(f) SP2 hubungi perayu dan pada jam 10 mlm , perayu telah menjemput SP2 dan bawa SP2 pergi makan dan terus hantar SP2 balik ke rumah dan tidak berlaku kejadian merogol SP2. KUASA MAHKAMAH UNTUK CAMPUR TANGAN [5] Undang-undang berkenaan kuasa mahkamah dalam bidang kuasa rayuannya untuk campur tangan berkenaan dapatan fakta Hakim Bicara adalah nyata dan matan. Mahkamah ini hanya boleh campur tangan sekiranya terdapat kekhilafan atau salah arah diri dari Hakim Bicara dalam menilai dan menentukan keterangan yang material setelah melalui perbicaraan penuh. Saya merujuk kepada kes Mahkamah Persekutuan PP v Mohd Radzi Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457 yang memutuskan:- "It is settled law that it is no part or function of an appellate Court in criminal case or indeed any case to make its own findings of fact. That is a function exclusively reserved by the law to the trial court. An appellate court necessarily fettered S/N gGdy1ubj306yHs5VV4oeQ because it lacks the audio-visual advantage enjoyed by the trial court [6] Selanjutnya dalam kes Mahkamah Persekutuan, Public Prosecutor v. Wan Razali Kassim [1970] CLJU 121; [1970] 1 LNS 121; [1970] 2 MLJ pula diputuskan: "An appellate court should be slow to interfere with the finding of fact by a lower court as an appellate court does not have the advantage of seeing and hearing the witnesses and therefore of assessing their credibility. [7] Di dalam kes Mahkamah Rayuan, Sivalingam a/l Periasamy v Periasamy & Anor[1996]4 CLJ 545 telah memutuskan berkenaan peranan Mahkamah ini dalam menjalankan bidang kuasa rayuannya seperti berikut: findings of fact arrived at by the Court of first instance to which the law entrusts the primary task of evaluation of the evidence. But we are under a duty to intervene in a case where, as here, the trial Court has so fundamentally misdirected itself, that one may safely say that no reasonable Court which had properly directed itself and asked the correct questions would S/N gGdy1ubj306yHs5VV4oeQ [8] Berdasarkan kepada kes-kes yang telah diputuskan, dalam menjalankan bidang kuasa rayuannya, Mahkamah ini hendaklah bertindak perlahan dalam mengusik apa-apa dapatan fakta oleh HMS kecuali ia merekodkan dapatan bahawa pandangan yang diambil oleh mahkamah perbicaraan bukan pandangan yang munasabah terhadap keterangan atas rekod. ISU-ISU YANG DITIMBULKAN OLEH PERAYU Petisyen Rayuan (a), (b), (c) dan (p) [9] Perayu menghujahkan bahawa HMS telah terkhilaf apabila memanggil perayu membela diri memandangkan tiada suatu keterangan prima facie yang kukuh dikemukakan oleh pihak responden yang benar-benar dapat menyokong bahawa berlakunya kemasukan zakar perayu ke dalam faraj SP2. Ini adalah kerana HMS hanya bergantung kepada keterangan saksi kanak-kanak, SP2 semata-mata. [10] Perayu menghujahkan kredibiliti adalah diragui memandangkan keterangannya langsung tidak logik, tidak selari dan tidak disokong oleh mana-mana keterangan sokongan yang lain. SP2 telah memberikan keterangan bahawa sewaktu kejadian rogol berlaku di dalam bilik nombor 212 di hotel tersebut, keadaan bilik itu adalah gelap gelita yang mana kesemua lampu ditutup. SP2 S/N gGdy1ubj306yHs5VV4oeQ turut menyatakan bahawa beliau dapat melihat Perayu telah memasukkan zakarnya ke dalam farajnya berdasarkan pencahayaan dari luar bilik. Pihak Perayu menghujahkan bahawa keterangan SP2 merupakan suatu keterangan yang diada-adakan dan tidak diterima akal langsung kerana berdasarkan demontrasi di dalam Mahkamah sewaktu perbicaraan, SP2 mengakui bahawa keadaan dalam bilik tersebut adalah gelap gelita. Tambahan pula, jika dirujuk kepada gambar pintu dengan lantai di bilik tersebut adalah sangat sedikit jika dibandingkan dengan ruang pintu di Mahkamah Sesyen. Perayu menghujahkan bahawa keterangan SP2 adalah berdasarkan kepada anggapan SP2 melalui pengalamannya melakukan hubungan seks dengan lelaki lain. Perayu menghujahkan cubaan SP2 untuk menyorokkan aktiviti seksnya dengan lelaki lain memberi kesan kepada kredibiliti SP2. [11] Perayu menghujahkan bahawa kredibiliti SP2 menjadi isu apabila dia telah memberikan keterangan secara berlebih-lebihan. kerana ianya sangat mustahil untuk seorang lelaki berterusan melakukan hubungan seks selama 35 minit tanpa mengeluarkan air mani sama sekali. Hal ini kerana berdasarkan kajian-kajian yang dilakukan, tempoh purata untuk seseorang lelaki untuk mengalami ejakulasi S/N gGdy1ubj306yHs5VV4oeQ dan/atau mengeluarkan air mani sewaktu melakukan hubungan seks adalah selama 5 hingga 4 minit sahaja. Petisyen Rayuan (d), (e), (f) (i), (j) dan (k) [12] Perayu menghujahkan bahawa HMS telah terkhilaf dari segi fakta apabila membuat dapatan bahawa SP2 telah dirujuk ke Hospital Kajang sedangkan SP2 telah diperiksa oleh SP6 di Hospital Selayang. HMS dikatakan gagal mempertimbangkan fakta bahawa kesan koyakan pada hymen SP2 adalah kesan koyakan lama (evidence of old hymenal tear) yang telah terjadi dalam tempoh lebih dari tempoh 72 jam selepas hubungan seksual berlaku. Namun kejadian hubungan seksual yang didakwa berlaku di dalam kes ini telah berlaku dalam tempoh 48 jam sebelum pemeriksaan dibuat oleh SP6. Justeru, perayu menghujahkan adalah sangat mustahil untuk perayu merogol SP2 pada tarikh 26/06/2022 seperti mana pertuduhan. Perayu menghujahkan bahawa kejadian rogol ini sememangnya tidak pernah berlaku sama sekali. [13] Di samping itu, dakwaan SP2 bahawa kejadian rogol itu berlaku selama 25 minit, sudah pastilah akan meninggalkan kesan kemerahan, lecetan, pendarahan, abrasion ataupun lebam pada kemaluan SP2. Perayu menghujahkan HMS telah khilaf kerana gagal mempertimbangkan bahawa ketiadaan kesan baru pada kemaluan SP2 yang menunjukkan tiada kemasukan / penetrasi S/N gGdy1ubj306yHs5VV4oeQ zakar dalam tempoh 48 jam sebelum pemeriksaan dibuat terhadap SP2. [14] Perayu menghujahkan keterangan sokongan amat perlu dalam kes-kes seksual. Oleh kerana tiada keterangan sokongan adalah tidak selamat untuk mahkamah bergantung kepada keterangan mangsa semata-mata tanpa ada keterangan yang menyokong keterangan mangsa berkenaan jenayah rogol. Disamping itu ketiadaan keterangan sokongan berkenaan kewujudan SP2 di tempat kejadian juga telah menggoyahkan kes pihak pendakwaan. Keterangan SP4 sama sekali tidak menyokong kehadiran SP2 di tempat kejadian bersama perayu. Hal ini kerana pihak perayu sejak dari awal kes pihak pendakwaan lagi telah menyatakan bahawa SP2 tidak pernah berada di tempat kejadian pada tarikh 26/06/2022 jam lebih kurang 5.34 petang sehingga 11.00 malam seperti mana kertas pertuduhan. [15] Hal ini kerana SP1 iaitu nenek kepada SP2 sendiri telah memberikan keterangan di Mahkamah bahawa beliau telah diberitahu oleh ibu SP2 bahawa SP2 telah pergi ke rumah kawannya di Batu Muda pada hari kejadian. Petisyen Rayuan (g), (h), dan (r) [16] Perayu menghujahkan bahawa HMS telah membuat dapatan yang salah bahawa keterangan SP2 adalah jelas, terperinci, jujur serta S/N gGdy1ubj306yHs5VV4oeQ konsisten tidak tercabar oleh peguambela perayu dan SP2 memberikan keterangannya secara spontan tanpa perlu berfikir lama untuk menjawab soalan walhal, keterangan SP2 sebenarnya banyak bercanggah dan telah dapat dicabar semasa pemeriksaan balas. Perayu menghujahkan bahawa HMS hanya membaca keterangan SP2 dari nota keterangan tanpa melihat sendiri bagaimana SP2 memberikan keterangan memandangkan, HMS hanya mengambil alih kes ini daripada HMS terdahulu selepas SP8 memberikan keterangan dan tidak mempunyai kelebihan audio visual dan melihat sendiri kelakuan SP2 sewaktu SP2 memberikan keterangan. Sekiranya HMS dapat melihat sendiri keseluruhan keterangan SP2, begitu banyak masa SP2 berdiam diri seribu bahasa terhadap soalan-soalan yang diajukan kepada beliau [17] Perayu mengakui bahawa ia adalah percanggahan kecil namun mengatakan kredibiliti SP2 tetap tercalar kerana dia telah menipu dengan menafikan pernah melakukan hubungan seks dengan teman lelakinya sebelum ini sehinggalah disoal balas oleh peguam bela perayu. Perayu menghujahkan bahawa HMS telah khilaf apabila menyatakan peguambela perayu telah menimbulkan bad character SP2 sedangkan pihak perayu hanya mencabar kredibiliti keterangan SP2 dan menunjukkan SP2 merupakan seorang saksi yang tidak kredibel, tidak jujur dan telah menipu. S/N gGdy1ubj306yHs5VV4oeQ [18] Perayu juga menghujahkan bahawa keterangan SP2 meragukan memandangkan SP2 dapat memberikan keterangan yang terperinci di mahkamah walaupun kejadian tersebut berlaku lebih kurang 7 bulan selepas kejadian. Namun begitu, apabila diperhatikan keterangan SP2 di CIC, SP2 langsung tidak pernah menceritakan perkara yang sama kepada pihak polis dengan terperinci walhal rakaman itu telah dirakam dalam masa terdekat dengan kejadian Petisyen Rayuan (l), (m), (n), (o) dan (q) [19] Perayu menghujahkan bahawa siasatan SP8 tidak lengkap, remeh, cuai dan sambil lewa. SP8 hanya menumpukan siasatannya berdasarkan maklumat yang diberikan oleh SP2 semata-mata, tanpa dilanjutkan dengan satu bentuk siasatan yang lebih lanjut dan juga terperinci. Terdapat banyak kelompangan SP8 di dalam siasatannya, iaitu:- a) SP8 gagal untuk menghantar spesimen DNA dan sampel darah ke Jabatan Kimia; b) SP8 gagal untuk membuat siasatan lanjut ke atas CCTV Hotel tersebut; c) SP8 gagal untuk merampas dan menyiasat telefon bimbit SP2 dan telefon bimbit Perayu. Petisyen Rayuan (s), (t), (u), (v) dan (w) S/N gGdy1ubj306yHs5VV4oeQ [20] Pihak Perayu menghujahkan bahawa HMS telah khilaf apabila membuat dapatan bahawa pembelaan perayu tidak dibangkitkan langsung dalam kes pendakwaan dan pembelaan Perayu adalah a total denial serta pemikiran terkemudian dan keterangan perayu bercanggah dengan keterangannya sendiri; dan Perayu seorang saksi yang tidak kredibel dan tidak berkata benar. [21] Perayu menghujahkan bahawa pembelaan perayu bahawa dia mendaftar masuk dan menginap di hotel tersebut seorang diri dan tidak pernah membawa SP2 masuk ke hotel tersebut dan menafikan melakukan hubungan seks dengan SP2 telah dibangkitkan seawal mungkin sewaktu kes pihak pendakwaan. Perayu juga telah membangkitkan pembelaan bahawa sepanjang tempoh masa yang material, SP2 sebenarnya berada di Batu Muda bersama rakannya dan bukannya bersama dengan perayu. [22] Perayu juga menghujahkan bahawa HMS telah menjatuhkan hukuman yang terlampau berat terhadap perayu. Hujahan Responden [23] Responden menghujahkan bahawa keseluruhan intipati kesalahan telah dibuktikan terhadap perayu, bahawa tertuduh adalah lelaki yang telah mengadakan hubungan seks dengan SP2. Ini adalah kerana keterangan SP2 adalah konsisten mengenai identiti perayu yang merupakan teman lelakinya yang dikenali oleh SP2 sebelum S/N gGdy1ubj306yHs5VV4oeQ kejadian. SP2 juga telah mengecamkan perayu secara positif di dalam mahkamah. [24] Responden berhujah bahawa intipati pertuduhan bahawa perayu telah memasukkan zakarnya ke dalam vagina SP2 telah pun berjaya dibuktikan. Meskipun tiada kesan koyakan baru atau kesan-kesan lain di kemaluan SP2, namun ia tidak bermaksud zakar perayu tidak masuk ke dalam kemaluannya. Sebaliknya, mahkamah perlu meneliti keterangan-keterangan lain yang ada secara keseluruhan yang menyokong bahawa kejadian rogol tersebut telah berlaku. [25] Di dalam kes ini, kerelaan SP2 bukan isu sepertimana diperuntukkan dalam seksyen 375(g) KK. Justeru, intipati yang tidak dicabar oleh perayu semasa perbicaraan mengesahkan bahawa SP2 berumur 13 tahun 4 bulan semasa kejadian. [26] Nas undang-undang adalah mantap bahawa keterangan sokongan dalam kes jenayah seksual adalah bukan suatu keperluan undang-undang sebaliknya hanyalah a rule of prudence. Responden berhujah bahawa dapatan HMS bahawa keterangan SP2 adalah konsisten sepanjang masa perbicaraan adalah tepat, malah tidak tercabar dengan versi perayu sepanjang perbicaraan. Selain itu, HMS juga setelah memperhalusi dan meneliti keterangan SP2 secara total dan mendapati keterangan SP2 adalah jelas, terperinci, S/N gGdy1ubj306yHs5VV4oeQ jujur, konsisten dan tidak tercabar semasa di soal balas oleh peguambela perayu. [27] Dalam kes ini responden menghujahkan bahawa keterangan SP2 perlu dilihat dari konteks keterangan saksi-saksi lain iaitu SP1, SP3, SP4, SP5, SP6, SP7 dan SP8. Keseluruhan keterangan saksi-saksi bebas ini adalah konsisten dan sejajar dengan keterangan SP2. Maka percanggahan yang diutarakan oleh perayu bukanlah suatu percanggahan material dan tidak menjadikan keterangan SP2 sebagai unworthy of credit. [28] Responden menghujahkan bahawa, berdasarkan keseluruhan keterangan SP2 dan SP6 - adalah konsisten bahawa old hymenal tear yang ditemui pada kemaluan SP2 oleh SP6 adalah disebabkan oleh kemasukan zakar perayu. Kewujudan kecederaan old hymen tear semata mata tidak secara automatiknya menjadikan sesuatu kejadian rogol tidak berlaku. Fakta ini jelas telah dinyatakan melalui keterangan SP6 semasa pemeriksaan semula. [29] Responden berhujah pembelaan perayu adalah suatu pembelaan yang bersifat afterthought, fanciful and full of imaginary semata-mata. Ini adalah kerana naratif pembelaan perayu adalah lemah dan tidak boleh dipercayai memandangkan HMS telah mendapati terdapat keterangan yang bercanggah yang dikemukakan oleh perayu semasa memberikan keterangan. Perayu juga tidak S/N gGdy1ubj306yHs5VV4oeQ mengemukakan apa-apa keterangan lain untuk sekurang-kurangnya menyokong versinya terutama ketidakberadaan SP2 di tempat kejadian. Apatah lagi versi perayu tidak pernah dikemukakan kepada saksi-saski pendakwaan yang menyebabkan ia adalah hanya satu pemikiran terkemudian semata-mata. Dapatan HMS Dan Analisa [30] Berkenaan kredibiliti SP1, saya telah meneliti alasan penghakiman HMS dan mendapati HMS sebenarnya telah menerima keterangan SP2 setelah meneliti keterangan SP2 dan keterangan saksi-saksi lain secara total. Walaupun HMS tidak melihat dan mendengar keterangan SP2 secara audio visual, penelitian dan penilaian beliau terhadap semua keterangan sebelum mencapai kepada keputusan beliau untuk mempercayai keterangan SP2, adalah betul dan dibenarkan oleh undang-undang. [31] Alasan HMS terpelajar berkenaan keterangan SP2 sehingga beliau mempercayai keterangan SP2 berkenaan kewujudan SP2 di hotel tersebut dan berlakunya hubungan seks antara SP2 dengan perayu adalah seperti berikut:- [24] Mahkamah dapati fakta bahawa sewaktu kejadian itu berlaku, hanya OKT dan SP2 sahaja yang berada dalam bilik tersebut. Fakta ini disahkan melalui keterangan SP2 dan juga SP4 iaitu pekerja hotel yang menguruskan daftar masuk OKT S/N gGdy1ubj306yHs5VV4oeQ yang turut melihat OKT dan SP2 checked in ke dalam bilik