Malaysia legislation

Section 17

of *AKTA RUMAH PENYEMBELIHAN (PENSWASTAAN) 1993

Seksyen 17

Kuasa khas semasa darurat

(a)

menggantung lesen seseorang pengendali berlesen dan mengambil milik sementara mana-mana rumah penyembelihan seseorang pengendali berlesen;

(b)

menarik balik sama ada sebahagian atau keseluruhan penggunaan mana-mana perkhidmatan atau kemudahan rumah penyembelihan daripada mana-mana orang atau golongan orang atau daripada orang awam pada umumnya.

(2)

Yang di-Pertuan Agong boleh juga memberi kuasa kepada

Menteri atau mana-mana pegawai lain yang bekerja dengan Kerajaan untuk mengendalikan rumah penyembelihan yang diambil milikan di bawah perenggan (1)(a).

(3)

Pengendali berlesen hendaklah memberi segala bantuan yang perlu apabila dikehendaki berbuat demikian oleh Menteri atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa untuk mengendalikan rumah penyembelihan di bawah subseksyen (2).

(4)

Jika apa-apa keraguan berbangkit tentang kewujudan sesuatu darurat atau sama ada apa-apa tindakan yang dibuat di bawah subseksyen (1) adalah demi kepentingan keselamatan awam, maka suatu perakuan yang ditandatangani oleh Yang di-Pertuan Agong dan

16 Undang-Undang Malaysia AKTA 507

dipamerkan di mana-mana tempat sebagaimana yang difikirkan patut oleh Menteri hendaklah menjadi bukti muktamad mengenainya.

(5)

Jika Kerajaan mengambil milikan mana-mana rumah penyembelihan di bawah perenggan (1)(a) pengendali berlesen itu hendaklah dibayar pampasan mencukupi yang hendaklah ditentukan oleh Ketua Pengarah selepas memberikan pengendali berlesen itu peluang untuk didengar atas perkara itu.

(6)

Mana-mana pengendali berlesen yang tidak berpuas hati dengan penentuan atau keputusan Ketua Pengarah boleh merayu kepada Menteri terhadap penentuan atau keputusan itu

Penyampaian notis

Section 17 — ABATTOIRS (PRIVATIZATION) ACT 1993 | mylaw.my