Malaysia legislation
Section 47
Seksyen 47
(a)
Lembaga koperasi itu hendaklah menggantung pegawai itu daripada menjadi pegawai koperasi itu; dan
(b)
jika pegawai itu ialah juga pegawai Lembaga mana-mana koperasi yang lain, Lembaga koperasi yang satu lagi itu hendaklah menggantung pegawai itu daripada menjadi pegawai koperasi yang satu lagi itu, dari masa dia mula-mula dipertuduh di mahkamah hingga selesai dengan muktamadnya prosiding terhadapnya, termasuk apa-apa prosiding selanjutnya
40 Undang-Undang Malaysia AKTA 502
.
dalam bentuk rayuan, dan dia hendaklah dengan itu berhenti menggunakan apa-apa hak atau melaksanakan apa-apa fungsi atau tugas berkenaan dengan jawatan itu dan dia tidak boleh menerima apa-apa saraan berkenaan dengan jawatan itu sepanjang tempoh penggantungan itu.
(2)
Jika seseorang pegawai yang telah digantung di bawah subseksyen (1)
dibebaskan, selepas prosiding terhadapnya diputuskan dengan muktamad, dia hendaklah dibayar apa-apa saraan yang sepatutnya kena dibayar kepadanya dalam tempoh penggantungan itu jika tidak kerana peruntukan subseksyen (1).
Akibat sabitan