Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
(1)
Mana-mana orang yang—
(a)
melakukan atau cuba melakukan, atau membuat apa-apa persediaan untuk melakukan, atau berkomplot dengan mana-mana orang untuk melakukan, apa-apa perbuatan yang mempunyai kecenderungan menghasut, atau, jika dilakukan, akan mempunyai kecenderungan menghasut;
(b)
menyebut apa-apa perkataan menghasut;
(c)
mencetak, menerbitkan, menjual, menawarkan untuk dijual, mengedarkan atau mengeluarkan semula apa-apa penerbitan menghasut; atau
(d)
mengimport apa-apa penerbitan menghasut, melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh bagi kesalahan kali pertama didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan, bagi kesalahan yang kemudian, boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun; dan apa-apa penerbitan menghasut yang didapati dalam milik orang itu atau yang digunakan sebagai keterangan dalam perbicaraannya hendaklah dilucuthakkan dan boleh dimusnahkan atau dilupuskan dengan apa-apa cara lain sebagaimana yang diarahkan oleh mahkamah.
(2)
Mana-mana orang yang ada dalam miliknya tanpa sebab yang sah apa-apa penerbitan menghasut melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh bagi kesalahan kali pertama didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lapan belas bulan atau kedua-duanya, dan, bagi kesalahan yang kemudian, boleh 015b.fm Page 8 Monday, March 27, 2006 1:10 PM
Hasutan 9
dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun, dan penerbitan itu hendaklah dilucuthakkan dan boleh dimusnahkan atau dilupuskan dengan apa-apa cara lain sebagaimana yang diarahkan oleh mahkamah.
Prosiding undang-undang