Malaysia legislation
Section 43
Seksyen 43
(a)
disabitkan atas suatu kesalahan di bawah Akta ini; atau
(b)
dipecat sebagai seorang pegawai sesuatu koperasi.
36 Undang-Undang Malaysia AKTA 502
.
(2)
Walau apa pun subseksyen (1) dan tertakluk kepada apa-apa arahan atau garis panduan sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya, sesuatu koperasi hendaklah, sebelum pelantikan atau pelantikan semula mana-mana orang sebagai anggota Lembaga, meminta penentusahan daripada
Suruhanjaya sama ada orang itu memenuhi kriteria layak dan sesuai sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.
(3)
Setelah penentusahan bahawa orang itu telah memenuhi kriteria layak dan sesuai di bawah subseksyen (2), koperasi boleh melantik atau melantik semula orang itu sebagai anggota Lembaganya.
(4)
Dari tahun ketiga pendaftaran sesuatu koperasi, tiada seorang pun boleh dilantik sebagai anggota Lembaga koperasi itu melainkan jika dia telah menjadi anggota koperasi itu bagi tempoh minimum dua tahun.
(5)
Subseksyen (4) tidak terpakai bagi sesuatu koperasi yang anggotanya berjumlah lima puluh orang atau kurang dan bagi sesuatu koperasi sekolah.
Tugas dan kuasa Lembaga