Malaysia legislation

Section 2

of AKTA PINJAMAN KERAJAAN (NOTIS AMANAH) 1947

Seksyen 2

Tafsiran

“Bank” ertinya Bank yang membiayai atau menguruskan apa-apa pinjaman Kerajaan;

“pinjaman Kerajaan” ertinya apa-apa pinjaman pada bila-bila masa diperdapatkan, atau yang boleh diperdapatkan, oleh Kerajaan

Malaysia, atau apa-apa pinjaman yang diperdapatkan sebelum 1 April 1946, oleh Kerajaan bagi mana-mana wilayah yang sekarang termasuk dalam Malaysia, mengikut mana-mana undang-undang bertulis yang sedang berkuat kuasa, dan yang dibiayai atau diuruskan oleh Bank bagi pihak Kerajaan Malaysia;

6 Undang-Undang Malaysia AKTA 649 A

“saham” ertinya apa-apa saham atau saham debentur yang diterbitkan mengikut terma apa-apa pinjaman Kerajaan.

Section 2 — AKTA PINJAMAN KERAJAAN (NOTIS AMANAH) 1947