Malaysia legislation
Section 19
Seksyen 19
(2)
Tiada koperasi boleh memberikan apa-apa pembiayaan Islam atau kemudahan kredit atau memberi apa-apa jaminan atau aku janji bagi pembiayaan atau kemudahan itu atau memindahkan apa-apa wang atau aset
26 Undang-Undang Malaysia AKTA 502
.
dalam apa-apa bentuk kepada subsidiarinya kecuali dengan kelulusan bertulis terlebih dahulu Suruhanjaya.
(3)
Suruhanjaya boleh, melalui suatu notis secara bertulis, menghendaki mana-mana subsidiari sesuatu koperasi untuk mematuhi apa-apa kehendak yang dikenakan oleh Akta ini, peraturan-peraturan atau perintah atau arahan atau garis panduan.
(4)
Mana-mana koperasi atau pegawai koperasi yang tidak mematuhi subseksyen (1) atau (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—
(a)
dalam hal suatu koperasi, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit dan boleh sebagai tambahan, didenda harian satu ratus ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan;
atau
(b)
dalam hal seorang pegawai koperasi, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan boleh, sebagai tambahan, didenda harian satu ratus ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
Cawangan koperasi atau subsidiari