Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
(2)
Jika, apabila tamat tempoh yang ditetapkan dalam notis itu, pengendali berlesen itu tidak mematuhi syarat yang disebutkan dalamnya, Ketua Pengarah hendaklah mengemukakan kepada
Menteri suatu laporan mengenai kegagalan oleh pengendali berlesen itu dan laporan itu hendaklah dalam apa-apa bentuk yang difikirkan sesuai patut oleh Ketua Pengarah.
(3)
Jika, selepas menimbangkan laporan daripada
Ketua
Pengarah, Menteri berpuas hati bahawa pelanggaran itu, atau pelanggaran yang dibimbangkan itu, bersifat serius atau telah menjejaskan atau berkemungkinan menjejaskan kepentingan atau keselamatan awam, dan pengendali berlesen itu telah enggan untuk mengambil atau belum mengambil segala langkah yang ternyata perlu kepada Menteri adalah perlu bagi maksud memastikan pematuhan syarat yang berkenaan, Menteri boleh memberi notis kepada pengendali berlesen itu yang menyatakan bahawa dia bercadang untuk menggantungkan atau membatalkan, mengikut mana-mana yang berkenaan, lesen pengendali dan notis hendaklah juga menyatakan—
( a ) syarat lesen yang telah dilanggar oleh pengendali berlesen itu dan perbuatan atau peninggalan yang menjadi pelanggaran itu; dan 8 Undang-Undang Malaysia AKTA 507
( b ) tempoh (yang tidak kurang daripada tiga puluh hari dari tarikh notis itu) yang dalamnya pengendali berlesen itu boleh membuat representasi berkenaan dengan penggantungan atau pembatalan yang dicadangkan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.
(4)
Selepas tamat tempoh yang dinyatakan dalam notis itu dan setelah menimbang apa-apa representasi yang dibuat oleh pengendali berlesen itu, jika ada, Menteri hendaklah memutuskan sama ada hendak meneruskan tindakan yang dicadangkan itu atau tidak akan mengambil apa-apa tindakan lanjut.
(5)
Suatu notis hendaklah diberikan oleh Menteri kepada pengendali berlesen itu mengenai keputusannya dan keputusan itu hendaklah berkuat kuasa dari tarikh yang notis itu disampaikan kepada pengendali berlesen itu.
(6)
Keputusan Menteri di bawah seksyen ini adalah muktamad dan konklusif.
Penggantungan atau pembatalan lesen atas pelanggaran Akta atau kaedah-kaedah