Malaysia legislation

Section 7

of *AKTA RUMAH PENYEMBELIHAN (PENSWASTAAN) 1993

Seksyen 7

(a)

mengemukakan kepada Ketua Pengarah dalam tempoh tiga bulan selepas berakhirnya setiap tahun kewangan atau apa-apa tempoh yang lebih panjang sebagaimana yang dibenarkan oleh Ketua Pengarah—

(i)

suatu laporan mengenai kendaliannya dalam tahun kewangan itu yang mengandungi apa-apa maklumat yang perlu untuk membolehkan

Kerajaan membuat suatu penilaian berdasarkan maklumat tentang kendalian itu; dan

(ii)

kunci kira-kira dan akaun untung rugi tahunannya yang telah diaudit dan laporan juruaudit dan pengarahnya;

(b)

mengemukakan kepada Ketua Pengarah—

(i)

apa-apa maklumat statistik berhubungan dengan kendaliannya sebagaimana yang dikehendaki oleh

Kerajaan dari semasa ke semasa;

(ii)

ramalannya tentang bilangan haiwan yang akan disembelih bagi sesuatu tempoh yang dinyatakan, dan ramalan itu hendaklah dalam apa-apa bentuk yang ditentukan oleh Ketua Pengarah dari semasa ke semasa; dan

(iii)

rancangan pembangunan masa depan berhubungan dengan apa-apa perkhidmatan atau kemudahan yang mesti diadakan olehnya di bawah syarat lesen.

(2)

Ketua Pengarah boleh menghendaki seseorang pengendali berlesen untuk mengemukakan apa-apa maklumat lanjut atau tambahan sebagaimana yang difikirkannya perlu sama ada dengan

Rumah Penyembelihan (Penswastaan) 11

cara penjelasan, penghuraian atau selainnya berkenaan dengan apa-apa laporan atau maklumat yang dikemukakan oleh pengendali berlesen itu di bawah subseksyen (1) dan maklumat itu hendaklah dikemukakan dalam apa-apa tempoh dan mengikut apa-apa cara yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah.