Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM, MALAYSIA RAYUAN SIVIL NO: JA-12A-28-12/2022 ANTARA ZURICH GENERAL INSURANCE MALAYSIA BERHAD (No. Syarikat :1249516-V) ……..PERAYU
JA-12A-28-12/2022
High Court of Malaysia24 Sept 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“(14) hari daripada tarikh keputusan diumumkan. Didalam kes BHO Sdn Bhd v Wesaw Trading Sdn Bhd & anor [2017] MLJU 1875, Y.A Ahmad Shahrir Mohd Salleh telah menolak rayuan tersebut atas dasar ianya difailkan dengan satu S/N 6lDhoxfrUy4sE2lrB7ZdQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this doc”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM, MALAYSIA RAYUAN SIVIL NO: JA-12A-28-12/2022 ANTARA ZURICH GENERAL INSURANCE MALAYSIA BERHAD (No. Syarikat :1249516-V) ……..PERAYU
1
VICKNESWARAN A/L KALAISELVAN (No. K/P : 880619-23-5689)
2
KAVITHA A/P RAVI SANGKAR (No. K/P : 960422-01-6618)
3
AMIR HAIKAL BIN KAMARUZAMAN (No. K/P : 950812-01-6323) ...RESPONDEN-RESPONDEN [Dalam Mahkamah Tinggi Di Johor Bahru Dalam Negeri Johor Darul Takzim, Malaysia
1
Vickneswaran A/L Kalaiselvan (No.K/P : 880619-23-5689)
2
Kavitha A/P Ravi Sangkar (No. K/P : 960422-01-6618) ….Plaintif-Plaintif S/N 6lDhoxfrUy4sE2lrB7ZdQ Dan Amir Haikal Bin Kamaruzaman (No. K/P : 950812-01-6323) ……Defendan Dan Zurich General Insurance Malaysia Berhad (No. Syarikat :1249516-V) …Pencelah Yang Dicadangkan] ALASAN PENGHAKIMAN
1
Rayuan ini dikemukakan oleh Perayu terhadap keputusan Hakim Mahkamah Sesyen Johor Bahru bertarikh 17.11.2022, yang menolak permohonan Perayu untuk mencelah sebagai Pencelah Yang Dicadangkan dalam satu tindakan kes kemalangan jalan raya (`running-down’) yang sedang berjalan antara Plaintif-Plaintif dan Defendan dengan kos RM500.00 dibayar kepada Plaintif-Plaintif (dalam tindakan asal).
2
Mahkamah telah meneliti secara teliti Notis Rayuan, Rekod Rayuan, Rekod Rayuan Tambahan, Hujahan Bertulis Pihak-Pihak dan Hujahan Balas kedua-dua pihak. Mahkamah juga telah meneliti kehendak undang-undang berkaitan pencelah, ‘locus standi’ dan prinsip liabiliti dalam kes kemalangan jalan raya. S/N 6lDhoxfrUy4sE2lrB7ZdQ
3
Setelah Mahkamah membaca, meneliti dan menilai Rekod Rayuan, Rekod Rayuan Tambahan, Hujahan pihak-pihak secara keseluruhan, Mahkamah mendapati bahawa keputusan Haklim Mahkamah Sesyen adalah sepenuhnya tepat, selaras dengan undang-undang, dan tidak menunjukkan apa-apa salah arah, sama ada dari segi fakta mahu pun prinsip undang-undang yang memerlukan campur tangan Mahkamah ini.
4
Rayuan ini bukan sahaja tidak mempunyai merit, malah hujahan Perayu menunjukkan kekeliruan serius berhubung prinsip-prinsip asas mengenai peranan insurans dalam tindakan ‘tort’. Atas alasan-alasan yang dihuraikan di bawah, rayuan ini ditolak dan Mahkamah ini mengekalkan Keputusan Hakim Mahkamah Sesyen pada 17.11.2022.
5
Tindakan asal adalah saman di bawah ‘tort’ kecuaian berhubung kemalangan jalan raya. Isu utama dalam tindakan asal adalah liabiliti dan quantum kerugian akibat kemalangan.
6
Defendan adalah pemandu dan/atau pemilik kenderaan yang didakwa menyebabkan kecederaan kepada Plaintif-Plaintif. Plaintif-Plaintif menuntut gantirugi khas, am, faedah dan kos.
7
Perayu pula adalah syarikat insurans yang menginsuranskan Defendan. Perayu bagaimanapun mendakwa polisi insurans S/N 6lDhoxfrUy4sE2lrB7ZdQ adalah tidak sah disebabkan dakwaan “fraud”, “non-disclosure” atau “collusion” antara Defendan dan pihak lain.
8
Atas dakwaan tersebut, Perayu memohon kepada Mahkamah Sesyen untuk mencelah ke dalam tindakan itu. Permohonan tersebut ditolak pada 17.11.2022. Rayuan inilah yang berada di hadapan Mahkamah Tinggi kini.
9
Dalam permohonan asal (Lampiran 9), Perayu memohon relief berikut (Lampiran 3, Rekod Rayuan ms 31):
a
kebenaran untuk hadir sebagai pencelah dan dijadikan pihak Defendan Kedua;
b
Kertas kausa Writ bertarikh 21.1.2021 dan Pernyataan Tuntutan bertarikh 14.1.2021 dipinda untuk memberi kesan kepada pencelah;
c
kebenaran untuk memfailkan pembelaan;
d
pencelah yang dicadangkan akan tertakluk kepada peruntukan Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012;
e
pencelah dicadangkan dibenarkan untuk mengambil Bahagian dalam prosiding ini sebagai satu pihak dalam tindakan ini; S/N 6lDhoxfrUy4sE2lrB7ZdQ
f
apa-apa perintah lain yang difikirkan adil.
10
Alasan permohonan adalah seperti berikut:
a
Kemalangan yang dikatakan berlaku antara pihak Plaintif Plaintif dengan pihak Defendan pada 1.08.2020 (kemalangan tersebut) tidak melibatkan Defendan dan motosikal bernombor pendaftaran JSV2596 (motosikal tersebut) yang dimiliki oleh pihak Defendan;
b
Defendan dalam Kenyataan Bertulis (Written Submission) bertarikh 18.04.2022 kepada pihak penyelaras, menyatakan bahawa kemalangan tersebut berlaku di KM 13, Lebuh raya Pasir Gudang. Namun berdasarkan laporan polis Defendan Trafik Johor Bahru
s
(S)/012627/20 bertarikh 4.08.2020 kemalangan berlaku di KM 21, Lebuhraya Pasir Gudang. ( c) Atas permohonan yang dibuat oleh Defendan, polisi insurans no. 502000082476-00 telah dikeluarkan oleh Perayu untuk motosikal nombor pendaftaran JSV 2596 bagi tempoh 24.6.2020 sehingga 23.6.2021 di eksibit “YHS-1” (Jadual polisi insurans). Sijil Insurans dan Polisi Insurans di tandakan sebagai ‘YHS-2”.
d
Berdasarkan “YHS-1” dan “YHS-2” Perayu adalah terikat di bawah peruntukan dalam Akta Pengangkutan Jalan S/N 6lDhoxfrUy4sE2lrB7ZdQ 1987 untuk menanggung sebarang perintah Mahkamah yang diperolehi oleh mana-mana pihak ketiga termasuk Plaintif di dalam guaman asal ini.
e
Hasil siasatan penyelaras yang dilantik oleh Perayu mendapati bahawa motosikal No. JSV 2596 tidak mengakibatkan kemalangan kepada Plaintif-Plaintif pada
1
1.8.2020.
f
Selanjutnya Perayu mendapati dalam laporan perubatan awal Plaintif-Plaintif bertarikh 1.8.2020 di Hospital Sultan Ismail, doktor perubatan mencatatkan bahawa Plaintif Plaintif ‘alleged motorbike skidded and fell over the right side’ namun Defendan mengatakan setelah beliau melanggar motosikal Plaintif-Plaintif di Bahagian belakang, Plaintif telah jatuh dan terseret ke hadapan lebih kurang 50 meter dan Plaintif-Plaintif telah jatuh ke bahagian kiri jalan. Defendan hanya mengambil nombor pendaftaran motosikal JPT 5473 dan terus beredar dari tempat kemalangan.
g
Nota Perlindungan dan Polisi Insurans yang dikeluarkan oleh Perayu kepada Defendan adalah tidak boleh dikuat kuasakan di dalam guaman ini dan tidak melindungi kemalangan tersebut memandangkan kemalangan tersebut tidak pernah terjadi yang melibatkan Defendan dan tidak melibatkan kenderaan yang dilindungi dibawah polisi insurans tersebut. S/N 6lDhoxfrUy4sE2lrB7ZdQ
h
Kepentingan komersial pihak Perayu akan terjejas jika tidak dinamakan sebagai Defendan Ketiga dan diberikan peluang membela tuntutan di sini.
11
Plaintif-Plaintif / Responden-Responden membantah permohonan ini atas alasan antara lainnya; -
a
Bantahan awal dimana Perayu lewat melampau dalam pemfailan notis rayuan dan penyerahan notis rayuan kepada Responden-responden.
b
Plaintif-Plaintif memplidkan bahawa suatu kemalangan jalan raya telah berlaku di antara Plaintif dan Defendan pada 1.8.2020 jam 4.00 petang di KM 21, Lebuhraya Pasir Gudang. ( c) Plaintif telah membuat laporan polis pada 30.8.2020 iaitu Trafik Johor Bahru (S)/014220/20 dan Defendan telah membuat laporan polis pada 4.8.2020 iaitu Trafik Johor Bahru(S)/012627/20. Plaintif menyatakan bahawa keterangan bertulis kepada penyelaras di eksibit “YHS-5”.
d
Keterangan pihak Perayu adalah keterangan dengar cakap yang tidak mempunyai merit di bawah undang-undang. Ia juga adalah satu pemikiran semula semata-mata untuk Perayu mengelak daripada menanggung gantirugi kepada pihak-pihak yang terlibat. Alasan S/N 6lDhoxfrUy4sE2lrB7ZdQ permohonan yang dicadangkan bahawa kemalangan tidak berlaku hanya bersandarkan kepada perbezaan kilometer (dinafikan) dan ia adalah spekulasi dan kesimpulan sendiri semata-mata. ( e) Alasan permohonan Perayu juga tidak munasabah kerana ia bercanggah dengan dokumen yang disediakan oleh pegawai penyiasat polis secara spesifik keputusan kes bertarikh 30.8.2020 yang memutuskan bahawa kemalangan sememangnya berlaku serta saman juga dikeluarkan terhadap Defendan.
f
Plaintif telah ke Hospital Sultan Ismail Johor Bahru sejurus selepas kemalangan pada 1.8.2020 untuk mendapatkan rawatan cedera parah sebagaimana laporan perubatan. Plaintif dalam keadaan cemas dan trauma tidak ingat sama sekali apa butir-butir yang diberitahu.
g
Adalah tidak adil untuk bergantung kepada laporan penyelaras tersebut oleh kerana jarak masa dari tarikh kemalangan sehingga tarikh siasatan penyelaras lebih kurang 2 tahun selepas kemalangan.
h
Pihak Perayu gagal menimbulkan alasan bermerit dan isu yang ditimbulkan adalah bermotifkan penafian semata-mata dan Mahkamah perlu menolak Permohonan ini dengan kos. S/N 6lDhoxfrUy4sE2lrB7ZdQ
12
Defendan/Responden Ketiga juga mengambil pendirian bahawa permohonan ini tidak wajar kerana ia akan melewatkan penyelesaian tindakan ini.
13
Hakim Mahkamah Sesyen mendengar permohonan ini dan menolak permohonan Perayu dengan alasan terperinci pada Rekod Rayuan Tambahan (Lampiran 7 di ms 12–27)
14
Mahkamah Sesyen menggariskan prinsip undang-undang berhubung pihak Pencelah berdasarkan A 15 r 6 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012, iaitu seseorang hanya boleh mencelah jika mempunyai `legal interest’ dalam ‘subject matter’ tindakan asal.
15
Hakim Sesyen menegaskan bahawa tindakan ‘running-down’ adalah tindakan saman kecuaian/liabiliti antara Plaintif dan Defendan serta melibatkan isu ‘Recovery Action’. Isu yang akan diputuskan hanyalah:
i
Adakah Defendan cuai?
II
(ii) Adakah Plaintif berjaya membuktikan kerugian?
III
(iii) Apakah quantum yang wajar?
16
Mahkamah Sesyen juga menegaskan bahawa insurans bukan pihak penting dalam menentukan kecuaian. Peranan insurans hanya timbul apabila liabiliti telah ditentukan. S/N 6lDhoxfrUy4sE2lrB7ZdQ
17
Dalam Alasan Penghakiman Mahkamah Sesyen di ms 27 Rekod Rayuan Tambahan di Lampiran 7 menunjukkan bahawa Defendan tidak pernah memfailkan apa-apa pindaan pembelaan menarfikan penglibatan beliau dalam kemalangan ini dan pihak-pihak adalah terikat dengan pliding masing-masing dan Perayu pada peringkat ini adalah tidak wajar membuat permohonan bagi memasukkan fakta baharu yang tidak pernah diplidkan oleh Defendan dan pada masa yang sama Perayu telah mengarahkan peguam lain untuk membela Defendan dalam tindakan ini
18
Hakim yang Bijaksana Selanjutnya memutuskan bahawa membenarkan pencelahan akan membawa:
a
perbicaraan menjadi bercelaru dan redundant dan hanya melengahkan masa Mahkamah,
b
isu polisi bercampur dengan isu liabiliti,
c
tindakan tort akan lumpuh,
d
prejudis serius kepada Plaintif.
19
Justeru Mahkamah Sesyen menolak permohonan Perayu.
20
Terdapat isu bantahan awal dan empat isu utama untuk Mahkamah ini putuskan: Isu Bantahan Awal oleh Responden di mana wujud kelewatan yang melampau oleh Perayu dalam S/N 6lDhoxfrUy4sE2lrB7ZdQ pemfailan notis Rayuan dan Penyerahan Notis Rayuan kepada Responden-Responden. Isu Kedua: Adakah Perayu mempunyai ‘legal interest’ yang memberi mereka ‘locus standi’ untuk mencelah? Isu Ketiga: Adakah dakwaan fraud Perayu relevan dan memadai untuk membenarkan permohonan pencelah? Isu Keempat: Adakah Hakim Sesyen tersalah arah dalam mengaplikasikan Aturan 15, Kaedah 6(1)(b)? Isu Kelima: Adakah Mahkamah Tinggi patut mengganggu budi bicara Mahkamah Sesyen?
21
Isu Bantahan Awal oleh Responden dimana wujud kelewatan yang melampau oleh Perayu dalam pemfailan notis Rayuan dan Penyerahan Notis Rayuan kepada Responden-Responden. S/N 6lDhoxfrUy4sE2lrB7ZdQ Aturan 55 Kaedah 5 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 (KKM 2012) menyatakan seperti berikut: “Notis Rayuan terhadap apa-apa keputusan selain keputusan yang dibuat selepas perbicaraan (A.55 k.5)
5
5.(1) Suatu rayuan daripada apa-apa keputusan selain keputusan yang dibuat selepas perbicaraan oleh Mahkamah Rendah hendaklah dibentangkan kepada Hakim Dalam Kamar Mahkamah Tinggi.
2
Rayuan dibawah kaedah ini hendaklah dibawa dengan memfailkan suatu notis rayuan dalam Borang 111A di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Rendah yang berkenaan, dengan sesalinan diberikan kepada Pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi dalam empat belas hari dari tarikh keputusan itu diumumkan dan hendaklah dalam tempoh yang dihadkan untuk memfailkan rayuan menyampaikan sesalinan pendua nota kepada tiap-tiap pihak lain kepada prosiding itu”.
22
Keputusan direkodkan pada 17.11.2022 dan Perayu memfailkan Notis Rayuan di Mahkamah Sesyen Johor Bahru dan Mahkamah Tinggi Johor Bahru pada 1.12.2022. Seterusnya Notis Rayuan telah diserahkan kepada Responden-Responden pada 8.12.2022. Kelewatan pemfailan Notis Rayuan adalah (1) hari manakala kelewatan penyerahan Notis Rayuan tersebut adalah (8) hari. Perayu tidak pernah memfailkan permohonan untuk lanjutan masa di bawah Aturan 3 kaedah 5(1) KKM 2012. untuk ini Responden-Responden menghujahkan bahawa kegagalan untuk mendapatkan kebenaran untuk lanjutan masa dari Mahkamah untuk S/N 6lDhoxfrUy4sE2lrB7ZdQ memfailkan permohonan ini mejadikan rayuan ini defektif dan tidak sah dari segi undang-undang.
23
Bagi isu bantahan awal ini pihak Perayu tidak menjawab kepada bantahan awal ini. Tidak juga menjawab atas alasan apa pemfailan Rayuan ini terlewat dan tidak juga menghujahkan kenapa rayuan ini patut diterima walaupun difailkan di luar tempoh masa apatah lagi menjelaskan kepada pematuhan tempoh 14 hari tersebut tidak dipatuhi.
24
Mahkamah ini bersetuju dengan Hujahan Responden-Responden. Mahkamah ini ingin menekankan di sini bahawa peruntukan Aturan 3 kaedah 5 KKM 2012 jelas memperuntukkan kepada pihak-pihak untuk mematuhi undang-undang mengikuti tempoh masa yang ditetapkan untuk membolehkan prosiding berjalan dengan lancar dan Aturan 3 tersebut diadakan di dalam Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 adalah untuk menunjukkan bahawa undang-undang ini tidak lah terlampau rigid sehingga terus membatalkan setiap tindakan yang tidak patuh kepada Aturan tersebut. Namun di dalam tindakan ini walaupun Perayu di wakili oleh peguamcaranya sendiri tetapi pihak Perayu melalui peguamcaranya tidak mengendahkan peruntukan ini walaupun jelas dan sangat ketara pemfailan yang dibuat tidak mengikut tempoh masa yang ditetapkan. Perayu seolah-olah mengambil sikap tidak peduli (couldn’t care less attitude) akan peruntukan ini sebagaimana yang diputuskan di dalam kes Nadarajan s/o Narayan v Hong S/N 6lDhoxfrUy4sE2lrB7ZdQ Tuan Teck (Part 1) [2008] 1 MLJ 436 di mana Mahkamah memutuskan: “The delay was substantial. The delay was not due to mere oversight or inadvertence. It was due to the ‘çouldn’t care less’ attitude of the applicant/appellant himself”.
25
Di dalam kes kita ini adalah lagi teruk kerana usahkan permohonan perlanjutan dibuat, sebaliknya tiada apa-apa hujahan pun dikemukakan bagi menjawab bantahan awal ini sehingga menyebabkan Mahkamah ini tidak boleh membuat pertimbangan langsung. Ingin Mahkamah ini menegur sikap pihak peguamcara Perayu yang mengambil sikap tidak endah akan perkara ini dan mungkin beranggapan bahawa kelewatan
1
hari dan (8) hari adalah tidak fatal tetapi mereka lupa bahawa ia adalah peruntukan undang-undang yang mandatori dan harus diikuti oleh semua pihak. Mahkamah langsung tidak boleh menggunakan budi bicara dibawah A.92 k.4 KKM 2012 iaitu kuasa sedia ada Mahkamah untuk membuat apa-apa perintah sebagaimana yang perlu untuk mencegah ketidak adilan atau mencegah suatu penyalahgunaan proses Mahkamah. Mahkamah ini bersetuju dengan kes otoriti yang dikemukakan oleh pihak Responden berkenaan dengan kelewatan memfailkan dan menyerahkan Salinan Notis Rayuan kepada pihak-pihak dalam prosiding tersebut dalam tempoh
14
hari daripada tarikh keputusan diumumkan. Didalam kes BHO Sdn Bhd v Wesaw Trading Sdn Bhd & anor [2017] MLJU 1875, Y.A Ahmad Shahrir Mohd Salleh telah menolak rayuan tersebut atas dasar ianya difailkan dengan satu S/N 6lDhoxfrUy4sE2lrB7ZdQ kelewatan yang melampau serta pihak ketiga tersebut telah gagal mengemukakan satu alasan munasabah.
26
Oleh itu atas alasan ini sahaja Mahkamah ini tidak perlu mendengar Rayuan ini atas merit dan seharusnya Rayuan ini dibatalkan. Namun Mahkamah masih lagi menggunakan budi bicara untuk melihat kepada isu yang lebih ‘substantive’ di dalam Rayuan ini.
27
Isu ke dua iaitu isu “Legal Interest” (A 15 r 6(2)(b)) KKM 2012, samada berjaya dibuktikan oleh pihak Perayu.Aturan 15 kaedah 6(2)(b) KKM 2012 “[2] Tertakluk kepada kaedah ini, pada mana-mana peringkat prosiding dalam apa-apa kausa atau perkara, Mahkamah boleh atas apa-apa terma yang difikirkannya adil dan samada atas usulnya sendiri atau atas permohonan-
a
memerintahkan mana-mana orang yang telah dijadikan satu pihak yang tidak sepatutnya atau tidak perlu atau yang kerana apa-apa jua sebab telah terhenti menjadi pihak sepatutnya atau perlu, berhenti menjadi satu pihak;
b
memerintahkan mana-mana orang yang berikut supaya ditambahkan sebagai satu pihak, iaitu-
i
mana-mana orang yang sepatutnya telah dicantumkan sebagai satu pihak atau yang kehadirannya di hadapan Mahkamah adalah perlu untuk memastikan bahawa segala perkara itu boleh diputuskan dengan berkesan dan selengkapnya dan dihakimi ke atasnya; atau S/N 6lDhoxfrUy4sE2lrB7ZdQ
II
(ii) mana-mana orang yang antara mereka dengan mana-mana pihak dalam kausa atau perkara mungkin wujud suatu persoalan atau isu berbangkit daripada atau berhubungan dengan atau berkaitan dengan apa-apa relif atau remedy yang dituntut dalam kausa atau perkara yang, pada pendapat Mahkamah adalah adil dan sesuai diputuskan antara dia dengan pihak itu dan juga diantara pihak dalam kausa atau perkara itu.
28
Beban adalah ke atas Perayu untuk memuaskan hati Mahkamah bahawa keperluan-keperluan yang diperuntukkan di bawah kaedah 6(2)(b) telah dipenuhi. Mahkamah ini merujuk kepada kes Kumarasamy Pillai Govindaraju @ K. Govindaraju a/l Kumarasamy Pillai v Vijayasundaram a/l Sambantham Mudaliar (Vegadachalam a/l Palaniappen, intervener [2010] 4 MLJ 567 yang memutuskan bahawa: “ A person must have an interest directly related to subject matter of an action before he is entitled to intervene in the action”.
29
Mahkamah ini juga merujuk kepada kes Pegang Mining Co. Ltd v Choong Sam & Ors [Privy Council Appeal no.5 of 1968] yang dirujuk juga oleh pihak Responden, dimana Lord Diploct telah memutuskan seperti berikut: Ït has sometimes been said that a party may be added if his legal interest will be affected by the judgment in the action but not if hiscommercial interest would be affected”. [penekanan ditambah] S/N 6lDhoxfrUy4sE2lrB7ZdQ
30
Kes ini dirujuk juga di dalam kes Mahkamah Rayuan, Dato Dr Muhamed Haniffa bin Haji Abdullah v Koperasi Doktor Malaysia Bhd [2008] 3 CLJ 323; [2008] 3 MLJ 530; Sistem Lingkaran Lebuhraya Kajang Sdn Bhd v Inch Kenneth Kajang Rubber Ltd [2011] 4 MLJ 403, Mahkamah Rayuan mendapati bahawa Pencelah yang dicadangkan tidak termasuk dalam kategori pihak yang dimaksudkan oleh A.15 k.6(2)(b) (i)
31
Perayu untuk isu ini menghujahkan bahwa polisi mungkin batal kerana penipuan dan oleh itu isu ‘coverage’ harus diputuskan dalam tindakan utama. Perayu mendakwa memfailkan tindakan berasingan adalah membebankan dan bercanggah dengan objektif kecekapan Kehakiman.
32
Manakala bagi isu ini Responden-Responden pula menjawab bahawa kes ‘Running-down action’ hanya melibatkan isu kecuaian, liabiliti dan quantum dan oleh itu polisi insurans tidak relevan dalam menentukan liabilti.
33
Mahkamah ini bersetuju bahawa isu polis insuran bukan sebahagian daripada tindakan dalam kes guaman ini. Dalam tindakan ini juga, insurans tidak mempunyai apa-apa kepentingan langsung dalam penentuan kecuaian. Membenarkan Pencelah/Perayu adalah akan bercanggah dengan prinsip Kehakiman iaitu akan mewujudkan kekeliruan isu dan melengahkan prosiding asal. S/N 6lDhoxfrUy4sE2lrB7ZdQ
34
Insurans hanya akan terikat apabila Mahkamah memutuskan Defendan bertanggungjawab. Jika pun Perayu merasakan bahawa isu ‘coverage’ insurans ini tidak patut dibayar kepada Pihak Ketiga ataupun kepada Defendan maka ia seharusnya dibicarakan melalui saman yang berasingan dan bukan melalui tindakan guaman ini. Isu ‘coverage’ ini tidak boleh digunakan sebagai asas mencelah.
35
Sama ada polisi sah atau tidak adalah isu berasingan, bukan isu dalam tindakan ini. Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan Responden bahawa adalah tidak dapat diterima oleh Mahkamah ini bahawa Perayu berselindung dan berdasarkan kepada obligasi kontrak dibawah polisi perlindungan insuran dengan pihak Responden Ketiga semata-mata untuk menjadi kepentingan komersial Perayu untuk menanggung bayaran gantirugi di akhir guaman ini. Keterangan fakta ini boleh dilihat kepada Afidavti Sokongan Perayu ketika memfailkan Permohonan di Lampiran 9 tersebut. Ia juga diakui oleh Perayu sendiri di perenggan 3.7, ms 5, Hujahan Perayu di Lampiran 10 yang menyatakan bahawa Perayu perlu diberi kebenaran untuk mencelah dan dijadikan Defendan Kedua dalam tindakan ini bagi menjaga kepentingan undang-undang dan komersial Pencelah yang dicadangkan. Ini sesungguhnya adalah bercanggah daripada keputusan kes Pegang Mining Co. Ltd v Choong Sam & Ors (supra). [penekanan ditambah] S/N 6lDhoxfrUy4sE2lrB7ZdQ
36
Oleh itu, Mahkamah bersetuju dengan dapatan Mahkamah Sesyen bahawa Perayu langsung tidak mempunyai ‘legal interest’.
37
Isu ke tiga berkenaan Dakwaan Fraud / Collusion Perayu berdasarkan hasil siasatan pihak Penyelaras yang dibuat lebih kurang dua (02) tahun selepas kemalangan jalan raya yang berlaku pada 01.08.2020 melalui aporan Penyelaras bertarikh 18.4.2022 manakala laporan polis Responden Ketiga/Defendan adalah pada 04.8.2020 dan Laporan pegawai penyiasat pada 30.8.2020. Perayu mengelak tanggungan di bawah polisi insurans tersebut memandangkan terdapat fakta yang menunjukkan bahawa kemalangan tersebut tidak melibatkan Defendan dan kenderaan JSV 2596 tersebut. Sebarang pengakuan yang dibuat oleh Responden Ketiga/Defendan secara palsu (fraudulent) tentang penglibatan beliau dalam kemalangan tersebut semasa perbicaraan kelak, jika diambil kira oleh Mahkamah bagi membenarkan tuntutan Responden Pertama dan Responden Kedua maka Perayu akan menanggungrugi Responden-Responden sepertimana yang ditetapkan oleh s.96 Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987. Justeru itu adalah wajar untuk Perayu mencelah dan dijadikan Defendan Kedua di dalam tidakan ini untuk membuktikan isu ini dalam satu perbicaraan penuh degan pemeriksaan saksi-saksi. S/N 6lDhoxfrUy4sE2lrB7ZdQ
38
Merujuk kepada s.96 (3) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dinyatakan seperti berikut: [3] No sum shall be payable by an insurer under subsection (1) before the date the liability was incurred, the insurer had obtainded the declaration from a court that the insurance was void or unencforceable. Provided that an insurer who has obtained such a declaration as aforesaid in action shall not become entitled to the benefit of his subsection as respects any judgement obtained in proceedings commenced before the commencement of that action unless, before or within seven days after the commencement of that action, he has given notice to the person who is the plaintiff in the said proceedings specifying the grounds on which he proposes to rely, and any person to whom notice of such action is so given shall be entitled if he thinks fit to be made a party thereto”. [penekanan ditambah]
39
Peruntukan ini secara jelas memerlukan pihak insuran untuk membuat permohonan untuk satu deklarasi bahawa polisi insurans adalah terbatal dan tidak boleh digunakan yang berkait rapat dengan obligasi kontrak dibawah polisi insuran dan tidak ada kaitan dengan liabilti dan ganti rugi berkaitan kes kemalangan jalan raya yang berlaku. Isu yang ditimbulkan oleh Perayu bahawa pengakuan secara palsu/fraud oleh Defendan semasa perbicaraan nanti adalah berkait dengan obligasi kontrak dan bukan isu liabiliti dan quantum pihak yang menuntut. Jika dakwaan Perayu adalah kemalangan tersebut tidak pernah berlaku maka isu tersebut perlu di putuskan pada S/N 6lDhoxfrUy4sE2lrB7ZdQ platform tindakan undang-undang yang lain. Ini adalah kerana tindakan ini dimulakan adalah berasaskan kepada Laporan polis yang dibuat dan berdasarkan keputusan siasatan pegawai penyiasat polis bertarikh 30.8.2020 dan saman juga dikeluarkan terhadap Responden Ketiga/Defendan. Laporan Penyelaras Perayu bertarikh 18.4.2022 adalah melebihi 2 tahun daripada tarikh kemalangan adalah tidak akan membantu Mahkamah dalam membuat keputusan kes ini kerana ianya suatu siasatan yang terlampau lewat. Kehadiran Perayu semata-mata membuktikan hal tersebut dan mengelak untuk membayar polisi bukanlah perlu ditentukan pada peringkat ini dan seharusnya dibawa kepada tindakan deklarasi di forum yang lain sebagaimana yang dinyatakan di bawah s.96(3) APJ 1987.
40
Disamping itu Mahkamah ini juga mendapati bahawa:
i
Dakwaan ini tidak diplidkan secara terperinci;
II
(ii) Tiada afidavit Perayu yang menyatakan elemen fraud;
III
(iii) Tiada bukti dokumentari;
IV
(iv) Dakwaan itu spekulatif dan bersifat “afterthought”.
41
Aturan 18 k 12 KKM 2012 adalah jelas berkenaan dengan butir-butir pliding. Jika fraud tidak diplidkan dengan spesifik, Mahkamah tidak boleh mempertimbangkannya. Pernyataan umum semata-mata tidak mencukupi untuk membentuk suatu unsur penipuan/fraud dan ianya mesti diplidkan dengan butiran S/N 6lDhoxfrUy4sE2lrB7ZdQ terperinci namun tidak ada di mana-mana kertas kausa Perayu ada dinyatakan. Kes dirujuk Quality Concrete Holdings v Classic Gypsum Manufacturing Sdn Bhd [2008] 7 MLJ 677 Mahkamah memutuskan bahawa Plaintif telah memplidkan salah nyata secara fraud tanpa memberikan butir-butir penuh sebagaimana dikehendaki oleh A.18 k.12 RHC. Kes Ikram Megah Sdn Bhd v Pantiga Resources Sdn Bhd [2010] Mahkamah memutuskan Plaintif telah gagal memplidkan dakwaan fraud dengan butiran yang mencukupi. Oleh itu isu ini langsung tidak dapat dipertimbangkan oleh Mahkamah ini dalam membenarkan permohonan Perayu sebagai Pencelah. Isu ke empat—Coverage Tidak Relevan Pada Tahap
42
Perayu di Lampiran 10, Hujahannya di perenggan 4 juga menyatakan bahawa ianya perlu diberikan kebenaran sebagai pencelah kerana untuk mengelakkan satu lagi prosiding bagi satu deklarasi pembatalan polisi dan penafian tanggungan di bawah polisi insuran Responden Ketiga yang turut akan menjejaskan apa juga keputusan yang akan dibuat oleh Mahkamah Sesyen tersebut berkenaan tuntutan Responden Pertama dan Kedua. Perayu juga menghujahkan bahawa polisi mungkin batal kerana penipuan dan oleh itu isu coverage harus diputuskan dalam tindakan yang sama. Ia juga untuk mengelakkan litigasi berganda (multiplicity). Perayu merujuk kepada kes Kimilea Dangea v MSIG Insurance (M) Bhd [2010] 1 LNS 1912. S/N 6lDhoxfrUy4sE2lrB7ZdQ
43
Bagi isu ini pihak Responden berhujah bahawa tindakan guaman ini hanya melibatkan isu kecuaian, liability dan quantum. Isu polisi insuran adalah tidak relevan diperingkat liabiltii dan tindakan tort tidak boleh dibicarakan bersama dengan isu kontrak yang melibatkan isu coverage yang mana semestinya diputuskan melalui saman deklarasi yang berasingan dan bukan melalui premis memohon sebagai Pencelah.
44
Mahkamah bersetuju dengan hujahan Responden bahawa tindakan asal ialah tuntutan tort, bukan tindakan kontrak insurans.
45
Isu ‘coverage’ adalah antara Perayu dan Defendan, bukan antara Plaintif-Plaintif dan Defendan (dalam tindakan asal) Mahkamah Persekutuan dalam kes Chen Boon Kwee v Berjaya Sompo Insurance Bhd [2025] 1 MLJ 158 memutuskan sebagaimana berikut: “(2) Sekiranya penanggung insuran ingin mencabar liabilitinya untuk membayar dengan alasan bahawa pihak yang menuntut tidak termasuk dalam kelas orang yang disenaraikan dalam s.91(1)(b) APJ atau bahawa polisi insuran itu tidak sah atau tidak boleh dikuat kuasakan, penanggung insurans perlu mendapatkan PENGISYTIHARAN yang mengikat pihak ketiga menurut s.96(3) APJ sebelum penghakiman liabilti diberikan”.
46
Membenarkan Perayu mencelah akan mengakibatkan:
a
Melambatkan proses litigasi; S/N 6lDhoxfrUy4sE2lrB7ZdQ
b
Kekeliruan kepada isu yang perlu diputuskan iaitu isu liabiliti dan quantum antara Responden Pertama dan Responden Kedua/Plaintif-Plaintif dan Responden
c
Prejudis kepada Responden Pertama dan Responden
d
Pembaziran masa Mahkamah;
47
Mahkamah ini juga mendapati jika Perayu dibenarkan mencelah, setiap kes Kemalangan Jalan Raya selepas ini akan melibatkan syarikat insurans masuk untuk mempertikai polisi.
48
Ini bertentangan dengan dasar kehakiman untuk memastikan tindakan tort diselesaikan cepat, efisien dan tanpa kerumitan teknikal yang tidak perlu. . Budi Bicara Mahkamah Sesyen dalam campurtangan dan mengganggu keputusan Mahkamah Bawahan.
49
Merujuk kepada kes Mahkamah Persekutuan di dalam kes Ng Hoo Kui & Anor v Wendy Tan Lee Peng, Administrator of the estate of Tan Ewe Kwong, deceased & Ors [2020] 10 CLJ 1, Zabariah Yusof FCJ, memutuskan: [1] An appellate court should not interfere with the trial judge’s conclusion on primary fact, unless satisfied that he was ‘plainly S/N 6lDhoxfrUy4sE2lrB7ZdQ wrong’. If the trial judge decision can be reasonably explained and justified then the appellate courts should refrain from from intervention”.
50
Bersandarkan kepada prinsip tersebut Mahkamah ini mendengar dan telah memutuskan kes ini. Prinsip undang-undang adalah jelas iaitu Mahkamah Tinggi hanya akan mengganggu budi bicara Mahkamah Sesyen jika terdapat:
a
salah arah undang-undang;
b
salah ambil kira fakta;
c
tidak ambil kira fakta relevan;
d
keputusan tidak munasabah.
51
Setelah membaca, meneliti dan menilai rekod rayuan, rekod rayuan tambahan dan hujahan kedua-dua belah pihak, Mahkamah tidak menemui apa-apa kesilapan atau salah arah undang-undang dan fakta yang diputusakan oleh Hakim Mahkamah Sesyen pada 17 November 2022. Sebaliknya, Hakim Sesyen memberikan alasan yang cukup lengkap dan komprehensif.
52
Berdasarkan keseluruhan analisis, Mahkamah membuat dapatan berikut:
a
Perayu tidak mempunyai `locus standi’;
b
Dakwaan fraud tidak diplead dan tidak relevan; S/N 6lDhoxfrUy4sE2lrB7ZdQ
c
Polisi insurans tidak relevan pada tahap liabiliti;
d
Intervensi akan melambatkan dan melewatkan pebicaraan tindakan guaman dalam kes ini;
e
Hakim Sesyen tidak melakukan apa-apa kesilapan;
53
Oleh sebab-sebab tersebut, Mahkamah memutuskan bahawa: Rayuan ini adalah dengan ini DITOLAK secara keseluruhan. Keputusan Mahkamah Sesyen bertarikh 17.11.2022 dikekalkan sepenuhnya.
54
Kos RM5000.00 dibayar oleh Perayu kepada Responden-Responden. BERTARIKH : 24 NOVEMBER 2025 t.t MANIRA BINTI MOHD NOR PESURUHJAYA KEHAKIMAN MAHKAMAH TINGGI SIVIL 4 JOHOR BAHRU S/N 6lDhoxfrUy4sE2lrB7ZdQ Peguam bagi pihak Perayu Kala Lakshmi a/p Annamalai Othman Hashim & Co Johor Bahru Peguam bagi Pihak Responden Vickneswaran a/l Kalaiselvan Pertama VM Kumaran & Co, Batu Pahat Peguam Bagi Pihak Responden Nesen a/l Arugumugam Kedua Lenosha a/p Muthu Syed Alwi, Ng & Co, Johor Bahru S/N 6lDhoxfrUy4sE2lrB7ZdQ
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.