Malaysia legislation

Section 18

of AKTA KOPERASI 1948

Seksyen 18

(2)

Tiada pindaan undang-undang kecil suatu koperasi boleh menjadi sah sehingga pindaan itu didaftarkan di bawah Akta ini, dan bagi maksud itu salinan pindaan itu hendaklah dikemukakan kepada Suruhanjaya.

(3)

Jika Suruhanjaya berpuas hati bahawa apa-apa pindaan undang-undang kecil itu tidaklah bertentangan dengan Akta ini atau peraturan-peraturan, Suruhanjaya boleh mendaftarkan pindaan itu.

(4)

Sesuatu rayuan terhadap keengganan Suruhanjaya untuk mendaftarkan apa-apa pindaan mana-mana undang-undang kecil boleh dibuat kepada

Menteri dan rayuan itu hendaklah dibuat dalam masa tiga bulan dari tarikh keengganan itu.

(5)

Sesuatu pindaan yang mengubah nama sesuatu koperasi tidaklah menyentuh apa-apa hak atau obligasi koperasi itu atau mana-mana anggotanya atau bekas anggotanya, dan apa-apa prosiding undang-undang yang belum selesai boleh diteruskan oleh atau terhadap koperasi itu di bawah nama barunya.

(6)

Apabila Suruhanjaya mendaftarkan pindaan undang-undang kecil sesuatu koperasi, Suruhanjaya hendaklah mengeluarkan, kepada koperasi itu, satu salinan pindaan itu yang diperakui oleh Suruhanjaya, yang hendaklah menjadi keterangan konklusif tentang hakikat bahawa pindaan itu telah didaftarkan sewajarnya.

Koperasi 25

(7)

Dalam seksyen ini, “pindaan” termasuklah pembuatan suatu undang-undang kecil baru dan pengubahan atau pembatalan sesuatu undang-undang kecil.

Kuasa Suruhanjaya mengarahkan mesyuarat agung dipanggil untuk pindaan undang-undang kecil

Section 18 — AKTA KOPERASI 1948 | mylaw.my