Malaysia legislation

Section 13

of AKTA KOPERASI 1948

Seksyen 13

(a)

suatu salinan Akta ini dan peraturan-peraturan atau perintah, arahan atau garis panduan;

Koperasi 21

(b)

suatu salinan undang-undang kecilnya dan akaun terauditnya yang terakhir;

(c)

suatu senarai anggotanya;

(d)

suatu senarai anggota Lembaga;

(e)

nama ketua pegawai eksekutifnya, jika ada; dan

(f)

suatu senarai pegawai koperasi yang berkenaan dengan pengurusan koperasi itu, jika ada, yang terbuka untuk diperiksa, tanpa apa-apa bayaran, pada segala masa yang munasabah di alamat berdaftar koperasi itu oleh anggotanya sahaja.

(2)

Mana-mana koperasi atau pegawai koperasi yang tidak mematuhi subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—

(a)

dalam hal suatu koperasi, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit dan boleh sebagai tambahan, didenda harian satu ratus ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan;

atau

(b)

dalam hal seorang pegawai koperasi, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan boleh, sebagai tambahan, didenda harian satu ratus ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Dokumen yang hendaklah diserah simpan kepada Suruhanjaya