Malaysia legislation

Section 41

of AKTA KOPERASI 1948

Seksyen 41

Tiap-tiap koperasi hendaklah memberi Suruhanjaya notis bertulis yang munasabah tentang segala mesyuarat agung yang dikehendaki diadakan oleh koperasi itu dan hendaklah memberikan Suruhanjaya maklumat yang berhubungan dengan tarikh, masa, tempat dan agenda mesyuarat itu; dan

Suruhanjaya atau mana-mana orang yang diberi kuasa melalui perintah am atau khas secara bertulis oleh Suruhanjaya hendaklah mempunyai hak untuk menghadiri mana-mana mesyuarat sedemikian dan memberikan nasihat tentang apa-apa perkara yang sedang dibincangkan, tetapi Suruhanjaya atau orang yang diberi kuasa itu tidak berhak untuk mengundi dalam mesyuarat itu.

Section 41 — AKTA KOPERASI 1948 | mylaw.my