Malaysia legislation
Section 54
Seksyen 54
(a)
mana-mana sekuriti yang dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia,
Bank Negara Malaysia atau mana-mana sekuriti lain yang diluluskan oleh Suruhanjaya; atau
(b)
syer mana-mana koperasi lain.
(2)
Melainkan jika diperuntukkan selainnya dalam peraturan-peraturan, tiada koperasi boleh melabur kumpulan wang lebihannya dalam—
(a)
bon atau debentur mana-mana koperasi lain;
(b)
sekuriti mana-mana syarikat atau mana-mana pertubuhan perbadanan yang didaftarkan di Malaysia, selain yang dinyatakan dalam subseksyen (1);
(c)
subsidiarinya; atau
(d)
apa-apa cara lain sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.
(3)
Mana-mana koperasi atau pegawai koperasi yang tidak mematuhi subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—
(a)
dalam hal suatu koperasi, didenda tidak melebihi satu juta ringgit;
atau
(b)
dalam hal seorang pegawai koperasi, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
44 Undang-Undang Malaysia AKTA 502
.
Pelaburan dalam harta tak alih