Malaysia legislation

Section 5

of AKTA PUNGUTAN RUMAH KE RUMAH DAN DI JALAN 1947

Seksyen 5

(2)

Tanpa menyentuh keluasan kuasa yang diberikan oleh subseksyen yang disebut terdahulu, peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya boleh mengadakan peruntukan bagi semua atau mana-mana perkara yang berikut, iaitu—

(a)

bagi menghendaki dan mengawal selia penggunaan oleh pemungut lencana yang ditetapkan dan perakuan kuasa yang ditetapkan, dan pengeluaran, penjagaan, pengemukaan, pemameran dan pengembalian lencana dan

Pungutan Rumah ke Rumah dan di Jalan 11

perakuan itu, dan, khususnya, bagi menghendaki pemungut, apabila diminta oleh seorang pegawai polis atau oleh mana-mana penduduk sesuatu rumah yang dilawati atau orang yang dipujuk rayu untuk mengemukakan perakuan kuasa pemungut itu;

(b)

bagi pengesahan perakuan kuasa yang ditetapkan dan bagi menunjukkan maksud pungutan dengan jelas dalam lencana yang ditetapkan;

(c)

bagi melarang orang di bawah umur yang ditetapkan daripada bertindak, dan orang lain daripada menyebabkan atau membenarkan orang di bawah umur itu bertindak, sebagai pemungut;

(d)

bagi mencegah kegusaran kepada penduduk rumah yang dilawati atau kepada mana-mana orang ramai lain;

(e)

bagi menghendaki maklumat yang ditetapkan mengenai maksud, perbelanjaan, hasil dan penggunaan hasil pungutan diberikan oleh pemegang lesen kepada pihak berkuasa yang mengeluarkan lesen dan bagi menghendaki maklumat itu diperakui dan disahkan mengikut cara yang ditetapkan;

(f)

bagi menetapkan penalti bagi pelanggaran, atau kegagalan untuk mematuhi, mana-mana peraturan itu.

(3)

Mana-mana orang yang melanggar atau gagal mematuhi peruntukan mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini.

Penggunaan lencana, dll., tanpa kebenaran