Malaysia legislation

Section 9

of *AKTA RUMAH PENYEMBELIHAN (PENSWASTAAN) 1993

Seksyen 9

Pengemukaan memorandum bagi perubahan pada caj dan fi yang sedia ada

(2)

Menteri hendaklah menimbangkan memorandum yang dikemukakan itu dalam masa enam bulan dari pengemukaannya.

(3)

Menteri boleh—

(a)

meluluskan memorandum itu tertakluk kepada apa-apa ubah suaian kepada cadangan yang terkandung dalam memorandum itu sebagaimana yang difikirkannya patut dan wajar;

(b)

menolak memorandum itu.

12 Undang-Undang Malaysia AKTA 507

(4)

Jika Menteri menolak memorandum itu, pengendali berlesen itu boleh, jika terdapat perubahan dalam hal keadaan berhubungan dengan cadangan dalam memorandum itu, memohon kepada Menteri untuk suatu kajian semula:

Dengan syarat bahawa permohonan untuk kajian semula itu hendaklah dibuat sebelum tamatnya tempoh tiga puluh hari dari tarikh notis penolakan memorandum itu.

(5)

Menteri hendaklah menimbang permohonan untuk kajian semula dalam masa tiga bulan dari pengemukaannya.

Menteri hendaklah membuat pindaan kepada kaedah-kaedah berkenaan dengan perubahan pada caj dan fi