Malaysia legislation
Section 23
Seksyen 23
Syer, yuran, pulangan atau kepentingan tidak boleh dikenakan penahanan atau penjualan
Tertakluk kepada seksyen 22, syer, yuran, pulangan atau kepentingan seseorang anggota dalam modal suatu koperasi tidak boleh dikenakan penahanan atau penjualan di bawah apa-apa dekri atau perintah mahkamah berkenaan dengan apa-apa hutang atau liabiliti yang ditanggung oleh anggota itu, dan baik pemegang hartanya dalam ketidaksolvenan mahupun penerima yang dilantik sewajarnya tidaklah berhak terhadap, atau mempunyai apa-apa tuntutan ke atas, syer atau yuran atau kepentingan itu.