Malaysia legislation

Section 54A

of AKTA KOPERASI 1948

Seksyen 54A

(2)

Subseksyen (1) tidak terpakai bagi sesuatu koperasi jika—

(a)

pemegangan suatu harta tak alih itu adalah bagi pelunasan suatu hutang seseorang anggota koperasi;

(b)

perniagaannya melibatkan pemerolehan, pelaburan dalam atau penjualan harta tak alih;

(c)

pemerolehan, pemegangan atau pelaburan suatu harta tak alih itu adalah perlu bagi maksud perjalanan perniagaannya; atau

(d)

koperasi itu memberi kemudahan perumahan atau kemudahan lain untuk pekerjanya yang dinyatakan dalam skim perkhidmatan mereka.

(3)

Mana-mana koperasi atau pegawai koperasi yang tidak mematuhi subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—

(a)

dalam hal suatu koperasi, didenda tidak melebihi satu juta ringgit;

atau

(b)

dalam hal seorang pegawai koperasi, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Keuntungan modal