Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Tafsiran
“Kerajaan” ertinya Kerajaan Malaysia dan Kerajaan mana-mana Negeri di Malaysia;
“menghasut” apabila dipakai bagi atau digunakan berkenaan dengan apa-apa perbuatan, ucapan, perkataan, penerbitan atau apa-apa benda lain menjadikan perbuatan, ucapan, perkataan, penerbitan atau benda lain itu sebagai yang mempunyai kecenderungan menghasut;
“penerbitan” termasuk semua perkara bertulis atau bercetak dan segala benda sama ada atau tidak serupa jenisnya dengan perkara bertulis atau bercetak yang mengandungi apa-apa gambaran yang boleh dilihat atau yang mengikut rupanya, bentuknya atau dengan apa-apa cara lain boleh menggambarkan perkataan atau gagasan, dan juga termasuk tiap-tiap naskhah dan keluaran semula atau keluaran semula substansial apa-apa penerbitan;
“perkataan” termasuk apa-apa ungkapan, ayat atau bilangan perkataan atau gabungan perkataan yang berturut-turut yang lain, sama ada secara lisan atau bertulis;