Malaysia legislation
Section 37
Seksyen 37
Mesyuarat agung perwakilan
Melainkan jika Suruhanjaya menentukan selainnya, tiap-tiap koperasi yang kawasan operasinya meliputi satu Negeri, meliputi dua Negeri atau lebih atau meliputi seluruh Malaysia hendaklah membuat undang-undang kecil yang memperuntukkan bahawa perwakilan di mesyuarat agungnya hendaklah—
(a)
melalui perwakilan yang dipilih oleh anggota individu pada mesyuarat agung wilayah atau kawasan mereka; atau
(b)
melalui perwakilan koperasi anggota.