Malaysia legislation
Section 45
Seksyen 45
(2)
Walau apa pun subseksyen (1), tiada tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding lain boleh dibawa atau dimulakan terhadap diri mana-mana anggota Lembaga atau pegawai suatu koperasi berkenaan dengan apa-apa perbuatan yang dilakukan atau pernyataan yang dibuat bona fide menurut atau semasa melaksanakan atau dengan tujuan untuk melaksanakan Akta ini, peraturan-peraturan, perintah atau undang-undang kecil koperasi itu.
(3)
Jika Lembaga suatu koperasi telah melantik seseorang sebagai ketua pegawai eksekutif untuk mentadbirkan dan menguruskan hal ehwal koperasi itu, pelantikan itu tidaklah mengecualikan anggota Lembaga daripada liabiliti dan tanggungjawab bagi arahan dan penjalanan yang sepatutnya akan hal ehwal koperasi itu.
Koperasi 39
(4)
Mana-mana anggota Lembaga sesuatu koperasi yang tidak mematuhi subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit.
Saraan untuk anggota Lembaga