Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI AMPANG DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN KES TANGKAP NO: BC-62JSK-26-07/2022 5 PENDAKWA RAYA LAWAN ZULPANDY BIN RISPEN AFFENDI 10 (PASSPORT NO. : C2737805) ALASAN PENGHAKIMAN 15
BC-62JSK-26-07/2022
Sessions Court of Malaysia22 Apr 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“(3) If the court finds that the prosecution has not proved its case beyond reasonable doubt, the court shall record an order of acquittal. 430 [44] Dalam kes MAH KOK CHEONG v. R [1953] MLJ 46, YA Spencer Wilkinson J, di muka surat 47 menjelaskan bahawa: “…in ordinary criminal cases… all discussion as what might reasona”
“its case. Therefore, a case can be said to have been proved beyond reasonable doubt only at the conclusion of a 455 trial upon a consideration of all evidence adduced as provided by s. 182A(1) of the Criminal Procedure Code. That would normally be the position where the accused has given evidence. However, where the ac”
“seperti mana yang diterangkan dalam perenggan terdahulu. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 21 [50] Di dalam kes CAMARA MAMODOU v. PP [2014] CRIMINAL 515 APPEAL NO: B-05-195-07/2013 (GIN) - CLJ LAW pula, YA Hakim Mahkamah Rayuan Dato’ Zamani A. Rahim telah”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI AMPANG DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN KES TANGKAP NO: BC-62JSK-26-07/2022 5 PENDAKWA RAYA LAWAN ZULPANDY BIN RISPEN AFFENDI 10 (PASSPORT NO. : C2737805) ALASAN PENGHAKIMAN 15
1
Rayuan ini telah difailkan oleh pihak Pembelaan kerana tidak berpuashati dengan keputusan Mahkamah pada 22 April 2025 yang telah 20 mendapati OKT adalah bersalah dan mensabitkan OKT di akhir kes Pembelaan (Perintah tersebut) bagi satu pertuduhan pindaan di bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan (P11). Mahkamah telah menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dari tarikh tangkap (07/07/2022) dan dua (2) kali sebatan rotan. OKT juga diperintahkan 25 menjalani kaunseling pemulihan sepanjang tempoh pemenjaraan di bawah Seksyen 26 dan pengawasan polis selama 2 tahun di bawah Seksyen 27. Rayuan ini adalah terhadap keseluruhan keputusan, sabitan dan hukuman. 30 [2] OKT telah dituduh seperti pertuduhan pindaan (P11) seperti berikut- “Bahawa kamu pada 26/06/2022 antara jam 5.34 petang hingga 11.00 malam bertempat di Bilik 212, OYO Avatar Hotel, Avatar 35 Avenue Sdn. Bhd., No. 981, Jalan Prima SG 3/2, Prima Sri Gombak, 68100 Batu Caves, dalam daerah Gombak, di dalam negeri Selangor Darul Ehsan, telah melakukan rogol ke atas Nur Qaisara binti Mohd Khairul Rahmat (No. K/P: 090219102266) yang ketika itu berumur 13 tahun 4 bulan. Oleh itu, kamu telah melakukan 40 kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan.”
3
Sebelum mahkamah ini melanjutkan kepada Alasan Penghakiman, perlu dijelaskan bahawa kes ini telah didengar di hadapan HMS terdahulu 45 (Puan Norhazani Hamzah) bermula dari SP1-SP7. Saya hanya mengambil alih di peringkat saksi terakhir pendakwaan iaitu SP8 (Pegawai Penyiasat) dan kemudiannya membuat keputusan di peringkat prima facie dan seterusnya sehingga OKT memberikan keterangannya di akhir kes Pembelaan. 50
4
Secara ringkasnya, pihak TPR telah memanggil lapan (8) orang saksi untuk memberi keterangan iaitu : 3 i. SP1: Maznah binti Ramlie (Ibu mangsa). 55 ii. SP2: Nur Qaisara binti Mohd Khairul Rahmat (Mangsa). iii. SP3: Koperal Farid bin Zainon (Jurufoto). iv. SP4: Nuruddin bin Kamalahbahrin (Penjaga kaunter hotel). v. SP5: Nooranum binti Othman (Ibu angkat OKT). vi. SP6: Dr. Izreen Suhanis binti Azmi (Pegawai Perubatan O&G). 60 vii. SP7: ASP Mazlan bin Ali (Pegawai Tangkapan). viii. SP8: ASP Mohd Hamizan bin Mohamad Yunus (Pegawai Penyiasat).
5
Manakala pihak Pembelaan pula telah memanggil satu (1) orang 65 saksi sahaja untuk memberi keterangan iaitu SD1 yang bernama Zulpandy bin Rispen Affendi (OKT).
6
Pihak TPR juga telah mengemukakan eksibit yang berikut untuk menyokong keterangan saksi mereka iaitu : 70 EKSIBIT PERKARA P1 Gambar mangsa. P2 Sijil lahir mangsa. P3 1 salinan kad pengenalan mangsa. P4(1-12) 12 keping gambar tempat kejadian. P5 Laporan polis mangsa. P7 Sijil Perakuan di bawah Seksyen 90(A) Akta Keterangan. P8 1 sampul CD. P8(a) 1 CD. P9 Resit check in. P10 Booking ID. P11 Pertuduhan Pindaan. P12 Percakapan dan pemeriksaan awal. P12(a) Lakaran gambar rajah koyakan hymen. P13 Laporan Perubatan oleh Dr. Zharfan. P14 Laporan Polis Tangkapan.
7
Berikut adalah eksibit yang telah dikemukakan oleh pihak Pembelaan : 75 EKSIBIT PERKARA IDD6 Transkrip CIC.
8
Kejadian rogol ini berlaku pada 26/6/2022 jam lebih kurang jam 534- 11 malam di Hotel Oyo Avatar, Prima Sri Gombak Selangor (tempat 80 kejadian). Mangsa yang juga pengadu (SP2) berumur 13 tahun 4 bulan sewaktu kejadian berlaku. Sp2 sewaktu kejadian adalah cucu kepada SP1(nenek SP2). Sp2 telah tinggal dengan SP1 sejak dia bayi lagi. Ibu Sp2 telah berkahwin lain dan tinggal berasingan dengan SP2. 85 [9] Berdasarkan keterangan SP2, dia telah berkenalan dengan OKT pada tahun 2022 dan berhubung melalui whatsapp selama 8 hari sahaja sebelum tarikh kejadian. Pada 26/6/22 jam lebih kurang 12 malam, OKT 5 telah menjemput SP2 di bawah blok rumah SP2 dengan menaiki motorsikal. OKT kemudiannya telah membawa SP2 ke rumah ibu 90 angkatnya (SP5) yang terletak di kawasan Batu Caves. Mereka tiba di situ lebih kurang jam 1 pagi.
12
Mereka telah “melepak” di rumah SP5 sehingga jam 4 petang keesokan harinya. Apabila SP5 menyatakan ingin keluar, mereka berdua 95 telah turut serta beredar dari rumah SP5. OKT mengajak SP2 untuk check in di hotel. SP2 mengikut OKT dan keluar dari rumah SP5 lebih kurang jam 446 ptg. SP2 sempat singgah di sebuah kedai di kawasan yang sama dan kemudiannya bertolak ke Hotel OYO lebih kurang jam 5 ptg. 100 [13] Mereka berdua tiba di hotel itu. OKT sahaja yang mendaftar masuk di kaunter hotel seorang diri di tingkat atas. OKT kemudiannya turun semula di aras bawah di mana SP2 sedang menunggu OKT di aras bawah. Mereka berdua kemudian naik ke tingkat atas dan masuk ke bilik no 212. Berdasarkan ekshibit P9 dan P10 (resit hotel dan booking ID), 105 OKT telah mendaftar masuk pada jam 534 ptg atas nama Zul dengan bayaran RM42.00 untuk 1 malam. Ini disahkan oleh SP4 (Pengurus pendaftaran hotel di kaunter) yang menguruskan pendaftaran masuk OKT ke bilik tersebut. 110 [14] Menurut SP4, dia dapat mengecam wajah OKT sebagai orang yang bernama Zul yang mendaftar di bilik 212. SP4 juga ingat yang Zul/ OKT ini telah naik ke bilik hotel dengan seorang perempuan. SP4 telah membuat pengecaman OKT melalui kandang OKT. Sp4 camkan OKT dalam kandang OKT sebagai orang yang mendaftar masuk ke Hotel OYO 115 6 tersebut . Berdasarkan keterangan SP2, kunci bilik 212 dipegang oleh OKT. Sewaktu SP2 dan OKT masuk ke bilik itu, keadaan bilik gelap. OKT yang buka lampu bilik itu. SP2 menyatakan setelah masuk ke bilik, mereka berdua berbaring atas katil dan saling berpelukan di antara satu sama lain. Pada masa itu, SP2 menyatakan hanya mereka berdua sahaja 120 dalam bilik dan tiada orang lain bersama mereka. OKT menutup semula lampu dan membuka pakaian OKT dan berbogel. SP2 menyatakan dia boleh melihat keadaan OKT itu kerana ada cahaya lampu dari bawah pintu bilik. OKT berbaring semula sebelah SP2 dan meminta SP2 membuka baju dan baju dalam yang dipakainya. Setelah baju dibuka, 125 OKT telah meramas dan menghisap buah dada SP2 sebelah kanan. Kemudian OKT minta SP2 membuka tudung dan seluar SP2.
15
Pada masa itu, SP2 menyatakan hanya mereka berdua sahaja dalam bilik dan tiada orang lain bersama mereka. OKT menutup semula 130 lampu dan membuka pakaian OKT dan berbogel. SP2 menyatakan dia boleh melihat keadaan OKT itu kerana ada cahaya lampu dari bawah pintu bilik. OKT berbaring semula sebelah SP2 dan meminta SP2 membuka baju dan baju dalam yang dipakainya. Setelah baju dibuka, OKT telah meramas dan menghisap buah dada SP2 sebelah kanan. 135 Kemudian OKT minta SP2 membuka tudung dan seluar SP2. OKT kemudiannya telah meminta SP2 duduk di atas badan OKT dan meminta dia menghisap zakar OKT sehingga tegang.
16
Setelah itu, SP2 berbaring semula dan OKT berada atas badan 140 SP2. OKT mencium SP2 dan memasukkan zakar OKT ke dalam faraj SP2. OKT telah menghenjut zakarnya ke dalam kemaluan SP2 beberapa 7 kali dalam keadaan SP2 mengangkang. Tempoh ini berlaku selama 15 minit yang dilakukan beberapa kali. OKT minta SP2 menukar posisi namun SP2 enggan. OKT meneruskan lagi henjutan zakarnya itu selama 145 10 minit lagi.
17
SP2 menyatakan zakar OKT berbentuk panjang seperti pisang, bulat di atas dan tegang selepas SP2 menghisap zakar OKT lebih kurang 10 minit. SP2 juga mengesahkan zakar itu melalui demonstrasi patung 150 anatomi, kedudukan posisi mereka sewaktu atas katil, OKT berada atas badan SP2, keadaan kaki OKT berada atas kaki SP2, OKT memasukkan zakar ke dalam faraj SP2 sambil tangan OKT memeluk badan SP2. SP2 juga dapat melihat wajah OKT dan juga zakar OKT tegang dan melihat OKT memasukkan zakarnya ke dalam kemaluan SP2. SP2 juga telah 155 membuat tandaan Z dan kedudukan X dan Y sebagai posisi mereka sewaktu di atas katil. Sila rujuk gambar P4 (10).
18
SP2 mengakui bahawa beliau berasa seronok dan puas dengan hubungan seksual yang berlaku tersebut. Selepas selesai hubungan itu, 160 mereka berdua tidur, SP2 ke tandas dan kemudian menonton TV Bersama OKT. Menurut SP2 mereka hanya keluar dari hotel itu pada jam 11 malam pada hari yang sama. OKT membawa SP2 pergi makan di kedai mamak untuk membungkus makanan untuk SP2 dan menghantar SP2 pulang. 165
19
Berdasarkan keterangan SP2, apabila dia sampai di rumah pada jam 1145 malam dan dia melihat SP1 menunggu SP2 pulang. SP2 tidak menegur SP1 dan datuknya yang ada di rumah. SP2 terus masuk ke bilik 8 tidur untuk menukar pakaian dan tidur. SP1 tidak bertanya apa-apa 170 kepada SP2 tentang kelewatan dia pulang ke rumah.
20
Pada 27/6/22 jam lebih kurang 5 pagi, SP1 masuk ke bilik SP2 untuk kejutkan SP2 bangun solat subuh. SP1 melihat SP2 tidur dalam keadaan yang pelik kerana SP2 tidur dalam keadaan mengepit kakinya 175 dan tangannya pegang kemaluannya dan kelihatan seperti kesakitan. SP1 mengejutkan SP2 dan bertanya apa yang berlaku. SP2 pada mulanya cuba merahsiakan kejadian yang berlaku. Namun apabila ditanya lagi, beliau akhirnya menceritakan kepada SP1 bahawa beliau telah melakukan hubungan seks dengan kawan laki-lakinya. SP1 180 menasihati SP2 untuk membuat laporan polis kerana SP2 di bawah umur.
21
SP2 membuat laporan polis pada 28/6/22 iaiatu 2 hari selepas kejadian berlaku dan laporan polis SP2 ditandakan sebagai P5. SP2 telah dirujuk ke Hospital Kajang dan telah diperiksa oleh pegawai perubatan 185 iaitu SP6. Hasil pemeriksaan SP6 juga dalam keterangannya menyatakan terdapat koyakan lama pada hymen SP2 pada jam 3,4,7 dan 12 akibat kemasukan objek tumpul. SP6 juga menjelaskan objek tumpul itu relevan dengan kemasukan zakar berdasarkan sejarah pesakit/ SP2. Sila lihat laporan perubatan iaitu P12 dan P13. SP2 juga telah 190 menceritakan kejadian hubungan seksual tersebut kepada SP8 iaitu Pegawai Penyiasat. Percakapan itu telah dirakam di bawah s112 KTJ.
22
Berdasarkan soal balas peguam terhadap SP2 pula, mahkamah dapati line of defence yang dibangkitkan pihak pembelaan ialah 195 menafikan kejadian rogol tersebut berlaku. Peguam mencadangkan 9 keadaan bilik adalah gelap dan SP2 tidak dapat melihat siapa pelaku tersebut selain peguam ada menimbulkan seperti sejarah/ bad character SP2 yang dikatakan sebelum ini pernah melakukan hubungan seks dengan laki-laki lain juga. 200
23
Elemen pertuduhan di bawah s376 KK yang perlu dibuktikan adalah: a) Berlakunya hubungan seksual di antara SP2 dan OKT, b) Berlaku kemasukan zakar OKT ke dalam kemaluan SP2, 205
c
Sama ada terdapat kerelaan atau tidak semasa hubungan seksual berlaku, SP2 berumur di bawah 16 tahun, merupakan seorang kanak-kanak. [24] Mahkamah dapati fakta bahawa sewaktu kejadian itu berlaku, 210 hanya OKT dan SP2 sahaja yang berada dalam bilik tersebut. Fakta ini disahkan melalui keterangan SP2 dan juga SP4 iaitu pekerja hotel yang menguruskan daftar masuk OKT yang turut melihat OKT dan SP2 checked in ke dalam bilik 212. SP4 juga mengecamkan wajah OKT pada tarikh kejadian. Resit dan booking ID Hotel OYO juga jelas membuktikan 215 OKT adalah orang yang telah mendaftar masuk ke bilik 212 atas nama OKT sendiri. Resit bayaran juga dikemukakan dan telah diterima sebagai ekshibit. Ekshibit ini diterima sebagai P13 dan P14 [25] Fakta menunjukkan kunci bilik dipegang oleh OKT dan mereka 220 berdua masuk ke bilik 212 tanpa ada sesiapa yang lain menunggu dalam bilik tersebut. OKT buka lampu bilik dan mereka berdua melakukan hubungan seks di atas katil. SP2 melihat sendiri wajah OKT dan kemasukan zakar OKT ke dalam kemaluan SP2. Sp2 melihat dan menggambarkan kemaluan OKT , bentuk dan saiznya dan menceritakan 225 bagaimana hubungan intim mereka terjadi secara terperinci melalui patung anatomi. Walaupun beliau baru kenal OKT 8 hari sahaja sebelum kejadian, namun masa yang mereka berdua habiskan sewaktu bersama-sama, mahkamah dapati mencapai lebih kurang 24 jam adalah mencukupi untuk SP2 mengecamkan bahawa OKT adalah laki-laki yang 230 bersama dengannya melakukan hubungan seksual tersebut.
26
Mahkamah dapati semua keterangan SP2 konsisten dengan keterangan saksi yang lain seperti SP1, SP4 dan juga SP8. SP6 iaitu doktor yang merawatnya juga mengesahkan terdapatnya kemasukan 235 objek tumpul pada kemaluan SP2. Terdapat koyakan lama pada hymen SP2. Mahkamah dapati semua fakta dan keterangan saksi-saksi pendakwaan ini adalah konsisten , dibuktikan melalui bukti dokumen yang relevan dan ianya gagal dicabar oleh pihak OKT sepanjang perbicaraan. Keterangan SP2 yang jelas, terperinci , jujur dan konsisten tidak tercabar 240 oleh peguam OKT.
27
Mahkamah dapati SP2 seorang saksi yang kredibel dan keterangannya boleh dipercayai. Tiada sebarang keterangan yang ditimbulkan oleh pihak peguam bahawa SP2 mempunyai niat jahat 245 terhadap OKT atau ingin mengenakan OKT. Mahkamah dapati tiada sebab yang kukuh untuk SP2 ingin memerangkap OKT memandangkan mereka pada asasnya bukanlah pasangan kekasih. Mereka hanyalah kenalan baru yang ditemui dalam whatsapp sahaja. OKT terus mengambil kesempatan terhadap SP2 yang pada masa itu masih 250 merupakan seorang kanak-kanak berusia 13 tahun.
28
Niat jahat OKT ini boleh dilihat apabila membawa SP2 keluar dari kawasan kediaman SP2 pada jam 12 tengah malam. Jika OKT seorang laki-laki yang baik, OKT tidak mungkin akan membawa seorang kanak- 255 kanak berusia 13 tahun keluar rumah tanpa meminta izin daripada SP1 pada waktu tengah malam. Pada hemat mahkamah, jam 12 malam adalah waktu untuk kanak-kanak sekolah tidur kerana esoknya kanak-kanak itu mungkin akan ke sekolah. Seorang kanak-kanak mesti mempunyai penjaga. Kebenaran daripada penjaga adalah diperlukan jika 260 ingin membawa kanak-kanak itu keluar rumah. Semua ini tidak dilakukan oleh OKT yang jelas hanya ingin mengambil kesempatan daripada kelemahan SP2. Okt membawa pula SP2 ke rumah ibu angkat dan melepak pula di rumah itu sehingga jam 4-5 ptg. OKT seorang yang telah dewasa. Jika benar dia berniat baik, dia sepatutnya menghantar SP2 265 pulang pada ptg itu juga ke rumah SP1. Namun apa yang berlaku, OKT membawa pula SP2 ke hotel dan checked in pula di hotel tersebut. Jelas sekali, berdasarkan rentetan peristiwa ini, OKT memang mempunyai niat untuk melakukan hubungan seks dengan SP2. Okt tahu peluang dan kesempatan itu terbuka luas memandangkan hanya dia dan SP2 sahaja 270 sepanjang peristiwa itu. Mahkamah dapati dari mula kejadian dia mengambil SP2 dengan motorsikalnya pada 12 malam, tiada sesiapa yang melihat mereka pergi ke mana dan tujuan mereka. Alasan bahawa SP2 ingin lari dari rumah pula tidak dapat dibuktikan. Ini bukan alasan untuk mengadakan hubungan seks dengan SP2. 275
29
Ini menunjukkan terdapatnya peluang dan kesempatan untuk melakukan perbuatan merogol seorang kanak-kanak. Mahkamah tidak menimbangkan factor bad character SP2 kerana dalam kes melakukan hubungan seks dengan seorang kanak-kanak, jenayah rogol telah 280 berlaku selagi umur SP2 adalah 16 tahun dan ke bawah, samada dia rela hati atau tidak. Maka keterangan bad character atau dia pernah melakukan hubungan seks sebelum kejadian adalah tidak material bagi seorang kanak-kanak. It is a strict liabity offence. 285
30
Mahkamah juga mendapati SP2 memberikan keterangannya secara spontan tanpa perlu berfikir lama untuk menjawab soalan. SP6 juga melalui laporan perubatan mengesahkan ada memeriksa SP2. Hasil pemeriksaan mengesahkan terdapatnya koyakan lama pada hymen SP2. Keterangan SP2 juga konsisten dengan apa yang dia ceritakan kepada 290 sp1, dan SP8. Maka mahkamah mendapati kejadian tersebut benar-benar telah berlaku di antara SP2 dengan OKT. Mahkamah juga dapati pihak peguam telah gagal mencabar keterangan saksi-saksi ini. KEPUTUSAN PERINGKAT PENDAKWAAN 295 [31] Setelah saya telah meneliti keterangan saksi-saksi Pendakwaan dan telah mendapati Pendakwaan telah berjaya membuktikan suatu kes prima facie terhadap OKT di bawah pertuduhan di bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan. Maka OKT telah dipanggil untuk membela dirinya. 300 PEMBELAAN OKT 305 [32] OKT telah memberikan keterangan secara bersumpah. OKT tidak memanggil saksi lain. Secara ringkas, pembelaan OKT adalah :-
a
menafikan berlakunya rogol terhadap SP2,
b
menafikan OKT telah membawa SP2 ke Hotel oyo, 310 (c ) OKT mendaftar seorang diri tanpa SP2,
d
SP2 yang hubungi OKT untuk keluar kerana ingin lari dari rumah (e ) OKT hanya bawa SP2 pergi Batu Muda berjumpa kawan SP2 dan dia telah meninggalkan SP2 di Batu Muda dan OKT terus 315 balik ke hotel OYO untuk tidur. (f ) SP2 hubungi OKT dan pada jam 10 mlm , OKT telah menjemput SP2 dan bawa SP2 pergi makan dan terus hantar SP2 balik ke rumah dan tidak berlaku kejadian merogol SP2. 320
33
Pada asasnya ini adalah rentetan cerita dalam kes pembelaan OKT. Mahkamah mendapati setelah menilai dan menganalisa keterangan OKT, semua fakta ini tidak dibangkitkan langsung dalam kes pendakwaan sewaktu soal balas peguam terhadap SP2 atau mana-mana saksi lain. 325 [34] Mahkamah dapati terdapat percanggahan dalam keterangan dalam keterangan OKT apabila beliau didapati cuba berbohong tentang isu penama yang mendaftar masuk. OKT kata orang yang daftar masuk hotel OYO Namanya Aiman. (sewaktu soal balas DPP). Okt kata Aiman ini 330 kawan beliau. Namun dalam pemeriksaan semula, keterangan yang sebenar adalah OKT dan Aiman adalah orang sama. OKT mendaftar di apps OYO menggunakan nama Zul namun apabila tiba di kaunter OKT guna nama Aiman. 335
35
Begitu juga keterangannya bercanggah apabila sekejap OKT menyatakan dia terus bawa SP2 ke Batu Muda, di waktu yang lain dia menyatakan dia bawa SP2 mendaftar di Hotel OYO terlebih dahulu dan SP2 menunggu di luar hotel. Sebelum itu dia menyatakan dia seorang sahaja yang mendaftar masuk hotel OYO. Mahkamah dapati keterangan 340 OKT ini jelas bercanggah dengan keterangannya sebelum ini.
36
Setelah Mahkamah meneliti seluruh keterangan SD1 iaitu OKT, Mahkamah dapati OKT seorang saksi yang tidak kredibel dan dia tidak berkata benar. Mahkamah mendapati pembelaan OKT is a total denial 345 dan pemikiran kemudian. PENILAIAN KESELURUHAN KETERANGAN PEMBELAAN DAN PENDAKWAAN OLEH MAHKAMAH 350 [37] Berdasarkan keterangan OKT, dia menafikan melakukan rogol ke atas SP2 dengan menyatakan keterangan yang bercanggah dengan keterangannya sendiri. Adalah jelas keterangan OKT adalah penafian semata-mata. 355 [38] Mahkamah mendapati pembelaan OKT adalah remeh, dangkal, lemah dan tidak selamat untuk diterima memandangkan OKT gagal untuk membawa keterangan sokongan lain yang meyakinkan Mahkamah untuk dipertimbangkan. Pembelaan OKT yang menyatakan dia telah membawa SP2 ke Batu Muda untuk SP2 berjumpa kawannya tidak disokong dengan 360 saksi-saksi yang merupakan kawan-kawan SP2, jika benar ini berlaku. Keterangan OKT yang menyatakan dia pergi ke Hotel OYO dan menunggu SP2 di hotel OYO kononnya sehingga jam 10 malam juga tidak konsisten dengan keterangan saksi pendakwaan. 365 [39] Keterangannya selanjutnya adalah kononnya dia menjemput SP2 di Batu Muda dan kemudiannya pergi ke kedai mamak untuk tapau makanan dan terus hantar SP2 balik ke rumah juga tidak disokong dengan keterangan saksi. Mahkamah dapati SP2 telah membuat laporan polis dua hari selepas kejadian. Sejurus itu OKT ditangkap. Dalam 370 rakaman percakapan OKT kepada SP8, semua fakta yang dibangkitkan dalam pembelaannya tidak timbul dalam percakapan OKT. Malahan sewaktu soal balas SP2, fakta yang timbul dalam pembelaannya tidak pula dibangkitkan kepada SP2. Sepatutnya OKT wajar membangkitkan kepada SP2 supaya SP2 dapat menjawab persoalan bagi fakta tersebut 375 namun ini tidak berlaku. Oleh yang demikian, Mahkamah dapati berdasarkan penilaian mahkamah semua keterangan OKT ini adalah suatu bare denial semata-mata, afterthought dan keterangan yang direka-reka semata. Ini adalah kerana keterangan OKT ini tidak disokong oleh keterangan lain-lain saksi serta terdapat percanggahan yang material 380 dengan keterangannya sendiri dan juga keterangan saksi-saksi pendakwaan. [40] Adalah tidak munasabah untuk Mahkamah mempercayai keterangan OKT yang didapati lemah. Keterangan OKT tidak 385 membangkitkan sebarang keraguan yang munasabah. Keterangan OKT tidak mampu menggugat kes pendakwaan yang lebih kukuh dan disokong dengan keterangan saksi yang lain. Pada dapatan Mahkamah, tiada orang lain yang merogol SP2 melainkan OKT sendiri. Ini terbukti bahawa hanya SP2 dan OKT sahaja yang berada dalam bilik hotel itu. 390 OKT dengan SP2 berada berdua dalam bilik hotel selama beberapa jam iaitu hampir 24 jam. Masa yang panjang ini sudah cukup untuk SP2 mengecam wajah OKT. [41] Keterangan penjaga hotel yang jelas dapat mengecamkan wajah 395 OKT selaku orang yang mendaftar masuk dan naik ke bilik hotel bersama-sama SP2 juga suatu corroboration yang jelas konsisten bahawa memang OKT adalah orang yang bersama-sama dengan SP2 dan bukan orang lain selain OKT. Pada hemat Mahkamah OKT gagal mengemukakan suatu keterangan yang lebih kukuh atau wujud keadaan 400 yang diragui atau perkara yang lebih munasabah telah berlaku pada hari kejadian bagi membuktikan pembelaannya BEBAN PEMBUKTIAN DI AKHIR PENDAKWAAN DAN PEMBELAAN 405 [42] Elemen pertuduhan yang perlu dibuktikan adalah:- a) Berlakunya hubungan seksual di antara SP2 dan OKT, b) Berlaku kemasukan zakar OKT ke dalam kemaluan SP2,
c
Sama ada terdapat kerelaan atau tidak semasa hubungan 410 seksual berlaku, SP2 berumur di bawah 16 tahun adalah seorang kanak-kanak. [43] Di akhir kes Pembelaan, Mahkamah perlu menimbangkan keseluruhan keterangan OKT dan merujuk kembali keterangan saksi- 415 saksi di peringkat kes Pendakwaan sebelum memutuskan sama ada di akhir kes Pembelaan ini, pihak TPR telah berjaya membuktikan kes di luar keraguan munasabah seperti yang dinyatakan di dalam Seksyen 182A Akta 593:
1
At the conclusion of the trial, the court shall consider all the evidence adduced before it and shall decide whether the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt.
2
If the court finds that the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt, the court shall find the accused guilty 425 and he may be convicted on it.
3
If the court finds that the prosecution has not proved its case beyond reasonable doubt, the court shall record an order of acquittal. 430 [44] Dalam kes MAH KOK CHEONG v. R [1953] MLJ 46, YA Spencer Wilkinson J, di muka surat 47 menjelaskan bahawa: “…in ordinary criminal cases… all discussion as what might reasonably be true or what is consistent with innocence are both 435 irrelevant and misleading. Almost every defence put forward by an accused is consistent with innocence or it would not be put forward; nor would it be a very good defence if it could not reasonably be true. But whatever may be the defence to a criminal charge the sole question which a subordinate court has to ask itself at the 440 conclusion of the trial is-Does the defence raise a reasonable doubt as to the truth of the prosecution case or as to the accused’s guilt?” [45] Dalam kes BALACHANDRAN v. PP (supra), Mahkamah 445 Persekutuan telah mengulas berkenaan dengan beban pembuktian di luar keraguan munasabah: “Proof beyond reasonable doubt involves two aspects. While one is the legal burden on the prosecution to prove its case beyond 450 reasonable doubt the other is the evidential burden on the accused to raise a reasonable doubt. Both these burdens can only be fully discharged at the end of the whole case when the defence has closed its case. Therefore, a case can be said to have been proved beyond reasonable doubt only at the conclusion of a 455 trial upon a consideration of all evidence adduced as provided by s. 182A(1) of the Criminal Procedure Code. That would normally be the position where the accused has given evidence. However, where the accused remain silent there will be no necessity to re evaluate the evidence in order to determine whether there is a 460 reasonable doubt in the absence of any further evidence for such a consideration. Prima facie which was capable of supporting a conviction beyond reasonable doubt will constitute proof beyond reasonable doubt.” 465 [46] Di dalam kes NAGAPPAN KUPPUSAMY v. PP (1988) 1 CLJ 238, Mahkamah Agung memutuskan: “In a criminal proceeding, the onus on the prosecution throughout is to prove beyond reasonable doubt. From the beginning to the end 470 the burden remains on the prosecution to prove the guilt of the accused. At the close of the whole case, the Court has to consider all the evidence adduced by both the prosecution and the defence and has to be satisfied that the case has been proved beyond reasonable doubt.” 475 [47] Seterusnya di dalam kes MOHD RADHI BIN YAAKOB v. PP (1991) 6 MLJ 169, Mohamed Azmi SCJ menyatakan: “It is well established principle of Malaysian criminal law that the 480 general burden of proof lies throughout the trial on the prosecution to prove beyond reasonable doubt the guilt of the accused for the offence with which he is charge. There is no similar burden placed on the accused to prove his innocence. He is presumed innocent until proven guilty. To earn an acquittal his duty is merely to cast a 485 reasonable doubt in the prosecution’s case”. [48] Mahkamah juga telah merujuk kepada prinsip undang-undang di dalam membuat keputusan di akhir kes Pembelaan seperti mana yang 490 telah digariskan di dalam kes MAT v. PP (1963) MLJ 263 di mana Suffian J memutuskan seperti berikut: “The correct law for Magistrates to apply is as follows. If you accept the explanation given by or on behalf of the accused, you must of 495 course acquit. But this does not entitle you to convict if you do not believe that explanation, for he is still entitled to an acquittal if it raises in your mind a reasonable doubt as to his guilt, as the onus of proving his guilt lies throughout on the prosecution. If upon the whole evidence you are left in a real state of doubt, the prosecution 500 has failed to satisfy the onus of proof which lies upon it.” ALASAN KEPUTUSAN MAHKAMAH DI AKHIR KES PEMBELAAN Mere Denial & Reasonably Dislodge The Prosecution’s Case 505 [49] Persoalan bagi Mahkamah di dalam kes ini ialah jika terdapat keterangan yang munasabah untuk mematah atau menangkis (i.e reasonably dislodge) kes pihak Pendakwaan. Untuk menjawab soalan tersebut, Mahkamah telah menghalusi keterangan saksi-saksi 510 Pendakwaan seperti mana yang diterangkan dalam perenggan terdahulu. [50] Di dalam kes CAMARA MAMODOU v. PP [2014] CRIMINAL 515 APPEAL NO: B-05-195-07/2013 (GIN) - CLJ LAW pula, YA Hakim Mahkamah Rayuan Dato’ Zamani A. Rahim telah menyatakan seperti berikut: “26. …Learned counsel cited the English Court of Appeal case of R 520 v Ward [1993], where it was held that: “The prosecution’s duty at common law to disclose to the defence all elevant material, i.e. evidence which tended either to weaken the prosecution’s case or to strengthen the defence 525 case, required the police to disclose to the prosecution all witness statements and the prosecution to supply copies of such witness statement to the defence or to allow them to inspect the statements and make copies unless there was good reasons for not doing so. Furthermore, the prosecution 530 was under a duty, which continued during pretrial period and throughout the trial, to disclose to the defence all relevant scientific material, whether it strengthened the prosecution case or assisted the defence case and whether or not the defence made a specific request for disclosure. Pursuant to 535 that duty the prosecution was required to make available records of all relevant experiments and tests which tended to cast doubts on the opinions he was expressing was under a clear obligation to bring the records of such experiments and tests to the attention of the solicitor who was instructing him 540 so that they might be disclosed to the other party.” A Reasonable Doubt [51] Keraguan yang munasabah adalah satu pembelaan undang-undang jenayah yang mantap dan menjadi nadi bagi seorang OKT untuk 545 melepaskan dari sesuatu pertuduhan. Di sini Mahkamah merujuk kes MOHD RADHI BIN YAAKOB v. PP (supra), di mana Mohamed Azmi SCJ telah menyatakan: “…. To earn an acquittal his duty is merely to cast a reasonable 550 doubt in the prosecution’s case.” KESIMPULAN/KEPUTUSAN 555 [52] Berdasarkan alasan-alasan yang tersebut di atas dan setelah meneliti dan menilai kembali keseluruhan keterangan di peringkat kes Pendakwaan dan kes Pembelaan secara maksima dan setelah merujuk kepada prinsip di dalam kes MAT v. PP (supra) yang tersebut di atas, Mahkamah memutuskan di akhir kes Pembelaan ini bahawa OKT telah 560 gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes Pendakwaan. 565 [53] Oleh yang demikian, Mahkamah memutuskan bahawa pihak TPR telah berjaya untuk membuktikan semua elemen pertuduhan terhadap OKT di bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan melampaui keraguan 570 yang munasabah. Justeru, OKT adalah didapati bersalah dan disabitkan dengan pertuduhan tersebut. RAYUAN 575 [54] OKT berumur 24 tahun dan sewaktu kejadian dia berusia 21 tahun.Ini merupakan kesalahan pertama. Okt insaf dan telah mengambil iktibar atas kesalahan ini. OKT ketika ini berada dalam reman selama 3 tahun. Umur OKT masih muda ketika kejadian berlaku, tidak matang dan tidak berfikiran panjang. OKT kesal dan ingin menjadi manusia yang baik. 580 OKT pohon hukuman penjara dan sebatan minima. OKT pohon penjara dari tarikh tangkap. HUJAHAN PEMBERATAN TPR 585 [55] TPR memohon hukuman yang berat atas faktor kepentingan awam, keseriusan kesalahan, jenayah yang melibatkan kesalahan seksual kanak-kanak adalah isu kepentingan awam. Pohon hukuman penjara dan sebatan. 590 HUKUMAN 595 [56] Setelah Mahkamah menimbangkan mitigasi OKT dan hujahan TPR, Mahkamah memutuskan seperti berikut: i. OKT dihukum penjara selama 10 tahun dari tarikh tangkap 600 dan 2 sebatan rotan. ii. OKT diperintahkan untuk menjalani kaunseling pemulihan selama dia ditahan dalam penjara di bawah Seksyen 26. iii. 2 tahun pengawasan polis setelah selesai menjalani hukuman penjara di bawah Seksyen 27. 605 ALASAN MAHKAMAH (HUKUMAN) [57] Mahkamah berpendapat hukuman penjara 10 tahun dan 2 kali 610 sebatan rotan ini adalah mencukupi dan wajar bagi memberi pengajaran kepada OKT dan orang awam di luar sana agar tidak melakukan perbuatan yang sama kerana jenayah ini serius dan berat dari segi hukuman mandatori adalah penjara sahaja dan tiada hukuman selain itu. 615 (NORSHILA BINTI DATO’ KAMARUDDIN) Hakim Mahkamah Sesyen Ampang, Selangor 620 Bertarikh : 5/6/2025 Timbalan Pendakwa Raya : Puan Nadiah bt Malek Fauzie Peguambela : Marisha Dianah 625 T/n Putra Taulan & Faiq Azizan 63A-1 Jln Warisan Sentral 2 KIP Sentral Kota Warisan Sepang, selangor 630
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.