Malaysia legislation

Section 2

of AKTA PUNGUTAN RUMAH KE RUMAH DAN DI JALAN 1947

Seksyen 2

(a)

dalam mana-mana kawasan tertentu dalam Semenanjung

Malaysia, Ketua Pegawai Polis yang bertanggungjawab bagi polis dalam kawasan itu; dan

*CATATAN—Semua sebutan mengenai “Malaysia Barat” hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai “Semenanjung Malaysia”–lihat Akta Tafsiran (Pindaan) 1997 [Akta A996], subseksyen 5(2).

Undang-Undang Malaysia 6

(b)

di seluruh Semenanjung Malaysia atau dalam mana-mana kawasan yang baginya polis dalam satu bahagiannya berada di bawah tanggungjawab Ketua Pegawai Polis yang bertanggungjawab bagi polis dalam mana-mana bahagian lain kawasan itu, Ketua Polis Negara;

“hasil” ertinya, berhubung dengan pungutan, semua wang dan semua harta lain yang diberikan, sama ada sebagai balasan atau tidak, bagi menyambut rayuan yang dibuat;

“penganjur” ertinya, berhubung dengan pungutan, seseorang yang menyebabkan orang lain bertindak, sama ada untuk saraan atau selainnya, sebagai pemungut bagi maksud pungutan; dan

“menganjurkan” dan “anjuran” mempunyai erti yang bersamaan;

“pihak berkuasa” ertinya, berhubung dengan pungutan yang hendak dibuat—

(a)

keseluruhannya di dalam satu Negeri, Menteri Besar atau

Ketua Menteri Negeri itu; dan

(b)

dalam mana-mana hal lain, Menteri;

“pungutan” ertinya rayuan kepada orang ramai atau mana-mana golongan orang ramai, yang dibuat dengan cara lawatan dari rumah ke rumah atau dengan cara pujuk rayu di jalan atau di tempat awam yang lain, atau dengan kedua-dua cara itu, supaya memberi, sama ada sebagai balasan atau tidak, wang atau harta lain yang bukan wang atau harta yang genap masa atau hampir genap masa diberikan oleh pemberinya di bawah atau menurut mana-mana undang-undang bertulis, kontrak atau obligasi di sisi undang-undang yang lain; dan “pemungut” ertinya, berhubung dengan pungutan, seseorang yang membuat rayuan sedemikian dengan salah satu cara yang tersebut itu;

“rumah” termasuklah tempat perniagaan.

(2)

Bagi maksud Akta ini, pungutan hendaklah disifatkan dibuat bagi suatu maksud tertentu jika rayuan itu dibuat bersama dengan representasi bahawa wang atau harta yang dirayu itu, atau sebahagiannya, akan digunakan bagi maksud itu.

Pungutan Rumah ke Rumah dan di Jalan 7

Pungutan rumah ke rumah dan di jalan hendaklah dilesenkan

Section 2 — HOUSE TO HOUSE AND STREET COLLECTIONS ACT 1947