Malaysia legislation

Section 11

of AKTA HASUTAN 1948

Seksyen 11

Mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor boleh menangkap tanpa waran mana-mana orang yang didapati melakukan atau yang dengan semunasabahnya disyaki melakukan atau telah melakukan atau cuba melakukan atau menyebabkan atau bersubahat dengan mana-mana orang untuk melakukan apa-apa kesalahan terhadap Akta ini, atau dengan semunasabahnya disyaki memiliki dengan menyalahi undang-undang apa-apa benda yang boleh dilucuthakkan di bawahnya.