Malaysia legislation

Section 2

of *AKTA RUMAH PENYEMBELIHAN (PENSWASTAAN) 1993

Seksyen 2

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Perkhidmatan Haiwan yang dilantik di bawah seksyen 3 Ordinan Haiwan 1953 [Ord.17

tahun 1963] dan termasuklah Timbalan Ketua Pengarah yang dilantik di bawah seksyen yang sama;

6 Undang-Undang Malaysia AKTA 507

“lesen” ertinya lesen yang dikeluarkan di bawah Bahagian II;

“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kawalan rumah penyembelihan;

“pengendali berlesen” ertinya mana-mana orang atau kumpulan orang yang dilesenkan di bawah Bahagian II untuk mengendalikan rumah penyembelihan;

“rumah penyembelihan” ertinya mana-mana tempat, dengan kemudahan yang sepatutnya untuk pemeriksaan daging, bagi menyembelih haiwan yang ditentukan dalam Jadual;

“untuk mengendalikan” ertinya untuk membina atau untuk menguruskan rumah penyembelihan atau untuk mengadakan perkhidmatan rumah penyembelihan.