Malaysia legislation

Section 17A

of AKTA KOPERASI 1948

Seksyen 17A

(2)

Tertakluk kepada mana-mana peraturan atau perintah atau arahan atau garis panduan, tiap-tiap koperasi hendaklah mengkaji semula undang-undang kecilnya dan membuat pindaan yang perlu dalam masa dua tahun dari tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, atau apa-apa tempoh lanjutan sebagaimana yang diluluskan oleh Suruhanjaya, untuk memastikan undang-undang kecilnya selaras dengan Akta ini.

(3)

Jika koperasi itu, selepas kajian semula atau pindaan yang dibuat di bawah subseksyen (2), berpendapat bahawa undang-undang kecilnya adalah selaras atau sebaliknya, Lembaga koperasi hendaklah memberitahu hakikat itu kepada Suruhanjaya.

(4)

Mana-mana koperasi atau pegawai koperasi yang tidak mematuhi subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—

(a)

dalam hal suatu koperasi, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit dan boleh, sebagai tambahan, didenda harian satu ratus

24 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

.

ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan;

atau

(b)

dalam hal seorang pegawai koperasi, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya dan boleh, sebagai tambahan, didenda harian satu ratus ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Pindaan undang-undang kecil koperasi