Malaysia legislation

Section 4

of AKTA PUNGUTAN RUMAH KE RUMAH DAN DI JALAN 1947

Seksyen 4

(2)

Kecuali dalam apa-apa hal yang ternyata pada pegawai pelesenan bahawa permohonan itu patut ditolak atas mana-mana alasan yang dinyatakan dalam subseksyen (4) pegawai pelesenan itu hendaklah mengemukakan permohonan itu kepada pihak berkuasa yang akan menyatakan kepada pegawai pelesenan itu sama ada atau tidak permohonan itu akan ditolak atas alasan dasar awam atau kerana pungutan itu berlawanan dengan kepentingan awam.

(3)

Tertakluk kepada peruntukan yang berikut dalam seksyen ini pegawai pelesenan hendaklah memberi pemohon suatu lesen yang memberi kuasa kepada pemohon itu menganjurkan suatu pungutan tetapi tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkan oleh pegawai pelesenan patut dikenakan.

Undang-Undang Malaysia 8

(4)

Pegawai pelesenan boleh, menurut budi bicara mutlaknya, menolak untuk memberikan sesuatu lesen atau boleh, pada bila-bila masa, membatalkan sesuatu lesen jika ternyata padanya—

(a)

bahawa jumlah amaun yang mungkin digunakan bagi maksud pungutan itu daripada hasilnya (termasuk apa-apa amaun yang telah digunakan sedemikian) tidak cukup kadarnya berbanding dengan nilai hasil yang mungkin diterima (termasuk apa-apa hasil yang telah diterima);

(b)

bahawa saraan yang berlebihan berhubung dengan jumlah amaun yang disebut terdahulu mungkin, atau telah, disimpan atau diterima daripada hasil pungutan itu oleh mana-mana orang;

(c)

bahawa pemberian sesuatu lesen mungkin memudahkan pelakuan suatu kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis, atau bahawa apa-apa kesalahan sedemikian telah dilakukan berkaitan dengan pungutan itu, dan khususnya, bahawa apa-apa kekerasan, ugutan atau paksaan mungkin, atau telah, digunakan untuk mendapatkan apa-apa sumbangan bagi maksud pungutan itu;

(d)

bahawa pemohon bagi atau pemegang sesuatu lesen ialah seorang yang tidak layak dan sesuai untuk memegang lesen oleh sebab hakikat bahawa dia pernah disabitkan, sama ada di dalam Persekutuan atau di tempat lain, atas apa-apa kesalahan yang sabitan baginya semestinya melibatkan atau menimbulkan dapatan bahawa dia telah bertindak secara fraud atau secara curang, atau atas apa-apa kesalahan daripada jenis yang mungkin dilakukan dengan mudah dengan pemberian suatu lesen;

(e)

bahawa pemohon bagi atau pemegang sesuatu lesen, dalam menganjurkan suatu pungutan yang mengenainya suatu lesen telah diberikan kepadanya, telah tidak menjalankan usaha yang sewajarnya untuk menjamin bahawa orang yang diberi kuasa olehnya untuk bertindak sebagai pemungut bagi maksud pungutan itu ialah orang yang layak dan sesuai, untuk menjamin pematuhan, pada pihak orang yang diberi kuasa sedemikian, peruntukan Akta ini atau peruntukan apa-apa peraturan yang dibuat di bawahnya, atau untuk mencegah lencana yang ditetapkan atau perakuan kuasa yang ditetapkan daripada diperoleh oleh orang yang tidak diberi kuasa sedemikian;

Pungutan Rumah ke Rumah dan di Jalan 9

(f)

bahawa pungutan itu adalah untuk membantu, atau bahawa penganjur atau mana-mana daripada pemungut itu ialah anggota suatu pertubuhan haram, atau bahawa maksud pungutan itu adalah haram atau diada-adakan;

(g)

bahawa pemohon bagi atau pemegang sesuatu lesen telah memberikan maklumat palsu kepada pihak berkuasa pelesenan, atau telah enggan atau abai untuk memberikan pihak berkuasa pelesenan apa-apa maklumat yang semunasabahnya dikehendaki bagi maksud membolehkan pihak berkuasa pelesenan itu mengetahui mana-mana perkara yang dinyatakan dalam perenggan yang disebut terdahulu.

(5)

Jika di bawah peruntukan subseksyen (2) pihak berkuasa telah menyatakan kepada pegawai pelesenan bahawa pungutan itu dibantah atas alasan dasar awam, atau bahawa permohonan lesen itu perlu ditolak demi kepentingan awam, pegawai pelesenan hendaklah menolak permohonan lesen itu.

(6)

Jika pada bila-bila masa ternyata pada pihak berkuasa bahawa pembatalan sesuatu lesen yang telah diberikan dahulunya adalah perlu demi kepentingan awam pihak berkuasa boleh mengarahkan supaya pegawai pelesenan membatalkan lesen itu dan pegawai pelesenan hendaklah dengan serta-merta membatalkan lesen itu dengan sewajarnya.

(7)

Tertakluk kepada peruntukan seksyen ini, sesuatu lesen yang diberikan di bawah peruntukan seksyen ini hendaklah terus berkuat kuasa bagi tempoh yang dinyatakan dalamnya yang tidak melebihi satu bulan, dan boleh dibaharui dari semasa ke semasa.

(8)

Tiap-tiap permohonan bagi mendapatkan lesen hendaklah menyatakan suatu alamat di dalam Persekutuan bagi penyampaian pada pemohon apa-apa notis atau perhubungan lain yang dikehendaki disampaikan padanya.

(9)

Jika pegawai pelesenan menolak untuk memberikan sesuatu lesen atau membatalkan sesuatu lesen yang telah diberikan dia hendaklah dengan serta-merta memberikan notis bertulis kepada pemohon atau pemegang lesen itu yang menyatakan atas satu alasan atau lebih yang manakah yang dinyatakan dalam subseksyen (4)

atau (5) atau (6) lesen itu telah ditolak atau dibatalkan dan yang memberitahunya hak rayuan yang diberikan oleh seksyen ini, dan

Undang-Undang Malaysia 10

pemohon atau pemegang lesen itu boleh dengan itu merayu kepada pihak berkuasa terhadap penolakan atau pembatalan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan keputusan pihak berkuasa itu adalah muktamad:

Dengan syarat bahawa jika pemberian sesuatu lesen ditolak atau sesuatu lesen dibatalkan mengikut peruntukan subseksyen (5) atau

(6)

, rayuan itu hendaklah dibuat kepada Raja dalam Mesyuarat atau Yang di-Pertua Negeri dalam Mesyuarat, mengikut mana-mana yang berkenaan, bagi Negeri jika pihak berkuasa itu ialah

Menteri Besar atau Ketua Menteri dan kepada Yang di-Pertuan

Agong jika pihak berkuasa itu ialah Menteri.

(10)

Tidaklah perlu bagi pegawai pelesenan untuk menyatakan dalam apa-apa notis yang diberikan di bawah peruntukan subseksyen (9) apa-apa sebab atau untuk menzahirkan sifat atau sumber maklumat yang apa-apa penolakan atau pembatalan didasarkan.

(11)

Masa yang dalamnya apa-apa rayuan boleh dibawa hendaklah empat belas hari dari tarikh notis diberikan di bawah subseksyen (9).

(12)

Sekiranya sesuatu rayuan di bawah subseksyen (9)

dibenarkan, pegawai pelesenan hendaklah diberitahu secara bertulis dan hendaklah dengan serta-merta mengeluarkan suatu lesen atau mengkensel pembatalan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.

Peraturan-peraturan