Malaysia legislation

Section 6

of AKTA HASUTAN 1948

Seksyen 6

Keterangan

(1)

Walau apa pun apa-apa jua yang berlawanan dalam

Akta Keterangan [Akta 56], tiada seorang pun boleh disabitkan kerana sesuatu kesalahan di bawah seksyen 4 atas testimoni yang tidak disokong yang diberikan oleh seorang saksi.

(2)

Tiada seorang pun boleh disabitkan kerana apa-apa kesalahan yang disebut dalam perenggan 4(1)(c) atau (d) jika orang itu membuktikan bahawa penerbitan yang berkenaan dengannya dia dipertuduh itu telah dicetak, diterbitkan, dijual, ditawarkan untuk dijual, diedarkan, dikeluarkan semula atau diimport tanpa kebenaran, persetujuan dan pengetahuannya dan tanpa apa-apa kekurangan hemat atau cermat yang sewajarnya di pihaknya, atau bahawa dia tidak mengetahui dan tidak mempunyai sebab bagi mempercayai bahawa penerbitan itu mempunyai kecenderungan menghasut.

Penerima penerbitan menghasut yang tidak bersalah