Malaysia legislation

Section 3

of AKTA PUNGUTAN RUMAH KE RUMAH DAN DI JALAN 1947

Seksyen 3

(2)

Jika mana-mana orang menganjurkan pungutan, dan pungutan dibuat di mana-mana tempat menurut anjurannya, maka, melainkan jika ada berkuat kuasa, sepanjang tempoh yang pungutan itu dibuat di tempat itu, suatu lesen yang membenarkannya, atau yang membenarkan seorang lain yang di bawah kuasa orang itu dia bertindak, menganjurkan pungutan itu di tempat itu, dia melakukan suatu kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau denda dan pemenjaraan itu kedua-duanya.

(3)

Jika mana-mana orang bertindak sebagai pemungut di mana-mana tempat bagi maksud pungutan, maka, melainkan jika ada berkuat kuasa pada setiap masa apabila dia bertindak sedemikian, suatu lesen yang membenarkan seorang penganjur yang di bawah kuasanya pemungut itu bertindak, atau yang membenarkan pemungut itu sendiri, menganjurkan pungutan itu di tempat itu, dia melakukan suatu kesalahan.

Lesen