Malaysia legislation

Section 55

of AKTA KOPERASI 1948

Seksyen 55

(a)

penjualan tanah atau bangunan, atau kedua-duanya, sebagai aset tetap; dan

Koperasi 45

(b)

penilaian semula tanah atau bangunan, atau kedua-duanya, sebagai aset tetap, dengan kelulusan Suruhanjaya.

(2)

Keuntungan modal yang disebutkan dalam perenggan (1)(a) boleh digunakan oleh koperasi itu bagi semua atau mana-mana maksud yang berikut:

(a)

penerbitan syer bonus;

(b)

penghapusan kira kerugian terkumpul;

(c)

penghapusan kira kerugian modal; dan

(d)

pewujudan suatu Kumpulan Wang Penebusan Syer Bonus.

(3)

Tiada koperasi boleh menggunakan keuntungan modal yang disebut dalam subseksyen (1) bagi maksud menerbitkan syer bonus melainkan jika dan sehingga semua kerugian terkumpul dan semasanya, jika ada, telah dihapus kira sepenuhnya.

(4)

Keuntungan modal yang disebut dalam perenggan (1)(b) boleh digunakan oleh koperasi itu untuk menerbitkan syer bonus kepada anggotanya, dan syer bonus itu tidak boleh dikeluarkan kecuali, dengan kelulusan Lembaga, dipindahkan kepada anggota lain koperasi itu atau, dalam hal anggota yang mati selepas syer bonus itu dikeluarkan, dibayar daripada

Kumpulan Wang Penebusan Syer Bonus koperasi itu.

(5)

Syer bonus yang ditebus oleh suatu koperasi boleh diterbitkan semula sebagai syer bonus kepada anggotanya mengikut peruntukan undang-undang kecilnya.

(6)

Suatu daftar syer bonus hendaklah disenggara oleh koperasi itu.

(7)

Seksyen ini tidak terpakai bagi suatu koperasi yang dikehendaki oleh peruntukan mana-mana undang-undang bertulis lain yang menguasai operasinya supaya menguruskan keuntungan modalnya mengikut cara yang diperuntukkan dalam undang-undang itu.

Untung bersih

46 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

.