Malaysia legislation

Section 5

of *AKTA RUMAH PENYEMBELIHAN (PENSWASTAAN) 1993

Seksyen 5

(2)

Jika, selepas menimbangkan laporan daripada Ketua

Pengarah,

Menteri berpuas hati bahawa pelanggaran atau ketidakpatuhan itu bersifat serius atau telah menjejaskan atau berkemungkinan menjejaskan kepentingan atau keselamatan awam, dia hendaklah memberi kepada pengendali berlesen itu suatu notis yang menyatakan bahawa dia bercadang untuk menggantungkan atau membatalkan, mengikut mana-mana yang berkenaan, lesen pengendali berlesen itu dan notis itu hendaklah juga menyatakan—

Rumah Penyembelihan (Penswastaan) 9

(a)

peruntukan Akta atau kaedah-kaedah yang dibuat di bawahnya yang telah dilanggar oleh pengendali berlesen itu dan perbuatan atau peninggalan yang menjadi pelanggaran itu; dan

(b)

tempoh (yang tidak kurang daripada tiga puluh hari dari tarikh notis itu) yang dalamnya pengendali berlesen itu boleh membuat representasi berkenaan dengan penggantungan atau pembatalan yang dicadangkan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(3)

Selepas tamat tempoh yang dinyatakan dalam notis itu dan selepas menimbangkan apa-apa representasi yang dibuat oleh pengendali berlesen itu, jika ada, Menteri hendaklah memutuskan sama ada hendak meneruskan tindakan yang dicadangkan itu atau tidak akan mengambil apa-apa tindakan lanjut.

(4)

Suatu notis hendaklah diberikan oleh Menteri kepada pengendali berlesen itu mengenai keputusannya dan keputusan itu hendaklah berkuat kuasa dari tarikh yang notis tersebut disampaikan kepada pengendali berlesen itu.

(5)

Keputusan Menteri di bawah seksyen ini adalah muktamad dan konklusif.