Malaysia legislation

Section 50

of AKTA KOPERASI 1948

Seksyen 50

Kumpulan wang suatu koperasi boleh diperdapatkan melalui mana-mana atau kesemua yang berikut:

(a)

fi masuk, yang tidak boleh dikembalikan kecuali dalam hal apabila sesuatu permohonan untuk menjadi anggota telah ditolak;

(b)

syer yang dilanggan dan dibayar oleh anggota, yang daripadanya suatu bilangan minimum yang ditetapkan dalam undang-undang kecil koperasi itu tidak boleh dikeluarkan kecuali selepas keanggotaan tamat, tetapi syer yang dilanggan melebihi sumbangan minimum ini boleh dikeluarkan atau dipindahkan atau

Koperasi 41

kedua-duanya, tertakluk kepada peruntukan Akta ini dan peraturan-peraturan dan kepada apa-apa had yang ditetapkan dalam undang-undang kecil koperasi itu;

(c)

dalam hal koperasi yang matlamatnya adalah untuk menggalakkan jimat cermat di kalangan anggotanya dan untuk mewujudkan suatu sumber kredit bagi anggotanya, yuran;

(d)

simpanan khas daripada anggota, yang boleh dikeluarkan tertakluk kepada syarat yang ditetapkan dalam undang-undang kecil;

(e)

tertakluk kepada subseksyen 52(1) atau peraturan-peraturan, deposit atau pinjaman daripada anggota dan dengan kelulusan daripada Suruhanjaya, daripada orang yang bukan anggota koperasi itu;

(f)

lebihan yang dibawa ke Akaun Rizab;

(g)

derma dan pemberian yang diberikan oleh orang ketiga, kecuali derma daripada sumber asing, sama ada yang ditawarkan secara langsung atau selainnya, tidak boleh diterima oleh suatu koperasi tanpa mendapat kelulusan bertulis Suruhanjaya terlebih dahulu.

Pembiayaan Islam atau kemudahan kredit oleh koperasi