Malaysia legislation

Section 16

of *AKTA RUMAH PENYEMBELIHAN (PENSWASTAAN) 1993

Seksyen 16

Ketua Pengarah dan mana-mana pegawai yang diberi kuasa dengan sewajarnya olehnya secara bertulis boleh, bagi maksud Akta ini atau mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya, memasuki mana-mana premis yang diduduki oleh seseorang pengendali berlesen untuk meneliti dan memeriksa keadaan premis itu atau mana-mana bangunan atau kemudahan di dalamnya.