Malaysia legislation
Section 14
Seksyen 14
(a)
suatu senarai anggota Lembaga tidak lewat daripada lima belas hari selepas mesyuarat agung tahunannya;
(b)
minit semua mesyuarat agung tidak lewat daripada tiga puluh hari selepas tarikh mesyuarat itu;
(c)
apa-apa maklumat lain sebagaimana yang dikehendaki oleh
Suruhanjaya berkenaan dengan penubuhan, keanggotaan,
22 Undang-Undang Malaysia AKTA 502
.
pengendalian dan keadaan kewangan koperasi itu, termasuk minit mesyuarat Lembaga.
(2)
Mana-mana koperasi atau pegawai koperasi yang tidak mematuhi subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—
(a)
dalam hal suatu koperasi, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit dan boleh sebagai tambahan, didenda harian satu ratus ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan;
atau
(b)
dalam hal seorang pegawai koperasi, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan boleh, sebagai tambahan, didenda harian satu ratus ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
Daftar anggota