Malaysia legislation

Section 7

of AKTA HASUTAN 1948

Seksyen 7

Mana-mana orang yang kepadanya telah dihantar apa-apa penerbitan menghasut tanpa pengetahuannya atau privitinya hendaklah dengan serta-merta sebaik selepas sifat kandungannya diketahui olehnya menyerahkan penerbitan itu kepada pegawai penjaga sesuatu daerah polis atau, di Sabah dan Sarawak, kepada seorang pegawai pentadbir atau kepada pegawai penjaga balai polis yang hampir sekali, dan mana-mana orang yang mematuhi peruntukan seksyen ini tidak boleh disabitkan kerana memiliki penerbitan itu: