Malaysia legislation
Section 11
Seksyen 11
(2)
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), kaedah-kaedah boleh dibuat—
(a)
untuk mengadakan peruntukan bagi kawalan oleh Ketua
Pengarah tentang apa-apa projek yang dijalankan oleh seseorang pengendali berlesen untuk memajukan dan membangunkan kemudahan dan perkhidmatan di mana-Rumah Penyembelihan (Penswastaan) 13
mana rumah penyembelihan;
(b)
untuk mengadakan peruntukan bagi reka bentuk dan spesifikasi rumah penyembelihan yang baru;
(c)
untuk mengawal selia penggunaan selamat rumah penyembelihan dan premis yang di bawah kawalan seseorang pengendali berlesen;
(d)
untuk mengadakan peruntukan bagi kebersihan rumah penyembelihan dan premis dalam kawasan rumah penyembelihan, dan untuk mencegah pencemaran kawasan sekeliling;
(e)
untuk mengadakan peruntukan bagi keselamatan orang yang bekerja dalam sesuatu rumah penyembelihan;
(f)
untuk menetapkan apa-apa fi atau caj sebagaimana yang perlu bagi maksud Akta ini;
(g)
untuk memastikan kawalan yang sepatutnya ke atas penyembelihan haiwan; dan
(h)
secara amnya untuk memberi kuat kuasa kepada peruntukan Akta ini.
Penalti am