Malaysia legislation

Section 9

of AKTA HASUTAN 1948

Seksyen 9

(1)

Apabila mana-mana orang disabitkan kerana menerbitkan dalam mana-mana akhbar apa-apa perkara yang mempunyai kecenderungan menghasut, mahkamah boleh, jika difikirkannya patut, sama ada sebagai ganti atau sebagai tambahan kepada apa-apa hukuman lain, membuat perintah mengenai semua atau mana-mana daripada perkara yang berikut:

(a)

melarang penerbitan selanjutnya akhbar itu, sama ada dengan mutlak atau kecuali mengikut syarat-syarat yang akan dinyatakan dalam perintah itu, selama suatu tempoh yang tidak melebihi satu tahun dari tarikh perintah itu;

(b)

melarang penerbit, tuan punya, atau penyunting akhbar itu, sama ada dengan mutlak atau kecuali mengikut syarat-syarat yang akan dinyatakan dalam perintah 015b.fm Page 10 Monday, March 27, 2006 1:10 PM

Hasutan 11

itu, selama tempoh yang disebut terdahulu, daripada menerbitkan, menyunting atau menulis bagi mana-mana akhbar, atau daripada membantu, sama ada dengan wang atau dengan apa-apa yang mempunyai nilai wang, dengan bahan, perkhidmatan peribadi, atau dengan apa-apa cara lain dalam penerbitan, penyuntingan atau pengeluaran mana-mana akhbar;

dan

(c)

bahawa selama tempoh yang disebut terdahulu apa-apa mesin cetak yang digunakan dalam mengeluarkan akhbar itu hendaklah digunakan hanya mengikut syarat-syarat yang akan dinyatakan dalam perintah itu, atau bahawa mesin cetak itu hendaklah disita oleh polis dan ditahan oleh mereka selama tempoh yang disebut terdahulu.

(2)

Mana-mana orang yang melanggar sesuatu perintah yang dibuat di bawah seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

(3)

Tiada apa-apa dalam Akta ini boleh menyentuh kuasa mahkamah untuk menghukum mana-mana orang yang melanggar sesuatu perintah yang dibuat di bawah seksyen ini kerana penghinaan mahkamah:

Dengan syarat bahawa tiada seorang pun boleh dihukum dua kali bagi kesalahan yang sama.

Kuasa mahkamah untuk melarang pengedaran penerbitan menghasut