Malaysia legislation
Section 8
Seksyen 8
(1)
Seseorang Majistret boleh mengeluarkan waran yang memberi kuasa mana-mana pegawai polis, yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor, untuk memasuki mana-mana premis di mana apa-apa penerbitan menghasut diketahui atau dengan semunasabahnya disyaki berada dan untuk mencari di dalamnya apa-apa penerbitan menghasut.
(2)
Apabila didapati oleh mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Penolong Penguasa bahawa ada sebab yang munasabah bagi mempercayai bahawa dalam mana-mana premis ada disembunyikan atau disimpan apa-apa penerbitan menghasut, dan dia mempunyai alasan yang munasabah bagi mempercayai bahawa, oleh sebab kelengahan yang akan disebabkan oleh usaha untuk mendapatkan suatu waran geledah, tujuan penggeledahan itu mungkin terkecewa, pegawai polis itu boleh memasuki dan menggeledah premis itu seolah-olah dia diberi kuasa untuk berbuat demikian oleh waran yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1).
Penggantungan akhbar yang mengandungi perkara menghasut