Malaysia legislation

Section 48

of AKTA KOPERASI 1948

Seksyen 48

Jika pegawai suatu koperasi disabitkan terhadap suatu kesalahan boleh daftar atau suatu kesalahan di bawah Akta ini dan sabitan itu tidak diketepikan apabila selesai segala prosiding, termasuk apa-apa rayuan, pegawai itu hendaklah disifatkan telah mengosongkan jawatannya dari tarikh dia mula-mula dipertuduh atas kesalahan itu dan dia hendaklah terhalang daripada dilantik semula sebagai pegawai mana-mana koperasi.