Malaysia legislation

Section 3

of AKTA MELARIKAN ORANG DAN MENGUGUT SAKSI SECARA JENAYAH 1947

Seksyen 3

Sesiapa sahaja yang melarikan mana-mana orang—

(a)

dengan niat supaya orang itu ditahan untuk tebusan atau supaya pemerasan dilakukan daripada orang itu atau mana-mana orang lain; atau

(b)

dengan mengetahui bahawa ada kemungkinan orang itu akan ditahan untuk tebusan atau pemerasan akan dilakukan daripada orang itu atau mana-mana orang lain, hendaklah dihukum dengan hukuman pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai empat belas tahun dan boleh juga didenda.

Melarikan orang untuk menghalang perjalanan keadilan