Malaysia legislation
Section 22
Seksyen 22
Suatu koperasi hendaklah mempunyai lien atas syer, yuran, pulangan atau kepentingan dalam modal dan deposit seseorang anggota atau bekas anggota atau anggota yang mati dan atas apa-apa dividen, potongan langganan, atau keuntungan yang kena dibayar kepada seseorang anggota atau bekas anggota atau kepada harta pusaka seseorang anggota yang mati berkenaan dengan apa-apa hutang yang kena dibayar kepada koperasi itu oleh anggota atau bekas anggota itu atau daripada harta pusaka itu, dan boleh menolak apa-apa jumlah wang yang dikreditkan atau kena dibayar kepada seseorang anggota atau bekas anggota atau harta pusaka seseorang anggota yang mati untuk atau sebagai pembayaran apa-apa hutang sedemikian.
28 Undang-Undang Malaysia AKTA 502
.