permohonan Lampiran 74 yang dibuat di bawah Aturan 33 kaedah 2, Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 di mana pencelah memohon Mahkamah ini antaranya, untuk membuat perintah bersabit hartanah yang diputuskan oleh Mahkamah Syariah melalui Sijil Perakuan Faraid dikembalikan/diletakkan kembali kepada simati dan/atau waris menurut peruntukan seksyen 420 Kanun Tanah Negara 1965 (“KTN”) meskipun terdapat apa-apa sekatan kepentingan dan/atau halangan pada hartanah-hartanah tersebut. [2] Permohonan ini berbangkit daripada pertelingkahan waris bersabit pembahagian pusaka simati Hj Zubir bin Hj Mohd Amin (pemilik berdaftar hartanah). Simati Hj Zubir Bin Hj Mohd Amin mempunyai 3 isteri iaitu arwah simati Puan Jiah Binti Hj Sirat, arwah simati Puan Saadiah Binti Musa dan arwah simati Puan Raja Maimunah Binti Raja Abu Bakar. [3] Pembahagian pada asalnya telah diputuskan oleh Mahkamah Syariah melalui Sijil Faraid bertarikh 30.6.20141 yang dibuat oleh Achmad Ridwan Bin Amirullah (Amirullah adalah anak kepada Zainab Binti Hj Zubir dan merupakan cucu kepada simati Hj Zubir Bin Hj Mohd Amin dan isteri simati arwah Puan Jiah Binti Hj Sirat). Perintah 30.6.2014 ini kemudian disusuli dengan permohonan di Mahkamah Tinggi Syariah bertarikh 18.12.2014 (atas permohonan oleh Defendan 1 dan 2 yang merupakan anak kepada simati Mohd Amin Bin Hj Zubir dan cucu simati Hj Zubir Bin Hj Mohd Amin). 1 Lihat eksibit ‘NA-1’ (ms 17 pdf.) affidavit sokongan lampiran 75 Notis Permohonan Lampiran 74 S/N Jlp7ep4ztEuBgCo1xrXEJQ Page 3 of 17 [4] Perintah tersebut kemudiannya dibatalkan kerana meninggalkan beberapa waris dan dikeluarkan Sijil Perakuan Faraid baru bertarikh 20.1.20162 (atas permohonan oleh Plaintif yang merupakan anak kepada simati Nordin Bin Hj Zubir). Sijil Perakuan Faraid bertarikh 20.1.2016 ini kemudiannya dipinda oleh Mahkamah Syariah melalui Perintah Terpinda bertarikh 19.4.20213. Perlu juga dinyatakan bahawa terdapat satu Perintah terdahulu bertarikh 11.11.20204 yang memberikan perintah yang juga menyentuh hartanah simati sebagaimana di Perintah bertarikh 19.4.2021 ini. Walau bagaimanapun, perintah bertarikh 19.4.2021 menjadi perintah terkini yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah, yang membawa kepada isu pokok di hadapan Mahkamah ini. [5] Plaintif, Defendan 2 dan 3 dan Pencelah Natrah Binti Ali adalah cucu kepada simati Hj Zubir Bin Hj Mohd Amin di mana arwah bapa Natrah iaitu simati Ali merupakan anak simati Hj Zubir Bin Hj Mohd Amin dengan isteri arwah iaitu simati Puan Jiah Binti Hj Sirat. Defendan ke 6 Norhanisah Bte Johar ialah wasi yang telah dilantik untuk mentadbir harta alih dan harta tak alih simati Hj. Zubir berdasarkan wasiat simati Mohd Amin Bin Zubir bertarikh 22.4.20185. Geran Probet kemudian telah dikeluarkan melantik Defendan 6 sebagai Pentadbir.6 [6] Permohonan oleh Pencelah ini ialah untuk Defendan-Defendan khususnya Defendan 3, 4 dan 5 menguatkuasakan Perintah Mahkamah Syariah yang terkini bertarikh 19.4.2021 ini (dirujuk selepas ini sebagai “Perintah ini”). Alasan yang dikemukakan oleh Pencelah ialah: 2 Lihat eksibit ‘NA-3’ (ms 200 pdf.) affidavit sokongan lampiran 75 Notis Permohonan Lampiran 74 3 Lihat eksbit ‘NA-7’ (ms 238 pdf.) affidavit sokongan Lampiran 75 Notis Permohonan Lampiran 74. 4 Lihat eksibit ‘NA-7 ‘ (ms 236 pdf.) affidavit sokongan Lampiran 75 Notis Permohonan Lampiran 74 5 Lihat eksibit ‘NA-5’ (ms 212 pdf.) affidavit sokongan Lampiran 75 Notis Permohonan Lampiran 74. 6 Lihat eksibit ‘NA-5’ (ms 222 pdf.) affidavit sokongan Lampiran 75 Notis Permohonan Lampiran 74. S/N Jlp7ep4ztEuBgCo1xrXEJQ Page 4 of 17 “a) “Perintah ini” telahpun merangkumi perintah-perintah yang dipohon oleh Plaintif dalam tindakan khususnya di perenggan 4 hingga 8 Pernyataan Tuntutan, seperti berikut (ekstrak di bawah ini adalah daripada “Perintah ini”): i. 41 hartanah (sebagaimana Lampiran A “Perintah ini”) dikembalikan kepada simati dan/atau waris-waris sebagaimana Sijil Perakuan Faraid bertarikh 20.1.2016 (Lampiran B kepada “Perintah ini”); ii. Pentadbir Tanah/Pejabat Tanah dan Galian, Johor/Pejabat Tanah Daerah dan/atau pihak berkuasa berkaitan menguatkuasakan Sijil Perakuan Faraid bertarikh 20.1.2016; iii. Pentadbir Tanah/Pejabat Tanah dan Galian, Johor/Pejabat Tanah Daerah dan/atau pihak berkuasa berkaitan di Daerah Pontian diperintahkan agar menguatkuasakan “Perintah ini”
Preamble
menurut seksyen 420 KTN dengan serta-merta apabila Perintah ini diserahkan bagi hartanah-hartanah Bil. hingga Bil. 32, Bil. 34 hingga Bil.38 dan Bil. 40 dalam
Lampiran
Lampiran A yang masih berdaftar atas nama Mohd Amin Bin Zubir hendaklah diletakkan hak atas nama Hj. Zubir Bin Hj Mohd Amin; iv. Pentadbir Tanah/Pejabat Tanah dan Galian, Johor/Pejabat Tanah Daerah dan/atau pihak berkuasa berkaitan Daerah Kecil Rengit diperintahkan menguatkuasakan Perintah ini menurut seksyen 420 KTN dengan serta merta apabila Perintah ini diserahkan bagi hartanah-hartanah Bil.1 hingga 16, Bil. 18 hingga Bil. 28 dan Bil. 41 Lampiran A yang masih berdaftar atas nama Mohd Amin Bin Zubir diletak hak semula atas nama Hj. Zubir Bin Hj Mohd Amin; S/N Jlp7ep4ztEuBgCo1xrXEJQ Page 5 of 17 v. Pentadbir Tanah/Pejabat Tanah dan Galian, Johor/Pejabat Tanah Daerah dan/atau pihak berkuasa berkaitan Daerah Pontian dan Daerah Kecil Rengit diperintahkan agar mendaftarkan Perintah dengan mengembalikan dan meletakkan semula hartanah-hartanah yang tersebut walaupun terdapat sekatan kepentingan dan/atau halangan pada hartanah-hartanah tersebut; vi. Mana-mana pihak yang gagal, enggan dan/atau abai untuk mematuhi dan menguatkuasakan perintah Mahkamah dikenakan tindakan komital; vii. Permohonan dibenarkan dengan kos. b) Sama ada keengganan Defendan Ketiga dan Defendan Keempat untuk memberikan kesan dan melaksanakan “Perintah ini” adalah bertentangan dengan seksyen 417, seksyen 420 dan 421A KTN dan/atau adalah tidak sah kerana fakta-fakta berikut: i. Seksyen 417 KTN adalah kewajipan Pendaftar atau Pentadbir Tanah untuk mematuhi sebarang perintah yang diberikan oleh mana-mana Mahkamah Tinggi di Malaysia; ii. Seksyen 421A jelas memperuntukkan Mahkamah termasuk “Mahkamah Tinggi Syariah”; iii. Tiada alasan munasabah diberikan Defendan 3 hingga 4 untuk enggan mendaftarkan Perintah bertarikh 20.1.2016 yang disahkana oleh “Perintah ini” untuk mengembalikan status quo hartanah atas nama Hj Zubir Bin Hj Mohd Amin; c) Sama ada Wasiat dan Testamen terakhir simati bertarikh 22.4.2018 yang diberikan kepada Defendan 6 oleh Mohd Amin Bin Hj Zubir sah dan berkuatkuasa atas alasan-alasan berikut: S/N Jlp7ep4ztEuBgCo1xrXEJQ Page 6 of 17 i. Peguamcara Roslina Binti Sabiyah yang mewakili arwah Nordin Bin Zubir bagi perintah bertarikh 18.12.2014 untuk membatalkan Sijil Perakuan Faraid dan Perintah Pengesahan Hibah bertarikh 30.6.2014; ii. Atas pembatalan perintah 30.6.2014 berdasarkan permohonan Puan Roslina, Mahkamah Tinggi Syariah telah mengeluarkan Sijil Perakuan Faraid bertarikh 20.1.2016; iii. Puan Roslina juga peguamcara mewaikili Defendan 6 dalam tindakan Probet dan memperolehi Geran Probet; iv. Pn Roslina mempunyai pengetahuan bahawa arwah Mohd Amin Bin Hj Zubir tidak mempunyai ‘locus standi’ untuk memberikan wasiat [untuk ditadbir] oleh Defendan 6 kerana Sijil Perakuan Faraid dan Perintah Pengesahan Hibah bertarikh 30.6.2014 telahpun dibatalkan maka pemilikan arwah Mohd Amin Hj Zubir atas kesemua hartanah tersebut adalah ‘null and void’; v. Atas pembatalan Sijil Perakuan Faraid dan Perintah Pengesahan Hibah bertarikh 30.6.2014 pada 20.1.2016 maka segala perletakkan hak atas arwah Mohd Amin Bin Hj Zubir adalah tidak sah dan [tidak] berkuatkuasa; vi. Pemberian wasiat kepada Defendan 6 juga tidak sah dan tidak berkuatkuasa; d) sama ada Mahkamah yang Mulia ini boleh membicarakan tindakan ini yang isu-isunya telahpun diputuskan dan disahkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah melalui Sijil Perakuan Faraid bertarikh 20.1.2016 dan Perintah Terpinda bertarikh 19.4.2021; e) jika jawapan perenggan (a) hingga (c) adalah ‘ya’ maka Defendan 3 dan 4 hendaklah memberikan kesan dan melaksanakan Perintah Terpinda Mahkamah Tinggi Syariah bertarikh 19.4.2021 menurut S/N Jlp7ep4ztEuBgCo1xrXEJQ Page 7 of 17 seksyen 417, 420 dan 421A KTN dan mengembalikan kepada ‘status quo’ kepada nama simati Hj. Zubir; f) jika jawapan (a) hingga (c) adalah ‘Ya’ maka sama ada terdapat isu-isu untuk dibicarakan di hadapan Mahkamah ini dan jika perbicaraan penuh diperlukan untuk menentukan isu yang sama yang telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Johor Bahru yang mana perintahnya masih sah dan berkuatkuasa.” [7] Mahkamah ini setelah mendengar hujahan pihak-pihak dan setelah merujuk nas otoriti serta peruntukan A33 Kaedah Mahkamah 2012 itu sendiri, memutuskan permohonan Pencelah Lampiran 74 untuk menguatkuasakan Perintah Mahkamah Tinggi Syariah melalui Perintah bertarikh 19.4.2021 (“Perintah ini”) ditolak. Atas keputusan ini, ini bermakna tuntutan asal Plaintif dalam kes ini melalui JA-22NCVC-14-2- 2021 perlu diteruskan untuk didengar oleh Mahkamah ini tanpa apa-apa sekatan yang timbul daripada wujudnya Perintah Mahkamah Syariah bertarikh 19.4.2021 tersebut. [8] Mahkamah telah menetapkan tarikh bicara untuk kes utama diteruskan dan untuk pihak-pihak memasukkan penyataan saksi untuk tujuan perbicaraan asas diteruskan. Mahkamah, dalam mencapai keputusan ini berpendapat persoalan yang dibangkitkan oleh Pencelah tidak perlu dijawab kerana persoalan ini perlu diperjelaskan oleh pihak-pihak yang dinamakan melalui medium bicara kerana tuntutan yang berbeza dikemukakan masing-masing, selain persoalan bidang kuasa mahkamah. S/N Jlp7ep4ztEuBgCo1xrXEJQ Page 8 of 17 [9] Apa yang lebih ketara ialah permohonan ini melibatkan persoalan undang-undang menyentuh pertindihan perkara pokok dalam pertikaian iaitu memberi pengiktirafan kepada perintah yang dibuat oleh Mahkamah Syariah yang dipohon untuk diiktiraf oleh Mahkamah Sivil dan dikuatkuasakan. Secara ringkasnya, sama ada timbul isu bidang kuasa kedua-dua Mahkamah iaitu Sivil dan Syariah jika adalah selari atau bertindih dalam menguatkuasakan peruntukan KTN menurut system Torren dan jika ya, sama ada relif yang dipohon oleh Pencelah di Lampiran 74, berbangkit dan terpakai. [10] Selain daripada itu, Mahkamah ini juga berpendapat apa yang dideposkan dalam affidavit sokongan Pencelah lampiran 75 bahawa Perintah Mahkamah Syariah bertarikh 19.4.2021 ini (“Perintah ini”) telahpun merangkumi perintah-perintah yang dipohon oleh Plaintif dalam tindakan khususnya di perenggan 4 hingga 8 Pernyataan Tuntutan, adalah tidak tepat kerana tuntutan Plaintif di para 4-8 Penyata Tuntutan adalah berbeza, dikemukakan para 4-8 seperti berikut: “4. Perintah Deklarasi bahawa rekod Pendaftaran Pejabat Tanah Daerah Pontian, Johor Nombor Perserahan 1270/2014 mengenai Perletakhakkan Oleh Mahkamah Atas Syer bertarikh 14.7.2014 yang telah memberi kesan pendaftaran harta pusaka Si Mati kepada Defendan 1 adalah terbatal dan tidak berkuatkuasa lagi; 5. Perintah Deklarasi bahawa rekod Pendaftaran Pejabat Tanah Daerah Rengit, Johor Nombor Perserahan 263/2014 dan Nombor Perserahan 264/2014 mengenai Perletakhakkan Oleh Mahkamah Atas Syer bertarikh 3.7.2014 yang telah memberi kesan pendaftaran harta pusaka Si Mati kepada Defendan 1 adalah terbatal dan tidak berkuatkuasa lagi; S/N Jlp7ep4ztEuBgCo1xrXEJQ Page 9 of 17 6. Perintah bahawa Pentadbir Tanah, Pejabat Tanah Daerah Pontian hendaklah mengeluarkan nama Defendan 1 dengan serta merta daripada memorial daftar dalam suratan hakmilik dan didaftar kembali kepada Pemilik Asal iaitu Si Mati Hj. Zubir Bin Md Amin; 7. Perintah bahawa Pentadbir, Pejabat Tanah Daerah Rengit, Johor mengeluarkan nama Defendan 1 dengan serta merta daripada memorial daftar suratan hakmilik dan didaftar kembali kepada Pemilik Asal iaitu Si Mati Hj Zubir Bin Md Amin; 8. Perintah bahawa pihak Pentadbir Tanah, Pejabat Daerah Tanah Pontian, Johor pihak Pentadbir Tanah Daerah Rengit, Johor pihak Pentadbir Tanah Daerah Batu Pahat Johor dan/atau mana-mana pihak berkuasa hendaklah melaksanakan langkah-langkah yang perlu dalam menguatkuasakan dan/atau memberi kesan kepada Perintah ini;” [11] Alasan yang dideposkan oleh Pencelah secara ringkasnya, atas analisa yang dibuat oleh Mahkamah ini, ialah terdapat pertindihan isu yang telahpun dijawab oleh Mahkamah Tinggi Syariah (lihat para 6 Alasan Penghakiman ini) dan tidak perlu isu yang sama dirujuk ke Mahkamah Sivil untuk jawapan. Mahkamah ini mempunyai pandangan yang berbeza dan berpendapat jikapun ia melibatkan isu yang sama dan telah dijawab oleh Mahkamah Tinggi Syariah mengambil contoh perintah Mahkamah Syariah di relif sepertimana yang diekstrak di bawah: “i. 41 hartanah (sebagaimana Lampiran A “Perintah ini”) dikembalikan kepada simati dan/atau waris-waris sebagaimana Sijil Perakuan Faraid bertarikh 20.1.2016 (Lampiran B kepada “Perintah ini”); S/N Jlp7ep4ztEuBgCo1xrXEJQ Page 10 of 17 iv. Pentadbir Tanah/Pejabat Tanah dan Galian, Johor/Pejabat Tanah Daerah dan/atau pihak berkuasa berkaitan Daerah Pontian dan Daerah Kecil Rengit diperintahkan agar mendaftarkan Perintah dengan mengembalikan dan meletakkan semula hartanah-hartanah yang tersebut walaupun terdapat sekatan kepentingan dan/atau halangan pada hartanah-hartanah tersebut;” ia kembali kepada persoalan pokok sama ada Mahkamah Syariah mempunyai bidangkuasa untuk membuat perintah seperti di atas. Hujahan pihak-pihak: rujukan kepada peruntukan undang-undang yang ada [12] Bagi memudahkan analisa dan pemahaman alasan penghakiman ini, peruntukan aturan Kaedah Mahkamah dan seksyen-seksyen KTN yang dirujuk dikemukakan berikut: “Rules of Court 2012: Order 33. Mode of trial Mode of trial (O. 33, r. 1) 1. Subject to the provisions of these Rules, a cause or matter, or any question or issue arising therein, may be tried before a Judge or Registrar, with or without the assistance of assessors. Time of trial of questions or issues (O. 33, r. 2) 2. The Court may order any question or issue arising in a cause or matter, whether of fact or law or partly of fact and partly of law, and whether raised by the pleadings or otherwise, to be tried before, at or after the trial of the cause or matter, and may give directions as to the manner in which the question or issue shall be stated. S/N Jlp7ep4ztEuBgCo1xrXEJQ Page 11 of 17 National Land Code Section 417. General authority of the Court (1) The Court or a Judge may by order direct the Registrar or any Land Administrator to do all such things as may be necessary to give effect to any judgment or order given or made in any proceedings relating to land, and it shall be the duty of the Registrar or Land Administrator to comply with the order forthwith. (2) Where, pursuant to any order made by virtue of this section, the Registrar or any Land Administrator— (a) cancels any instrument relating to land, or any memorial or other entry on any such instrument, or (b) makes any other amendment of, or addition to, any such instrument, he shall note thereon the reason for the cancellation, amendment or addition, and the date thereof, and shall authenticate the same by his signature and seal. (3) Where the Registrar or Land Administrator takes action under this section in respect of any land or any share or interest therein, he shall cause notice of his action to be served upon any person or body having a claim protected by caveat affecting the land, share or interest. Section 420. Registration of vesting orders (1) Notwithstanding anything in any other written law, no order of the Court vesting any alienated land, or any share or interest therein, in any person or body shall affect the land, share or interest in question until it has been registered pursuant to this section. (2) The Court shall, accordingly, cause a copy of any such order to be served on the Registrar or, as the case may be, Land Administrator S/N Jlp7ep4ztEuBgCo1xrXEJQ Page 12 of 17 forthwith after the making thereof; and the Registrar or Land Administrator, upon receiving any such copy, shall give effect to the order by making a memorial of the vesting on the register document of title to the land to which, or a share or interest in which, the order relates. (3) The Registrar or Land Administrator shall sign and seal every memorial made by him pursuant to this section, and, if able to secure the production of the instrument in question, shall make a copy of the memorial on the issue document of title to the said land or, where the order relates to a lease or a charge, on the duplicate thereof. Section 421A. Interpretation For the purposes of sections 417 and 420, “Court” includes a Syariah Court.” [13] Mahkamah telah meneliti Notis Permohonan Pencelah ini dan mendapati ia bertujuan untuk Mahkamah ini memutuskan berhubung 41 hartanah milik simati Hj Zubir Bin Hj Mohd Amin. Mahkamah juga telah meneliti affidavit jawapan atau balasan pihak-pihak dan dapat merumuskan isu-isu substantif seperti berikut: “i. Afidavit sokongan Pencelah lampiran 75: a. (Pencelah dalam affidavit sokongan Lampiran 75 telah membuat rujukan kepada affidavit sokongan pemohon yang difailkan di Mahkamah Tinggi Syariah (ms 230 pdf) semasa membuat permohonan yang membawa kepada keputusan Mahkamah Tinggi Syariah mengeluarkan “Perintah ini” dan antara lain, affidavit di Mahkamah Syariah mendeposkan seperti berikut: S/N Jlp7ep4ztEuBgCo1xrXEJQ Page 13 of 17 “7. …berlaku pertukaran nama daripada Hj Zubir Bin Hj Md Amin kepada Amin Bin Zubir terhadap hartanah-hartanah tersebut, telah berlaku dua (2) transaksi penjualan terhadap harta tersebut yang merupakan hartanah hakmilik GM 372 Lot 3259 Mukim Sungai Pinggan Daerah Pontian, Negeri Johor dan GM 666 Lot 3653 Mukim Sungai Pinggan Daerah Pontian, Negeri Johor…” b. Ini selari dengan tuntutan Plaintif di Penyata Tuntutan di hadapan Mahkamah ini di para 10 seperti berikut: “10. …Mohd Amin Bin Zubir …telah menjual dan memindahmilik beberapa bidang hartanah iaitu GM2820 Lot 3653 Mukim Sungai Pinggan Daerah Pontian, Negeri Johor dan GM 2823 Lot 3259 Mukim Sungai Pinggan Daerah Pontian Negeri Johor tanpa pengetahuan Plaintif dan waris-waris yang lain”. c. Afidavit sokongan Lampiran 75 “6.4 …telah menyebabkan dua (2) hartanah arwah datuk saya telah dijual kepada orang lain oleh Mohd Amin Bin Zubir … Penjualan hartanah-hartanah tersebut adalah tiada dalam pengetahuan saya dan/atau waris-waris yang lain malahan kami juga tidak ketahui ke mana jumlah harga jualan tersebut…” “7.3 …wasiat tersebut disaksikan oleh suami Defendan Keenam … dan … Mohd Fidaiy Bin Hassan…salah seorang yang sedang menceroboh dan mengusahakan hartanah-hartanah arwah datuk saya adalah Mohd Fidaiy Bin S/N Jlp7ep4ztEuBgCo1xrXEJQ Page 14 of 17 Hasan…sejak tahun 2014 sehingga kini…mengambil hasil-hasil daripada beberapa harta pusaka arwah datuk saya”. Analisa Mahkamah [14] Mahkamah ini berpendapat, meskipun takrifan “Mahkamah” di seksyen 421A KTN merangkumi “Mahkamah Syariah”, namun isu-isu yang menjadi pertikaian khususnya berhubung hak Mahkamah Syariah membuat perintah membatalkan transkasi tersebut (melalui perintah Mahakmah Syariah bahawa kesemua hartanah-hartanah diletakhakkan semula kepada simati dan/atau waris-waris) yang semestinya ia termasuk hartanah-hartanah yang telah melalui proses jual-beli, tidak jatuh dalam ruang lingkup bidang kuasa Mahkamah Syariah di bawah seksyen 61 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Johor)7 untuk membatalkan 7Seksyen 61. Bidang kuasa Mahkamah Tinggi Syariah. (3) Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah (a) dalam bidang kuasa jenayahnya, membicarakan apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh seseorang orang Islam dan boleh dihukum di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Johor) 1997 [En. No. 4/1997], Enakmen Keluarga Islam Negeri Johor 2003 atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain yang sedang berkuat kuasa yang menetapkan kesalahan-kesalahan terhadap rukun-rukun agama Islam, dan boleh mengenakan apa-apa hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahan itu; dan (b) dalam bidang kuasa malnya, mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding jika semua pihak dalam tindakan atau prosiding itu adalah orang Islam dan tindakan atau prosiding itu adalah berhubungan dengan (i) pertunangan, perkahwinan, perwalian, ruju’, perceraian, pembubaran perkahwinan (fasakh), nusyuz, atau pemisahan kehakiman (faraq) atau apa-apa perkara yang berkaitan dengan perhubungan antara suami isteri; (ii) apa-apa pelupusan atau tuntutan harta yang berbangkit daripada mana-mana perkara yang dinyatakan dalam subperenggan (i); (iii) nafkah orang-orang tanggungan, kesahtarafan, atau penjagaan atau jagaan (hadhanah) budak-budak; (iv) pembahagian atau tuntutan harta sepencarian; (v) wasiat atau alang semasa marad-al-maut; (vi) alang semasa hidup, atau penyelesaian yang dibuat tanpa balasan yang memadai dengan wang atau nilaian wang, oleh seorang orang Islam; (vii) wakaf atau nazr; S/N Jlp7ep4ztEuBgCo1xrXEJQ Page 15 of 17 transaksi itu, lebih-lebih apabila ia melibatkan ‘bona fide purchaser for value’. [15] Mahkamah ini juga bersetuju dengan hujahan Peguam Kanan Persekutuan (PKP) yang mewakili Defendan 3 dan 4 bahawa lanjutan daripada perintah oleh Mahkamah Tinggi Syariah tersebut mengarahkan Defendan 3 dan 4 untuk melaksanakan “Perintah ini” yang turut memerintahkan seperti berikut “… mendaftarkan Perintah dengan mengembalikan dan meletakkan semula hartanah-hartanah yang tersebut walaupun terdapat sekatan kepentingan dan/atau halangan pada hartanah-hartanah tersebut” jelas bertentangan dengan seksyen 340 KTN ‘indefeasible of title’. [16] Mahkamah ini juga bersetuju dengan hujahan PKP berhubung pemakaian prinsip dalam kes Latifah Mat Zin v Rosmawati Sharibun & Anor [2007] 5 MLJ 101 sebagaimana yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan bahawa isu ini perlu dibawa dan diputuskan oleh Mahkamah Sivil. Bidangkuasa ini jelas terletak di Mahkamah Tinggi Sivil menurut seksyen 23 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 seperti berikut: (viii) pembahagian dan pewarisan harta berwasiat atau tak berwasiat; (ix) penentuan orang-orang yang berhak kepada bahagian harta pusaka seseorang si mati yang beragama Islam atau bahagian-bahagian yang kepadanya masing-masing orang itu berhak; (x) pengisytiharan bahawa seseorang itu bukan lagi orang Islam; (xi) pengisytiharan bahawa seseorang yang telah mati itu ialah seorang Islam atau sebaliknya pada masa kematiannya; dan (xii) pentadbiran masjid-masjid; dan (xiii) perkara-perkara lain yang berkenaan dengannya bidang kuasa diberikan oleh mana-mana undang-undang bertulis. S/N Jlp7ep4ztEuBgCo1xrXEJQ Page 16 of 17 “Section 23. Civil jurisdiction - general. (1) Subject to the limitations contained in Article 128 of the Constitution the High Court shall have jurisdiction to try all civil proceedings where — (a) the cause of action arose; (b) the defendant or one of several defendants resides or has his place of business; (c) the facts on which the proceedings are based exist or are alleged to have occurred; or (d) any land the ownership of which is disputed is situated, within the local jurisdiction of the Court and notwithstanding anything contained in this section in any case where all parties consent in writing within the local jurisdiction of the other High Court”. [17] Atas alasan ini, Lampiran 74 ditolak dengan arahan untuk A34 Kaedah Mahkamah Tinggi 2012 dipatuhi dan kes diteruskan untuk bicara. -Tandatangan- (NURULHUDA NUR’AINI BINTI MOHAMAD NOR) Hakim Mahkamah Tinggi Malaya Johor Bahru Bertarikh: 26 Mac 2024 S/N Jlp7ep4ztEuBgCo1xrXEJQ Page 17 of 17 KAUNSEL Bagi pihak Plaintif: Tetuan Shukor Baljit Peguambela & Peguamcara No. 14-2, Wisma Shukor Baljit Jalan 13/48A, Sentul Raya Boulevard Off Jalan Sentul 51000 Kuala Lumpur Bagi pihak Defendan Pertama dan Kedua: Ramesh a/l Lachmanan Tetuan Nith, Gowri, Lachman & Partners Peguambela & Peguamcara D-3-31 Block D 8 Avenue Business Center Jln. 8/1 Section 8 46050 Petaling Jaya Bagi pihak Defendan Ketiga, Keempat dan Kelima: Tn. Muhammad ‘Azzam bin Zainal Abidin Penolong Penasihat Undang-Undang Negeri Johor, Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Johor Aras 2, Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad Kota Iskandar 79100 Iskandar Puteri Johor Bagi Pihak Defendan Keenam: Nor Aishah Abd Rahman Tetuan Aishah A Rahman No. 42B, Jln. Persisiran Perling Taman Perling 81200 Johor Bahru Bagi pihak Pencelah: Mariammah a/p Bharathan B Mariammah & Co Peguambela & Peguamcara No. 23, Tingkat 1, Jln Station 86000 Kluang Johor S/N Jlp7ep4ztEuBgCo1xrXEJQ
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.